Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Wednesday, October 28, 2015

Terharu, Selepas Lima Tahun Lumpuh Kini Boleh Bergerak Semula Selepas Berdoa Di Hadapan Kaabah..

Sepang: Seorang jemaah haji tidak menyangka boleh berjalan semula sewaktu berada di Madinah sedangkan sebelum ini dia mengidap angin ahmar yang mengakibatkan lumpuh badan sebelah kiri sejak lima tahun lalu.

Jemaah haji Fatimah Abd Latif, 60, berkata, dia menyedari kakinya boleh bergerak semula selepas bangun tidur dan mahu bersiap menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi."Saya terus memanggil anak perempuan supaya memeriksa kaki kiri kerana masih tidak percaya dengan apa yang dialami pada waktu itu.
"Kemudian, saya cuba bergerak tetapi hanya dapat bergerak tiga langkah sahaja. Bagaimanapun, saya cuba lagi bergerak dengan bantuan anak dan menantu untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.
Seramai 455 jemaah haji yang tiba ke tanah air dari Madinah menerusi penerbangan pulang terakhir pesawat sewa khas Malaysia Airlines Berhad MH8289.

Fatimah berkata, ketika mula tiba di Madinah seterusnya bergerak ke Makkah dan menunaikan wukuf di Arafah, dia memerlukan kerusi roda untuk bergerak."Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana setiap hari saya berdoa termasuk di hadapan Kaabah memohon supaya kaki kiri boleh bergerak dan sihat untuk menunaikan ibadah."Allah memakbulkan doa saya dan kami sekeluarga berasa terharu, sebak serta bersyukur atas nikmat ini," katanya.Metro/28 Oktober 2015

Tuesday, October 27, 2015

Tentera Wanita Israel Ingin Di Lahirkan Sebagai Gadis Palestin..?

Seorang tentera Wanita Zionis Israel mengundang kemarahan beberapa media Israel atas sikapnya yang mengkritik tentera Israel yang dilihat penakut ketika berhadapan dengan pejuang Palestin.
Dipetik dari Al Watan Voice, Gadis Israel yang menyertai tentera Israel ini menulis di akaun facebooknya mengatakan, “ Aku berandai-andai dilahirkan sebagai gadis Palestin sehingga bisa menjadi kekasih, isteri atau sekadar saudara dari salah satu pemuda Palestin yang berani-berani itu ”..
Tulisnya lagi, “ Ketika itu baru aku dapat merasa sebagai seorang perempuan yang berada diantara sekelompok lelaki. Tidak seperti ketika ini, aku hanyalah perempuan diantara segerombolan perempuan. Tidak ada satupun diantara tentera Israel itu yang berjiwa Jantan ”..
Bagaimanapun, kata-kata yang penuh sinis terhadap tentera Israel yang digambarkan penakut mengundang kemarahan media-media Israel. Kata-kata yang dianggap menghina tentera Israel itu sangat menyakitkan.
Pelbagai sumber

Kerabat Diraja Bersama Dadah Seberat 2 Tan Ditahan Pihak Berkuasa..?

Beirut - Seorang putera raja ditahan selepas dadah seberat dua tan ditemui dalam pesawat peribadinya, semalam.
Menurut laporan The Telegraph, Prince Abdel Mohsen Bin Walid Bin Abdulaziz dan empat lagi lelaki ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri.

Mereka didakwa 'cuba menyeludup dua tan pil Captagon dan kokain' dipetik dari sumber keselamatan.
Captagon adalah nama gelaran untuk dadah jenis amphetamine phenethylline dan digunakan secara meluas di Asia Barat sebagai stimulan.
Dadah berkenaan telah dibungkus ke dalam 40 buah kotak dan lokasi sebenar dadah tersebut akan dijual gagal dipastikan walaupun pesawat didakwa sedang menuju ke Arab Saudi.SH/27 Oktober 2015

Pas Tidak Akan Sertai 'Jalan Pintas' Yang Tidak Berteraskan Islam Untuk Capai Matlamat..

Pas menegaskan parti itu tidak akan mengambil jalan pintas untuk mencapai tujuan yang akhirnya mereka terpaksa 'berjalan kaki' kerana salah jalan. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  berkata, parti itu tidak akan menyertai Pakatan Harapan kerana akhirnya ia tidak akan dapat mencapai matlamat."Pas tidak akan menyertai sebarang langkah yang tidak berteraskan Islam dan tidak mencapai matlamat kerana kita tidak mungkin naik bas ekspres yang tak sampai ke destinasi, selepas itu kena jalan kaki jauh.
"(Pas tidak akan sertai Pakatan Harapan?) Kita (Pas) tidak ada harapan...dengan harapan yang tidak sampai ke destinasi. Macam yang saya sebut tadi, naik bas ekspres, nak pergi Kuantan tapi (lalu) jalan ke Kuala Lipis. Mana boleh sampai," katanya pada sidang media di lobi Dewan Rakyat, di sini, hari ini.
Ketika ditanya kemungkinan bayangan bas ekspres itu sebagai gabungan pembangkang yang baharu, Pakatan Harapan, beliau berkata perkara itu mengikut tafsiran masing-masing."Itu ikut sendiri. Masing-masing boleh menilai dan boleh faham sendiri," katanya ringkas.

