Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Monday, June 30, 2014

'Bayangan Dan Mimpi Ngeri' Bekas PM Jika Akta Hasutan Di mansuhkan..?.. Benarkah Begitu..?..


Tun Dr Mahathir Mohamad
Cadangan kerajaan untuk memansuhkan Akta Hasutan dan menggantikannya dengan akta baru hanya akan menyebabkan perbuatan menghasut boleh dilakukan dengan mudah di negara ini, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut Dr Mahathir, Akta Harmoni dan Akta Uniti tidak dapat menghalang perbuatan itu daripada berlaku, malah keadaan katanya mungkin menjadi lebih parah apabila pelampau di kalangan rakyat dengan sewenang-wenangnya boleh mengkritik institusi diraja.
Kerajaan ujar Dr Mahathir perlu belajar daripada pengalaman lepas apabila Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan berkaitannya dimansuhkan baru-baru ini. “Kita sudah pun mansuh ISA dan akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan daripada pemansuhan kedua-dua akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah. Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan tetapi tidak melampaui batas. “Apabila Akta Hasutan digugurkan maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut. Kedua-dua akta baru berkenaan dengan harmoni dan uniti tidak akan menghalang hasutan yang akan berlaku,” katanya yang dipetik melalui tulisannya di blog, Chedet, hari ini.

Dr Mahathir turut melahirkan kebimbangan sekiranya perbuatan menghasut sampai ke tahap yang tidak dapat dibendung lagi apabila akta mengenainya dimansuhkan. “Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan. “Di Thailand ada undang-undang “Les Mejeste” yang melarang sebarang cemuhan terhadap raja dan institusi raja. Tetapi di Malaysia undang-undang ini tidak ada,” katanya.

Tambah beliau, tidak ada undang-undang di negara ini yang boleh menghalang perkara tersebut berlaku setelah ISA dihapuskan dan sekiranya Akta Hasutan turut dimansuhkan. “Pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan. Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh. “Ramai mungkin yang akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja. Tetapi kerana hasutan dibenarkan mereka yang berminat untuk mendirikan Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka,” katanya.
Beliau turut tidak menolak kemungkinan huru-hara berlaku dalam negara kesan daripada sikap liberal yang diagungkan di negara ini.-SH/30 Jun 2014

Diplomat Malaysia Di Dakwa Terlibat Dalam Serangan Seksual Di New Zealand..?..

Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merogol.
Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.

Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang butiran dirinya didedahkan.
Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington.

Menteri Luar, Datuk Anifah Aman ketika diminta mengesahkannya, memberitahu Malaysiakini dalam mesej teks bahawa sidang akhbar mengenainya akan diadakan esok. Malaysiakini tidak menyiarkan nama lelaki itu sementara menunggu respons rasmi dari Wisma Putra.
Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat kekebalan diplomatik dan telah meninggalkan negara itu.Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan pagi ini bahawa kerajaannya telah menuntut kekebalan diplomatik lelaki itu diibatalkan, tetapi telah ditolak.-MK/30 Jun 2014

Majlis Profesor Negara (MPN) Digesa Nyatakan Bantahan Terhadap Penyingkiran Pengarah UMCEDEL..


dr dzul green 01
Majlis Profesor Negara (MPN) digesa supaya bangkit menyatakan bantahan terhadap tindakan parti politik sempit yang menyingkirkan Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman.
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Pusat, Dr Zulkifli Ahmad, berkata MPN perlu berani membuat tentangan terhadap kes seperti itu demi kelangsungan institut pengajian tinggi (IPT) seterusnya melahirkan ahli akademik yang kreatif, bebas dan berintegriti.
Katanya, tindakan segera itu perlu ditangani bagi mengelakkan kejadian seperti itu berlaku lagi pada masa hadapan. “Kita tidak mahu lagi politik sempit, politik membunuh dan politik dendam ini merebak kepada cendiakawan dalam IPT. “Seharusnya, golongan ini berani menyatakan kebenaran juga membela rakan kerana mungkin akan datang mereka pula akan menjadi mangsa seperti Prof Mohamad Redzuan yang dikatakan melangkaui batas dan garis yang dibenarkan Umno serta Barisan Nasional (BN),” katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Dr Zulkifli yang juga bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) mahu menteri yang bertanggungjawab tidak membisu dan memberi alasan sewajarnya ekoran tindakan Kementerian Pendidikan itu. “Tindakan BN ini adalah tindakan yang sangat mundur. Malang bagi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya melaungkan transformasi tetapi melakukan tindakan mundur. “Kementerian perlu berani bukannya membisu jika tidak akan lahirnya pensyarah kangkung, ‘cap ayam’ dan mundur jika mereka tidak diberi kebebasan,” katanya.
Beliau turut menyifatkan tindakan pemecatan itu sebagai langkah ke belakang yang sangat mengaibkan IPT. “Saya ingatkan kepada pemimpin politik, jangan sampai kemajuan IPTA terhalang dek kerana sikap mereka yang menyebabkan kebebasan ahli akademik disekat. “Dulu, IPTA seperti Universiti Malaya (UM) adalah universiti yang hebat, tetapi kerana sikap pemimpin politik menjadi punca kejatuhan kedudukan IPT di Malaysia. Pemimpin politik ini menunjukkan sikap yang menekan ahli akademik,” katanya.
Beliau berkata, tindakan Bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletakkan jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan UM berkuatkuasa hari ini itu juga bertepatan.-SK/30 Jun 2014

