Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Thursday, August 27, 2015

Najib Tetap Kekal Sebagai PM Meskipun 'Bersih' Berpanas Dan Berpeluh Tunjuk Perasaan..?


Tokoh Wartawan Datuk A Kadir Jasin berpendapat, sekiranya perhimpunan BERSIH 4 bertujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak, perkara itu tidak mungkin akan berlaku dalam waktu yang terdekat. Beliau berkata, tindakan mengadakan protes di jalanan juga tidak akan mengubah kedudukan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara."Kalau tujuan (perhimpunan) BERSIH harap untuk menjatuhkan Najib, ia tidak akan berlaku. Tunjuk perasaan, protes jalanan tidak akan mengubah Najib. Beliau tidak akan berhenti walaupun kita berpanas, berjemur, berpeluh menunjuk perasaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam forum bertajuk '1MDB: Protes Rakyat atau Dewan Rakyat' anjuran Malaysiakini malam tadi. Panelis lain diforum itu ialah bekas timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, bekas timbalan menteri belia dan sukan, Gan Ping Sieu serta Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah.

Selain itu, dengan nada sinis, bekas ketua pengarang kumpulan NSTP itu berkata, tidak pernah dalam sejarah negara ini di mana seorang perdana menteri masih lagi kekal berkuasa walaupun telah dihina."Tak ada perdana menteri dalam sejarah Malaysia dihina sedemikian rupa tapi masih kekal berkuasa. Jawapannya sangat mudah. Dia (Najib) ada seorang perdana menteri yang sangat eksklusif. "Dia mungkin beritahu anda bahawa dia adalah seorang yang sederhana dan inklusif tetapi sebenarnya tidak. Di dalam hati kecilnya, beliau sangat eksklusif dalam kelompoknya," kata Kadir lagi.
Malah, Kadir berkata, Najib yang juga presiden Umno, dilihat sebagai seorang pemimpin yang tidak memerlukan rakyatnya. Justeru itu, sama ada protes rakyat mahupun melalui Dewan Rakyat untuk menjatuhkan Najib, perkara itu dilihat sukar untuk dilakukan, kata Kadir."Kita kini berdepan dengan perdana menteri yang tak perlukan kita semua, (dan) yang hadiri (perhimpunan) BERSIH. Dia tak perlu kita pun. Jadi, secara kesimpulannya, sama ada protes rakyat atau Dewan Rakyat tidak akan boleh menjatuhkan dia.

"Dia sangat yakin dan ini boleh menunjukkan bahawa tidak akan ada undi tak percaya terhadapnya. Jadi, saya melihat apa yang berlaku tak ada kemungkinan untuk Najib berundur. Beliau akan kekal jadi perdana menteri sehingga pilihan raya akan datang. "Saya rasa, beliau tahu kalau dia pergi sekarang, banyak masalah akan menimpa beliau. Kuasa, walau sedikit, ada kuasa adalah lebih berguna daripada tak ada kuasa," kata Kadir lagi.
MK

Wednesday, August 26, 2015

Umno Gali Lubang Lagi Dalam Jika Pecat Muhyiddin Sebagai Timbalan Presiden Umno..?


Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata nasib Umno pada masa akan datang bergantung kepada timbalan presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Justeru, kata Ibrahim, bagi memastikan Umno dan BN kekal berkuasa selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang, Datuk Seri Najib Razak perlu melantik kembali Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri."Tali hayat Umno pada PRU14 ini duduk pada Muhyiddin, kalau (tindakan) bijak, pada saya, Najib perlu mengembalikan semula jawatan timbalan perdana menteri kepada Muhyiddin. "Malah tali hayat Umno kini bergantung kepada sokongan orang Melayu,” kata ahli politik veteran itu.

Bagaimanapun, kata Ibrahim, jika tindakan itu tidak dibuat kerana kasihankan timbalan perdana menteri baru Datuk Seri Zahid Hamidi, Umno mungkin hanya boleh kekal berkuasa dua tahun sahaja lagi. Ibrahim juga berkata, walaupun Zahid diturunkan daripada jawatan itu, naib presiden Umno itu masih seorang menteri. Ibrahim juga berkata jawatan Zahid itu tidak berguna lagi jika BN kalah dalam PRU14.
Ditanya tentang ura-bahawa Muhyiddin akan dipecat pada 9 September ini, Ibrahim tidak nampak ia petanda yang baik untuk Umno."Orang duduk cakap Muhyiddin akan dipecat 9 September ini, kalau benar ini ibarat orang mengantuk disorongkan bantal dan (Umno) gali lubang makin dalam," katanya.
MK/26 Ogos 2015

Tuesday, August 25, 2015

Angkara Facebook, 'Rumah Tangga Ku Hancur'...

Sebuah kisah yang cukup mengharukan. Peristiwa ini betul-betul terjadi kepada seorang wanita yang bergelar isteri yang sanggup mengkianati suaminya sendiri akibat terlalu teruja dengan facebook. Akibat dari peristiwa yang tidak terduga itu, rumahtangganya hancur. Kisah ini diadaptasi sendiri oleh wanita tersebut yang dipetik dari facebook Jilbab Indonesia dan sudah tersebar kepada pengguna laman sosial. Oleh kerana kisah ini boleh memberikan manfaat kepada pembaca serta para wanita diluar sana, maka peristiwa ini dirakamkan semula sebagai iktibar kepada pengguna laman sosial.

