Sponsor

Tuesday, January 26, 2016

Persidangan Khas Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) Dibawa Ke Dewan Rakyat 26 Januari 2016 Untuk Perbahasan.


Mustapa Mohamed
KUALA LUMPUR - Usul untuk memutuskan tentang penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) akan dibentangkan pada sidang khas Dewan Rakyat yang bermula pukul 10 pagi ini.Ahli Dewan Rakyat akan membahas dan mengundi mengenai TPP dalam sesi khas dua hari bermula hari ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan mencadangkan usul berkenaan untuk mendapat sokongan anggota Dewan Rakyat terhadap keputusan kerajaan bagi Malaysia menjadi sebahagian anggota negara TPP dengan menandatangani dan meratifikasi perjanjian itu.
Berdasar kepada Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini, kerajaan dalam usul itu juga akan mencadangkan Dewan Rakyat menerima kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan ekonomi terbuka yang terlibat dalam perdagangan antarabangsa, pelaburan asing, teknologi dan pelancongan.
Mustapa akan turut mencadangkan bahawa dalam memutuskan penyertaan Malaysia dalam TPP, Dewan Rakyat menyeru semua pihak bersama sama berusaha menjayakan matlamatnya.Selepas sesi khas dua hari di Dewan Rakyat, Dewan Negara pula akan membahaskan dan mengundi isu TPPA pada 28 Jan.

Malaysia adalah antara 12 negara bersama Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam memuktamadkan rundingan berkaitan TPPA pada 5 Oktober 2015. - Bernama/SH-26 Januari 2016

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/