GAMIS - Universiti Perlu Bebas Dari ‘Cengkaman’ Kuasa Politik...

Tindakan pihak Kementerian Pendidikan dan  pentadbiran Universiti Malaya (UM) mengarahkan Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) adalah satu tindakan mengokong kebebasan bersuara ahli akademik.
Dimaklumkan juga, Prof Redzuan tidak diperbaharui kontrak beliau sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM atas alasan kelantangan beliau dalam mengemukakan kajian politik dan pilihan raya yang tidak menguntungkan pihak kerajaan.

Universiti adalah sebuah institusi pembangunan minda dan tamadun dalam sebuah masyarakat dan negara. Universiti perlu bebas dari sebarang kongkongan kuasa politik supaya mampu menyeimbangkan antara kuasa dan nilai dalam masyarakat.

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) melihat insiden yang berlaku adalah sangat tidak wajar dan mesti dikecam. Pasca PRU13 dengan jelas bahawa ahli akademik dan mahasiswa terus ditekan dari bersuara. Beberapa perancangan terancang telah dijalankan oleh pihak universiti untuk mengawal dan menyekat kebebasan akademik di universiti.

Tambahan pula dengan sekatan yang telah dibuat oleh pentadbiran universiti seperti pembatalan program intelektual di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kes 25 orang mahasiswa di dakwa dibawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) dan Akta 174 menjelang tahun 2014 sudah cukup membuktikan kerajaan sudah terdesak.

Seluruh mahasiswa dan ahli akademik juga tidak akan lupa dengan  kes pemecatan Dr. Aziz Bari sebagai pensyarah di UIAM pada tahun 2011.

Justeru itu, Gamis mendesak pihak kerajaan dan pentadbiran universiti untuk membebaskan bumi kampus dari cengkaman kuasa parti politik. Gamis akan terus menggoncang tembok pembodohan minda di kampus-kampus agar roboh dengan program-program pendidikan politik dan desakan kepada pihak berwajib.


Abdul Malik Ab Razak
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis)
SH/30 Jun 2014

Pusat Hiburan (Berlesen) Menempatkan GRO Warga Asing (Tanpa Permit) Di Serbu Penguatkuasa..?..


Foto
Polis menahan 76 pekerja termasuk pelayan pelanggan (GRO) wanita warga asing selepas menyerbu sebuah pusat hiburan di Damansara Uptown di sini, malam kelmarin.
Op Noda pada jam 11 malam itu dilakukan empat pegawai dan 13 anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor.
Pegawai Turus D7 Selangor Deputi Superintendan Abdul Ghaffar Ahmad berkata, 56 daripada GRO yang ditahan adalah warga Thailand manakala seorang Laos berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.
“Siasatan polis mendapati GRO terbabit didapati mempunyai pasport lawatan, namun menyalahgunakannya untuk bekerja di pusat hiburan. “Selain GRO terbabit, 18 pekerja lelaki warga asing iaitu enam Thailand, Bangladesh (empat), Pakistan (tiga), Nepal (tiga) dan Myanmar (dua) turut ditahan,” katanya ketika ditemui malam kelmarin. 
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati premis itu mempunyai lesen yang sah.
“Semua pekerja warga asing yang ditahan akan diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63. “Seorang pengurus premis turut ditahan kerana menggaji pekerja asing tanpa permit sah manakala dua lelaki tempatan yang masing-masing bekerja sebagai pengawal dan deejay diperiksa bagi membantu siasatan, “katanya.
Sementara itu, semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya untuk tindakan lanjut.-Metro

Insiden Kepala Lembu - ABIM Bidas Kenyataan ‘Kontroversi’ Zahid Hamidi...