Sila untuk membaca dengan teliti dan jadikan sebagai pengajaran.
Namaku Lely. Berjilbab. Ibu rumah tangga dengan satu anak. Umur 26 thn tapi banyak yang bilang aku masih seperti gadis.
Di sela-sela kesibukanku bekerja di konveksi, aku coba buka BB baru pemberian suamiku. Tak lupa ku coba buka akun facebookku. Kangen rasanya seru-seruan dengan teman-teman SMA dulu.
Dari fb, ku mengenal laki-laki. Pemuda yang sukses dengan perdagangan dan pendidikannya.
Awalnya kami cuma saling like status lama kelamaan beralih saling berkirim pesan. Dalam pesan-pesan yang singkat kami pun saling rinci keadaan. Meski dia tahu aku istri dan ibu dari anak 4thn, dia tetap manis menanggapinya.
Dari situ, kami teruskan kirim pesan dengan saling berikan pin BB. Kirim foto dan berujung pada janjian adakan pertemuan.
Aku benar-benar khilaf dan terbuai suasana. Dia memang lebih ganteng dari suamiku dan tak segan-segan memberikan sepatu, seragam sekolah, seragam olah raga dan tas mahal untuk anakku. Bayangkan untuk membeli barang tsb dia rela merogoh ATM nya. Aku begitu terharu.
Itulah awal pertemuanku. Hari berikut koment-komentny a mulai sedikit genit dan nakal. Dan anehnya aku makin terhibur dengan inbok-inbok nakalnya. Mulailah setan merayapiku. Aku tak segan-segan memberi foto telanjang dada permintaannya.
Malam-malam yang ada penuh bunga-bunga bangkai bertebaran. Invite BB, FB dan mention twitter begitu berani, vulgar dan menantang birahi. Aku gak menyangka, meski sudah beranak satu tapi masih ada perjaka yang menyukai.
Belum lagi, di profilnya dia merupakan mahasiswa dari salah satu perguruan tinggi di jogjakarta.
Minggu itu, di pertemuan kedua, kami sudah langsung cek in hotel di kotaku jakarta. Sebulan dia di jakarta membuat kami sering adakan pertemuan hingga sampai pertemuan ke delapan.
3 bulan berlalu, aku mulai hamil. Aku merasa biasa saja. Tapi kedua orang tuaku bingung dan mempermasalahka n. Pasalnya, sudah setahun suamiku kerja di pengeboran lepas pantai luar jawa. Dan sudah barang tentu tak pernah setahun ini menyentuhku.
Aku tetap bilang pada mereka, bahwa ini adalah janin suamiku. Tapi kedua orang tuaku tetap menuduhku melakukan serong. Akhirnya, suamiku pun dituntut pulang.
Tanpa basa-basi, suamiku pun cek BB dan FB ku. Aku demikian bingung dan panik. Masih ada pesan-pesan nakal ku di situ. Aku menangis sejadi-jadinya. Menyembah-nyemb ah, bertekuk lutut di hadapan suami dan kedua orang tua kandungku.
“Menantuku, cepat ceraikan dia, biarlah aku kehilangan anak gadis dari pada kehilangan menantu dan cucu sebaik kamu.” kata ibuku
“Dan kamu..!” ibu menudingku dengan mata berair. “Pergilah kemana kau mau, sekarang juga. Dan jangan pernah kau tampakkan wajah menjijikkanmu di hadapanku dan keluargaku.”
Aku keluar rumah dengan tangisan anakku. Bahkan untuk memelukpun aku tak diizinkan. Ku coba minta pertanggung jawaban dari lelaki itu, namun BB FB nya sudah tak aktif lagi. Ku beranikan diri datang ke jogja kampus dimana dia kuliah. Di KABAG kemahasiswaan, ternyata tak menemukan nama yang ku maksud.
Aku tunjukkan foto wajahnya, dan ternyata tiada ditemui wajah yang seperti itu. Aku menangis sejadi-jadinya. Kandunganku sudah hampir 6 bulan. Uang saku pun menipis. Tak tahu kemana arah diuntung. Tak tahu Kemana nasib akan menuntun.
BB dan FB benar-benar memporak porandakan rumah tanggaku.

Untuk ibu-ibu, bapak-bapak dan sahabat JI yang baik, gunakan BB FB sesuai kebutuhan kemanfaatan, bila anda tak ada manfaaatnya demi keutuhan dan kebahagiaan rumah tangga anda, maka tinggalkan FB, chating dan invite BB.
Semoga bermanfaat/ [ sumber ]

Gambar Pesakit Sehingga Menampakkan Bahagian Sulit Mendapat Kecaman Pengguna Laman Sosial..?

PUTRAJAYA - Anggota keluarga atau suami kepada pesakit wanita yang dirakam gambar oleh seorang doktor ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Johor Bahru boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pengamal perubatan tersebut. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Karim berkata, tindakan tersebut telah mengaibkan maruah wanita terbabit apabila gambar berkenaan turut menampakkan bahagian sulitnya. "Gambar itu kemudian disebarkan menerusi laman sosial sekaligus boleh memalukan dan menjejaskan imej pesakit wanita terbabit. "Selain menyalahi etika sebagai pengamal perubatan, doktor dan kakitangan pada waktu itu tidak wajar merakam gambar kerana mengundang pelbagai tanggapan negatif kepada hospital," katanya kepada media selepas mempengerusikan sesi percambahan minda Mesyuarat Majlis Penasihat dan Perunding Wanita, di sini, hari ini. 

Beliau mengulas tindakan seorang doktor wanita di sebuah hospital di Johor Baharu yang merakam gambar secara selfie sambil menunjukkan isyarat 'peace' dengan pesakit itu dalam posisi bersalin. Perbuatan itu telah mengundang kemarahan orang ramai terutamanya pengguna laman sosial yang turut mengecam aksi merakam gambar terbabit. Pada masa sama, Rohani meminta orang ramai agar tidak menyebarkan gambar tersebut kerana ia boleh terus memalukan dan mengaibkan maruah pesakit wanita berkenaan."Bayangkan sekiranya perkara ini berlaku pada diri sendiri, mungkin kita turut merasa malu seperti dialami wanita terbabit," katanya. - Bernama 

Monday, August 24, 2015

Hapuskan Syariat Islam Jika Mahukan Kuasa..?

