Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Tuesday, July 28, 2015

Pemecatan Muhyiddin – Antara Komen Pengguna FB,..‘Rakyat Suruh Dia Berhenti, Dia Pula Berhentikan Orang Lain’..?


Najib letak

SHAH ALAM, 28 JUL: Sejurus Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan, sekelip mata akaun rasmi facebook Najib dibanjiri kecaman pengguna laman sosial terhadap tindakannya itu.
Setakat jam 6.30 petang lebih 9,000 komen yang menyatakan ketidakpuasan hati gara-gara tindakan menggugurkan Muhyiddin daripada kerusi Timbalan Perdana Menteri. Antara komen pengguna laman sosial terbabit, Akiem Hakim, meminta Najib meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.“Apa nak jadi? Kamu yang patut pecat diri sendiri. Cerminkan diri dulu sebelum buat tindakan,” tulis beliau.
Manakala pengguna facebook yang menamakan dirinya sebagai ‘Johor Utara’ pula menulis, “Gila kuasa. Gila harta. Gila pangkat. Alamat melingkuplah Malaysia macam ini,” komen beliau.
Mohd Deen pula menyifatkan tindakan Najib memecat Muhyiddin sebagai lucu ekoran pandangan beliau rakyat mahukan Najib sendiri yang meletakkan jawatan.“Lawak-lawak…. Rakyat suruh dia berhenti, dia pula berhentikan orang lain. Hebat, hebat… ,” kata beliau.
Tidak kurangnya terdapat pengguna laman facebook yang melabelkan Najib sebagai diktaktor ekoran tindakannya memecat menteri yang tidak sehaluan dengannya.Selain pelbagai komen kecaman, facebook Najib turut dibanjiri dengan #najibletakjawatan dan #bencinajib oleh pengguna laman sosial itu.-EZY SK/28 Julai 2015

Kecewa Dengan Pemecatan TS Muhyiddin, Umi Hafilda Umum Keluar Parti..



KUALA LUMPUR: Saksi pertama perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda Ali pada Selasa mengumumkan keluar Umno berikutan kekecewaannya terhadap pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.
Ummi yang juga adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali merupakan Ahli Umno Gombak. "Saya Ummi Hafilda Ali yang pernah menjadi saksi utama kepada kerajaan bagi kes Anwar Ibrahim mengisytiharkan saya keluar dari Umno hari ini (Selasa).
"Saya malu mengaku ahli Umno kerana apabila kebenaran ditentang dengan cara yang kotor seperti ini. Saya tidak ada jawatan (dalam Umno) tetapi berani menegakkan kebenaran," kata Ummi kepada pemberita di luar kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara di sini, Selasa.
Pada Selasa, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rombakan kabinet yang menyaksikan Muhyiddin digugurkan sebagai timbalan perdana menteri dan jawatan itu digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Dilaporkan, pemecatan Muhyiddin berikutan kontroversi kenyataannya mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Ahad lalu.
Ummi berkata, pengguguran Muhyiddin dalam Kabinet menunjukkan tiada lagi ketelusan, kebebasan dan penghargaan ke atas kepimpinan hari ini dan Umno.Beliau secara peribadi berpendapat bahawa pemecatan Muhyiddin merupakan tanda kejatuhan kepimpinan kerajaan hari ini."Kalau seorang timbalan perdana menteri, orang nombor dua dalam negara tegur, bukan marah tetapi boleh dipecat, apatah lagi rakyat. Di mana rakyat hendak berpayung?
"Dia (Muhyiddin) mempertikaikan atas apa yang berlaku dan meminta penjelasan kepada rakyat. Adakah ini yang dikatakan rakyat didahulukan kerana dia mewakili berjuta-juta rakyat."Pemecatan Muhyiddin....maaf cakap, mungkin betul atau tidak, tetapi naluri saya adalah tandanya akan berkubur Umno selepas 69 tahun," katanya.
Muhyiddin dalam ucapannya pada malam Ahad lalu menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.Jika tidak, katanya, isu itu akan menjadi beban kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan.Tambah Muhyiddin, jika isu itu berlarutan ia akan terus menjejas keyakinan anggota parti dan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sekaligus berupaya menjejaskan peluang kerajaan untuk mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya umum akan datang.
Sumber http://www.mstar.com.my/

Monday, July 27, 2015

Mesir Di Ambang Kehancuran, Saudi Di Tuntut Berperanan Menyingkirkan Regim Kudeta..?


Abdul Fatah As-Sisi dan Dr. Muhammad Mursi (arrai)
Kerajaan Arab Saudi dituntut untuk memperbaiki kesilapan masa lalu dengan cara mengambil peranan untuk menjatuhkan penguasa Kudeta Tentera di Mesir. Pemerintahan kudeta dinilai gagal untuk membangunkan Mesir dan kini Mesir berada diambang kehancuran.
Sumber dari Egypt Window pada isnin 27/7/2015 hari ini, Abdullah Al-Meflih meminta para pemimpin negara-negara Teluk untuk mengakui kesilapannya masa lalu yang mendukung kudeta militer di Mesir. Kini tibalah masanya pemimpin negara- negara Teluk memperbaiki kesilapan dengan menurunkan Regim As-Sisi dan dalam masa yang sama menyediakan pintu yang selamat untuknya. Perkara itu ditulisnya dalam artikel di akhbar Saudi, Al-Tagreer.

“Regim kudeta di Mesir adalah pemerintah yang gagal. Hanya tinggal sedikit saja pendukungnya. Majoriti penduduk Mesir ketika ini menentang. Mereka tidak mahu lagi menelan mentah-mentah pembohongan media-media di Mesir. Kegagalan sudah sangat jelas dan tidak boleh lagi ditutup. Terlihat di semua tempat dan sebentar lagi Mesir akan runtuh,” demikian tulisnya.

Menurut Al-Meflih, ‘deep state’ di Mesir dan negara-negara Teluk sangat anti dengan kehidupan demokrasi. Sebab itu mereka mendukung kudeta dan menjatuhkan Presiden Mursi. Dakwaan sebelum ini bahawa terjadinya‘ikhwanisasi’ ketika Presiden Mursi berkuasa adalah tidak benar. Apa yang terjadi sebenarnya adalah pendukung Mubarak yang mengendalikan semua sektor kehidupan di Mesirtermasuk tentera, media dan pengadilan yang berada di luar kekuasaan dan pengaruh negara.
Al-Meflih turut melahirkan kekesalan dengan tumbangnya Presiden Mursi. Katanya.. “Seandainya Presiden Mursi tetap berkuasa ketika itu, tentulah Mesir akan selamat dari krisis dan terus maju. Ketika ini Mesir terpecah-pecah, ekonominya terus hancur.