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyelar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi gara-gara kenyataan kontroversi "mulut celupar" terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer berhubung insiden kepala lembu Sabtu lalu.
Menurut Presiden Abim, Amidi Abd Manan, kenyataan Zahid itu bukan sahaja tidak menggambarkan ajaran Islam malah satu penghinaan kepada penganut Hindu.
"Respons yang diberikan oleh Zahid tidak mencerminkan ajaran Islam. Islam mengajar umatnya agar menghormati agama lain dan menegah sebarang perilaku yang bermotifkan penghinaan," kata Amidi dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata dalam al-Quran sendiri menyebut penghinaan terhadap agama bukan Islam akan mengundang penghinaan daripada penganut lain.
Katanya, secara tidak langsung ia memberi imej negatif kepada Zahid yang kononnya dilihat sebagai pemimpin "negara Islam" akan tetapi tindakannya seolah-olah seperti tidak mengamalkan ajaran al-Quran. "Respons yang sedemikian memberikan imej yang negatif selaku pemimpin 'negara Islam' yang tidak mempraktikkan ajaran al-Quran.
"Tegahan ini jelas disebut dalam Surah al-An'am ayat 108 yang menegaskan bahawa penghinaan terhadap sembahan agama lain akan menyebabkan penganut agama lain menghina agama Islam," katanya.
Amidi berkata sewajarnya Zahid perlu mengeluarkan kenyataan yang mencerminkan status Malaysia sebagai negara Islam di mana ia mesti selari dengan perkataan, sikap dan tindakan. "Sepatutnya kenyataan berkaitan status Malaysia sebagai negara Islam mestilah disertai dengan perkataan, sikap dan tindakan yang benar-benar menepati ajaran Islam terutamanya perkara yang berkaitan dengan perhubungan antara pelbagai agama," katanya.
Naib presiden Umno itu sekali lagi mencetuskan kemarahan pelbagai pihak di negara ini apabila kenyataan yang menyatakan insiden kepala lembu yang ditinggalkan di hadapan rumah Adun DAP itu merupakan balasan ke atas keceluparan mulutnya. "Sebagai ahli politik, saya simpati dengan beliau tetapi itulah harga yang perlu beliau bayar kerana mulut celupar," kata Zahid selepas majlis penutup pengiktirafan pengawal keselamatan di Kuala Kubu Baru, Sabtu lalu.
Zahid bukan sahaja dikecam oleh DAP yang lantang menyatakan menteri itu harus berundur dari jawatannya malah daripada parti komponen Barisan Nasional sendiri. Menurut Gerakan, Zahid perlu melihat insiden itu secara serius kerana ia bukan merupakan perkara main-main kerana ia melibatkan keselamatan wakil rakyat. –MI/ 29 Jun, 2014.

Sunday, June 29, 2014

[Gambar] - Terjatuh Ketika Menghadiri Upacara Rasmi Presiden Barack Obama...@ Ingin Menarik Perhatian...?

Stefanie Dolson secara tidak sengaja terjatuh dihadapan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama. Kejadian ini berlaku ketika upacara penghormatan kepada juara basket NCAA University of Connecticut Huskies di

 Whitehouse,Washington, Amerika. 

Sakitnya tak seberapa, tapi malu nya tak terhingga...




‘Ulat Bulu Naik Daun’...Pekerja Warga Asing Biadap ‘Peluk Dan Usap’ Kanak-Kanak Depan Ibu...

Gambar dipercayai suspek dengan tangan bergari mula disebarkan di Facebook.
Seorang wanita terkejut apabila dua pekerja warga asing sebuah restoran, di sini dengan berani memeluk dan mengusap anak perempuannya berusia 10 tahun secara tiba-tiba ketika dia sedang membeli air, Khamis lalu.

Ibu mangsa berusia 30-an yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu anaknya turun membeli air seorang diri di restoran berkenaan.

Menurutnya, dia memberhentikan kenderaannya di hadapan kedai makan terbabit dan hanya menunggu di dalam kereta bersama seorang lagi anak perempuannya berusia enam tahun. “Saya suruh anak sulung turun seorang diri kerana hanya mahu membeli air. Malah kereta saya diparkir betul-betul berhadapan kedai makan berkenaan.

