Sponsor

Wednesday, March 26, 2014

Waris Keluarga Penumpang Pesawat MH370 Menuntut Bukti Mengenai Pesawat Hilang Di Lautan Hindi...

BEIJING - CHINA. Kira-Kira 200 anggota keluarga 154 penumpang warga China dalam pesawat MH370 hari ini berarak dengan membawa sepanduk di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini bagi melahirkan kekecewaan mereka berkaitan berita tentang nasib pesawat itu yang diterima semalam.
   
Mereka memakai kemeja T putih yang tertera ayat 'Pray for MH370', melaungkan "pulangkan semula keluarga saya" ketika berarak ke arah kedutaan itu.
Pada mulanya, tunjuk perasaan itu berlangsung secara aman namun bertukar menjadi tidak terkawal apabila mereka dihalang memasuki premis berkenaan oleh anggota keselamatan yang berkawal di depan kedutaan berkenaan.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa data yang dikeluarkan satelit milik British iaitu Inmarsat merumuskan bahawa penerbangan pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu berakhir di selatan Lautan Hindi.

SH/25 Mac 2014
Protes Keluarga Penumpang Pesawat MH370 di Perkarangan Kedutaan Besar Malaysia di China



0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/