Turki yang mewakili kebesaran Islam digambarkan oleh mereka sebagai sosok yang rapuh bagaikan seorang lelaki yang sakit. Pada ketika itu Mustapha Kamal menjadi salah seorang panglima pasukan tentera Turki yang berkuasa di Palestin. Mustapha Kamal telah mengadakan perhubungan sulit dengan Allenby, seorang panglima tentera pasukan Inggeris. Allenby telah menawarkan satu misi rahsia kepada Mustapha Kamal Attaturk iaitu, ‘Jika kamu mahu membantu kami mengalahkan pasukan tentera Turki, maka akan kami serahkan Turki kepada kamu sesudah negara tersebut kami kalahkan’..
Gila kuasa. Mustafa Kamal yang diberi amanah untuk memimpin tentera Turki telah membuka pintu masuk ke Palestin kepada tentara Inggeris  yang dipimpin Allenby masuk melalui daerah penjagaannya. Lalu dengan mudah pasukan Allenby menggempur pertahanan pasukan keempat Turki. Dan pada 17 September 1917 M tentera Inggeris berjaya memasuki kota Al Quds. Dalam pertempuran tersebut mereka berhasil menawan 100 ribu tentara turki. Maka setelah kemenangan Allenby, ia berkata dengan puas, ‘sekarang berakhir perang salib’..
Inggeris benar-benar menepati janjinya kepada Mustafa Kamal . Sesudah Turki jatuh dan tentera sekutu berjaya menguasai Istanbul, Inggeris menyerahkan Turki kepada Musthafa Kamal. Melalui rundingan ‘Luzon’ antara kedua belah pihak yang berlangsung selama 3 bulan sejak November 1922 sehingga Februari 1923. Pihak Inggris diwakili oleh Lord Crizon iaitu Menteri Luar Inggeris sedangkan dari pihak Turki diwakili oleh Ismail Inonu iaitu pembantu kepada Musthafa Kamal.
Dalam perundingan itu, ada empat syarat utama yang ditetapkan pihak Inggeris kepada wakil tersebut, antaranya :
1.       Bersedia untuk menjatuhkan sistem khilafah.
2.       Sebarang usaha untuk menegakkan kembali Sistem Khilafah mestilah di tumpaskan.
3.       Bersedia untuk mengambil undang-undang Eropah untuk menggantikan undang-undang Islam yang sedia ada.
4.       Syiar Islam mesti diperangi dan dihapuskan.

Setelah persetujuan dicapai, Turki segera diserahkan kepada Mustafa Kamal Atartuk. Mustafa Kamal seterusnya berjaya menjadi Presiden Turki pertama selepas sistem Khilafah tumbang.
Kamal segera melaksanakan perjanjian yang termeterai. Ini terbukti dengan penghapusan dasar-dasar Islam yang sekian lama diamalkan ketika pemerintahan Khalifah Islam. Antaranya, melarang penduduk Turki mengenakan pakaian muslim ketika berada di pasar-pasar. Menggunakan pihak berkuasa untuk merobek baju Muslim yang dipakai wanita Turki serta Wanita Islam tidak dibenarkan memakai purdah. Melarang percakapan, membaca dan menulis dalam bahasa arab. Melarang rakyat Turki menunaikan haji dan umrah. Larangan untuk para pegawai pemerintah melaksanakan solat berjamaah. Masjid Aya Shofia yang dulunya terkenal semasa di perintah Khalifah Uthmaniah dan dianggap terindah ketika itu telah ditukar menjadi sebuah Muzium. Memperkenalkan topi ala Eropah dan memaksa rakyat Turki memakainya dan melarang pemakaian kopiah seperti biasa. Boleh dikatakan semua ciri-ciri pemakaian yang bersifat  Arab, semuanya adalah terlarang.

Di sebalik kerosakan besar yang dilakukan Mustafa Kamal Atartuk, pihak Inggeris pula mempromosikan Kamal Atartuk sebagai ‘penyelamat’ bangsa Turki. Mustafa Kamal ditampilkan bak seorang Pahlawan. Sebenarnya inilah pengkhianat kepada agama dan bangsa. Sanggup meninggalkan arahan dari penguasa Khalifah Islam yang sebelumnya memberikan kepercayaan kepada beliau untuk memimpin angkatan Tentera, sewenang-wenangnya dikianati demi janji untuk diberikan kekuasaan. Laknatlah engkau Mustafa Kamal Atartuk..!


Ditulis dari pelbagai Sumber. Rujuk lain2 sumber untuk ketepatan maklumat.

Sunday, August 23, 2015

Kereta Pengantin Di Hempap Jet Pejuang..


Jet terhempas ke kereta pengantin
SHOREHAM - ENGLAND. Sebuah jet pejuang yang terlibat dalam sebuah pertunjukan terhempas ke sebuah lebuh raya, semalam.
Menurut Dailymail, tujuh orang awam terkorban selepas jet pejuang klasik Hawker Hunter terhempas ke lebuhraya A27 yang menghala ke sebuah lapangan terbang. Juruterbang pesawat tersebut, Andy Hill bagaimanapun terselamat dan kini berada dalam keadaan kritikal.
Kejadian jam 1.30 petang waktu tempatan itu juga mencederakan 14 yang lain. Beberapa rakaman amatur yang telah dimuatnaik ke laman sosial hari ini menunjukkan pesawat tersebut terbang rendah, terhempas dan mencipta bebola api yang besar. Difahamkan, Hill yang berumur 50-an juga merupakan juruterbang kepada British Airways dan sudah melepasi 12,000 jam penerbangan.
Jet pejuang tersebut digunakan oleh tentera udara pada 1955 juga mengakibatkan sebuah kereta limosin pengantin, Daimler yang sedang dalam perjalanan mengambil pengantin lelaki dan pengantin wanita. Beberapa saksi mengatakan jet tersebut sedang melakukan sebuah aksi dan gagal menyempurnakan aksi tersebut sebelum berlanggar. 