Al-Meflih menekankan keutamaan Saudi dalam memainkan peranan untuk menyelamatkan Mesir... “Yang penting, ketika ini Saudi jangan menunggu terlalu lama. Menunda satu hari sama saja membiarkan Mesir mendekati kehancurannya. Saudi harus meyakinkan negara-negara Teluk untuk berperanan menurunkan As-Sisi dan tapi menjamin keselamatannya.
Presiden Mursi dibolehkan kembali ke jabatannya untuk sementara waktu dan mencadangkan satu pilihanraya umum yang baru dibawah pengawasan Antarabangsa.

Dari pelbagai sumber/Dt

Situasi Politik Semasa Tidak Memihak Kepada Umno/BN – Kata TPM...?

Muhyiddin: Pengundi sudah lebih daripada meluat
SHAH ALAM - Mengakui agak 'takut' selepas video pertama kenyataannya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi viral baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin malam tadi berkata, beliau harus berpegang kepada kata-kata, 'berkata benar biar pun pahit'. 

Kenyataan terbaharu itu merujuk kepada andaian sekiranya Parlimen dibubarkan pada masa ini, Barisan Nasional katanya tidak akan menang berlandaskan senario politik hari ini."Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang pada PRU  akan datang.

"... Tetapi kalau dikata kalah, tetapi masih tak kalah, betul tak? Bagi saya satu hikmah yang ALLAH  beri kepada kita selepas PRU  lalu tahun 2008 Pak lah pimpin parti, kita dapat undi yang lebih rendah dan jumlah 140 kerusi (saya tak berapa ingat) tetapi saya bimbang ia berterusan bukan nak ulang cerita lama.

"Kalau- kalau tidak ada perubahan kepimpinan, undi kita akan terus merosot sebab itu saya gerakkan satu usaha dengan niat ikhlas untuk terus parti kita kekal berkuasa dapat sokongan kita angkat Najib jadi PM dengan kemenangan 133 kerusi, orang kata merosot, tetapi kalau Pak lah ambil mungkin jadi 120 atau  lebih kurang daripada itu, nasib baik kita masih selamat," katanya semasa berucap pada majlis penutup mesyuarat Umno  Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Mengulas lanjut, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, oleh itu adalah menjadi tanggungjawab ahli Umno untuk melihat perkembangan ini kerana situasi semasa tidak memihak kepada parti itu.

"... tetapi trend itu sudah menurun , tidak lagi lebih dua pertiga, hanya jumlah kerusi majoriti mudah."Kalau begitu keadaannya menjadi satu perkara yang paling penting dalam Perhimpunan Agung Umno sama ada di bahagian, sayap Umno, untuk melihat apa hal yang sudah berlaku dalam parti, perkembangan dalam kerajaan dan dalam negara kita yang menyebabkan sentimen yang saya sebut tadi hampir berada dalam keadaan sebahagian besar rakyat tidak menjadi pengundi kita, kenapa berlaku? Saya rasa ini lebih daripada meluat, ini bukan saya sebut," kataya.-SH/27 Julai 2015

Sunday, July 26, 2015

‘Kemanisan’ Di Alam Maya Namun Tragedi Di Dunia Nyata..?

Perkembangan teknologi maklumat masa kini boleh dianggap sebagai penghubung antara satu dengan yang lain. Samaada ianya digunakan secara betul atau salah, terpulanglah kepada yang empunya. Ramai yang melebelkan teknologi maklumat inilah punca segala masaalah yang berlaku. Tetapi sebahagian yang lainnya meletakkan kesalahan kepada penggunanya.?

Memang Indah.!. Bagi yang ingin mencari kenalan atau bercinta dialam maya, mereka mengakui ianya satu yang paling indah. Cakaplah apa saja. Bayangkan apa saja. Semuanya boleh ditulis mengikut citarasa sendiri. Letakkan saja jejari di keyboard, tulislah seberapa banyak yang kita mahu. Contohnya ‘Kamu yang Pertama’..Yang penting maksud ayat cinta itu sampai kepada penerimanya.

Namun disebalik cinta itu, apakah kata-kata itu realiti jika bertemu di dunia nyata..?
Satu persoalan yang sukar dijawab. Kebanyakan nya bertemu jalan buntu dan membawa kehancuran. Kenapa..?. Itulah bezanya antara dunia maya dan nyata..


Gambar..(Print Screen dari Video)

Siapa sangka cempedak nak jadi nangka..? 
Jom tengok apa yang terjadi kepada sepasang remaja ini. Satu pertengkaran telah berlaku di jalan Tiongkok, China. Pasangan ini saling tuduh menuduh antara satu sama lain. Kenapa..?
Sebenarnya mereka telah pun berkenalan di dunia maya. Saling menyatakan cinta. Setelah lama meniup angin asmara didunia maya, kini tibalah masanya bertemu wajah di dunia nyata. ‘Ku sangka Cempedak, rupanya Nangka’..!!. Pertemuan itu tidak menghasilkan satu kebahagian seperti cerita di dunia maya. Kerana realitinya cukup berbeza di dunia nyata..?

Renung punya renung. Rupanya tak sama. Gambar lain sedangkan orangnya lain. Wah, ada-ada saja ya wanita. Cari kesempatan untuk menipu. Lelaki tu pun sama. Mudah sangat terpesona dengan media maya ni. Pantang tengok dahi licin sikit, dah kemaruk nak bercinta. Pantang diuji dengan ayat cinta ‘Kamu yang Pertama’.. naik jiwang dibuatnya...

p/s – Tak semua yang macam tu. Ada juga yang benar-benar baik dan jujur..

Saturday, July 25, 2015

Benarkah Presiden Mursi Di Racun..?


Presiden Mesir yang dikudeta As-Sisi (islammemo.cc)
Direktorat Lembaga Permasyarakatan (penjara) Mesir, menafikan berita yang tersebar bahawa mantan Presiden Mesir sedang sakit parah. Presiden Mursi hanya kurang sihat dan menyebabkan beliau tidak dapat hadir dalam perbicaraan selasa lalu.
Seperti yang dilaporkan Klmty pada sabtu 25 Julai 2015, sumber yang dirahsiakan mengatakan tekanan darah Presiden Mursi sedikit menurun dan sudah pun ditangani doktor di rumah sakit penjara Burj Arab, Alexandria. Ketika ini keadaan nya semakin stabil dan tidak diperlukan dirawat di hospital diluar penjara dan diharapkan dapat hadir dalam perbicaraan berikutnya.
Sementara itu,Oposisi dan penentang Kudeta yang berpusat di Turki menuntut Pesiden Mursi segera dirawat di Hospital Kasr El-Ani dan selanjutnya menuduh pihak penjara telah memasukan racun didalam makanan Presiden Mursi.
Keadaan kesihatan Presiden Mursi menyebabkan pengadilan terhadap Presiden Mursi dan sepuluh orang lainnya terpaksa ditunda sehingga 2 Ogos.
Sumber asal Dt/25 Julai 2015 

Friday, July 24, 2015

Ramadan Berlalu, Konsert K-POP Bakal Bergegar..?