“Dari dalam kereta saya lihat pergerakan anak. Tapi tiba-tiba saya pelik apabila salah seorang pekerja di situ memeluk anak saya dari belakang,” katanya. Malah katanya, seorang lagi pekerja turut bertindak di luar batasan apabila dengan sengaja mengusap leher dan pipi anaknya. Berang dengan keadaan itu, dia membunyikan hon kereta beberapa kali sebagai tanda amaran sebelum pekerja terbabit melarikan diri dan bersembunyi di bahagian belakang kedai.

“Saya turun berjumpa dengan penyelia restoran terbabit kerana tidak berpuas hati dengan tindakan kurang sopan tersebut. “Tapi dia memujuk saya agar tidak membesarkan hal itu dan meminta maaf mewakili pekerjanya. Saya memang bengang sangat sebab dia berani usik anak perempuan saya macam itu. Memang dia masih kanak-kanak tapi janganlah sesuka hati mahu memeluk dan mengusik anak orang,” katanya. Sebaik sahaja pulang ke rumah, dia memaklumkan perkara itu kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Senawang.

Sementara itu, Sinar Harian mendapati, gambar dua lelaki warga asing dengan tangan bergari dipercayai suspek  mula disebarkan di laman Facebook, sejak Khamis lalu. Malah ia turut mendapat pelbagai maklum balas orang ramai yang ternyata sangat terkejut dan tidak berpuas hati dengan kejadian yang berlaku.-SH/29 Jun 2014

Majoriti Rakyat Selangor Mahu Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) Kekal Sebagai MB...

Majoriti penduduk Selangor terus menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk terus menerajui pentadbiran sebagai orang nombor satu di negeri itu. Dalam lama sosial Facebook dan Twitter, penduduk Selangor mahu Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar ekoran kecemerlangan beliau menerajui tampuk pentadbiran negeri. Malah, bukan itu sahaja, penduduk dari negeri lain juga turut menyatakan sokongan yang sama kerana Abdul Khalid dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat dan banyak membantu golongan berpendapatan rendah.
Saiden Mannat Mohd Nasir, berkata kemajuan Selangor semakin meningkat ekoran kepimpinan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan semua pihak harus melihat kejayaan itu bukan kepada politiknya. “Selangor maju dengan Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar. Tengoklah kemajuan Selangor bukan kekuatan politiknya,” katanya.
Bagi Nina Karina pula, dia berpendapat Abdul Khalid adalah seorang pemimpin yang layak memegang jawatan itu. “Beliau adalah yang terbaik dan sewajarnya menjadi Menteri Besar. Mengapa ada pihak yang tidak mahu dikekalkan.
“Jika salah memilih penganti, ia boleh mengakibatkan masalah besar di Selangor,” katanya.
Sementara itu, Zokry Daud pula menganggap Abdul Khalid seorang pemimpin yang telus dalam pentadbirannya dan dengan sikapnya itu dapat mengelakkan berlakunya amalan rasuah. “Tan Sri sudah bagus mentadbir negeri, banyak pembangunan. Telus dan tiada rasuah. Rizab negeri dapat dipertingkatkan, jika ada masalah perbaikinya,” katanya.
Ahmad Zulkifli pula berkata, jika jawatan itu ditukar maka sewajarnya semua pihak mengenang jasa Abdul Khalid sebagai pemimpin terbaik. “Beliau adalah yang terbaik, orang terbaik tidak akan kekal lama, jadi wajar kita mengenang jasa beliau,” katanya.-SK/29 Jun 2014

Baru Dapat Jawatan Menteri Dalam Kabinet,.. MCA Dah Naik Kepala,.?.. ‘Jaga Sikit Lu Punya Cakap’..!!..

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyelar kenyataan biadab Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen yang mengaitkan PAS dengan pengkhianat.

Chai meminta pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS)  memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruh jihad yang dilaungkan bekas pemimpin Dewan Ulamak PAS yang telah dipecat, Ustaz Lotfi Ariffin telah menyerap kepada ahli PAS.

"Kenyataan biadab dari seorang pemimpin MCA, apa alasan untuk beliau menyuruh polis siasat seluruh ahli-ahli PAS, adakah kami semua pengganas. "Kalau macam itu, penglibatan anggota polis, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dalam pengganas Sulu, maka keseluruhan anggota polis dan TLDM juga ingin disiasat," jelasnya kepada Harakahdaily.

Beliau yang kesal dengan kenyataan MCA itu dan mengganggap ia sebagai tidak berasas serta mencari publisiti murahan. "Kalau ini kenyataan dari pimpinan MCA, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu meneliti semula pelantikan mereka di dalam kabinet.

