Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Sunday, March 8, 2015

Kenyataan Media - Siar Gambar ‘superimpose’. PAS Desak TMI Mohon Maaf..


Kenyataan Media: PAS Desak The Malaysian Insider Mohon Maaf
1. Saya melahirkan kekesalan atas berita bergambar palsu yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insider bahawa kononnya peserta demonstrasi Kita Lawan yang berkumpul di hadapan Pejabat Agung PAS memegang banner dan poster yang bertulis “Undur Hadi” iaitu merujuk kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Gambar itu dimasukkan pada kemaskini berita tersebut pada jam 2.37 petang.Keterangan di bawah gambar itu mengatakan ia adalah gambar asli milik The Malaysian Insider sedangkan pada hakikatnya ia adalah gambar ‘superimpose’ yang telah diubah perkataan di dalamnya.
2. Sesungguhnya, penyiaran berita palsu yang bertujuan provokasi dan memecahbelahkan Pakatan Rakyat ini amat memalukan sekaligus menjatuhkan kredbiliti portal The Malaysian Insider sebagai media alternatif kepada media arus perdana. Adakah The Malaysian Insider begitu terdesak untuk membuat berita yang popular sehingga sanggup membuat gambar superimpose..? Berita ini sungguh berniat jahat kerana ia berunsur untuk melagakan para peserta demonstrasi kepada PAS dan Presiden PAS.
3. Justeru, PAS mendesak portal The Malaysian Insider agar segera memohon maaf secara terbuka kepada PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan juga para peserta demonstrasi atas penyiaran berita bergambar palsu tersebut. Sifat tanggungjawab, amanah dan jujur adalah prinsip dunia kewartawanan dan media yang patut dipertahankan.

Dato’ Mahfuz Omar,
Ketua Penerangan PAS

http://penburukonline.blogspot.my/