Sponsor

Wednesday, March 12, 2014

Rakyat Kita 'Berjiwa Merdeka', Jangan Biarkan Orang Luar Mentertawakan Kita.....

Sudah masuk 5 hari kehilangan MH370. Belum ada petunjuk jelas ke mana hilangnya jasad pesawat. Perbahasan dikalangan pakar penerbangan, ahli politik, kerajaan dan pembangkang sehinggalah rakyat jelata melalui FB rancak berlangsung.

Dalam mengikuti setiap perkembangan operasi menjejak MH370, timbul satu kebimbangan dan kerisauan di hati. Memang kita perlukan pertolongan dan bantuan rakan-rakan negara lain untuk bersama membantu kita, tetapi terlihat seolah-olah tekanan pihak luar kepada pasukan keselamatan dan operasi negara semakin kuat.
Dengan teori pemalsuan pasport 2 warga Iran yang juga menaiki pesawat MH370 telah menarik masuk anasir "polis dunia" untuk sama-sama menyiasat. Penerimaan secara rasmi.
Pagi tadi, satu temuramah di dalam radoi IKIM juga, panel ada menyebut pihak Pentagon telah scan dan tidak mengesan sebarang letupan luarbiasa pada pagi kejadian. Penglibatan pelbagai armada dari Singapore dan lain-lain rakan ke dalam misi pencarian adalah baik namun perlu waspada.
Pada masa yang sama, ada negara luar yang mempertikai dan "memperlekeh" kredibiliti pasukan negara Malaysia mengundang rasa kurang senang. Memang kita akui, sikap segelintir pemimpin negara mengundang persepsi kelemahan kepada negara. Apatahlagi ditambahlucukan oleh Raja Bomoh dengan teropong buluhnya. Memberi gambaran kelemahan dalam negara.
Dalam situasi ini, kita amat memerlukan tangan-tangan jiran dan rakan dunia kita untuk membantu, tetapi harus waspada yang teliti supaya maruah dan kedaulatan negara kita tetap terpelihara. Jangan kita menyambut tangan yang akan mencubit dan menampar jika ada peluang. Biarlah kita bicara kelemahan negara kita sesama kita, sebagai sebuah keluarga. Bersikap tegas dengan pihak luar supaya kelemahan kita yang pastinya ada, tidak ditertawa oleh mereka.Pohon kepada seluruh rakyat Malaysia bersolidariti di dalam isu ini...ketepikan seketika rasa tidakpuas hati. 'Besarkan jiwa kita, jiwa rakyat merdeka'..... 

Malaysian insider/12 Mac,2014 / MH370: Waspada air muka kita – Dr Nazil Nuhairi Ismail


0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/