Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Friday, May 30, 2014

... ‘Dekat Di Hati Rakyat’..., Sultan Nazrin Shah Ibarat ‘Berlian’ Kepada Rakyat Perak...

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menandatangani watikah pelantikan sebagai Sultan Perak yang baru pada Istiadat pengisytiharan Sultan Perak yang baru di  Balairong Seri Istana Iskandariah di Kuala Kangsar, hari ini. - Foto Bernama
Kehilangan permata diganti berlian, demikian perumpamaan rakyat Perak tatkala menerima Sultan Perak yang baharu, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Kepatuhan kepada Islam dan keadilan terhadap rakyat membolehkan baginda diterima rakyat dengan hati terbuka bagi meneruskan legasi ayahandanya Almarhum Sultan Azlan Shah, untuk menerajui negeri Perak.

Seorang penduduk Ipoh, Ismail Rosa, 62, berkata pelantikan Sultan Nazrin Shah amat bertepatan kerana baginda sejak dulu sentiasa 'dekat' dengan rakyatnya. "Rakyat kenal baginda, perwatakan baginda... aktiviti baginda selama ini pun selalu dekat dengan rakyat. "Kami kehilangan permata, namun diganti berlian yang sama hebat nilainya, kami berbesar hati menerima kehadiran Sultan baharu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Sultan Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu pada istiadat pelantikan dan perisytiharan yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah hari ini.

Zairulazwana Mali, 30, pula menyifatkan Sultan Nazrin Shah seorang pengganti yang bukan calang-calang orangnya. "Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kepandaiannya, pemikirannya, baginda Sultan pasti akan mampu meneraju Perak dengan cemerlang sebagaimana yang dilakukan Almarhum Sultan Azlan Shah," katanya.

Mohd Zaini Zainal, 38, berkata baginda Sultan mempunyai pengalaman yang luas kerana pernah memangku jawatan Sultan, serta disenangi rakyat jelata. "Baginda juga cepat bertindak jika ada isu atau masalah membabitkan rakyat," katanya. Sementara bagi T. Dakshaiyini, 64, bekas penjaga kamar peribadi Almarhum Sultan Azlan Shah menyifatkan Sultan Nazrin Shah adalah pengganti terbaik.
Mengakui telah mengenali keluarga diraja berkenaan secara rapat, beliau berkata keperibadian baginda juga hampir sama dengan Almarhum ayahandanya. "Baginda anak beranak orang yang baik, jadi rakyat tidak perlu risau. Perak dan rakyatnya pasti akan terus maju, aman dan harmoni," katanya. - Bernama

Thursday, May 29, 2014

Pengisytiharan Raja Dr Nazrin Shah, Sultan Negeri Perak Ke 35...

Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah diisytiharkan sebagai Sultan Perak yang baharu ekoran kemangkatan Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah semalam.

Pengisytiharan perlantikan itu diumumkan Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin pada istiadat yang diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang tadi. Istiadat ini dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Sultan Azlan Shah yang dijadual selepas Asar nanti.

Perlantikan Raja Nazrin menjadikan baginda adalah Sultan Perak yang ke 35.

Raja Nazrin Shah diputerakan pada 27 November 1956 dan merupakan putera sulung Sultan Azlan Shah.Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat.

Kehabisan modal, Pihak Lawan Cipta ‘Laman Facebook Palsu’ Untuk Memburukkan Dyana Sofya...

Pihak lawan nampaknya kehabisan peluru sehingga terpaksa menyebarkan propaganda dan fitnah melalui laman Facebook palsu yang dicipta khas, serupa dengan laman Facebook rasmi calon DAP pilihanraya kecil Teluk Intan, Dyana Sofya. Laman palsu tersebut yang sekadar mempunyai tidak sampai 5,000 bilangan ‘like’ cuba menyebarkan beberapa propaganda jahat, meskipun kebanyakan perkongsiannya adalah sama dengan laman asli.
Laman yang mempunyai alamat URL https://www.facebook.com/dyanasofyaDAP itu semalam membuat tuduhan kononnya Dyana mahu Rejimen Askar Melayu Diraja dibuka kepada semua kaum. Bukan itu sahaja, ia turut cuba menjatuhkan imej Dyana dengan satu perkongsian mengenai UiTM, namun menggunakan Bahasa Inggeris yang salah.