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kemalangan tersebut.-SH/23 Ogos 2015

Saturday, August 22, 2015

Penganalisis Politik – Parti Politik Bakal Ditubuhkan (GHB) Yang Di Pelopori Pemimpin Lama Akan Lebih Cepat Berkubur..?

Parti politik yang akan ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan lebih cepat terkubur berbanding parti serpihan PAS lain seperti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) yang pernah ditubuhkan pada sekitar 1980-an, kata penganalisis politik.
Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya berkata, Berjasa dan Hamim mendapat sokongan dari parti pemerintah, sebaliknya GHB berada dalam kondisi yang lebih lemah dari 2 parti itu. "Pada masa itu, Berjasa dan Hamim ternyata kukuh kerana mendapat sokongan parti yang memerintah, tetapi itu juga berkubur. "GHB ini juga parti serpihan kalau terjadi, tetapi tidak berada dalam kondisi yang sama seperti Berjasa dan Hamim. "Jadi, dari sudut strukturnya GHB lebih lemah daripada itu," katanya pada Wacana Kemerdekaan "Survival Politik Melayu/Islam Dalam Politik Malaysia" yang diadakan di Shah Alam hari ini.
Mohamad yang merupakan salah seorang panelis wacana itu berkata, pemimpin GHB terdiri daripada mereka yang kecewa dengan PAS pada masa ini dan berasa selesa untuk terus mengadakan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).Katanya, berdasarkan barisan kepimpinan GHB hari ini, parti politik yang bakal ditubuhkan kelak tidak akan mampu bertahan lama kerana dibarisi pemimpin veteran."80% kepimpinan GHB berumur 60 tahun ke atas. Ada 64, ada 68. Maknanya menjelang pilihan raya 2018, mereka mencecah 70. Tidak ada pelapis-pelapis yang terkenal. "Tambahan pula, di kalangan mereka tidak ada ikon yang boleh dijadikan perangsang dan teras. "Melihat keadaan ini, rumusan saya GHB berjaya hanya sementara. GHB akan popular tetapi sementara," katanya.
Mengulas beberapa kes di mana orang Melayu dilihat makin berminat menganggotai DAP, beliau berkata, terdapat 4 faktor yang menjadi penyebab mereka menyertai parti sekular itu. Katanya, penyertaan orang Melayu ke dalam DAP tidak boleh dikategorikan sebagai satu fenomena kerana ia masih berada dalam kuantiti yang kecil. "Perkataan fenomena tidak tepat sebab jumlah yang menyertai DAP amat kecil, cuma digembar-gemburkan. Untuk menjadi fenomena, ia seharusnya mengarusi keadaan," katanya.
Beliau berkata, kemungkinan pertama ialah, orang Melayu ini berasa teruja dengan DAP yang kononnya memaparkan budaya pelbagai kaum dan bahasa."Ini berlaku di kalangan generasi baru yang merasakan mereka ini tidak seharusnya perkauman. Jumlahnya ada, tetapi kecil.
"Kedua, mereka yang merasakan untuk menyelamatkan Melayu, mereka perlu berada dalam kapal lain, iaitu bergandingan dengan pihak lain," katanya. 
Mohamad berkata faktor ketiga ialah, mereka mungkin menyertai DAP dengan niat untuk meninggalkan parti itu.Beliau berpendapat, perkara itu dilakukan bertujuan mengetahui dan mendapat rahsia dari dalam parti itu untuk dibawa keluar kemudiannya.

"Keempat, ada tawaran, habuan dan peruntukan. Barangkali mereka ini teruja dengan habuan politik dan material yang dibekalkan DAP. Walaupun ada 4 faktor namun ia belum fenomena lagi," katanya. TMI/22 Ogos, 2015.

Friday, August 21, 2015

Pemimpin Dan Pembantu Yang Baik Adalah Mereka Yang Bertaqwa..

Gambar Sekadar Hiasan
JIKA ditanya sesiapa sahaja yang matang pemikirannya, adakah mereka mahukan pemimpin yang baik? Jawapannya sudah pastilah "ya". Bukankah begitu? Menjadi orang bawahan yang dipimpin oleh seorang ketua yang baik adalah harapan dan dambaan kita. Ia suatu nikmat dalam kehidupan.Imam Nawawi dalam Riyadh al-Salihin meletakkan satu bab yang bertajuk "Galakan Kepada Sultan, Pemerintah dan Selain Mereka Daripada Ulil Amri Supaya Melantik Menteri yang Baik dan Peringatan Supaya Mereka Tidak Berdamping dengan Orang yang Jahat serta Menerima Pandangan Mereka."
Ya, tajuknya agak panjang. Membaca tajuk bab sahaja pun kita sudah tahu apa yang ingin disampaikan oleh Imam Nawawi dalam bab ini. Lalu, beliau memulakan dengan membawa ayat 67, Surah Al-Zukhruf bermaksud: "Teman-teman akrab pada hari itu (kiamat) sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang yang bertakwa."
Imam Ibn Kathir mentafsirkan ayat ini: "Semua hubungan persahabatan yang bukan didasarkan kerana ALLAH SWT, sesungguhnya pada hari kiamat ia akan bertukar menjadi permusuhan, melainkan apa yang dilakukan kerana ALLAH akan kekal selamanya." (Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim (Damsyik: Darul Faiha’, 1998) 4/170)
Mengapa Imam Nawawi memasukkan ayat tersebut dalam bab ini? Apa kaitannya dengan pemimpin? Sudah pasti ada mesej yang ingin disampaikan.