"Bila diberikan jawatan, MCA tidak mengenang budi bercakap hanya untuk mencari publisiti tanpa membuat kajian terlebih dahulu. Najib serta Umno perlu menelitinya kembali," sambung beliau lagi. -HD29/6/2014

[Bergambar] - Patut Pun Tentera Syiah Iraq Lari 'lintang Pukang' Bila Berhadapan Pejuang (ISIS)...Ini Puncanya....

Buat pertama kali, Pejuang Daulah Islam Iraq dan Syam [ISIS] mempamerkan kekuatan pasukan mereka secara besar-besaran ditengah Kota Mosul dan sejumlah Kota lainnya yang dikuasai mereka. Kelihatan beberapa kenderaan perang milik tentera Iraq yang dirampas turut dipamerkan disepanjang jalan sekitar Kota Mosul. Malah turut juga kelihatan adalah Rakyat Iraq yang cintakan kedamaian turut sama meraikan kejayaan Pejuang ISIS menawan Kota Mosul, Kota yang kedua terbesar di Iraq selepas Kota Baghdad.
Lihat beberapa Foto dibawah ini..
parade militer Sunni 1

parade militer Sunni 2

parade militer Sunni 3

parade militer Sunni 4

parade militer Sunni 5

parade militer Sunni 6

parade militer Sunni 7

parade militer Sunni 8

parade militer Sunni 9

parade militer Sunni 10

parade militer Sunni 11

parade militer Sunni 14

parade militer Sunni 13
parade militer Sunni 12

Ramai Model, Artis Dah Jadi ‘Barangan Stok’ Boleh Di Sewa Untuk Memuaskan Nafsu...

Sejumlah model dan artis terkenal Indonesia diyakini terbabit dalam sindiket pelacuran yang mengenakan bayaran antara Rp15 juta (RM4,000) hingga Rp25 juta (RM6,680). Kegiatan itu terbongkar selepas polis Jawa Timur menahan seorang model berasal dari Surabaya di sebuah bilik hotel empat bintang.
Jurucakap polis berkata, model berusia 25 tahun itu mengenakan bayaran Rp15 juta sebelum bersetuju melayan kehendak seorang lelaki tempatan. “Selepas ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk disoal siasat, model itu mengaku tidak beroperasi sendirian, malah ada ejen yang mencari pelanggan,” katanya.
Jurucakap polis itu berkata, ejen terbabit juga bukan sembarangan, sebaliknya seorang penyampai televisyen dan pengelola majlis keraian. Hasil maklumat berkenaan, katanya, penyampai televisyen itu juga ditangkap. Selain suspek, polis juga merampas pelbagai barang bukti, termasuk wang tunai, dua telefon BlackBerry dan kondom terpakai.
Kata jurucakap terbabit, penyampai televisyen itu mendakwa model yang ditangkap itu bukan satu-satunya selebriti yang ditawarkan untuk ditiduri. “Dia mengaku ada stok model dan artis yang boleh dibayar untuk memuaskan nafsu. “Sekurang-kurangnya ada 25 selebriti yang boleh disewa melalui penyampai televisyen berkenaan,” katanya.
Pegawai kanan polis Jawa Timur, Heru Purnomo pula berkata, kes berkenaan sedang diteliti. “Kami masih cuba mendapatkan maklumat lanjut untuk mengetahui sejauh mana aktiviti ini beroperasi,” katanya.
Sumber pula berkata, kegiatan penyampai televisyen itu sudah berjalan sejak beberapa tahun lalu. Katanya, sebahagian besar pelanggan mereka ialah lelaki golongan atasan atau ahli perniagaan. “Kebanyakan urusan mereka berjalan melalui Facebook atau telefon, termasuk penetapan harga dan lokasi,” katanya./Agensi

DSAI Dan Keluarga Mendoakan Kesejahteraan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang...

Susulan tahap kesihatan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terjejas ketika berada di Istanbul bulan lalu, beliau kini sedang menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menziarahi ahli Parlimen Marang itu petang tadi.

"Seluruh keluarga PKR mendoakan agar Tuan Guru Abdul Hadi akan bertambah sihat, dan semoga dipermudah dalam menjalankan amal ibadat bulan Ramadan al-Mubarak ini," katanya Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan medianya, hari ini. Hadir sama Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar.