Pun begitu masih ramai yang terkeliru dan tertipu, sedangkan laman Facebook rasmi Dyana yang mempunyai lebih 67 ribu bilangan ‘like’ telah pun mendedahkan hal terbabit. 
Laman sebenar yang mempunyai alamat URL https://www.facebook.com/dyanasof dalam perkongsian semalam menyatakan terdapat banyak lagi laman palsu yang dihasilkan dengan tujuan memburukkan imej Dyana. “Sebarang ‘posting’ rasmi tentang Dyana dan kempennya hanya akan dikongsi di laman ini,” “Kami merayu semua kawan-kawan untuk membantu melaporkan laman palsu tersebut yang sedang menyebarkan fitnah tentang Dyana,” tulis pengendali laman rasmi tersebut. – RK/29 Mei 2014

MH370 – Dakwaan Terbaru JACC , ‘Kehilangan Pesawat MAS Bukan Dilautan Hindi...?..

Empat isyarat akustik atau ping yang dikesan di kawasan mencari dan menyelamat (SAR) di Lautan Hindi sebelum ini disimpulkan bukan datang dari kotak hitam pesawat MH370.

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata, kesimpulan itu dibuat selepas perkiraan profesional agensi penyelaras Australia.
Ianya sekaligus memberi maksud bahawa pesawat yang hilang sejak 8 Mac lalu itu bukan hilang dikawasan pencarian tersebut. “Kita boleh simpulkan kawasan itu (ping dikesan) bukan kawasan dimana pesawat MH370 hilang”, kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Perkara itu turut disahkan pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) kepada CNN. Timbalan Pengarah Tentera Laut AS bahagian kejuruteraan laut, Michael Dean berkata, terdapat persetujuan ia daripada buatan manusia yang tidak ada kaitan dengan pesawat yang hilang.

Dean berkata, jika ping datang daripada perakam berkenaan, pasukan pencari akan menjumpainya. “Teori terbaik kami pada ketika ini adalah (ping) mungkin beberapa bunyi yang dihasilkan oleh kapal atau dalam sektor elektronik daripada Pinger Pencari yang ditunda," katanya.
Pesawat MH370 dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang pada 8 Mac lalu. 
Selepas beberapa minggu pencarian, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. –HD-29/5/2014

Maafkan Abang, Abang Akan Pergi Buat Selama-lamanya....

‘Abang tak mampu beri kemewahan’
Maafkan abang tak sempat nak bagi kemewahan dan kebahagiaan kepada sayang kerana abang akan pergi buat selama-lamanya selepas ini. 
Itu antara kata-kata terakhir komando tentera, Lans Koperal Mohd Fiffixezafey Mat Husin, 28, ketika menghubungi isterinya, Norhidayah Hasbullah, 27, kira-kira jam 10 malam kelmarin, sebelum dia maut dipercayai ditembak oleh rakan sekerja di Lahad Datu, Sabah, jam 4.45 pagi semalam.

Ketika ditemui di rumah keluarga arwah di kampung Gong Guchil, Sungai Petai, Gaal, disini semalam, Norhidayah memberitahu, arwah berkata demikian dengan suara sebak dan tersekat-sekat, tapi beliau menegur suaminya dan memaklumkan bukan kemewahan dicari, sebaliknya mahu suami sentiasa selamat sepanjang bertugas di Sabah. 
Tak sangka itu perbualan terakhir kami. Sebenarnya, arwah yang juga anak kedua daripada lima beradik teringin sangat nak jumpa saya... gembira kerana saya mengandung dua bulan anak pertama kami. Sabtu ini pula ulang tahun pertama perkahwinan kami, katanya.

Ditembak di dada kiri...
Mohd Fiffixezafey terkena tembakan di dada kiri dan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu (HLD). Kejadian turut menyebabkan dua pekerja pusat hiburan, Eross Alias Razak, 31, dan Hassan Madali, 38, masing-masing cedera belakang badan serta betis dan dimasukkan ke hospital sama.-BH/29 Mei 2014

Calon DAP, Dyana Sofya Antara Yang Terawal Memberikan 'Penghormatan Terakhir' Di Istana Iskandariah...

Calon DAP Pilih Raya Kecil P.076 Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud pagi ini turut berada di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sultan Perak Paduka Seri Sultan Azlan Shah.

Beliau diiringi pimpinan Pakatan Rakyat diketuai oleh Pengerusi Pakatan Rakyat Perak merangkap Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Perak (Dun), Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.

Terdahulu, Dyana dalam satu kenyataan menzahirkan merafak sembah takziah atas kemangkatan baginda. Beliau menyifatkan Alllahyarham Tuanku adalah lambang perpaduan dan persaudaraan bagi rakyat Perak. "Patik dengan dukungan pimpinan dan ahli DAP serta rakan-rakan Pakatan Rakyat berdoa agar Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Paduka Seri. "Semoga Allah SWT menempatkan baginda di kalangan orang soleh dan bertakwa," katanya.