Dalam pada itu, Abdul Hadi juga menegaskan parti itu bukan sahaja boleh berdiri sendiri malah sudah lama bersendiri. "Dan kita percaya banyak parti lain bergantung dengan kita selama ini. Cawangan dan akar umbi kita yang kuat dan kamu saksikan sendiri, berdemonstrasi Pas tak hadir, tidak ada orang."Ini kekuatan yang ada pada kita dan kita tidak 'act' (berlagak) dengan kekuatan ini," katanya.
SH/27 Oktober 2015

Monday, October 26, 2015

Dua Ribu Hektar Tanah Di Gondol, Mana Hasil Balaknya..?


PAC Kedah panggil jabatan terlibat pembalakan

ALOR SETAR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negeri (PAC) Kedah akan memanggil semua jabatan yang terlibat dengan kerja penebangan balak di Hutan Bukit Perangin, Wang Perah untuk mendapat penjelasan.

Pengerusinya, Datuk Azmi Che Hussain berkata, masalah itu dianggap serius kerana aduan turut ditimbulkan penduduk dan wakil rakyat.“Saya harap semua pihak bersabar hingga siasatan penuh dibuat,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC di Wisma Darul Aman, di sini, hari ini.
Terdahulu, penduduk di Kampung Wang Perah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri melakukan penebangan balak sejak setahun lalu hingga menyebabkan kampung mereka kerap dilanda banjir dan menjejaskan sumber air bersih. 
Pada 24 Oktober lalu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjelaskan pemilik tanah di kawasan itu mempunyai hak membangunkan tanahnya selagi menepati syarat ditetapkan kerajaan negeri. Menurutnya, tanah seluas kira-kira 2,000 hektar dibersihkan untuk membangunkan projek pertanian oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) sebagai ladang getah.SH/26 Oktober 2015

Saturday, October 24, 2015

Tentera Israel Di Serang ‘Sakit Mental’ Selepas Bangkitnya Intifadah Al Quds..

Media Israel semalam melaporkan, jumlah rakyat Israel yang mengunjungi klinik kesihatan mental meningkat kepada seratus peratus dalam beberapa hari terakhir. Sebahagian besarnya adalah tentera Israel dan tentera tambahan. Peningkatan ini berdasarkan kesan dari ketegangan akibat kebangkitan rakyat Palestin menentang pihak berkuasa Israel atau dinamakan Intifadah Al Quds. Kebanyakan dari mereka bimbang sehingga menimbulkan ketakutan rasa tidak tenteram dengan ancaman tusukan senjata tajam dari pejuang rakyat Palestin.

Seorang petugas pejabat kesihatan Israel juga mengatakan, daya tahan psikologi rakyat termasuk tentera Israel sudah runtuh. “Kami mendapat pesakit dari semua latarbelakang, tentera, pemuda dan orang tua.Semua pesakit mengeluh meningkatnya jumlah serangan dan tusukan oleh pejuang Palestin dan cubaan melakukan serangan”.
Harian Israel, Today melaporkan pada mac tahun lalu, lebih dari 350 tentera Israel telah menjalani rawatan berkaitan dengan stress dan trauma. Laporan lain menyebut pada bulan yang sama terdapat seramai sepuluh tentera Israel telah membunuh diri akibat masaalah mental. Semua mereka yang terlibat membunuh diri adalah tentera yang mengambil bahagian dalam perang di Gaza tahun 2014.Sumber lain menyebut, banyak lagi kejadian-kejadian pelik melibatkan tentera Israel tetapi sebahagiannya disembunyikan dari pihak media atas arahan pihak atasan tentera Israel.
Dipetik dari MEMO pada hari Jumat (23/10).
Kementerian Pertahanan Israel juga turut menyatakan terdapat peningkatan jumlah tentera yang memohon untuk menamatkan jawatan sebagai tentera Israel yang kini berjumlah 463 orang.

Dari pelbagai sumber. Rujuk lain sumber untuk ketepatan maklumat.

Bekas TPM Persoalkan Sikap Berdiam Diri Pemimpin Umno Ketika Negara Dalam Situasi Kelam Kabut..?