Teman rapat pemimpin

Pemimpin perlu perhatikan siapakah yang menjadi teman rapat mereka. Siapa yang dilantik menjadi menteri dan pembantu dalam pasukannya. Siapakah yang mereka lantik dan mendengar nasihat daripada mereka. Jika semua hubungan itu tidak didasarkan dengan niat yang betul kerana ALLAH, dibimbangi mereka semua bakal bertukar menjadi musuh di akhirat kelak.

Di dunia, mungkin merekalah yang paling taat dan setia membela. Jika ketua berkata "ya", mereka turut mengucap kata yang sama. Begitulah sebaliknya. Jika ketua berkata "putih", putihlah jawapan mereka, walau pun sebenarnya mereka mengetahui ia hitam. Namun, ini hanya di dunia. Akhirat esok, segala-gala boleh berubah. (Oh ya ... mungkin ada yang akan berkata esok bukan lagi hari akhirat).

Justeru, apakah ciri-ciri yang dilihat untuk dilantik sebagai pembantu dalam melaksanakan amanah kepimpinan? Jika benar segalanya kerana ALLAH, pemimpin yang jujur tidak akan memilih mereka yang pandai menipu dan kaki mengampu. Tetapi yang akan dilantik ialah mereka yang mempunyai kelayakan dan kemahiran dalam menguruskan pentadbiran. Lebih utama, mereka berani mempertahankan keadilan dan kebenaran bagi memperjuangkan hak rakyat jelata.

"Kecuali orang-orang yang bertakwa." ALLAH meletakkan pengecualian ini pada hujung ayat. Orang yang bertakwa, hubungan persahabatan mereka kerana ALLAH. Memimpin kerana ALLAH. Bukan kerana sogokan pangkat dan harta kekayaan. Tidak juga kerana takut rahsia kejahatan didedahkan.

Takwa integriti tinggi
Sifat takwa mampu membina nilai integriti yang tinggi dalam diri seorang pemimpin. Takwa menjadikan seorang pemimpin takutkan ALLAH dengan sebenarnya. Tidak sesekali berani merompak harta negara, menerima rasuah dan menipu rakyatnya.

Jika pembantu yang dilantik mempunyai nilai takwa, mereka bukan sahaja menjadi pembantu di dunia, bahkan hubungan tersebut akan berkekalan dalam kebaikan hingga ke akhirat. Takwa menyelamatkan diri pemimpin daripada neraka. Takwa akan membawa pemimpin untuk masuk mengacapi nikmat syurga.
Kemudian, Imam Nawawi membawa pula hadis berikut:
Daripada Abu Said dan Abu Hurairah RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: "ALLAH tidak akan mengutus seorang nabi dan tidak mengangkat seorang khalifah kecuali dia  memiliki dua kelompok orang-orang dekat, satu kelompok memerintahkannya untuk berbuat baik dan menganjurkannya. Satu kelompok lagi memerintahkannya untuk berbuat jahat dan memprovokasinya. Sedangkan orang-orang yang terpelihara (maksum) ialah sesiapa yang dipelihara ALLAH." (Riwayat Bukhari)

Kenal pasti pembantu
Pemimpin yang bijak sentiasa mengenal pasti siapakah dua golongan rapat yang berada di sekelilingnya. Satu golongan yang inginkan kebaikan dalam pemerintahannya. Justeru, mereka akan pastikan ketuanya tidak hanyut dalam penyelewengan dan khianat kepada amanah yang rakyat berikan. Semua keputusan yang dibuat demi memastikan kebajikan rakyat terbela.

Ibn Hajr Al-‘Asqalani dalam Fath Al-Bari semasa menghuraikan hadis ini membawakan riwayat daripada Muawiyah bin Salam: "Kelompok ini akan menyerunya dengan perkara kebaikan dan mencegahnya daripada melakukan kemunkaran." (Ibn Hajr, Fath al-Bari (Riyadh: Dar Al-Salam, 2000) 13/234)

Satu golongan lain yang rapat dengan pemimpin ialah yang menghasutnya untuk melakukan kejahatan. Sama ada golongan ini mencari jalan untuk rapat dengan pemimpin atasan supaya mereka boleh  "menasihatinya" atau lebih malang jika mereka yang dilantik menjadi menteri bagi menguruskan hal ehwal pentadbiran negara.
ALLAH berfirman: "Wahai orang yang beriman, janganlah kamu ambil teman kepercayaanmu orang-orang yang di luar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-henti menimbulkan kemudaratan kepadamu." (Surah Ali Imran: 118)
Dalam sebuah hadis lain, ‘Aisyah RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila ALLAH menghendaki kebaikan bagi seorang ketua, maka ALLAH menyiapkan baginya menteri yang jujur. Jika ketua itu terlupa, dia mengingatkannya. Jika ketua dalam keadaan ingat, dia akan menolongnya. Apabila ALLAH inginkan keburukan kepada seorang ketua, akan dijadikan kepadanya menteri yang jahat. Jika ketua terlupa, dia tidak mengingatkannya. Jika ketua dalam keadaan ingat, dia tidak membantunya." (Riwayat Abu Daud dengan sanad baik di atas syarat Imam Muslim)

Inilah tanda kebaikan dan keberkatan yang ALLAH kurniakan kepada seseorang pemimpin. Pemimpin yang adil, amanah, jujur dan bercakap benar pasti memilih menteri, pegawai dan orang-orang rapatnya yang juga mempunyai sifat yang sama atau lebih baik daripadanya. Sebaliknya, jika ALLAH mahukan keburukan kepada seseorang pemimpin, ditutup segala pintu keberkatan. Bahkan mereka yang rapat dan menjadi penyokongnya pula terdiri daripada mereka yang lemah dan tidak berkualiti. Tidak berani menegur ketuanya yang melakukan kesalahan. Lebih parah apabila mereka turut meredainya lalu dibela dengan segala hujah dan helah yang direka cipta.
Namun, apa yang benar tetap kekal menjadi kebenaran walau seluruh manusia cuba menafikannya. Pemimpin yang adil, jujur dan bercakap benar, di akhirat kelak, bakal mendapat naungan ALLAH. Pemimpin yang tidak adil dan berdusta, lambat laun mereka pasti akan mendapat balasannya. Jika tidak di dunia, sudah pasti di akhirat sana. Sementara kesempatan masih ada, muhasabah diri. Fikirkan apa jawapan yang bakal diberikan di hadapan ALLAH nanti. Kita mencari pemimpin yang jujur.