Semalam juga Pakatan Rakyat turut mengumumkan pembatalan segala aktiviti kempen PRK tersebut sehingga selesai majlis pemakaman Allahyarham Tuanku Sultan selesai.-HD/29 Mei 2014

Penghormatan Terakhir – Balairong Seri Istana Iskandariah Mula Dibuka Untuk Rakyat Jelata..

Foto
Suasana di Balairong Seri Istana Iskandariah selepas jenazah Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dibawa masuk oleh lapan pegawai tentera dan diiringi 36 pengiring diraja sebentar tadi..
Balairong Seri Istana Iskandariah mula dibuka kepada rakyat jelata untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Azlan Shah bermula jam 9.05 pagi tadi. Kelihatan beberapa pegawai kanan Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Orang Besar Jajahan antara yang terawal masuk ke balai berkenaan.




Anggota Polis Biadap, Tidak Menghormati Tempat Ibadat..

Gambar [kiri] menunjukan seorang anggota Polis di Mekah meletakkan kakinya dengan bersepatu pada Hajarul Aswad..
Gabenor Makkah semalam mengarahkan siasatan dijalankan terhadap seorang anggota polis yang bersandar sambil meletakkan kasutnya pada tembok Kaabah.
Putera Mishal Abdullah berkata, sikap biadab seperti itu tidak boleh diterima dan mengarahkan tindakan disiplin dikenakan terhadap anggota polis yang tidak menghargai penghormatan yang diberikan untuk bertugas di tempat suci berkenaan.
Dalam budaya Arab menunjukkan kaki atau meletakkan kaki pada seseorang atau sesuatu tempat suci dianggap kebiadaban melampau.
Gambar yang dimuat naik di Internet menunjukkan polis itu bersandar sambil meletakkan kaki pada Kaabah di penjuru Hajar Aswad menimbulkan kemarahan masyarakat Muslim seluruh dunia.
Mishal mengarah Ketua Polis Makkah, Abdul Aziz Al Sooli untuk mengadakan kursus mengajar kakitangan bertugas di Masjidil Haram adab berada di Baitullah dan cara terbaik melayani jemaah yang hadir dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada tetamu Allah itu.-Metro/29 Mei 2014

Kes Cerai Abby Dan Farhan Di Buat Melalui SMS...


Foto
Spekulasi pergolakan rumah tangga Abby Abadi terungkai apabila pelakon itu mengesahkan perbicaraan kes cerai dengan Muhammad Noor Farhan Che Bakar akan berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, dekat sini, kira-kira jam 9 pagi ini.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, yang dihubungi berkata, bagaimanapun dia tidak dapat mengulas lanjut dan berharap agar proses itu berjalan dengan lancar. “Maafkan saya. Esok (hari ini) insya-Allah ya,” katanya secara ringkas menerusi mesej WhatsApp di sini, petang semalam.
Abby dan Farhan bernikah pada 9 Julai tahun lalu di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan. Difahamkan, Abby sudah memfailkan perceraiannya di mahkamah sama pada minggu lalu.
Sumber turut mendakwa lafaz cerai antara mereka sudah berlaku menerusi mesej SMS, baru-baru ini dan perbicaraan pagi ini adalah bagi mengesahkan lafaz yang sudah disebut itu. Terdahulu, konflik dalaman perkahwinan Abby dengan Farhan, 24, mula diperkatakan berikutan status Instagram miliknya pada 17 Mei lalu yang meminta agar peminat mendoakan keadaan rumah tangganya.
Menerusi laporan Harian Metro pada 23 Mei lalu, Abby tidak mahu mengulas lanjut ketika ditanya mengenai kesahihan masalah itu. Katanya, dia tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsikan sehingga tiba waktu yang sesuai untuk mendedahkan perkara itu.
Sebelum berkahwin dengan Farhan, Abby pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Norman Hakim dan mereka dikurniakan tiga anak.
Metro/29 Mei2014

Wednesday, May 28, 2014

Penghormatan Terakhir Buat Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah...


Foto
KulaiJaya: Suasana mendung disusuli gerimis, mengiringi kepiluan yang menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Batu 23 disini, ketika upacara pengebumian jenazah Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25 pagi semalam.

Jenazahnya tiba di rumah keluarga dekat Taman Scientex di sini jam 6 pagi, dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, Perak sebelum dibawa ke Masjid Kampung Rahmat untuk disembahyangkan.

Jenazah itu kemudian dibawa ke tanah perkuburan jam 10.10 pagi sambil diiringi pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor bersama ahli keluarga dan rakannya. Suasana gerimis tidak menghalang lebih 100 orang hadir di tanah perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir.
Selain bapanya, Abdullah Mahmood, 49 dan Ibu, Afidah Ehsan,50 serta tiga adik-beradiknya serta Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Sharif dan Timbalannya, Datuk Ismail Yatim.

