Sponsor

Saturday, March 8, 2014

Pesawat Terhempas - Pegawai ( Miti ) sah berada di dalam pesawat MH370 yang hilang.....

Pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Sofuan Ibrahim, disahkan berada di dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam penerbangan ke Beijing.

Senarai nama terkini yang dikeluarkan Malaysia Airlines mendapati Sofuan merupakan antara 227 penumpang pesawat yang masih belum dikesan itu. Terdahulu, seorang pegawai komunikasi korporat kementerian itu, Rashid Omar berkata Sofuan mempunyai tugasan rasmi di Beijing.
"Beliau mempunyai tugasan rasmi dan tidak melaporkan diri hari pertama bertugas di Beijing seperti yang dikhabarkan di media sosial," katanya. "Itu sahaja maklumat yang boleh saya berikan setakat ini. Sebagai rakan sekerja saya amat mengharapkan beliau selamat," katanya.

Pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada radar selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi. Ia sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi. – Bernama, 8 Mac, 2014.
Sumber http://www.themalaysianinsider.com/

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/