Batalkan konsert K-Pop Sabtu ini! Itu tuntutan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) kepada pihak berkuasa bagi menghalang konsert kumpulan dari Korea Selatan, Big Bang, yang berlangsung malam ini dan esok.
Dalam peringatan ditulis di Facebook, PEMBINA mengingatkan umat Islam supaya tidak leka dengan hiburan kerana Ramadan baru saja berlalu."Ramadan baru saja pergi meninggalkan kita. Kini belia kita mahu menyambutnya dengan menghadiri konsert K-pop?" kata pertubuhan itu.
Bing Bang adalah kumpulan K-pop dianggotai lima anak muda yang muncul kali pertama pada 2006.Selepas menyepi selama dua tahun, mereka bersatu semula pada 2011 dengan album baru, Tonight tetapi berdepan masalah perundangan.
Big Bang adalah kumpulan pertama dari Korea Selatan muncul dalam senarai Billboard 200 dan memulakan siri jelajah dunia untuk kali pertama pada awal 2013.
Menurut PEMBINA, konsert begitu perlu dihindari dan kejadian gadis Melayu dipeluk suatu ketika dulu wajar dijadikan iktibar.Kata kumpulan itu, selepas bantahan dibuat berkali-kali penganjur belum insaf dan "mahu mengejar keuntungan semata-mata" dan mengabaikan kesan terhadap belia.
"Admin seru sudah tiba masa kita letakkan titik noktah pada gejala hedonisme yang melampau ini! Belia Malaysia tolak konsert K-pop! "Kita lawan sampai konsert K-pop berambus dari Malaysia!" katanya.-MK/24 Julai 2015

Thursday, July 23, 2015

Selembar Al Quran Yang Berusia 1,370 Tahun Di Temui Di Universiti Birmingham..?

UNITED KINGDOM - BRITAIN. Ujian radiokarbon pentarikhan telah menemui manuskrip al-Quran yang berusia paling tidak 1,370 tahun, menjadikan ia al-Quran paling awal wujud yang berjaya ditemui, lapor BBC.
Kitab suci itu yang berada di perpustakaan Universiti Birmingham sejak hampir seabad lalu tanpa diketahui statusnya bersama disimpan bersama buku-buku dan dokumen dari Timur Tengah.
Pakar dari Perpustakaan British, Dr Muhammad Isa Waley berkata, penemuan itu sesuatu yang mengujakan dan membuatkan masyarakat Muslim begitu gembira.
Apabila pengkaji PhD meneliti lebih dekat muka surat manuskrip itu, mereka memutuskan untuk menjalankan ujian radiokarbon pentarikhan dan keputusannya sangat mengejutkan.Pengarah koleksi istimewa universiti tersebut, Susan Worrall berkata, para penyelidik tidak menyangka manuskrip itu begitu berusia.“Mengetahui kami menemui salah satu serpihan tertua al-Quran di seluruh dunia sangat menakjubkan,” katanya.
Ujian yang dijalankan Unit Akselerator Radiokarbon Universiti Oxford menunjukkan teks itu ditulis atas serpihan yang diperbuat daripada kulit kambing atau biri-biri. Ujian itu memberitahu jangkaan tarikh yang menunjukkan kebarangkalian sebanyak 95 peratus (%) bahawa kertas kulit itu dari tahun 568 dan 645.
Menurut salah seorang pensyarah Universiti Birmingham, David Thomas, tarikh itu memungkinkan bahawa orang yang menulis manuskrip itu mungkin masih hidup ketika zaman Nabi Muhammad SAW.“Penulis itu mungkin juga mengenali Nabi Muhammad. Mungkin juga penulis melihat Nabi Muhammad, mendengar Nabi Muhammad berkhutbah dan mengenalinya secara peribadi,” katanya.-SH/23 Julai 2015

Wednesday, July 22, 2015

Tidak Kena Masa, Gerakan Harapan Baru Melalui Laluan Sukar..? Kata Penganalisis Politik..


Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff

SHAH ALAM – Nasib parti politik baharu, Gerakan Harapan Baru dijangka berakhir seperti mana-mana parti serpihan lain yang pernah wujud sebelum ini, lebih-lebih lagi apabila ia ditubuhkan oleh bekas pemimpin Pas yang kecewa pada pemilihan lalu.

Demikian kata penganalisis politik, Prof. Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang tidak menolak kemungkinan itu meskipun ia membawa agenda kepada perubahan politik negara.“Sukar untuk dinyatakan...tetapi dilihat kepada semangat golongan kelas pertengahan dan anak muda yang mahukan perubahan politik serta masalah yang dihadapi oleh kepemimpinan Umno sekarang. “Boleh kekalkah Harapan Baru? Sejarah menunjukkan sukar bagi parti serpihan kekal kuat. Berjasa, Hamim dan S46 tak mampu bertahan,” katanya dalam tulisan terbaru di akaun Facebook miliknya, hari ini.
Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu juga berkata, kemunculan Harapan Baru selepas berakhirnya Muktamar Pas Pusat akan melalui laluan sukar kerana tidak kena pada masa dan tempatnya.“Masa Harapan Baru digerakkan tidak tepat. Ini kerana ia ditubuhkan selepas pemilihan Pas dan ditubuhkan oleh mereka yang tewas. Tempat juga pelancaran tidak kena. Banyak ceramah bermula di Kelantan.“Mengapa ditumpu pada kawasan kuat Pas? Mengapa tidak dilancarkan di tempat di luar Kelantan atau di kawasan Melayu yang lain. Lebih meriah lagi kalau dilancarkan di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.
Tambah beliau, biarpun pemimpin progresif Pas yang kecewa ini merupakan tokoh hebat, namun mereka dibayangi dengan kontroversi dengan sejarah masing-masing.Katanya lagi, sumber kewangan yang terhad juga tidak membolehkan Harapan Baru terus bertahan dalam senario politik hari ini.“Tanpa sumber kewangan, Harapan Baru sukar bertahan. Stamina mudah habis tanpa sumber yang mencukupi.“Berpolitiklah secara sihat. Jangan bawa budaya caci maki, keji mengeji dan label melabel,” katanya lagi.- SH/21 Julai 2015

Monday, July 20, 2015

Tiada Konspirasi Desak Najib Undur. Kenyataan Penyokong Najib Mengatakan Tiada Siapa Berhak Menuntut Najib Meletak Jawatan Dianggap ‘Memiliki Memori Singkat’..?