Dugaan amat berat..
Sementara itu, di Alor star, tunag Mohd Azuan, Nur Faizah Muhammad Rejab,22 berkata, kejadian malang menimpa tunangnya menjelang hari pernikahan mereka esok, adalah dugaan yang amat berat dihadapinya.-BH/28 Mei 2014

Pengganti Takhta Sultan Perak Yang Baru Akan Di Isytiharkan Petang Esok..


Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baru akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada petang esok.
  
Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayob Hashim berkata istiadat tersebut akan dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah, yang mangkat hari ini.
Beliau berkata satu mesyuarat khas Dewan Negara Perak akan diadakan lewat petang ini bagi menentukan pengganti Sultan Azlan Shah untuk menerajui takhta pemerintahan negeri Perak.Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berlangsung di Istana Iskandariah, katanya.
Mesyuarat khas itu diadakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII yang antara lain menetapkan Dewan Negara hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah.

Ayob berkata istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu itu akan berlangsung selepas orang ramai dan orang kenamaan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah.  
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok.
-Bernama @MK/28 Mei 2014

Berita Kemangkatan DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Perak Darul Ridhuan..


-Al Fatihah-
Dengan dukacitanya adalah di maklumkan bahawa Almarhum Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al Marhum Sultan Yussuf Izuddin Shah telah mangkat pada jam 1.30 tengahari sebentar tadi.Semoga Allah merahmati Roh Baginda.
Perkara itu diumumkan oleh menteri besar Datuk Seri Zambry Abd Khadir secara langsung di RTM hari ini. Ekoran kemangkatan itu, bendera negeri akan dikibarkan separuh tiang selama 100 hari di negeri itu manakala bendera Malaysia pula selama seminggu. Semua hiburan dan keraian ditanggguhkan dalam tempoh tujuh hari.

Menteri besar juga mengumumkan cuti umum di Perak selama sehari esok sebagai tanda berkabung. Jenazah almarhum akan dibawa ke Istana Kuala Kangsar esok pagi dan akan dimakamkan selepas asar.

Rakan Tampil Kemuka Bukti Status Peguam Dimiliki Dyana...


bukti1
Menjawab tohmahan beberapa laman blog pro-UMNO kononnya calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya bukanlah seorang peguam, rakan peguam beliau tampil mengemukakan bukti.
Menulis di laman sosial Twitter, peguam Afiq Mohamad Noor mempamerkan sijil perakuan amalan guaman Dyana yang merupakan seorang rakan kongsi firmanya dan menjalankan amalan guaman pada tahun 2012 dan 2013. 
“Akhir-akhir ini ramai yg mempersoalkan adakah benar Dyana Sofya merupakan seorang peguam atau tidak?” “Saya mengesahkan bahawa Dyana Sofya adalah rakan kongsi, peguam dan rakan sekerja saya di sebuah firma di Cyberjaya,” tulis beliau di Twitter.
Afiq yang juga seorang peguam Lawyers for Liberty, menunjukkan dua sijil amalan guaman tahunan Dyana bagi tahun 2012 dan 2013 yang kedua-duanya ditandatangani Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya, Mohd Khushairy Ibrahim. “Dyana telah bersama dengan firma kami sejak 9 November 2011 sehingga 30 Disember 2013,” tambah beliau lagi.
bukti3
Dyana menerima ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 2010, sebelum menjalani latihan dalam kamar di sebuah firma undang-undang korporat di Bukit Bintang dan seterusnya diiktiraf sebagai peguambela dan peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya pada tahun 2011.
Beliau tidak menjalankan amalan guaman setelah tidak memperbaharui sijil tahunannya apabila dilantik sebagai setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang tahun lalu.
Carian di laman web Majlis Peguam menunjukkan Afiq merupakan seorang peguam di firma undang-undang Nizamuddin Hamid & Co. yang beralamat di Cyberjaya. – RK/28 Mei 2014

‘BN Sebenarnya Yang Terdesak’ Untuk Dapatkan Pengundi Melayu, Bukan Nya PAS..!..

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar berkata PAS tidak terdesak seperti mana yang diperkatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebaliknya, ujar beliau Muhyiddin yang berada dalam keadaan terdesak untuk mencari sokongan pengundi Melayu apabila melihat PAS memberi sokongan penuh kepada calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan. "PAS nak terdesak buat apa, bukan PAS yang bertanding, kalau kita yang bertanding baru boleh anggap kita terdesak," jelasnya kepada Harakahdaily.

