Sponsor

Sunday, March 23, 2014

PRK Kajang – Ucapan Tahniah Dari Chew Mei Fun Kepada Datuk Seri Wan Azizah...

Calon BN Chew Mei Fun mengucapkan tahniah kepada lawannya Datuk Seri Wan Azizah atas kemenangan dalam pilihan raya kecil Kajang hari ini. Beliau juga berharap presiden PKR itu dapat melaksanakan tugas sebagai anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dengan penuh dedikasi dan menunaikan manifesto yang dikemukakan...
Ia terutamanya, tambah Chew, dalam menyelesaikan masalah tempatan yang telah “ditangguhkan buat bertahun-tahun”.
Chew bagaimanapun berkata, walaupun kalah, BN berjaya menurunkan majoriti dan dalam masa yang sama menambahkan sokongan pengundi Cina daripada 18 kepada 25 peratus berbanding sebelum ini.
Naib presiden MCA itu dalam kenyataannya sebentar tadi juga berkata beliau selepas ini akan memberi tumpuan penuh terhadap urusan dalaman parti. Wan Azizah memperoleh kemenangan dengan majoriti 5,379 undi. PKR mendapat 16,741 undi manakala BN pula mendapat 11,362 undi. Seramai 28,314 atau 72 peratus keluar mengundi pada pilihan raya hari ini, menurun berbanding pilihan raya umum lalu.
MK/23 Mac 2014

1 comments:

http://penburukonline.blogspot.my/