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas cakap-cakap yang wujud konspirasi untuk menggulingkan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri, mengatakan tidak pernah ada cubaan secara rahsia untuk menjatuhkan beliau.
Menulis di dalam blognya chedet.cc, bekas perdana menteri yang ketika ini lantang menentang pentadbiran Najib itu berkata, beliau selama ini secara terbuka berkempen supaya Najib berundur.
"Adakah wujud konspirasi? Adakah seseorang atau sesuatu kumpulan yang sedang berkonspirasi atau bergerak dalam diam-diam cuba menggulingkan Najib? "Sebelum ini mungkin ada, tetapi selain mereka yang secara senyap-senyap meluahkan ketidakpuasanhati terhadap pentadbiran Najib, tiada siapa merancang menjatuhkan beliau. "Bukanlah hendak kata mereka mengalu-alukan beliau meletak jawatan atau mengosongkan kerusinya. Tetapi, tidak ada rancangan dan tindakan aktif yang dibuat secara rahsia," katanya.
Dr Mahathir berkata, tidak ada konspirasi dalam pengisytiharan terbukanya meminta Najib meletak jawatan. Dalam gaya biasa bahasanya yang pedas, beliau berkata, jika dijalankan penyiasatan, tidak perlu khidmat detektif atau ejen khas pun, semua orang tahu wujud gesaan supaya Najib disingkirkan."Jadi, sekali lagi, di mana konspirasinya! Semuanya terang-terangan. Tidak perlu berkonspirasi. Kempen supaya beliau berhenti menjadi perdana menteri diadakan secara terbuka," katanya.
Perdana menteri paling lama berkhidmat itu juga membidas penyokong Najib yang menegaskan tiada siapa berhak menuntut seorang presiden Umno yang dipilih untuk berundur, dengan sinis menyatakan mereka mempunyai "memori yang singkat" kerana sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga dipilih, diminta melepas jawatan."Singkat sangatkah memori mereka? Tidakkah mereka ingat, Abdullah yang juga dipilih, diminta oleh Najib untuk berundur. Dan dia menurut. Dan saya pun, juga perdana menteri yang dipilih, berundur pada 2003," katanya. 
Abdullah mengambil alih dari Dr Mahathir apabila beliau bersara pada tahun 2003, tetapi prestasi teruk Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008 meningkatkan gesaan terhadapnya supaya meletak jawatan.
Dr Mahathir memulakan kritikannya terhadap Abdullah sejak 2005 dan malah keluar daripada Umno sebagai protes terhadap kepimpinan Abdullah pada Mei 2008, dua bulan selepas pilihan raya umum. Abdullah akhirnya mengosongkan kerusinya dan timbalannya, Najib, mengambil alih pada April 2009.Dr Mahathir kemudiannya memohon semula menjadi ahli Umno pada 2009, selepas Najib menjadi perdana menteri.
Dr Mahathir menegaskan, di mana-mana di seluruh dunia, presiden dan perdana menteri yang dipilih akan berundur apabila diminta atau dipaksa berbuat demikian.Katanya, di sesetengah negara, sekiranya sesuatu yang tidak diingini terjadi, menteri dan perdana menteri akan turut meletak jawatan."Oleh itu, jangan jadi bodoh dan kata memandangkan Najib dipilih, tiada siapa berhak meminta beliau berundur."Abdullah memenangi lebih banyak kerusi pada 2008 dibandingkan Najib pada 2013. Jika Abdullah sedia meletak jawatan, Najib selepas prestasi beliau yang buruk pada pilihan raya umum, sepatutnya tidak perlu pun menawarkan diri menjadi perdana menteri."Beliau patut meletak jawatan sebagai presiden Umno dan ketua BN dan biarkan orang lain menjadi ketua dan menjadi perdana menteri," katanya. – TMI / 20 Julai, 2015.

Sunday, July 19, 2015

Gundik Diraja Di Sebalik Pembinaan Istana Hitam..?


Tanam gadis untuk kukuhkan binaan istana?
MATSUE Castle atau Istana Hitam yang dibina pada tahun 1611 dilaporkan merupakan salah sebuah binaan tertua di Jepun.
Tidak seperti kebanyakan istana lain di Jepun yang musnah atau rosak akibat peperangan, istana lama ini merupakan salah sebuah istana  yang masih tersergam kukuh di tempatnya.Namun ada rahsia di sebaliknya.

Walaupun sering menjadi tarikan pelancong, siapa sangka istana keenam tertua di Jepun ini menyimpan 1001 misteri semasa pembinaannya.
Menurut legenda Istana Hitam, pembinaan istana tersebut yang dikatakan bermula sejak tahun 1607 telah menjadikan seorang gadis sebagai korban bagi mengekalkan kekuatan binaan istana.Hitobashira atau ‘Tiang manusia’ adalah kepercayaan lama yang diamalkan oleh masyarakat zaman dahulu kala.Masyarakat zaman dahulu percaya bahawa pembinaan tersebut akan menjadi lebih kuat dan kukuh sekiranya manusia ‘ditanamkan’ di dalam tiang atau dinding binaan.

Sebuah portal melaporkan, dengan ‘menanam’ manusia ke dalam setiap dinding dan tiang, mereka percaya bahawa pembinaan  tersebut mendapat keberkatan daripada tuhan-tuhan mereka dan apa yang dibina akan kekal dan tahan dari kerosakan.Bagaimanapun, binaan yang mengamalkan kepercayaan ini dikatakan dihantui oleh manusia yang ‘diabadikan’ dalam tiang dan dinding.
Berbalik kepada legenda Istana Hitam ini, sejarah mengatakan seorang gadis telah ditanam hidup-hidup di dalam dinding istana semasa pembinaannya. Pada masa itu, kontraktor binaan yang dikatakan mencari gadis yang sesuai untuk dijadikan korban menjumpai seorang gadis yang sedang menari di sebuah festival.