Muhyiddin dalam satu kenyataan berkata PAS menyokong kempen calon DAP adalah disebabkan desakan politik meskipun ternyata calon itu menolak hudud.
"Kita sokong DAP atas prinsip tertentu seperti menentang rasuah, membela hak rakyat serta melawan penyelewengan. "Seperti mana pesanan Presiden PAS, kita sokong atas dasar perjuangan Pakatan Rakyat, kita bekerjasama kerana banyak persamaan antara pendirian PAS dan DAP," jelas beliau.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut berpendapat bahawa Muhyiddin sendiri keliru dengan beranggapan PAS yang bertanding di Teluk Intan. "Sebab yang bertanding itu dari calon Melayu, mungkin Muhyiddin kabur ingatan bahawa PAS yang bertanding," katanya. – HD@28/5/2014
Sebelum itu, TPM Muhyiddin dalam kenyataan nya menyebut....Tindakan Pas menyokong kempen calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Perak adalah disebabkan desakan politik meskipun ternyata calon itu menolak hudud.
"Ini satu desakan politik, walaupun banyak percanggahan bukan sahaja ketika PRK namun ia berlaku sebelum-sebelum ini dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat, bukan hanya dari segi percanggahan hukum, ia termasuk dasar-dasar lain.
"Ini perkongsian tidak teguh kerana pasal ada kepentingan politik dan bagi saya ia bukan sesuatu yang menghairankan. Walaupun calon itu menentang hudud, dia tetap disokong Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang), kerana soal prinsip bukan lagi menjadi satu pegangan utama, katanya kepada pemberita ketika berkunjung ke Kota Iskandar, pusat pentadbiran negeri Johor.
Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas tindakan Abdul Hadi yang turun padang menyokong kempen calon DAP  Dyana Sofya Mohd Daud meskipun wanita itu dengan secara terang-terangan menolak hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan. - Bernama

Tuesday, May 27, 2014

Manifesto - ‘Barang Naik’...?..Antara Yang Menjadi Keutamaan Dyana Sofya....


dyana
Setelah lapan hari berkempen, calon muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud hari ini melancarkan manifestonya untuk memperkasakan rakyat Teluk Intan. Manifesto tersebut tertumpu pada empat agenda utama iaitu kos sara hidup, tadbir urus bersih, pembangunan anak muda dan pemerkasaan wanita.
“Masalah barang naik, pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan mempunyai kesan besar kepada rakyat tempatan serta menambah penderitaan rakyat. “Sekiranya dipilih, saya akan melawan dasar kerajaan yang tidak adil ini dan memastikan belanjawan negara diurus secara berhemah,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan, di sini.
Mengulas mengenai pembangunan anak muda, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, beliau akan melawan pemusatan pembangunan yang hanya tertumpu di Kuala Lumpur supaya Teluk Intan dapat dimajukan. “Mengikut statistik Jabatan Perangkaan, lebih 70 peratus rakyat berusia kurang daripada 40 tahun.
“Di Teluk Intan, saya perhatikan kebanyakan anak muda terpaksa mencari rezeki di negeri lain akibat dasar pemusatan hanya di Lembah Klang oleh kerajaan. “Saya akan mempergiat aktiviti, menuntut pembinaan infrastruktur sukan dan mewujudkan peluang kerja untuk anak muda,” ujarnya.
Beliau turut mengulangi tujuannya bertanding di Teluk Intan iaitu untuk memecahkan benteng perkauman. “Saya mewakili generasi muda mahukan budaya politik baru yang tidak berasaskan kaum dan tidak bersifat jumud. “Kita perlukan politik yang berkisar mengenai dasar untuk pembangunan serta kebajikan rakyat,” tegas Dyana.
RK/27 Mei 2014

DS Subramaniam – Zahid Tersilap Langkah Melabelkan Pengundi India ‘Tidak Mengenang Budi’...

MIC memberi nasihat kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya tidak menyifatkan pengundi India sebagai golongan "tidak mengenang budi", seperti dalam ucapan menteri itu semalam.
Timbalan presiden parti, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kenyataan seperti itu akan menjejaskan peluang BN untuk memenangi pilihan raya kecil 31 Mei.
Tambahnya, ahli politik juga harus berhati-hati agar tidak menyentuh sensitiviti kaum lain dalam keghairahan mereka untuk meraih sokongan. Subramaniam berpendapat Zahid silap langkah kerana menyifatkan golongan Cina yang menyokong DAP sebagai orang tidak mengenang budi dalam satu ceramah di kampung Melayu di Teluk Intan semalam.
"Isu seperti ini kita perlu elak seboleh mungkin...," kata menteri kesihatan itu.

