Sponsor

Tuesday, March 4, 2014

Politik Islam Mula Bertapak Di Belanda......Siapa Pengasasnya...?..

Seorang Mualaf  Belanda Arnoud Van Doorn telah membentuk parti baru di Belanda yang berbasiskan Islam, bernama Parti Islam Persatuan, kini  ia bersaing untuk perebutan tiga kerusi pemilihan di wilayah Provinsi  pada 19 Mac akan datang.
 Belanda memiliki 100.000 sehingga 150.000 Muslim , sesuatu yang logik umat islam sepatutnya  memiliki perwakilan politik” .. kata Arnoud van Doorn dalam sebuah temubual dengan Algemeen Dagblad , NL Times melaporkan pada hari Ahad, bersamaan 2 Mac 2014.
" Sebagian besar pengikut kami adalah Muslim, jadi tentu saja kami juga hadir untuk mereka , ” katanya... Arnoud Van Doorn, bekas anggota Parti Kebebasan sayap kanan radikal ( PVV ) telah memeluk Islam pada tahun 2013 . Ia pernah berada di antara para pemimpin parti radikal tersebut yang membantu memproduksi sebuah film anti Islam berjudul ‘Fitna’  yang menghubungkan Islam dan Qur’an dengan kekerasan dan keganasan .
Tapi setelah banyaknya protes filem anti Islam tersebut, membuat Van Doorn mulai membaca lebih banyak tentang Islam dan Nabi Muhammad SAW, tidak disangka hidayah hadir untuknya dan menggiringi dia untuk memeluk Agama Islam.
SEDIKIT MASA LALU...
Anda tentu kenal dengan Lelaki ini...?..
Sedikit waktu yang lalu, tersebar berita penerimaan Islam oleh Arnoud Van Doorn ini di media-media maya termasuk Facebook. Gambar ini terakam ketika Van Doorn sedang mendirikan solat di dalam Raudhah as Syareefah bersebelahan Mimbar Nabawi.
Beliau ialah ahli politik Belanda yang pernah menerbitkan filem "Fitna" yang memfitnah dan memburukkan Islam dengan isu kekerasan dan keganasan sekitar 2 tahun lalu. Alhamdulillah beliau telah memeluk Islam dan meletakkan jawatan sebagai ahli politik. Perkara yang menyebabkan beliau memeluk Islam ialah apabila beliau bercadang untuk mengeluarkan sebuah lagi filem memburukkan Islam bersumberkan dari kitab-kitab karangan orang Islam sendiri. Sebaik sahaja beliau membaca kitab-kitab tersebut, gambaran beliau terhadap Islam seperti yang disebarkan media barat berubah sama sekali dengan hidayah Allah.
Ujar beliau: 'Aku menyesal kerana sepanjang 47 tahun umurku tidak pernah mengenali Islam'.....

Dari sumber yang dipercayai, rujuk lain2 sumber untuk ketepatan maklumat..

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/