Saya sahaja bersuara, yang lain buat apa?
Sikap segelintir pemimpin Umno yang sanggup mendiamkan diri meskipun mengetahui kebenaran kerana menjaga kepentingan dibidas Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam nada keras, Muhyiddin berkata, ketika keadaan negara kelam kabut di waktu ini, hanya beliau sahaja yang berani bersuara untuk memperbetulkan keadaan."Hanya saya seorang bersuara yang lain buat apa."Saudara semua pengecut, takut kena pecat sebagai ketua cawangan, ketua bahagian dan ada juga wakil rakyat.
"Semua orang amat takut untuk bersuara walaupun keadaan negara dalam situasi begini tetapi tak mahu buat apa-apa. Orang luar tanya saya apa sudah jadi," katanya pada program Bicara Minda; 'Berani Kerana Benar' anjuran Sinar Harian, di sini, hari ini.
Muhyiddin yang digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri seterusnya menggesa pemimpin-pemimpin Umno dan kerajaan supaya bersikap lebih berani seperti pesan Nabi Muhammad SAW supaya umatnya agar mengambil tindakan jika melihat perkara yang mungkar."Ketika dalam kerajaan saya gunakan kuasa untuk nasihat dan beri pandangan tapi langsung tak diambil kira. Macam bodoh sangat Timbalan Perdana Menteri ni."Saya bersuara bukan untuk jatuhkan parti. Saya hanya berkata benar kerana bimbang tentang masa depan negara," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mengakui tidak pernah menyesal dalam menggerakkan perubahan kuasa antara bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Umno Bahagian Pagoh itu berkata, pada ketika itu beliau mengambil keputusan menggesa Najib menandingi jawatan Presiden Umno kerana melihat kepada kredibiliti dan kelayakannya sebagai pemimpin."Saya tidak benci kepada Pak Lah tetapi saya fikir pada ketika itu tindakan perlu diambil bagi memastikan kedudukan Umno dalam pilihan raya dan saya beritahu pada Najib supaya dia bertanding jawatan Presiden."Saya tidak pernah menggugat kedudukan beliau (Najib) malah tidak pernah menentang beliau termasuk dalam isu GST dan BR1M. Jadi jangan persoalkan kesetiaan saya," SH/24 Oktorber 2015

Wednesday, October 21, 2015

Foto Tujuh Lelaki Bersama Beberapa Wanita Sedang Berbogel Jadi Viral Di Media Sosial..

Beberapa gambar lelaki yang didakwa pelancong dari China berbogel di tepi pantai dengan beberapa wanita dalam keadaan separuh bogel yang didakwa dirakam di Pulau Sibuan berhampiran Semporna, Sabah menjadi viral di media sosial.
Ia dikatakan tersebar secara meluas di aplikasi WeChatdan WhatsApp.
Portal Berita Harian Online memetik tu Ketua Polis Daerah, Superintendan Peter anak Umbuas, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penyebaran gambar itu beberapa hari lalu dan masih menyiasat sama ada foto terbabit dirakam di Semporna atau sebaliknya. Katanya, polis juga akan mendapatkan kerjasama pihak Taman-Taman Sabah (TTS) serta pengusaha pelancongan bagi mengesan identiti semua mereka yang terbabit. "Kita sedang menyiasat kesahihan gambar itu kerana ada juga dakwaan ia dirakam di luar negara, namun dimuat naik di Facebook kononnya berlaku di Sabah," katanya dipetik akhbar itu.
Antara gambar yang tersebar ialah tujuh lelaki berbogel membelakangkan kamera sambil seorang wanita lengkap berpakaian menghadap kamera, selain tiga wanita dalam keadaan separuh bogel membelakangkan kamera dengan seorang lelaki berseluar pendek tersenyum.

Pada 30 Mei lalu, kira-kira 10 pelancong Eropah berbogel dan bergambar di puncak Gunung Kinabalu hingga menimbulkan kemarahan penduduk negeri itu. Empat daripada mereka kemudian ditahan dan dijatuhkan hukuman penjara tiga hari serta denda RM5,000 setiap orang.

Mac lalu pula, dua wanita warga asing dirakam bermain pasir di Pulau Sulug di Kota Kinabalu dalam keadaan separuh bogel sehingga menimbulkan rasa kurang senang pengunjung lain.MK

Tuesday, October 20, 2015

Selembar Warkah - Tinggalkan Syiah Mu Dan Kembalilah Kepangkuan Kami..

Ku tuliskan warkah ini dari lubuk hatiku yang paling dalam..
Entah kelak akan sampai kepadamu atau tidak.?
Entah kau akan sempat membacanya atau tidak.?
Entah kau akan peduli atau tidak.?.. Aku tidak tahu..!
Sekian lama aku telah mendengar tentang mu 
Membaca kisah-kisah mu
Dulu aku berfikir, ahh…biarlah itu urusan mu sendiri
Tapi, semakin hari semakin bertambah kerisauanku. Membaca,mendengar, mengkaji berita-berita tentang mu. Semakin bengong aku...