Abd Razak Muthalib

Penulis ialah Perunding Latihan & Motivasi di AiTC.
Graduan Ijazah Sarjana Ilmu Wahyu UIAM

Thursday, August 20, 2015

BN Menang Rakyat Senang, Gaji MB, Exco,Adun, Speaker Dan Timbalan Speaker Kedah Naik Berkuat Kuasa 1 Januari 2016..


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah termasuk menteri besar dan exco akan menerima kenaikan gaji berkuat kuasa 1 Januari 2016. Kali terakhir gaji Adun, speaker, timbalan speaker dan exco disemak semula adalah 11 tahun lepas pada 2004.
Kenaikan gaji itu selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah yang bersidang hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2015.
Enakmen itu menetapkan gaji Adun akan dinaikkan daripada RM4,112 kepada RM11,000 sebulan. Gaji speaker dan 10 anggota exco pula akan dinaikkan daripada RM6,109 kepada RM14,000 sebulan manakala gaji timbalan speaker daripada RM3,993 kepada RM7,000 sebulan. Gaji baharu menteri besar pula adalah RM22,000 sebulan berbanding RM14,175 sebulan sebelum ini.
Dalam sesi penggulungan perbahasan usul itu, Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir (gambar, kanan) berkata, kerajaan negeri melakukan kajian tentang kenaikan gaji itu dengan membuat perbandingan dengan negeri-negeri lain. "Peratus kenaikan yang bakal diterima oleh Adun Kedah adalah paling kurang berbanding negeri-negeri lain," katanya.
Beliau juga berkata, semakan semula gaji itu adalah selari dengan beban tugas dan tanggungjawab yang semakin bertambah bagi wakil rakyat dalam berkhidmat kepada masyarakat. – Bernama, 20 Ogos, 2015.
TMI/20 Ogos 2015-DUN Kedah lulus gaji Adun naik ke RM11,000

Tolak Anwar, Mustafa Ali Perjelaskan Pembohongan Lim Kit Siang..?

KUALA TERENGGANU – Pemimpin Pas membuat pendedahan mengejutkan dengan mendakwa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pernah bersetuju keluar Umno dan menerima cadangan untuk dilantik sebagai perdana menteri sekiranya PR menang dalam PRU13  lepas.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, perkara itu dipersetujui Tengku Razaleigh melalui satu pertemuan bersama dengan beberapa pemimpin Pas dan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim beberapa bulan sebelum pilihan raya.
 
Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku apabila PKR membuat keputusan selepas pertemuan itu untuk mengekalkan keputusan biro politik partinya untuk melantik Anwar sebagai perdana menteri, sementara DAP berpendirian bersetuju dengan keputusan Anwar dan PKR.
 
“Apabila tiba malam pilihan raya, kita berhimpun di satu hotel, pemimpin Pas termasuk saya pun ada di situ tunggu keputusan dan saya maklum pada Tuan Guru Haji Hadi saya berada di situ dan kalau ditakdirkan kita menang dalam pilihan raya pada malam itu, Anwar lah perdana menteri. “Tengku Razaleigh bukan sebahagian daripada PR kerana tidak berlaku strategi yang kita rancangkan itu. Jadi, tidak berbangkit Hadi tolak Anwar sebagai perdana menteri,” katanya di sini, semalam.
 
Beliau berkata, sebagai menyelar kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang terus menerus menuduh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai tidak bersetuju dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, jika PR menang dalam PRU13. Mustafa mendedahkan bahawa perkara itu tidak timbul kerana semua pihak bersetuju Anwar sebagai calon perdana menteri walaupun Pas turut mencadangkan Tengku Razaleigh sebagai calon perdana menteri.
 
Jelasnya, DAP juga tiada masalah sama ada Tengku Razaleigh menjadi perdana menteri asalkan perkara itu dipersetujui Anwar. “Berhentilah cakap bohong sebab Pas tidak pernah menolak Anwar sebagai perdana menteri dan apa yang disebut Kit Siang itu saya tidak tahu apa tujuan dia,” katanya.
 
Bagaimanapun beliau tidak menolak idea untuk Pas meletakkan Tengku Razaleigh sebagai perdana menteri adalah di pihak Pas tetapi dibuat selepas ketiga-tiga parti bersetuju veteran Umno itu mempunyai pengaruh tersendiri dalam menarik sokongan tiga hingga lima peratus undi orang Melayu kepada PR. “Saya tidak tahu dia (Tengku Razaleigh) setuju atau tidak setuju saya terang ini, kena tanya dialah tapi saya terpaksa kena cerita untuk beritahu pembohongan Kit Siang,” katanya.
 
Mengulas pertemuan dengan Tengku Razaleigh, beliau memberitahu Tengku Razaleigh bersetuju dengan cadangan tersebut dalam pertemuan di sebuah hotel melibatkan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Dr Harun Din, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Mohamad Sabu, Mustafa dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, manakala pemimpin PKR disertai Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamed Azmin Ali, Datuk Saifuddin Nasution, Datuk Johari Abdul dan Abdul Rahim Gaus.
 