Mereka kemudiannya memukul dan menculik gadis itu sebelum menanamnya hidup-hidup dalam dinding istana.Gadis tersebut yang namanya tidak pernah direkodkan, dianggap sebagai korban kepada istana; dan pengorbanannya adalah untuk memastikan istana kekal utuh dan stabil.Khabarnya, gadis tersebut merupakan gundik diraja Matsue yang sangat cantik dan gemar menari.
Setelah istana tersebut siap dibina, pihak diraja mengeluarkan larangan ke atas mana-mana gadis untuk menari di jalanan di Matsue kerana istana tersebut akan mengalami gegaran setiap kali gadis menari di jalanan.- SH/19 Julai 2015

Saturday, July 18, 2015

Kebenaran Mendidik Kita Menjadi Setia - Ustaz Mohamad Hazmi

Gambar Sekadar Hiasan
KEBENARAN MENDIDIK KITA MENJADI SETIA
[Komentar Terhadap Artikel Ustaz Hasrizal]

1. MUQADDIMAH
Saya bukan seorang penulis blog atau buku bestseller yang berbakat. Apatah lagi seorang selebriti dan perunding motivasi terkenal. Jauh sekali. Saya hanya seorang ahli Pas yang minat dengan perkaderan. Kerana minat itulah, saya terlibat dengan sektor tarbiah dan perkaderan dalam Pas sudah lebih 10 tahun. Saya mengenali Ustaz Hasrizal. Mungkin beliau mengenali saya dan mungkin tidak. Itu tidaklah terlalu penting. Saya bukanlah sesiapa untuk murabbi cinta anak muda seperti beliau mengenalinya. Tapi saya antara pembaca tegar blog beliau "saifulislam" satu ketika dahulu. Banyak tulisan-tulisan di dalam blog itu yang kemudiannya dibukukan. Dahulu, saya print dan simpan artikel-artikel beliau sebagai rujukan.
Saya mengambil masa lama untuk mula mencoret komentar ini. Lama saya berfikir. Merujuk beberapa sahabat untuk menilai dan menimbang antara manfaat dan mudharat. Manakah yang lebih besar? Ataukah saya hanya akan membuang masa dan teralih fokus melayani sesuatu yang kurang penting? Saya membaca berulang kali artikel beliau bertajuk SETIA DENGAN KEBENARAN [rujuk :https://www.facebook.com/muarrikhun/posts/388146238060634 …] Akhirnya saya memutuskan perlu untuk membuat komentar, kerana Ustaz Hasrizal yang saya kenali konsisten bersyarah tentang SIKAP dan sering menekan butang PAUSE rupanya tidaklah sekonsisten artikel dan tulisannya. Antara faktor yang mendorong saya membuat komentar ialah :
a) Ramai sahabat-sahabat yang menghubungi saya dan meminta komentar peribadi saya terhadap artikel Ustaz Hasrizal tersebut.
b) Ustaz Hasrizal rancak bercerita dalam artikel tersebut tentang perkaderan dalaman Pas secara terbuka dan negatif.
c) Beliau seolah-olah memperkecilkan ustaz-ustaz muda yang ramai berada di dalam Pas ini sebagai jumud dan profesional yang bersama dengan ustaz-ustaz ini adalah profesional yang bengap.
d) Beliau membongkar sikap dirinya yang sebenar apabila berkongsi cerita emosionalnya mengoyakkan sijil keahlian Pas (murabbi cinta?) serta tuduhan yang saya kira setaraf dengan blogger-blogger picisan kononnya pemimpin-pemimpin yang tersingkir bukan atas kapasiti individu, sebaliknya hasil strategi terancang.
e) Sokongan terbuka beliau kepada penubuhan Gerakan Harapan Baru yang masih lagi sebahagiannya ahli Pas, ahli parlimen dan adun Pas. Malah sebelum itu telah tersebar artikel beliau kepada umum yang turut mencadangkan ke arah penubuhan parti baru dengan cadangan nama Parti Progresif Ihsan (PPI). Malah artikel terkini yang menjadi asas komentar saya ini juga telah dijadikan rujukan oleh pimpinan jamaah Ikram untuk turut menyokong GHB.
2. PENGLIBATAN DALAM PAS DAN PERKADERAN KAMPUS
Saya mungkinlah tidak sehebat beliau dalam mencanangkan idea-idea segar dalam dunia perkaderan. Tapi alhamdulillah, dalam 10 tahun ini, saya banyak terlibat dalam perkaderan dan tarbiah anak muda khasnya anak muda kampus. Malah ketika beliau memegang jawatan kecil di dalam sebuah unit di bawah DPPP sekitar tahun 2005 itu (rujuk artikel beliau) saya pernah bermesyuarat sekali dengannya di Taman Melewar. Selepas itu, saya terus aktif di dalam unit perkaderan tersebut sehingga dipecahkan kepada 2 entiti iaitu perkaderan dalam dan luar negara sehinggalah ke hari ini. Itulah kali pertama dan terakhir saya bertemu muka dengannya dalam program perkaderan parti. Sementara dalam program-program yang lain samaada di peringkat pusat, pemuda dan sebagainya, langsung tiada kelihatan kelibat beliau.
Adakah tarbiah dan perkaderan itu hanya sebuah wacana pemikiran dan lontaran idea semata-mata? Di mana keteladanan? Apakah bentuk kader yang ingin kita lahirkan? Di ketika mana jamaah memerlukan petugas, pemikir dan penggerak di pelbagai peringkat dan organ parti, kita hanya berlegar di zon wacana pemikiran dan motivasi sikap dan cinta bersama kalangan kampus. Maka tidak sedikit yang terkesima dengan keindahan bahasa sang murabbi cinta dan memasang cita-cita untuk menjadi perunding motivasi dan selebriti terkenal sedangkan mereka jauh dari alam realiti perjuangan jamaah Pas di akar umbi?
Apa jawapan yang kita boleh berikan selaku murabbi jika para mutarabbi (anak didik tarbiyah) bertanyakan tentang susuk tubuh kita yang kurang kelihatan dalam program-program besar dan kecil parti? Bagaimana kita ingin mereka menggerakkan cawangan, kawasan, organ pemuda, muslimat dan urusan ulama' serta unit-unit dalam jamaah serta patuh dengan arahan dan peraturan parti jika murabbi sendiri mengutamakan jadual kursus motivasi, ceramah pembentukan sikap dan bisnesnya lebih dari jadual jamaah dan parti? Mutarabbi (anak didik) bagaimana yang ingin kita lahirkan?