Mut’ah…
Inilah yang membuatku ingin menyurati mu…
Aku tak tahu apakah engkau menikmatinya (mut’ah itu) atau tidak !
Tapi, aku berbicara dari hati ke hati denganmu…
Seorang wanita yang terlahir dari seorang ibunda Hawa…
Terlepas dari dalil apa yang engkau pegang dan yakini, aku hanya ingin membawamu kepada alam fitrah dan kudrat mu sebagai wanita…
Sungguh.!.tak tega rasanya membayangkan dirimu yang dipeluk oleh lelaki. Sesiapa saja yang mahukan dirimu..
Dalam tempoh dan waktu sekehendak mereka…
Aku tidak bisa membayangkan...
Sekiranya dirimu mengandung, namun dalam masa itu ikatan mut’ah itu sudah tamat. Tanpa engkau punya hak menuntut apa-apa pun.
Tidakkah engkau kembali sedar bahawa agama ini islam yang murni. Begitu menjaga dan memelihara kaum wanitanya..
Hijab kamu..
Allah syari’atkan demi menjaga kehormatan mu..
Menahan dari tangan-tangan nakal yang akan menjamah mu..
Menghalang lirikan dan pandangan mata liar yang akan meragut kehormatanmu
Hijab kamu hanya akan halal dibuka oleh lelaki pilihan yang Allah jodohkan untuk mu. Lelaki yang akan bertanggungjawab seutuhnya untuk dirimu..
Lelaki yang kan menyayangimu.., menjagamu.., 
Menafkahkan lahir batin hanya untuk kamu..
Lelaki yang akan menjadi tempat bersandarmu di waktu susah dan senang..
Lelaki yang akan menjadi ayah bagi anak-anak mu dan lelaki yang tulus mencintai mu. Hari ini,esok atau lusa sehingga ajal menjemputmu..
Begitu sedih hatiku, ketika membaca kisah salah seorang temanmu. Ketika di satu malam yang gelap ia bersedia dimut’ah, namun setelah selesai hajatnya baru mereka tersedar, kalau yang lelaki itu adalah abang kandungnya sendiri atau temanmu itu adalah adik kandung mu sendiri.?.
Astagfirullahal ‘adziim..Tidak ada lagi keinsafan buat mu..?
Agama seperti apa yang sudah menjerat mu.. 
Perbuatan sekeji itu masih dianggap ibadah dan keutamaan diri mu..
Ya Allah...
Bolehkah engkau berfikir dengan akal sihatmu.. 
Betapa banyak dari temanmu..
Hari ini mereka menjerit dengan bayangan penyakit yang menakutkan yang telah menjamah tubuh lemah mereka.?.
AIDS yang hampir tidak memberi jaminan apakah setiap orang di antara kamu baik laki ataupun perempuan mampu selamat dari penyakit ini..
Jika tradisi mut’ah memut’ah terus kamu lakukan…..
Sedangkan negara yang menjadi kiblatmu hampir-hampir menjadi negara teratas dengan kes penderita AIDS termashur diseluruh dunia.?.
Ohh, sekiranya ajaran yang kamu ikuti hari ini yang paling lurus,maka hari ini kamu adalah wanita yang paling berbahagia. Namun aku membaca banyak berita tentang kamu, pengakuan dari teman-teman mu. Betapa hidup mereka tersiksa, diliputi gundah gulana.Sekian lama bersama dengan lelaki mut’ahnya tanpa ada “status” yang jelas. Nyenyak kah tidurmu ketika memikirkan suami mut’ah mu akan meniduri wanita lain semahunya.? Lenakah tidurmu ketika kamu mendekap bantal dan suami mu sedang mendakap tubuh lembut wanita lain.?.

Jika kamu tahu..
Begitu terpesongnya fahaman kamu, tentu dan pasti kamu akan kembali kepada kami. Meskipun pun dalam keadaan merangkak.

Masihkah kamu mengaku kami teman mu..
Jika keyakinanmu tentang rukun iman atau islam telah berubah.?.
Jika lisanmu mencela para sahabat baginda Rasulullah SAW.
Jika Isteri baginda Rasullah dipandang sesat pada mu.?.
Jika sikapmu terhadap imam-imam mu melebihi dari segalanya.?.
Jika Al-Quran masih kau ragukan.?.
Jika Malaikat Jibril dituduh salah mnyampaikan wahyu.?.
Jika Baginda Rasulullah sendiri masih dianggap belum sempurna menyampaikan risalah islam.?.
Jika begitu, Maka kami bukan dari kalangan seaqidah dengan kamu..!
Tapi...
Jika tidak sampai kepada keadaan seperti itu..
Jika ternyata ada keraguan tentang Syi’ah dalam diri mu ajaran dan keraguan kamu tentang ritual yang kau jalani hari ini. Jika ternyata masih ada secebis keimanan kamu tentang ISLAM yang benar ini di hatimu..
Maka, kembalilah kamu..
Kembalilah..
Balikkan tubuhmu..
Langkahkan kakimu menuju kami..
Jejaki kembali jalan Sunnah ini..
Tinggalkan Syi’ah dengan seluruh omongan palsunya..
Tinggalkan ia dengan muth’ahnya sehingga Allah membalas kepada mereka apa yang berhak atas kepalsuan mereka..
Kita akan kembali menjadi saudara seiman, seaqidah dan satu keyakinan…
Kembalilah..
Jika engkau ingin menikmati kebahagiaan yang hakiki..
Dirimu dan anak-anakmu..
Engkau akan menjadi wanita mulia ditengah-tengah kami..
Tidak perlu lagi engkau memukul-mukul menyakiti wajah dan tubuhmu di peringatan karbala mereka.Tak perlu lagi kau bergerombolan dihadapan Ulama Marja’ mereka untuk mendapatkan giliran mut’ah tertinggi dan teragong.. Sungguh mereka tidak adil. Ketika mereka membenarkan dirimu dimut’ah namun melarang putri-putri mereka dimut’ah..Cukuplah ini sebagai bukti..