Abdul Hadi pulang ke Malaysia pada 18 Jun lalu selepas diberi kebenaran oleh doktor yang merawatnya di sebuah pusat perubatan di Turki. 
Bekas Menteri Besar Terengganu itu dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Turki setelah mengalami sesak nafas semasa menghadiri satu persidangan di Istanbul pada Mei lalu.-SH

Saturday, June 28, 2014

[Dari Kami] - Sumbangan Ikhlas Sempena Menyambut Ramadhan 1435 Hijrah...

Kedatangan bulan Ramadhan setiap tahunnya tak henti menjadi penghibur hati orang mukmin. Bagaimana tidak, beribu keutamaan ditawarkan di bulan ini. Pahala dan keampunan Allah bertebaran memenuhi setiap ruang dan waktu.

Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah untuk meraih keuntungan besar dari bulan Ramadhan adalah melalui sedekah. Islam sering menganjurkan umatnya untuk banyak bersedekah. Dan bulan Ramadhan, amalan ini menjadi lebih dianjurkan lagi. Dan demikianlah sepatutnya akhlak seorang mukmin, yaitu dermawan. Allah dan Rasul-Nya memerintahkan bahkan memberi contoh kepada umat Islam untuk menjadi orang yang dermawan serta pemurah. 
‘Semakin banyak kebaikan yang bertebaran di muka bumi ini, maka keberkahan bagi setiap makhluk yang hidup di dalamnya pun semakin banyak’. Tiupan kata semangat inilah yang memberikan kepada kami untuk meningkatkan lagi sumbangan pada tahun ini sempena menyambut Ramadhan 1435 Hijrah. Sudah tentulah program ini dapat digerakkan dengan mudah dan lancar berkat kerjasama antara semua pihak.

‘Kebahagiaan terasa lengkap jika di hari kemenangan menyambut Ramadhan ini kita dapat membahagikan  kebahagiaan itu kepada saudara sesama muslim. . “Semoga program-program ini dapat menjadi jambatan antara umat islam yang ingin memberikan sumbangan dan umat Islam yang memerlukan sumbangan’...

Hadith: 
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: ‘Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan’.
Huraian Hadith: 

Pengajaran Hadis:
i) Setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak.
ii) Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa.
iii) Konsep "memberi" (bersedekah) harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja selama Ramadhan bahkan di bulan-bulan lain juga kerana selalu bersedekah akan memberikan pengaruh yang baik pada peribadi dan masyarakat umumnya di mana seseorang itu akan dapat menghakis sifat kedekut dalam dirinya di samping mempereratkan lagi ikatan kemesraan di dalam anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.
iv) Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.


Sumbangan yang disampaikan sempena menyambut Ramadhan Al mubarak bagi tahun 1435 Hijrah sekitar Mukim Hosba Kubang Pasu. Terima kasih juga kami ucapkan kepada Pertubuhan Kebajikan Al amin Kubang Pasu [PEKA] atas inisiatif dan kerjasama ini dan para penyumbang yang memperuntukan kewangan serta 700 pack buah kurma untuk edaran diseluruh DUN Bukit Kayu hitam. 

TSKI Tidak Perlu Tunduk Tuntutan 'Segelintir' Pemimpin Desak Lepas Jawatan MB...


Abdul Khalid
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak akan berundur sebagai orang nombor satu di negeri itu walaupun didesak pelbagai pihak.
Abdul Khalid berkata demikian bagi mengulas jika beliau kalah dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi merebut jawatan Timbalan Presiden.
Katanya, tidak ada syarat mengatakan jika kalah dalam jawatan parti maka seseorang itu perlu meletak jawatan. “Itu tidak perlu. Tidak ada dalam syarat jika kalah, maka seseorang perlu mengakhiri tugasnya.
“Jika kamu memegang jawatan yang sudah dilantik, maka masih lagi perlu menjalankan tanggungjawab itu sehingga pilihan raya akan datang,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan sempena Ramadan, di Kampung Perigi Nenas, di sini, hari ini. Abdul Khalid menegaskan beliau akan meneruskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan Menteri Besar.
Sebelum ini, pelbagai pihak mendesak Abdul Khalid meletak jawatan sebagai Menteri Besar ekoran kononnya beliau gagal menyelesaikan beberapa isu negeri dan berkemungkinan gagal merebut jawatan Timbalan Presiden. Abdul Khalid juga gagal mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor dalam pemilihan PKR kali ini.
Dalam pemilihan Timbalan Presiden, Abdul Khalid berdepan dengan penyandang Timbalan Presiden, Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution.-SK/28 Jun 2014

MILF Gesa Filifina Segera Melaksanakan Janji Sebuah Negara Kerajaan Bangsa Moro...

