Sudah lebih tiga bulan jenazah pejuang Palestin yang terkorban dalam intifadah yang bermula sejak 1 oktober 2015 ditahan oleh pihak regim Israel. Difahamkan pada selasa 12 Januari 2016 jenazah pejuang Palestin akan dihantar pulang kepada pihak keluarga masing-masing.
Peliknya, dari 17 jenazah tersebut tidak ada yang mengeluarkan bau busuk malah kelihatan masih segar pada hal jika dikira dari tarikh Intifada tersebut, sudah lebih dari tiga bulan mayat mereka dibiarkan begitu saja oleh Regim Zionis.
Maka benarlah firman Allah yang bermaksud, “Janganlah kau katakan orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati, bahkan mereka hidup kekal di sisi Allah.“ (QS:2-154).
Difahamkan, puluhan ribu rakyat di Kota Hebron turut serta menyembahyangkan solat jenazah dan mengantar 17 jenazah syuhada Intifadhah Al-Quds melaungkan kemarahan terhadap Zionis sambil menuntut dendam terhadap kezaliman Israel terhadap rakyat Palestin. Mereka turut mengibarkan gambar dan poster para syuhada dan menyemarakan semangat Intifadhah.

Pejuan-Palestina-1
Pejuan-Palestina-2
Pejuan-Palestina-3
(Jenazah Yang kelihatan masih segar)
Ismail Haniyeh turut sama mendirikan solat 17 jenazah pejuang Intifada yang dibunuh oleh regim Zionis.
Wallahuaklam/Pelbagai sumber/Rujuk lain2 sumber untuk ketepatan maklumat.