Akhir dari risalahku ini, pesanku padamu..
Jika engkau ingin benar-benar kembali…
Jika engkau ingin benar-benar bertaubat…
Kami tetap ada disini. Yang akan merangkulmu,memelukmu dan mengingatkan kembali tentang Islam yang indah ini. Mari bersama dengan kafilah kami. Bersama mengarungi bahtera dengan kapal kami.Tinggalkan nafsu syahwat , sesungguhnya itu hanya kesenangan yang sementara..
Namun, jika engkau tetap dalam pilihanmu.Pendirian kamu tak terhakis. Keyakinan mu yang terlalu menghitam dan doktrin Syi’ah telah memenuhi akal pikiranmu maka Biarlah,...
Tinggalkan risalah ini. Aku ingin menjaga mereka, mengingatkan mereka tentang kesesatan ajaran Syiah yang engkau telah terjerat di dalamnya.Kami masih punya teman.

Dan jika dengan risalah ini engkau atau teman mu yang lain jesteru membenci kami, ingatlah..Allah tetap bersama kami, perjuangan kami dan kami akan terus menyuarakan Islam yang sebenar mengikut Sunnah Nabi kami serta sunnah para sahabat Baginda Rasulullah SAW. Amiin ya Rabbalalamin..

Monday, October 19, 2015

Demontrasi Rakyat Britain Mengutuk Kekejaman Israel Di Hadapan Kedutaan Israel Di Britain..

Tidak berpuashati dengan tidakan penjajah Israel terhadap rakyat Palestin, hari ini Rakyat Britain telah menunjukan kemarahan mereka dihadapan kedutaan Israel di London. Mereka menyertai satu demontrasi bagi menggesa Israel menghentikan tidakan kekejaman terhadap rakyat Palestin. Dalam satu video yang disiarkan Al Jazeera berbahasa arab, ribuan warga Britain berkumpul sambil melaungkan “Israel Teroris, Israel Teroris” dan demontrasi itu turut memaparkan sepanduk yang bertulis ‘Boikot Israel’ sambil mengibarkan Bendera Palestin.


Dipetik dari sumber Palestin.
Wakil Menteri Agama Palestin, Hasan As Shifi menegaskan, ‘Kita dalam peperangan nyata dan terbuka dengan Yahudi bersenjatakan pisau melakukan Intifadah membela Al Quds dan Al Aqsa. Intifadah tercetus ketika rumah rakyat Palestin dirampas, kehormatan Al Quds dihina dan larangan mendirikan solat di Masjid Aqsa’. Beliau juga menjelaskan bahawa ‘Al Quds bukan saja sebongkah batu tapi lebih dari itu, ia adalah akidah, ibadah, solat, Nubuwat dan sejarah’.

Jelasnya lagi, generasi akan datang akan membaca sejarah pembelaan al Quds yang baru yang dilakarkan oleh satu gerakan perlawanan bersenjatakan pisau dan telah membunuh rabi-rabi Yahudi, tentera, pemukim serta para pendukungnya. Lebih yakin bila beliau menegaskan tidak ada kekuatan manapun di dunia ini yang mampu menghentikan tentangan serta kebangkitan rakyat Palestin (Intifadah) untuk melindungi Masjid Al Aqsa.Wallahuaklam/Dipetik dari pelbagai sumber

Sunday, October 18, 2015

PAS Tolak Formula DAP Pengagihan Kerusi Untuk Pilihanraya Umum 14..

PAS menolak cadangan pembahagian kerusi yang dicadangkan bekas rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding di seluruh negara, malah akan menambah jumlah kerusi yang akan ditandinginya.
"Kita parti peringkat nasional dan kita bertanding di seluruh negara... belum ada DAP kita dah bertanding (pada pilihan raya umum). Kita bukan parti kenegerian dan parti perkauman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Fastaqim (Himpunan Kebangkitan) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Bharu, malam tadi.
Beliau mengulas mengenai cadangan DAP sebelum ini yang mengemukakan formula pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelak pertandingan tiga penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).
Pengerusi DAP Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata satu-satunya cara ialah PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain.
Ditanya mengenai ancaman Amanah terhadap parti itu selepas kebanyakan anggota PAS beralih arah kepada parti serpihan itu, Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang menganggap perkara berkenaan hanya perkara kecil.
"Kepada kita, Amanah ini tidak ada apa-apa cabaran yang besar kepada PAS. PAS pernah menghadapi cabaran lebih besar daripada ini terutama pada tahun 1978 yang menyebabkan rakyat Kelantan buat demonstrasi sehingga menyebabkan kerajaan Kelantan jatuh.

"Namun demikian kita dapat melangsungkan perjuangan kita dengan cara yang baik dan kita dapat meningkatkan bukan sahaja anggota parti, bahkan meningkatkan pengurusan parti," katanya.-Bernama - MK/18 Oktober 2015

Friday, October 16, 2015

Tawaran Besar Untuk Rakyat Palestin Berpoligami Tapi Penjajah Zionis Pula Cuba Menghalang..?