Pada pandangan peribadi saya (maaf), keterlibatan beliau dengan Pas yang terbatas, rapat dengan lingkungan rakan-rakan Pas yang terhad kepada kecenderungan yang tertentu, takjub dengan pandangan dan pemikiran sendiri dan kelompok, menghasilkan Ustaz Hasrizal Jamil yang sangat berbeza dari keperibadian ideal yang ditonjolkan dalam tulisan-tulisannya.
3. PERKECIL USTAZ MUDA PAS DAN PROFESIONAL YANG BERBEZA DENGAN IDEA BELIAU
Semenjak 2008, kita boleh mengesan pandangan negatif beliau terhadap ustaz-ustaz Pas khasnya ustaz-ustaz muda. Beliau kerap menekankan dan menonjolkan kepentingan intergrasi antara ilmu syariatullah dan sunnatullah. Selalu digambarkan ramainya ustaz-ustaz yang hanya tahu syariatullah tetapi lemah dalam ilmu sunnatullah. Apabila timbulnya pertembungan pemikiran di dalam Pas khasnya berkaitan ulama' dan profesional saya melihat ustaz-ustaz muda menjadi kritikan dan sinis. Saya bukan ulama', juga bukan anggota dewan ulama' mahupun ahli ulama' pelapis Pas. Saya fokus pemuda. Tapi saya kenal ramai di kalangan ulama' muda Pas yang berlatar belakang akademik peringkat master dan phd dalam pelbagai disiplin ilmu syariatullah dan sunnatullah. Malah ada yang juga pakar dalam ekonomi, sejarah dan sains kemanusiaan. Tidak kurang yang ahli dengan sejarah turki dengan segala catatan empayar era khilafah uthmaniah. Bukan hanya Ustaz Hasrizal seorang sehingga ia perlu kagum dengan dirinya lantas melihat ustaz-ustaz muda Pas itu jumud sehingga profesional yang bersama mereka juga dilabel bengap!
Saya meneliti pandangan-pandangan Ustaz Hasrizal khasnya dalam isu-isu politik dalaman Pas dan Pakatan Rakyat. Beliau pernah menulis tentang Jamaah Centric vs Ummah Centric yang menjadi isu di antara Dr Maslee Malik dan Yb Ustaz Nasruddin Tantawi. Beliau menyimpulkan ummah adalah matlamat, jamaah adalah wasilah. Beliau pernah memberi analogi tentang taadud jamaah (berbilang jamaah) seperti pengguna ubat gigi dan pegawai eksekutif di syarikat ubat gigi. Disimpulkan dengan sekadar menjadi peserta program Jim, peserta seminar anjuran Isma tidak mengapa. Tetapi untuk menjadi pekerja dan penggerak, kita mesti bersama dengan satu jamaah sahaja. Beliau juga pernah mencatatkan di dalam artikelnya tentang kekeliruan bapa angkatnya di Turki untuk menyokong Erbakan atau Erdogan. Secara prinsipnya bapa angkatnya cenderung bersama Erbakan, tetapi secara pendekatan cenderung kepada Erdogan. Saya meneliti tulisan-tulisan beliau tersebut. Kenapa saya sebut di sini beberapa contoh itu? Untuk membuktikan bahawa saya bukan sengaja suka mengkritik Ustaz Hasrizal dalam keadaan langsung tidak mengenalinya. Saya mengenalinya. Namun hari ini, dengan sikapnya menyokong penubuhan parti baru melalui Harapan Baru, mendorong saya untuk menghasilkan komentar ini
Adalah menjadi satu perkara yang sangat asas dalam fiqh Islam, untuk kita menetapkan sesuatu pendirian dalam sesuatu perkara, mestilah kita memahami konteks atau tasawwur situasi yang sebenar. Agar kita tidak tersilap meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya lantas kita berlaku zalim. Dalam keterlibatan yang terbatas, lingkungan yang terhad dan mungkin berpihak, disertakan pula dengan sentimen-sentimen peribadi (contoh disenaraihitam sebagai pengisi tarbiah kampus), menghasilkan Ustaz Hasrizal Jamil bertindak diluar batasan. Menyokong malah mencadangkan parti Islam baru di Malaysia menggambarkan Ustaz Hasrizal yang telah melupakan butang PAUSE yang sering dia gunakan dan diulang-ulang di dalam tulisan dan ceramahnya.
4. USTAZ HASRIZAL MURABBI CINTA DI KALANGAN ANAK MUDA?
Dari manakah anda mengenali Ustaz Hasrizal Jamil? Mungkin ramai yang lebih rapat dengan beliau berbanding saya. Tapi secara jujur saya mengenali beliau bermula dengan menjadi pembaca tegar blog saifulislam. Bukan baru, tetapi lebih dari 12-13 tahun dulu lagi. Saya print artikel-artikelnya menjadi simpanan seawal semasa dia bekerja dengan syarikat Ustaz Pahrol Md Joi, juga motivator cinta yang terkenal. Semenjak itu lagi saya mengikuti perkembangan beliau satu demi satu. Kisah-kisah hidupnya boleh digambarkan dalam catatan-catatan pengalamannya. Saya yakin tidak sedikit anak muda khasnya anak muda kampus yang menjadikan beliau idola. Saya juga pernah mengaguminya. Tetapi tidaklah kekaguman itu menjadikan saya hilang rasional. Saya mengesan beberapa sisi berbeza dalam meneliti setiap artikelnya dari masa ke semasa. Saya mengesan tekanan kesihatan yang dilaluinya di samping bisnes yang bermasaalah dan akademik isterinya yang hampir-hampir mengheret dia untuk merantau ke Australia. Saya mengesan kecenderungannya dalam isu dalaman Pas semenjak 2008. Beliau ada menceritakan tentang persahabatannya dengan Ustaz Ramadhan Fitri dan sebagainya. Kebelakangan ini, beliau sering pula mempertikai sistem tarbiyah jamaah sehingga isu-isu ketika mendapat tarbiyah di Jordan juga digembar-gemburkan. Barangsiapa yang meneliti artikel beliau secara tekun dan kritis, akan perasan dan bertemu sisi-sisi yang berbeza itu.
Saya bukanlah hanya mengenali Ustaz Hasrizal dari artikel-artikel itu sahaja. Ramai peminat-peminat beliau dan anak didiknya yang menjadi teman-teman rapat saya. Begitu juga ramai teman-teman seangkatannya sewaktu di Jordan, kini menjadi teman-teman rapat saya. Tulisan-tulisan beliau tentang diri dan pengalamannya samaada dalam blog atau buku, adalah mewakili dirinya dari sisi pandang dirinya sendiri. Biasanya orang hanya akan menulis sisi putih hidupnya. Tetapi untuk mengenali dirinya yang sebenar, kita perlu juga mendengar pandangan-pandangan dari sisi mereka yang pernah melalui hidup bersamanya. Saya menggabung semua sisi tersebut untuk membuat komentar ini.