Beliau berkata, perbincangan itu turut menyebut bahawa Tengku Razaleigh menjadi perdana menteri untuk tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun, sebelum jawatan itu diberi kepada Anwar. “Saya boleh sebut dia sedia tinggalkan Umno (ketika pertemuan itu),” katanya.
Sinar Harian/20 Ogos 2015-Pas Dedah Ku Li Sedia keluar Umno.

Wednesday, August 19, 2015

‘Penentang Najib Di Bawah Tapak Kaki Saya’... Apa Maksud Azwan Sebenarnya...?

"KEPADA semua pihak yang menentang pemerintahan Perdana Menteri, mereka berada di bawah tapak kaki saya," demikian kata Azwan Ali yang mahu dikenali dengan panggilan 'Diva AA' dalam temuramah eksklusif bersama Media Hiburan, hari ini.

Menurut Azwan, hak untuk menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak adalah hak mutlak beliau yang dijamin di bawah perlembagaan.

"Kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen," kata beliau kepada Media Hiburan.

"Beberapa tahun lalu, saya hampir membenci Perdana Menteri kerana termakan dengan segala fitnah dan bidaah, tetapi saya bersyukur, saya kembali berpihak kepada kerajaan selagi Datuk Seri Najib tidak dijatuhkan apa-apa hukuman atas apa-apa pertuduhan di mana-mana mahkamah dalam Malaysia, mahupun di luar negara," tambahnya lagi. 

Sebelum itu, wartawan Media Hiburan menghubungi Azwan untuk mendapatkan kepastian mengenai laporan polis yang dibuat diva tersebut terhadap seorang pengguna Instagram.

Difahamkan, Azwan membuat laporan di Balai Polis Hulu Kelang selepas diugut di laman Instagram beliau @divaazwanavazz pada malam 17 Ogos 2015. "Pada saya, tindakan suspek yang mengugut saya itu adalah biadap! "Saya salute kepada PDRM kerana mengambil kes ini sebagai serius dan terjumlah di bawah kesalahan Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang boleh membawa kepada hukuman dua tahun penjara atau lebih," kata Azwan.

Azwan juga menasihatkan supaya pengguna Instagram tersebut dan pelayar lain yang bersikap anti Perdana Menteri supaya bermuhasabah diri sebelum meringkuk ke dalam penjara. "Saya mendapat sokongan besar daripada sebahagian penyokong saya yang kini melebihi 95,000 orang dan saya siap menyeru agar semua berdoa, supaya kes ini sangkut sebagai pengajaran kepada semua. 

"Saya juga kesal apabila perspektif saya ke atas Datuk Seri Najib dilaga-lagakan dengan perspektif oleh Menteri Besar Selangor kerana dalam soal politik, tiada ruang berkompromi tentang apa yang benar. Saya pertahankan dan menyokong Datuk Seri Najib bukan kerana menghadap mana-mana habuan daripada kerajaan. "Azwan Ali hanya takut kepada ALLAH SWT, dan tidak perlu mengugut saya walaupun anda anti Perdana Menteri," katanya menutup sesi perbualan.- Sinar Harian/19 Ogos 2015

Mana Yang Lebih Patut Di Berikan Keutamaan, Rakyat Atau Panda..?

Semalam perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak memuat naik tulisan di akaun Twitter dan Facebook miliknya menzahirkan kegembiraan atas kelahiran seekor anak panda di Zoo Negara.
Liang Liang, ibu panda yang dirujuk Najib di dalam tulisan beliau itu merupakan salah seekor dari dua ekor panda yang dihadiahkan kerajaan China tahun lalu sebagai simbol hubungan diplomatik 40 tahun Malaysia-China. Seekor lagi bernama Xing Xing.
Saya tidak mahu mengulas panjang tentang keterujaan dan kegembiraan Najib dalam meraikan kelahiran anak panda itu kerana beliau berhak untuk menulis dan memuatnaik apa saja menerusi akaun media sosial miliknya.
Namun begitu, kegembiraan Najib itu ternyata tidak dikongsi majoriti pengikut akaun media sosial beliau. Jika dibaca respons yang dimuat naik, rata-rata dari mereka bersikap sinis dan memperolok-olok kenyataan Najib. Barangkali masyarakat sudah mulai tidak peduli dengan hal panda yang suatu ketika dulu pernah menjadi tumpuan umum.
Mutakhir ini, dengan pelbagai isu dan krisis yang melanda pentadbiran negara, rakyat semakin bersikap sinis dan kritis terhadap apa jua yang mereka baca dan apa yang dilaporkan media kepada mereka.
Bermula tragedi kehilangan pesawat MH370, pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri, penahanan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan terkini isu berkaitan ‘derma’ wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib serta kemerosotan nilai Ringgit – membuatkan rakyat semakin resah dan beremosi. Ini dirumitkan lagi bila mana penjelasan terhadap isu-isu penting melibatkan kepentingan negara dan rakyat tidak ditangani dengan sewajarnya.
Rakyat melihat tiadanya ketelusan dan kejujuran di pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah dan menambahbaik kualiti kehidupan mereka. Kenaikan kos sara hidup, peningkatan kadar pengangguran dan jenayah yang berleluasa terus mendera dan menghimpit kehidupan mereka. Najib perlu meletakkan keutamaan yang sewajarnya dalam pentadbiran beliau. Hal-hal mendesak membabitkan tata kelola ekonomi dan urus tadbir perlu ditangani secara serius dan beriltizam.
Kepimpinan adalah amanah dan tangungjawab. Ia bukan sesuatu yg boleh diambil ringan dan dilaksana secara main-main dan seronok-seronok. Usah biarkan emosi rakyat sampai ke satu tahap di mana mereka akan terus-terusan memandang sinis dan memperolok-olokkan kepimpinan beliau.
Keutamaan seseorang pemimpin adalah rakyatnya. Jangan sampai panda dari China disusukan, rakyat sendiri sengsara kelaparan.- TMI/19 Ogos, 2015.
Tulisan: Najwan Halimi, mantan Setiausaha Akhbar kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuesday, August 18, 2015

Gambar Suspek Letupan Bom Di Bangkok Mulai Tersebar..?