MK/27 Mei 2014

MH370 – Data Menunjukkan Pesawat Terhempas Di lautan Hindi...


Corak penerbangan berdasarkan data satelit Inmarsat yang dikeluarkan Mac lalu.
Data mentah pengesan syarikat satelit komunikasi Inmarsat berhubung pesawat Malaysia Airlines MH370 menyokong kesimpulan pesawat itu kehabisan bahan api dan terhempas di Lautan Hindi, lapor akhbar New York Times hari ini.
Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Malaysia dan Inmarsat hari ini mendedahkan data Mentah yang digunakan bagi mengesan laluan pesawat hilang itu, seminggu selepas menerima tekanan keluarga penumpang.
Data mentah itu menunjukkan transmisi terakhir satelit diautomasikan daripada pesawat kepada pesawat lain atau dikenali sebagai isyarat getar elektronik.
"Ini konsisten dengan kelengkapan satelit komunikasi berikutan berlakunya gangguan cuaca," kata Biro Keselamatan Pengangkutan Australia dalam kenyataan berasingannya, dan menambah, gangguan elektrik mungkin berlaku disebabkan kehabisan bahan api.

MI/27 Mei, 2014.

Anwar - ...‘Menteri Kata Cina Penceroboh’,... Masih Ada Lagikah Orang Cina Nak Undi BN...?..

Selepas segala kritikan yang dilemparkan kerajaan Barisan Nasional (BN), kaum Cina di Malaysia bodoh sekiranya mereka masih mengundi parti itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
Berucap di hadapan lebih 3,000 hadirin di Taman Industri Anson, Teluk Intan, Anwar berkata BN tidak menghormati kaum Cina dan ini berdasarkan daripada cara layanan kerajaan itu kepada komuniti tersebut. "Mereka (BN) tidak hiraukan masyarakat India. Mereka melabelkan Cina sebagai penceroboh dan masih ada Cina mengundi BN. Cina seperti ini tidak mempunyai rasa malu.
"Apabila perdana menteri datang (beliau berkata) apa lagi Cina mahu, menteri kata Cina penceroboh, namun masih ada kaum Cina kata hidup BN! Bodoh betul Cina macam ni," kata Anwar disambut dengan sorakan orang ramai. "Sekiranya pemimpin BN tidak menghormati anda, saya gesa kamu semua untuk menolak BN dan mengundi DAP 31 Mei ini," katanya.
Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud akan berdepan dengan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong Sabtu ini bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan susulan kematian Seah Leoh Peng pada 1 Mei lalu.
Anwar malam tadi memuji Dyana Sofya sebagai seorang belia dan berpengalaman berkerja bersama Lim Kit Siang yang disifatkan sebagai pemimpin yang tidak pernah penat.
"Dyana masih muda, sekiranya dia melakukan salah, kita boleh mengajar dia, Kit Siang ada, beliau melatih sendiri Dyana dalam politik ini.
"Adakah anda fikir senang bekerja dengan Kit Siang, Beliau tidak tahu makna penat, tidak tahu untuk tidur saya juga tidak tahu apa yang beliau amalkan, mungkin tablet ginseng atau Tongkat Ali," kata Anwar.
Pada masa yang sama, Anwar juga menyelar BN ekoran 'politik bikini' yang dimainkan bagi menentang Dyana Sofya selain menjadi mangsa samseng, sexism, dan laman sosial kempen sejak daripada pengumuman beliau.
"Bercakap mengenai pendidikan polisi BN, apa yang anda mahu lakukan untuk penduduk Teluk Intan, adalah harga barangan berpatutan, sebaliknya mereka tanya: apa warna lipstik, apa jenama bikini yang kamu pakai. "Politik Umno BN biarpun Islam tetapi anda tidak boleh menipu menghina orang. Ini adalah politik 'xiao ren' menghina," katanya.
Selain itu, Anwar juga keliru apabila Gerakan masih menuntut undi daripada pengundi di Teluk Intan memandangkan prestasi di Pulau Pinang. "Adakah Gerakan masih lagi wujud? Saya keliru, rakyat di Pulau Pinang langsung tidak mempedulikan Gerakan jadi mengapa mereka masih ada di Teluk Intan," katanya.
Mah yang juga Presiden Gerakan menang di kerusi Parlimen Teluk Intan sebanyak dua kali pada 1999 dan 2004, bagaimanapun kalah dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 kepada DAP iaitu M Manogaran dan Seah 2013. Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi termasuk 410 pengundi awal.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa pengundian awal pada 27 Mei dan tarikh mengundi adalah pada 31 Mei ini. – MI/27 Mei, 2014.

Yammy Samat Isytihar Keluar PERKASA..

Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat yang dirundung kontroversi berhubung pembabitannya dengan PERKASA hari ini menarik diri dari menganggotai NGO pro-Melayu itu. Yammy mengumumkan demikian kurang 12 jam selepas mengaku menjadi anggota NGO berkenaan. Beliau yang hadir dalam sidang media bersama Dyana dan beberapa pemimpin DAP lain pagi ini berkata, keputusan itu dibuat untuk menamatkan kontroversi berkenaan.

Berikut Kenyataan Yammy Berkaitan Dirinya Yang Dikaitkan Dengan PERKASA..
Yammy Samat hari ini secara rasmi mengumumkan keluar daripada pertubuhan pendesak Melayu, Perkasa kerana menganggap pertubuhan itu tidak lagi selari dengan objektifnya.
Ibu kepada calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu berkata beliau bukanlah ketua wanita Perkasa pertama seperti yang pernah dihebahkan, sebaliknya Raihan Sulaiman Palestin yang pernah bertanding merebut jawatan ketua wanita Umno.
"Tidak. Saya tidak pernah menjadi ketua wanita Perkasa. Ketua wanita Perkasa ialah Raihan Sulaiman Palestin yang berlawan ketua wanita (Umno) baru ini. Kamu boleh tanya dia. "Saya tidak pernah jadi ketua wanita Perkasa. Jawatankuasa penaja betul. Sudah lama saya tinggalkan Perkasa, setahun lebih.
"Saya masih ahli Perkasa tetapi dalam keadaan begini, saya isytiharkan saya keluar," katanya pada satu sidang media di Bilik Gerakan DAP di Teluk Intan hari ini.

Media hari ini melaporkan Dyana mengakui ibunya menyertai Perkasa setelah laporan sebelumnya beliau membuat penafian. – MI/27 Mei, 2014.

PRK Teluk Intan – Boleh Percaya Ke..?.‘Janji Nak Bina Sekolah Pun Tak Buat Lagi, Ini Janji Nak Buat Universiti Pula’..?..


_DSC9261
Penduduk Teluk Intan kecewa kerana janji kerajaan BN membina sebuah sekolah menengah di sini gagal ditunaikan. Sepatutnya sekolah menengah itu yang bernilai RM27.2 juta siap pada tahun ini tetapi sehingga saat ini papan tanda projek pembinaan sekolah itu pun tidak kelihatan.
Calon BN Datuk Mah Siew Keong hari ini menawarkan pula untuk membina sebuah universiti di Teluk Intan jika dipilih sebagai Ahli Parlimen. Janji beliau menimbulkan persoalan terhadap janji-janji BN yang jarang ditunaikan.
Calon Pilihanraya Kecil (PRK) DAP Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud berkata, projek Sekolah Menengah Kampung Bahagia sehingga kini menjadi tanya walaupun peruntukan telah diberi pada tahun 2012. “Baru-baru ini BN telah melancarkan sebuah lebuhraya dengan kos RM5 bilion dan berjanji untuk menaik-taraf kemudahan jalur lebar jika mereka menang.
“Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan projek sekolah di Kampung Bahagia “Peruntukan telah diberikan sebanyak RM27 juta pada tahun 2012. Sehingga kini papan tanda pun tidak ada,” katanya dalam sidang media di Restoran Sin Loke Thian.
Menurut Dyana, mendiang Seah Leong Peng telah membangkitkan isu sekolah berkenaan di Parlimen pada tahun 2013. Menurut Dyana, pihak kerajaan berjanji akan menyiapkan sekolah itu tahun ini. “Kita mahu tanya, bila nak tunaikan janji yang dulu? (Kerajaan) sibuk umum pelbagai projek, tapi yang lain terbengkalai,” tegas beliau.
Pada 11 Februari 2012, Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan peruntukan RM27 juta untuk pembinaan sekolah itu termasuk pelbagai projek naik taraf di daerah Hilir Perak. -Rk/26 Mei 2014

Monday, May 26, 2014

Kenderaan Yang Di Percayai Merempuh Anggota Polis Di Temui Terbakar..


Kenderaan Toyota Wish yang dipercayai merempuh anggota polis sebelum ini dibakar dan ditinggalkan dalam kebun.
Sebuah kereta Toyota Wish dipercayai milik penyamun yang merempuh dua anggota polis di Batu 10 menghala Alor Pongsu, di Perak ditemui terbakar dalam kebun pisang di Ara Kuda di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata kereta berwarna kelabu itu ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada kira-kira 5.30 petang. "Kami mendapat maklumat daripada polis Kedah memaklumkan sebuah kereta yang dipercayai milik kumpulan penyamun terbabit masuk ke kawasan SPU dan pasukan polis di sini menjalankan Ops Tutup.
"Kira-Kira pukul 5.30 petang, polis dapat panggilan telefon daripada orang awam memaklumkan sebuah kereta jenis Toyota Wish sedang terbakar dalam sebuah kebun. "Nombor pendaftaran kenderaan itu ditanggalkan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahman berkata, usaha mengesan pemilik kereta itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. "Kami minta orang ramai atau saksi yang melihat bagaimana kereta itu berada di kawasan berkenaan dan terbakar supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.
   
