Seorang wanita cedera di beberapa bahagian badan
dipercayai dipukul teman lelakinya akibat cemburu. Menurut sumber, teman lelakinya yang berusia 52
tahun itu memukulnya menggunakan hulu kapak kerana cemburu terhadap komen
lelaki lain di laman sosial Facebook milik wanita berkenaan.
Difahamkan, wanita itu menjalin hubungan dengan
suspek sejak dua tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner
Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, kejadian berlaku pada jam 11.30 malam,
Khamis lalu di rumah yang didiami mereka di Kampung Pisang Awak, Kampung Melayu
di sini."Menurut wanita berkenaan, dia tinggal
bersama teman lelakinya yang merupakan ahli Pasukan Keselamatan Sukarela Pulau
Pinang (PKS) itu lebih dua tahun lalu.
Sebelum kejadian, mangsa bergaduh dengan
suspek menyebabkan suspek berang lalu memukul suspek dengan hulu kapak di
beberapa bahagian badannya. Mangsa kemudiannya dihalau dari rumah oleh suspek."Hasil siasatan mendapati, mangsa dipukul
kerana teman lelakinya itu cemburu terhadap komen seorang lelaki yang memuji
mangsa cantik di Facebook. Teman lelakinya juga menuduh mangsa mempunyai teman
lelaki lain namun mangsa menafikannya," katanya.
Menurutnya, mangsa mengalami bengkak di mata
kanannya, lebam di tangan serta keseluruhan tubuhnya sakit akibat dipukul
suspek."Pada mulanya mangsa tidak mahu memanjangkan
kes dengan memanggil mangsa ke balai polis untuk berbincang namun suspek gagal
dihubungi. Serbuan ke rumah suspek juga gagal kerana dia dipercayai melarikan
diri.
"Polis masih memburu suspek namun identitinya
sudah dikenalpasti selain senjata yang digunakan dipercayai sebilah kapak turut
gagal ditemui. Siasatan awal mendapati, suspek mempunyai rekod lampau antaranya
kes dadah, membuat ugutan dan mencuri. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 324
Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan," katanya.SH/25 Januari 2016
0 comments:
Post a Comment