Bagi saya, tulisan yang dipersembahkan oleh ustaz Hasrizal ini adalah sangat emosional. Adakah semasa beliau menulis artikel tersebut, beliau sedar atau tidak bahawa beliau seolah-olah berada pada tahap stres yang melampau terhadap jamaah Pas yg telah disertai oleh beliau sebelum ini? Tahap stres melampau ini boleh dikesan melalui tindakan beliau mengoyak sijil keahlian Pas serta mengongsikannya dengan umum. Adakah tindakan ini boleh menjadi sebuah teladan baik untuk generasi melinium Malaysia hari ini? Ada sahabat yang pernah bersama beliau di Jordan memaklumkan secara sinis kepada saya ;
"Sikapnya begitulah semenjak dulu. Mudah stres, suka terpengaruh dengan perkara yang kontroversi, cepat melatah, kurang bertolak ansur dan mudah merajuk"
Jika semata-mata dengan membaca artikelnya yang dahulu, saya mungkin tidak mempercayainya. Tetapi setelah meneliti tulisan-tulisan beliau kebelakangan ini, mengenali rakan-rakan yang melingkunginya, mendengar perihal dirinya dari rakan belajar seangkatannya dan membaca artikel terkininya ini yang terang-terang memburukkan sistem perkaderan Pas dan secara tidak langsung berkempen memecahkan Pas, maka saya nekad untuk menulis komentar ini.
5. ADAKAH SAYA ADA MASALAH PERIBADI DENGAN USTAZ HASRIZAL?
Tidak. Saya pernah menghormati beliau dan masih menyimpan sekelumit rasa hormat tersebut. Sewaktu saya bekerja sebagai penjawat awam di sebuah IPT dahulu, saya pernah beberapa kali menjemput syarikat beliau untuk mengisi program pembangunan insan kami. Saya pernah minum petang di rumah sahabat beliau yang juga sahabat baik saya ketika itu dan kami berbual-bual mesra. Komentar ini saya catatkan kerana saya tahu beliau sangat berpengaruh dan artikelnya yang tersebar itu telah viral di alam maya. Ia bukan sahaja memberi gambaran yang buruk terhadap Pas, tetapi juga menjadi bahan kempen Gerakan Harapan Baru.
Isu-isu yang ditimbulkan oleh beliau seperti isu kepimpinan ulama', label melabel dan kepimpinan yang tersingkir hasil strategi terancang dan sebagainya adalah kesimpulan dari bacaan realiti dalaman yang saya anggap terlalu bias dan cetek. Mengejutkan kerana ia datang dari Ustaz Hasrizal Jamil? Adakah dia tidak tahu atau buat-buat tidak tahu siapakah pencetus isu pertembungan ulamak dan profesional dalam Pas? Isu yang berkali-kali telah dinafikan oleh pimpinan. Adakah dia melihat dengan sebelah mata terhadap label-label yang dilemparkan kepada kem G18, sementara menutup sebelah matanya terhadap label yang dicampakkan kepada kem satu lagi yang rata-rata memimpin Pas ketika ini? Lebih menyedihkan apabila Ustaz Hasrizal turut sama membuat kesimpulan seperti blogger-blogger picisan kononnya pemimpin yang tersingkir bukan atas kapasiti individu, sebaliknya hasil strategi terancang. Tidakkah langsung dia mendengar tentang pertemuan separa sulit PasMa di pustaka Az-Zahra Kota Bharu pada bulan September tahun lepas yang terbongkar isi kandungannya akan gerak kerja terancang untuk mencatur Pas. Ataukah dia langsung tidak melihat berita tentang SD Hawaii Five O?
Malah artikel beliau itu dijadikan hujjah oleh Jamaah Ikram untuk menyokong Gerakan Harapan Baru. Tidakkah Ikram sedar yang penggerak GHB itu masih ahli Pas. Bukankah menyatakan sokongan terbuka begitu menggambarkan Ikram sengaja campurtangan dalam isu dalaman Pas. Adakah Ikram langsung tidak belajar dari keperitan sejarah perpecahan mereka ketika berwadahkan Jim dahulu apabila berpecah dengan Isma? Adakah kalian bergembira di atas perpecahan orang lain?
Saya ahli Pas. Saya masih yakin dengan kebenaran yang dibawa oleh Pas. Saya berusaha agar ahli-ahli Pas tidak terpengaruh dengan tindakan sesetengah ahli dan bekas pimpinan Pas yang berkempen kepada ahli Pas untuk bersama mereka dalam gerakan tersebut. Saya masih yakin dengan kebenaran yang diperjuangkan oleh Pas walaupun terpaksa mendepani badai dan rintangan. Kalau ada yang telah pudar cintanya pada Pas, tidak perlulah sampai menghebohkan seluruh dunia bahawa dia telah mengoyak sijil keahlian atau memotong kad ahli. Saya memilih untuk bersabar, teguh dan terus istiqamah. KEBENARAN ITU MENDIDIK SAYA UNTUK SETIA.
عَÙ†ِ اِبْÙ†ِ عُÙ…َرَ -رَضِÙŠَ اَللَّÙ‡ُ عَÙ†ْÙ‡ُÙ…َا- Ù‚َالَ: Ù‚َالَ رَسُولُ اَللَّÙ‡ِ - صلى الله عليه وسلم – "اَÙ„ْÙ…ُؤْÙ…ِÙ†ُ اَÙ„َّØ°ِÙŠ ÙŠُØ®َالِØ·ُ اَلنَّاسَ, ÙˆَÙŠَصْبِرُ عَÙ„َÙ‰ Ø£َØ°َاهُÙ…ْ Ø®َÙŠْرٌ Ù…ِÙ†ْ اَÙ„َّØ°ِÙŠ Ù„َا ÙŠُØ®َالِØ·ُ اَلنَّاسَ ÙˆَÙ„َا ÙŠَصْبِرُ عَÙ„َÙ‰ Ø£َØ°َاهُÙ…ْ " Ø£َØ®ْرَجَÙ‡ُ اِبْÙ†ُ Ù…َاجَÙ‡ْ بِØ¥ِسْÙ†َادٍ Ø­َسَÙ†ٍ
Sabda Rasulullah s.a.w mafhumnya : "Seorang mukmin yang bercampur dengan manusia dan bersabar di atas kesakitan bersama dengan mereka lebih baik dari mukmin yang tidak bercampur dengan manusia dan tidak bersabar di atas kesakitan bergaul dengan mereka."
Saya menulis komentar ini di bulan Syawal, setelah melihat orang lain tegar berkempen untuk memecahkan Pas di bulan Ramadan, bulan menahan diri. Semoga Ramadan yang berlalu, menjadikan kita terus istiqamah. Semoga Allah ampuni kesilapan saya. Membantu saya melihat yang benar itu benar dan yang salah itu salah dan direzekikan untuk saya mengikutinya. Semoga komentar ini dibaca dengan kelapangan dada.