Dalam kejadian pada 1 tengah hari tadi, seorang anggota polis maut manakala rakannya parah selepas dirempuh sebuah kereta yang dinaiki sekumpulan penyamun di Batu 10 menghala Alor Pongsu, Perak. Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, 25, meninggal dunia di tempat kejadian.
   
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata dua anggota polis itu dilanggar sebuah kereta jenis Toyota Wish dengan nombor pendaftaran WRV 5308 iaitu satu daripada dua kenderaan dinaiki penjenayah yang baru sahaja merompak sebuah van rokok. - Bernama

Isteri Putera Mahkota Berpesta Dalam Keadaan Hampir Berbogel...?..

Sebuah video mencengangkan yang memperlihatkan Putera Mahkota Thailand Pangeran Maha Vajiralongkorn dan isterinya Puteri Srirasmi sedang bersenang-senang untuk merayakan satu pesta telah beredar di Internet. Di video itu Puteri Srirasmi terlihat bertelanjang dada.
Sementara tamu kehormat pada acara tersebut bukanlah kepala negara atau para pembesar setempat, melainkan seekor anjing pudel yang dimanjakan pasangan itu bernama Foo Foo, Daily Mail, Ahad (25/5).
Video yang diambil di Istana Kerajaan Thailand di Ibu Kota Bangkok itu memperlihatkan bagaimana Puteri Srirasmi, yang juga mantan pelayan Putera mahkota, hanya menggunakan pakaian dalam jenis G-string ketika dia memberi makan anjingnya dengan kueh ulang tahun.
Salah satu adegan, puteri Srirasmi terlihat membungkuk untuk makan dari sebuah mangkuk anjing, sementara di adegan lainnya seorang pelayan berlutut di depannya. Kemudian pasangan kerajaan itu bernyanyi lagu Selamat Ulang Tahun untuk anjing mereka.

Video ini muncul ketika Thailand diguncang kudeta militer. Mantan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra juga ditahan di Bangkok pada Jumat lalu, meski dikabarkan telah dibebaskan hari ini, sementara ratusan orang telah turun ke jalan raya untuk memprotes pengambilalihan kekuasaan oleh pihak tentera.
Putera Mahkota dan isterinya dua hari lalu telah meninggalkan Tylney Hall, sebuah hotel bintang lima di Hampshire, Inggris, di mana mereka dan 30 rombongan lainnya telah berlindung selama hampir seminggu.
Video ini mencetuskan kebimbangan terhadap Maha Vajiralongkorn dalam menggantikan ayahnya, Raja Bhumibol Adulyadej, 86 tahun. Raja Bhumibol Adulyadej yang dikatakan memiliki penyakit Parkinson, belum pernah terlihat di khalayak ramai semenjak Tentera mengambil alih Kerajaan Thailand.
Tahun lalu diplomat Amerika Syarikat menyatakan banyak pejabat senior Thailand menyatakan kebimbangan terhadap Putra Mahkota yang bakal mengambilalih Takhta kerajaan.
Menurut sumber, empat anak Maha Vajiralongkorn dari perkahwinan sebelumnya telah diasingkan dari Thailand oleh ayah mereka sejak tahun 1996 dan sekarang mereka tinggal di Amerika. Salah seorang anak Vajiralongkorn, Juthavachara Vivacharawongse, 34 tahun, kelmarin mengatakan kepada the Daily Mail di rumahnya di dekat San Diego, California, dirinya lebih suka untuk tidak berbicara tentang hal ini (kudeta) atau ayahnya. "Ini masalah pribadi, masalah keluarga."...
Putra Mahkota Vajiralongkorn menikahi Puteri Srirasmi pada 2001. Keduanya dikurniakan seorang anak laki-laki berumur sembilan tahun.
Satu sumber lain di Thailand, yang meminta untuk tidak disebutkan namanya atas kebimbangan akan adanya pembalasan, kelmarin mengatakan ada banyak orang di Negeri ‘Gajah Putih’ itu yang lebih suka jika Putra Mahkota untuk tidak kembali lagi ke Thailand.. 
Daily Mail/Merdeka.com

http://penburukonline.blogspot.my/