Presiden Filipina, Benigno Aquino III memberi jaminan bahawa kerajaan autonomi yang baharu di wilayah selatan negara ini akan ditubuhkan pada Januari tahun depan.

Penubuhan kerajaan Bangsamoro di wilayah autonomi Mindanao itu merupakan sebahagian komitmen Manila mengikut perjanjian damai yang dimeterai pada 27 Mac lalu hasil usahasama kerajaan Malaysia sebagai fasilitator.
Di bawah perjanjian berkenaan, Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) bersetuju meletakkan senjata manakala kerajaan memberi kuasa kepada kumpulan pemisah itu untuk mengawal ekonomi dan kebudayaan wilayah terbabit.

Aquino memberi jaminan tersebut selepas Timbalan Pengerusi MILF, Ghadzali Jaafar menyuarakan kebimbangan bahawa kerajaan Filipina dilihat sengaja melewat-lewatkan tindakan untuk melaksanakan perjanjian damai itu.
"Semua perkara (perjanjian) akan diselesaikan supaya mereka (MILF) boleh menubuhkan kerajaan pada Januari ini," kata beliau ketika mengunjungi wilayah Iloilo untuk merasmikan beberapa projek infrastruktur.
Dalam pada itu, Ghadzali berkata, Aquino dan Pengerusi MILF, Murad Ebrahim mengadakan perjumpaan tergempar selama 15 minit di Hiroshima, Jepun pada Selasa lalu bagi membincangkan proses pelaksanaan perjanjian damai antara kedua-dua pihak.

Jelasnya, Murad dalam pertemuan tersebut menyuarakan kebimbangan tentang penangguhan proses penilaian Undang-Undang Asas Bangsamoro (BBL) yang masih belum diluluskan oleh Kongres pada bulan ini mengikut perancangan. "Bagaimanapun, saya berharap kerajaan boleh menepati tarikh akhir baharu iaitu 28 Julai ini di mana bermulanya persidangan Kongres, untuk meluluskan draf BBL," katanya. - AFP

Pernyataan Ancaman Daulah Islamiah Iraq Dan Syam [ISIS] Terhadap Amerika Syarikat Jika Iraq Di Serang...

isistr
.إن قصفت أمريكا العراق فهذا يعني أن كل مواطن أمريكي هدف مشروع لنا.
Jika Amerika Syarikat menyerang Iraq, setiap warga negara Amerika adalah target sah bagi kami…
كل طبيب أمريكي في أي بلد سينحر إن قصفت أمريكا العراق.
Setiap doktor Amerika yang bekerja di negara manapun akan dibantai jika Amerika menyerang Iraq…
كل شركة في البلدان العربية بها أمريكان فهي هدف مشروع لكل مسلم.
Setiap perusahaan di negara-negara Arab yang pekerjanya orang Amerika adalah target sah bagi setiap Muslim…
إن قصفتم العراق فكل سفارات أمريكا في العالم ستكون معرضة لسيارتنا المفخخة.
Jika Amerika menyerang Iraq, setiap kedutaan Amerika di seluruh dunia akan dijadikan sasaran serangan Bom Mobil.
دماء المدنيين الأمريكان ليست أغلى من دماء أطفال ونساء العراق.
Darah rakyat Amerika tidak lebih berharga dari darah anak-anak dan perempuan Muslim Iraq.
هل دماء المدنيين الأمريكان محرمة?! ودماء أطفال الفلوجة مباحة?!
Apakah darah rakyat Amerika dilarang tumpah ? Tapi darah anak-anak Muslim Fallujah diperbolehkan ?
كل قطرة دم عراقية تراق بالقصف الأمريكي سيراق مقابلها أنهار من الدماء الأمريكية.
Untuk setiap titisan darah yang ditumpahkan di Iraq, Amerika bukan hanya menitiskan darah, tapi mereka akan membuat sungai darah...
كل حكومة عربية تفتح أراضيها للطائرات الأمريكية ستتحمل تبعات ذلك.
Setiap pemerintah yang bersedia untuk membuka wilayahnya untuk pesawat AS memulai serangan akan menanggung akibatnya.
يقول ابن لادن; لاتشاور أحدا في قتل الأمريكان.
Osama Bin Laden pernah mengatakan, tidak perlu berkonsultasi kepada siapa pun ketika membunuh orang Amerika.

Sumber Em.. 

Zahid Hamidi - 'Saya Simpati Dengan Beliau Tetapi Itulah Harga Yang Perlu Beliau Bayar Kerana Mulut Celupar'...