BANGKOK - THAILAND. Beberapa foto menunjukkan seorang lelaki asing didakwa suspek yang meletakkan bom di Bangkok semalam tersebar di laman sosial, hari ini.Menurut Bangkok Post, lelaki asing berkulit cerah tersebut didakwa sampai ke lokasi menggunakan tuk-tuk sambil membawa sebuah bungkusan dan beg, dan dilihat tidak membawa barangan tersebut tidak lama kemudian.

Namun begitu, pihak polis masih belum dapat memastikan siapa suspek sebenar dalam kejadian malam semalam.Jurucakap polis, Leftenan General Prawut Thavornsiri memberitahu, sebanyak 15 rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sudah diperiksa setakat ini.Beliau memberitahu, pihak berkuasa terpaksa mengambil masa untuk mengumpul bukti kerana letupan bom malam semalam berbeza dengan kes-kes pengeboman sebelum ini.

Sementara itu, Setiausaha Kesihatan, Narong Sahametapa dan para doktor memberitahu agensi DPA bahawa terdapat kekeliruan dalam mengenal pasti kewarganegaraan mangsa."Mereka tidak mampu bergerak dan tidak membawa sebarang dokumen pengenalan semasa kejadian," kata Dr Narong.
Menurut beliau, mangsa paling muda dalam kejadian tersebut adalah seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang cedera di kepala."Beberapa mangsa yang sudah dirawat dibenarkan keluar dari hospital, tetapi mereka yang masih trauma atau alami luka terbakar masih dirawat," akhiri beliau.- SH/18 Ogos 2015

Monday, August 17, 2015

‘Tidak Perlu Hina Kami’, Jururawat Bengang Dituduh Suka Melihat Kemaluan Pesakit Lelaki..?

TINDAKAN beberapa pelayar laman sosial yang menghina jururawat dan menuduh mereka suka melihat kemaluan pesakit lelaki mendapat perhatian seorang jururawat wanita yang bertindak membalas kembali kritikan tersebut menerusi satu perkongsian.

"Assalamualaikum Tuan Cham Cham yang dihormati. Semoga saya dan kawan-kawan nurse (jururawat) yang lain diampuni segala dosa dan pekerjaan kami diterima dan diredai ALLAH taala," kata Putry Al Wafa di laman sosial Facebooknya, semalam.

Putry bertindak membalas kenyataan pemilik akaun Tuan Cham Cham memuat naik status yang menuduh jururawat wanita 'suka melihat kemaluan pesakit lelaki'. "Untuk pengetahuan tuan, kami sebagai nurse wanita langsung tak hadap nak tengok kemaluan lelaki melainkan itu adalah sebahagian dari tugas kami.
"Bab-bab tugas yang lain saya tak mau cerita panjang, memandangkan tuan hanya berkata kami 'sebok nak tengok kemaluan pesakit lelaki sahaja'," tambahnya. "Sekali lagi, saya harap Tuan faham apa yang saya nak sampaikan dan terima kasih kerana menghina," akhiri Putry dalam perkongsian tersebut.

Pada bahagian komen, Putry sekali lagi menegaskan pendirian beliau.
"Saya bukan mencari glamour apatah lagi publisiti murahan macam ni. Saya cuma fight for the right. Pertahankan profesion saya sebagai jururawat. "Sesiapa yang bekerja seperti saya, akan faham apa yang nak saya sampaikan. Tak perlu hina kami dengan kata-kata yang boleh menjatuhkan maruah kami yang juga seorang wanita," tegasnya.
Majoriti pelayar yang dipercayai jururawat juga memberikan sokongan dan menghentam kritikan Tuan Cham Cham tersebut. "Kenapalah prasangka negatif. Tuan Cham Cham ni.. Tugas kami merawat dan membantu.. Masya-ALLAH jangan sangka kami bukan-bukan. Tiada apa yang kami harapkan dan sangat-sangat gembira melihat pesakit kami datang dengan sakit dan pulang dengan sihat...," kata Mma Aini Ahmad .
"Adik aku, sepupu aku pun kerja jururawat. Hormatilah kerja orang. Tukang sapu sampah pun ada maruah. Inikan pula jururawat. Dunia ni bulat. Jangan bangga sangat apa yang kita ada. Tak kekal mana pun," kata Kenji Faizal.
"Biadapnya laki tu... Harap nanti dia sedar la kebodohan dia tu boleh makan diri dia," kata Fiena Annie.

SH/17 Ogos 2015

Sunday, August 16, 2015

Pesawat Bersama 54 Penumpang Milik Indonesia Gagal Di Kesan..?

Pesawat Trigana
Sebuah pesawat milik penerbangan Indonesia didakwa gagal dikesan di rantau Papua, hari ini. Menurut laporan Reuters, pesawat tersebut membawa 54 orang penumpang termasuk anak kapal. "Pesawat gagal dikesan," kata ketua National Search and Rescue Agency (BASARNAS) Bambang Soelystyo kepada Reuters melalui telefon.

Menurut akaun Twitter BASARNAS, pesawat tersebut merupakan penerbangan milik Trigana Air Service dan membawa 44 penumpang dewasa, lima kru penerbangan dan lima kanak-kanak. SH/16 Ogos 2015

http://penburukonline.blogspot.my/