Akhbar Israel, Yedeot Aharonot melaporkan Menteri Perundangan Israel, Epiliyet Shaked berkata, Israel sedang bekerjasama dengan Yahuda Ventishtan iaitu penasihat kepada badan pengadilan Israel untuk menghapuskan poligami yang diamalkan oleh rakyat Palestin di Wilayah jajahannya terutama di wilayah pinggiran.Dakwaan Yedeot Aharonot, poligami merupakan masalah dan mengganggu sistem umum dan kedamaian di kalangan masyarakat. Selain itu beliau menuduh poligami melecehkan wanita dan anak-anak selain mengembangkan kemiskinan di kalangan mereka.

Yedeot Aharonot mengatakan, pihaknya sedang melakukan pembicaraan intensif dengan perwakilan umum dibidang kemasyarakatan serta sejumlah kalangan untuk menerapkan undang-undang (menyekat poligami) ini. Merujuk kepada data yang dilakukan Israel, kecenderungan berpoligami dikalangan masyarakat Palestin mencapai angka 36 peratus dan semakin berkembang.

Dicatatkan pada tahun 2010, Gerakan perlawanan Palestin (Hamas) di jalur Gaza pernah menawarkan pembiayaan kepada warganya yang ingin berpoligami. Sebuah sumber, Almokhtsar melaporkan Hamas bersedia memberikan pembiayaan wang tunai sebanyak $ 2800 serta membangunkan kediaman mereka.
Bagaimanapun menurut sumber, pemberian ini khusus kepada lelaki yang mahu mengahwini para janda yang ditinggalkan suami mereka kerana mati syahid akibat penjajahan regim Zionis Israel. Tujuan tawaran Hamas adalah untuk meringankan beban para wanita janda dan poligami merupakan jalan terbaik bagi meringankan bebaan hidup serta dapat menjaga keluarga.

Mohammad Najm, seorang Profesor perundangan Islam di Universiti Al-Azhar mengatakan, “tingginya jumlah syuhada mengakibatkan banyak jumlah janda, begitu pula dengan gadis-gadis yang belum berkahwin.” Tambahnya lagi, amalan poligami di Gaza berdasar hukum dalam Islam dan apa yang berlaku di Gaza, poligami adalah jalan untuk menjaga para janda dari syuhada perang yang telah berjuang selama bertahun-tahun di Palestin.- Dari pelbagai sumber/Hidayatullah.com 

Wednesday, October 14, 2015

Tawaran Lima Juta Euro Untuk Kepala Basyar Assad Dan Hassan Nasrallah..


wanted assad

Pemimpin gerakan Jihad Jabhah Nusra, Abu Muhammad Al Jaulani telah menjanjikan hadiah sebanyak 5 juta euro bagi sesiapa saja yang dapat membunuh Presiden Bashar Al Assad dan Pemimpin Syiah Hizbullah Lebanon, Hassan Nasrallah.
Dalam rakaman audio yang disebarkan Jabha Nusra di internet sejak hari Isnin (12/10) Abu Muhammad mengatakan, “ Saya akan memberikan wang berjumlah 3 juta euro bagi mereka yang dapat membunuh Bashar Al Assad.”
Abu Muhammad melanjutkan, “ bukan hanya wang, Jabhah Nusra insya Alllah berjanji akan melindungi pahlawan tersebut bahkan sanggup melindungi isteri, anak serta keluarga mereka dari dendam regim Syiah Basyar Assad ”. 
Sementara itu hadiah wang sejumah 2 juta euro akan diberikan kepada mereka yang berjaya membunuh pemimpin Syiah Hizbullah, Hassan Nasrallah serta diberikan jaminan keselamatan yang sama, Insya Allah”..

Dari sudut lain, pemimpin Jabhah Nusra turut menyatakan bahawa antara tujuan dan campurtangan Russia di Syria ketika ini adalah disebabkan kegagalan Iran dan Syiah Hizbullah melindungi Regim Basyar Assad.Em

Tuesday, October 13, 2015

Bergambar – Aksi Berani Mahasisiwi Palestin Menghadapi Tentera Haram Zionis Israel..

Awal Oktober 2015, masyarakat Islam dapat melihat bangkitnya rakyat Palestin di Tepi Barat dan Gaza selepas tercetusnya Intifada Al Quds. Pemuda dan pemudi Palestin bangun bergerak untuk menentang regim penjajah haram Israel. Semangat kebangkitan ini berlaku diseluruh tanah Palestin termasuk di Tulkarm, Betamara Hebron, Hawarah Nablus dan Abu Deis Al Quds.
Tidak ketinggalan juga, para pemudi dari kalangan Mahasiswi turut sama mengadakan demontrasi bagi menghadapi tentera-tentera Zionist. Mereka mengangkat senjata ‘batu’ untuk berhadapan dengan Tentera Zionist yang berbekalkan peluru hidup dan gas pemedih mata. Tidak dinafikan, apa yang boleh dilakukan oleh mereka ini selain menggunakan kudrat yang ada. Bagi mereka itu sudah mencukupi dari berpeluk tubuh melihat keganasan tentera Zionist yang menceroboh tanahair mereka.

Mereka bersiap sedia berada dibarisan hadapan sebaris dengan pemuda-pemuda Palestin. Mereka tidak takut. Mereka adalah lambang wanita sejati serta merdeka. Merdeka dari mengikut telunjuk Yahudi Zionist. Mereka juga mempunyai hak untuk mempertahankan tanahair Palestin.