Ustaz Mohamad Hazmi Dibok
17 Julai 2015, Jumaat.

Sunday, July 12, 2015

Najib Perlukan Kabinet Baru Yang Lebih Dinamik Dan Komited Bagi Menghadapi Krisis Dalam Kepimpinannya..?


Akhbar Utusan Malaysia hari ini mendedahkan rombakan Kabinet akan berlaku pada ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan saat genting. – Gambar fail The Malaysian Insider, 12 Julai, 2015.
Ketika pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang berdepan saat genting, akhbar milik Umno hari ini mendedahkan rombakan Kabinet bakal dibuat tidak lama lagi.
Utusan Malaysia dalam edisi mingguannya berkata, Najib kini tidak boleh mengambil mudah apa yang terjadi memandangkan situasi politik kini tidak lagi sama.
Beliau perlu mengambil langkah lebih proaktif menghadapi serangan ke atas pentadbirannya. "Kali ini, senario politik berubah, Najib tidak boleh ambil mudah. "Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan saja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat yang sukar dan ketika berdepan krisis," kata penulis ruangan pojok Awang Selamat.
Awang dalam tulisannya berkata, rombakan itu penting bagi membolehkan Najib menangkis isu besar, khususnya yang membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang terpalit dengannya."Ia juga mesej jelas kepada semua beliau mahu bangkit daripada dugaan politik yang dihadapi terutama berkaitan isu 1MDB."Malah kemungkinan Najib membuat perubahan drastik tidak boleh ditolak. Mana tahu ada kejutan lebih besar, kita tunggu," katanya.
Beberapa nama diberikan Awang yang bakal terkesan daripada rombakan tersebut, antaranya naib presiden Umno dan juga menteri kanan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal."Tidak terlepas menjadi perhatian Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Shafie Apdal yang dijangka bertukar potfolio," katanya.
Shafie sebelum antara yang lantang mempersoalkan isu mengenai 1MDB dan menggesa supaya siasatan dibuat ke atas syarikat sarat hutang itu di mana Najib merupakan pengerusi lembaga penasihatnya.
Selain itu, 2 menteri juga akan bertukar portfolio. "Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Datuk Abdul) Rahman Dahlan pula disebut-sebut dilantik menteri komunikasi dan multimedia sementara (Datuk Seri Ahmad) Shabery Cheek akan menerajui kementerian lain," katanya.
Rombakan juga akan melibatkan pemimpin MIC yang berada dalam Kabinet di mana menurut Awang, Najib dijangka membuang bekas presidennya Datuk Seri G Palanivel daripada kerajaannya."Jawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Palanivel kemungkinan dikosongkan buat sementara sehingga pemilihan semula MIC September depan."Jika itu terjadi, seorang menteri lain akan memangku jawatan tersebut," katanya.
Selain itu, Awang juga mendedahkan bakal terdapat muka baharu dalam Kabinet Najib nanti."Rombakan kali ini juga dijangka menyaksikan setidak-tidaknya 2 muka baharu untuk jawatan timbalan menteri."Awang difahamkan, perubahan akan turut berlaku bagi jawatan tertentu di ibu pejabat Umno," katanya.
Menurut Awang, Najib kali ini tidak boleh lagi menjaga hati dan berhati-hati dalam membuat rombakan kerana masa untuk memberi peluang sudah berakhir."Najib kerap dikritik sebelum ini kerana terlalu menjaga hati orang dan berhati-hati dalam melakukan rombakan Kabinet terutama ke atas menteri yang lesu dan tidak proaktif."Tetapi itulah pendekatan beliau yang suka memberi peluang menambah baik diri kepada semua ahli Kabinetnya," katanya.
Najib ketika ini berdepan cabaran dan kritikan hebat daripada lawannya selepas terpalit dalam skandal 1MDB menerusi pendedahan panas, malah akhbar The Wall Street Journal baru-baru ini juga mendedahkan skandal sejumlah wang dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
TMI/12 Julai, 2015.

Friday, July 10, 2015

Tolak PAS,...‘Saya Juga Punya Jalan Lain Untuk Masuk Syurga’..? Kata A Samad Said...


Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyindir ahli akademik, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abdul Rahman sebagai 'penjaga pintu syurga'.
Dalam laporan media Umno sebelum ini, Ridhuan (gambar) dilaporkan mengkritik Samad yang mesra dengan panggilan Pak Samad, kerana tidak memilih PAS sebaliknya menyertai DAP. Malah Ridhuan turut dilaporkan menasihati Pak Samad apabila berpolitik, pastikan memilih wadah yang membawa ke syurga.
Manakala Abdullah dalam laporan ISMAweb mengingatkan Pak Samad sepatutnya berfikir untuk mati dalam kebaikan bukan memilih menyertai DAP.Abdullah (gambar)  juga dilaporkan berkata DAP bukan jalan hidayah dan hanyut dengan fahaman liberalisme sekular menyebabkan lahir umat Islam yang bertindak tanpa ambil kira halal haram.
Sehubungan itu, Pak Samad berkata beliau memilih DAP kerana percaya parti itu sememangnya berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia dan beliau mempunyai cara yang tersendiri untuk masuk syurga.“Saya memberi hormat kepada mereka (Abdullah dan Ridhuan) kerana menjadi 'penjaga pintu syurga'.“Saya hormat mereka 'jaga pintu syurga' tapi saya juga punya jalan lain untuk masuk syurga,” katanya selepas majlis berbuka puasa anjuran BERSIH malam tadi. Sementara itu, Pak Samad berkata beliau bersedia menyumbang sedaya upaya terhadap DAP kerana parti itu menyumbang kepada semua tanpa mengira batasan.“Saya masuk DAP kerana saya mempercayai parti itu memang berjuang untuk seluruh orang Malaysia, sebabnya saya bersedia untuk menyumbang untuk beri apa yang boleh dibantu.“Saya lebih fikirkan benda yang lebih besar (untuk DAP),” katanya- MK 10 Julai 2015

Tuesday, July 7, 2015

Lepas Kutuk PAS Habis-Habisan, DAP Ada Hati Nak Pinang PAS Semula..?


Walaupun telah mengisytiharkan Pakatan Rakyat telah terkubur, DAP tidak menolak kemungkinan bersatu kembali dengan PAS pada masa depan.Ditanya tentang kemungkinan pembentukan gabungan pembangkang buat kali keempat dalam pilihan raya umum akan datang, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata ia mungkin berlaku.
DAP bagaimanapun menuntut komitmen PAS terlebih dahulu terhadap dasar bersama Pakatan.“Jika PAS tidak bersedia untuk ini, saya tidak rasa mereka akan terlibat sama,” kata Lim dalam wawancara dengan Malaysiakini  pada Khamis.
Sejarah kerjasama kedua-dua parti telah bermula sejak 80-an melalui Gagasan Rakyat dan pada 90-an melalui Barisan Alternatif.Pada 2008, bersama PKR, mereka membentuk Pakatan Rakyat.Tidak seperti kerjasama sebelum ini, Pakatan pada Disember 2009 membentuk dasar bersama yang ditandatangani oleh Lim, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Bagaimanapun cubaan melaksanakan hudud di Kelantan sentiasa menjadi duri dalam daging bagi PKR dan DAP yang mendorong ke arah perang terbuka kedua-dua pihak.Kemuncaknya dalam muktamar PAS lalu, parti Islam itu membuat keputusan memutuskan hubungan dengan DAP, yang kemudian membawa kepada pengisytiharan terkuburnya Pakatan oleh DAP.
MK 7 Julai 2015

http://penburukonline.blogspot.my/