Kejadian yang menimpa Adun Seri Delima, R.S.N. Rayer pagi ini adalah akibat dari "mulut celupar" beliau, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
"Sebagai ahli politik, saya simpati dengan beliau tetapi itulah harga yang perlu beliau bayar kerana mulut celupar," kata Zahid selepas majlis penutup pengiktirafan pengawal keselamatan di Kuala Kubu Baru, hari ini.
Zahid mengulas penemuan kepala lembu yang masih berdarah dan tanpa kulit di depan pintu pagar rumah Rayer pagi ini. Zahid, yang juga Naib Presiden Umno, bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang mengenai isu itu.
Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis sedang membuat siasatan ke atas kes itu. "Kami sedang siasat," katanya tanpa mengulas panjang.
Rayer, yang diserang ahli Umno ekoran kenyataan "Umno celaka" dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang lalu, berkata kepala lembu itu ditemui isterinya di depan pagar rumah mereka pagi ini. "Dia melihatnya kira-kira jam 6.45 pagi. Ia penuh dengan darah dan telah disiat kulit," kata Adun dua penggal itu kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun, Rayer enggan mengaitkan kejadian tersebut dengan kenyataannya di DUN Pulau Pinang bulan lalu. "Saya tidak mahu kata ia ada kaitan dengan itu... tetapi ini kejadian pertama saya hadapi sejak kejadian itu. "Saya akan membuat laporan polis sekejap lagi dan biarkan mereka menyiasatnya," kata Rayer, yang merupakan seorang peguam.

Lembu dianggap suci oleh penganut Hindu. Rayer dan keluarganya adalah penganut Hindu. MI/28 Jun, 2014.

Thursday, June 26, 2014

[Bergambar] Saksikan, Kota Yang Pernah Tenggelam Puluhan Tahun Kini Muncul Di Daratan...

28 tahun berlalu, kota Epecuen di Argentina tenggelam sedalam 10 meter dibawah permukaan air. Namun Kota yang pernah hilang selama 28 tahun itu, kini kembali muncul dipermukaan dan terlihat bagaikan sebuah Kota Usang dan terbiar.

Lihat foto [atas] yang dibuat perbandingan sebelum dan selepas Kota ini tenggelam..

Kota Epecuen merupakan sebuah kota yang dibangun di tepian danau yang berair masin dan di diami sekitar 1.500 penduduk (waktu itu). Ketika musim panas, Kota ini kerap di kunjungi Pelancong tempatan  yang ingin menikmati sinaran matahari sambil berenang di danau air masinnya. Dicatatkan, para pelancung yang datang biasanya berasal dari Buenos Aires, yang kebanyakan merupakan komuniti Yahudi.

Pemandangan dari udara Kota Epecuen yang muncul didaratan..
Tanggal 10 November 1985, hujan lebat mulai turun, disusuli dengan badai yang juga dahsyat tak kunjung berhenti, air disekitar danau dan kota pun mulai melimpah. Kerana kedudukan nya berhampiran danau maka kota mengalami kebanjiran dan sesudahnya berakhir tenggelam sedalam 10 meter dari permukaan air. Mungkin dengan fenomena yang berubah, maka kota ini terus tenggelam bertahun-tahun lamanya.
Setelah 28 tahun berada di dalam air, tiba-tiba kota ini kembali muncul ke daratan. Kemungkinan besar kota ini kembali ke daratan adalah kerana air yang sudah mulai menyurut. Fenomena ini amat  menarik perhatian bagi orang-orang yang pernah tinggal di sana dan juga pengunjung yang pernah ke sana.
Kota ini dulunya menarik lebih 20,000 pelancung untuk dikunjungi setiap tahun.


Pemandangan sisa-sisa dari tembok yang runtuh, dan pohon dari pokok mati masih berdiri amat menarik. Juga besi karat dari rangka kendaraan, tiang dan barang-barang lain yang sudah berkarat, serta tanah yang meretak. Kerana tenggelam di air yang memiliki konsentrasi garam yang tinggi, kota mati ini hampir seluruhnya diselimuti warna putih, seperti kapur.
Air masih terlihat bergenang dimerata tempat. Meskipun begitu, banyak pengunjung yang rela menempuh 6 jam perjalanan darat dari Buenos Aires demi menyaksikan sendiri fenomena yang dianggap ajaib ini. Misteri nya yang tersendiri...(Daily Mail)
Dipetik dari berbagai sumber: LINKLINK

http://penburukonline.blogspot.my/