Ada 'Tenrog' Di Sebalik Kehilangan Tujuh Anak-Anak Orang Asli Di Gua Musang..

KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak Orang Asli, Mirsudiar Aluj, 11, memberitahu dia ada mendengar bunyi helikopter pihak tentera serta menjerit kepada anggota pasukan penyelamat yang sedang mencari di kawasan berhampiran.Bagaimanapun, jeritan tersebut tidak didengari oleh pasukan penyelamat walaupun jarak antara mereka tidak jauh. Menurut bapa saudara Mirsudiar, Akek Bahir, 46, bunyi helikopter itu dapat didengari melalui atas kepala mereka yang terletak kira-kira tiga kilometer dari pusat operasi di Pos Tohoi pada hari ke-12 kanak-kanak itu hilang.“Malah ketika pasukan mencari me­lakukan pencarian di kawasan tersebut, kanak-kanak itu menyedari kehadiran anggota terdiri daripada beberapa agensi itu.
“Namun jeritan kanak-kanak ini tidak didengari walau bunyi pasukan penyelamat itu agak dekat dengan mereka. Jika sebaliknya, saya percaya nasib lima lagi rakan Mirsudiar yang maut akan berbeza selain dapat di­selamatkan,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II.
Selain Mirsudiar, enam lagi yang hilang sejak 23 Ogos lalu ialah Norieen Yaakob, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Linda Rosli, 8; Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7.
Mirsudiar dan Norieen ditemui masih hidup dalam keadaan kurus kering selepas 47 hari kehilangannya. Norieen turut memaklumkan kepada bapa saudaranya, Herry Boy, dia turut melihat dua lagi rakannya, Sasa, Linda serta adiknya, Haikal mati selepas lemas dihanyutkan arus deras Sungai Perias.
Setakat semalam, daripada empat mayat yang ditemui oleh anggota mencari dan menyelamat, identiti tiga daripadanya telah disahkan oleh ahli keluarga masing-masing iaitu Sasa, Ika dan Juvina. Satu lagi rangka belum disahkan identitinya, manakala operasi mencari satu lagi mayat terakhir masih diteruskan.
Akek yang merupakan Penghulu Kampung Gawen itu berkata, perkara malang menimpa Haikal, Linda dan Sasa pada hari ke-14 kehilangan mereka apabila tiga kanak-kanak ini maut akibat lemas. “Kita percaya pasukan penyelamat gagal mendengar je­ritan meminta bantuan kanak-kanak itu berikutan mereka sedang 'dijaga' oleh Tenrog (orang bunian). Saya sendiri ada melakukan pencarian di kawasan mereka ditemui ini selepas empat hari mereka hilang.
“Malah ada malam yang saya bermalam di dalam hutan tetapi tiada sebarang jejak ditemui atau kelihatan. Kejadian ini memang membingungkan,” kata­nya.
Katanya, Mirsudiar kini masih berada dalam keadaan bingung apabila ditanya mengenai tragedi kehilangannya malah dia gagal mengingati kejadian tersebut dengan baik.“Ibunya (Rocita Bahir, 41) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak ter­utama pasukan penyelamat yang tidak berputus asa dalam usaha pencarian ini,” katanya.Kosmo/13 Okt 2015

Penganjur 'Love And Sex With Robot' Di Beri Amaran Keras Oleh Polis..


 Khalid Abu Bakar

KUALA LUMPUR - Pihak Polis Diraja Malaysia ( PDRM) memberi amaran sekeras- kerasnya kepada penganjur kongres antarabangsa ' Love and Sex with Robots' (Cinta dan Seks Bersama Robot) yang akan diadakan di Johor Bahru, bulan depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, tindakan tegas akan dikenakan kepada pihak penganjur yang cuba menyentuh sensitiviti budaya dan norma masyarakat di negara ini."Mereka ( penganjur) jangan mengarut, jangan cuba lakukan sesuatu yang abnormal di negara ini."Program tersebut tetap haram biarpun tiada sebarang laporan dibuat terhadap pihak polis," katanya pada sidang media Majlis Penghargaan Vehicle Thieft Reduction Council Of Malaysia Berhad ( VTREC) di sini, hari ini.SH/13 Oktorber 2015

Monday, October 12, 2015

Berita Kenaikan Tol Di Beberapa Lebuhraya Di Sambut Sinis Rakyat Malaysia..


tol

"TERIMA kasih kerajaan," itu antara respons seorang pelayar laman sosial Facebook selepas kadar bayaran tol di beberapa lebuhraya diumum akan dinaikkan mulai Khamis ini.
Seorang pelayar lain pula menyifatkan ia sebagai satu peluang yang baik untuk rakyat 'bersedekah' kepada kerajaan."Aku memang suka tol naik. Nak sedekah banyak-banyak kat kerajaan," kata Haris berjenaka.
Tinjauan Sinar Online di laman sosial mendapati majoriti netizen tidak berpuas hati selepas berita kenaikan kadar tol dilaporkan hari ini.
"GST, tol, denda IC hilang RM1,000, nanti tambang pengangkutan awam, tahun depan elektrik pula. Harga rumah yang tak masuk akal, harga kereta yang tak turun seperti dijanjikan," luah Kamal di Facebook.
"Tiada usaha untuk meringankan beban rakyat langsung. Semua berita yang menambahkan lagi beban rakyat," kata Shahril di laman sosial sama.
Di laman mikro Twitter, majoriti pelayar juga meluahkan rasa marah dan kecewa terhadap berita tersebut."Nampaknya kos perjalanan pergi balik aku dari rumah ke UIA akan bertambah lagi seringgit sebab tol Duke naik," kata St-Pierre.
"Harga tol naik lagi, darah aku pun dah naik jugak ni," kata Ain.
Seorang pengguna twitter, Rosniza mengutarakan persoalan yang menarik."Tol naik harga ni dapat kurangkan (trafik) jamm ke?" tulisnya. SH/12 Oktorber 2015

'Saya Lapor Atas Rasa Tanggungjawab', Kata Seorang Lelaki Yang Melaporkan Penemuan Bangkai Pesawat Di Kepulauan Tawi-Tawi, Filifina..

SERPIHAN sayap yang disahkan milik MH370 dilaporkan ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai lalu, namun sehingga kini bangkai pesawat tersebut masih belum ditemui.

SANDAKAN-“Sama ada berita itu benar atau tidak, saya serahkan kepada polis untuk menyiasatnya. Saya lapor atas rasa tanggungjawab.”
Demikian kata seorang lelaki, Jamil Omar, 46, (gambar kecil) di sebalik keputusannya untuk membuat laporan polis berhubung dakwaan penemuan misteri sebuah bangkai pesawat dipercayai milik Malaysia di sebuah pulau terpencil di selatan Pulau Ubian, Kepulauan Tawi-Tawi, selatan Filipina kelmarin.
Menurut Jamil, laporan yang dibuat di Balai Polis Sandakan pada Ahad itu adalah berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada ibu saudaranya, Siti Kayam Kisung, 57, yang berasal dari Pulau Tabawan di selatan Filipina.
“Dia (Siti Kayam) datang ke sini (Sandakan) semata-mata untuk bertemu dengan saya dan menceritakan mengenai dakwaan pe­nemuan sebuah bangkai pesawat oleh penduduk di pulau ber­kenaan.

“Ibu saudara saya membawa bersama bendera Malaysia, Jalur Gemilang yang didakwanya ditemui oleh penduduk di dalam pesawat berkenaan yang dipenuhi rangka manusia,” kata petugas Jabatan Penerangan Sandakan itu ketika ditemui di sini semalam.Kosmo/12 Oktorber 2015

Resolusi MPP PKR Seolah-Olah Mengenepikan Peranan DAP Dan Amanah Dalam Pakatan Harapan..?

Keahlian Pakatan Harapan akan diperluaskan untuk cuba memasukkan PAS, Parti Sosialis Malaysia (PSM), serta parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak, PKR memutuskan hari ini.
Resolusi itu dibuat dalam satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu, dipengerusikan Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali membacakan resolusi itu selepas selesai mesyuarat selama dua jam yang diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya malam ini."Kami membuat resolusi untuk menjemput PAS, PSM juga parti daripada Sabah dan Sarawak untuk menyertai kami," katanya.
Mesyuarat tersebut diadakan selepas petisyen khas oleh 25 ahli MPP meminta dibincangkan mengenai status gabungan parti pembangkang baharu itu yang ditubuhkan bulan lalu oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara. Azmin juga menasihatkan semua parti pembangkang agar tidak bercakaran sesama sendiri. "Biarkan parti masing-masing selesaikan hal mereka sendiri secara dalaman dan jangan cuba masuk campur urusan parti lain. "Jika kita terus berbalah, maka rakyat akan hilang keyakinan kepada kita untuk menawan Putrajaya," katanya.
Azmin berkata, rundingan dan perbincangan akan diteruskan dalam cubaan untuk mendapatkan lebih ramai pihak menyertai platform mereka yang sama. "Kami akan terus berhubung dengan mereka yang sealiran fikiran dengan parti," katanya.
Presiden dan MPP memutuskan akan meneruskan usaha membina barisan pembangkang yang kukuh dan bersatu serta mencari penyelesaian kepada krisis negara yang makin mendesak. 
Antara resolusi yang diluluskan MPP itu adalah: 
* PKR komited memantapkan Pakatan sebagai satu gabungan politik yang inklusif dan keahliannya akan diperbesar kepada rakan politik yang sehaluan;
* PKR akan mengambil langkah menyediakan suasana kondusif bagi perpaduan pergabungan politik yang luas dan menyeru semua parti menghentikan perbalahan dan serangan antara satu sama lain, dan parti sahabat juga harus menghormati perbezaan pandangan masing-masing dan tidak mencampuri urusan dalaman parti sahabat.

* PKR akan meneruskan perhubungan dan perbincangan dengan rakan-rakan politik lain, dan berhak untuk mendirikan kerjasama 2-hala di pelbagai peringkat jika perlu. – TMI/11 Oktober, 2015.

Persoalan:

Apakah Resolusi PKR untuk mengajak semua Parti pembangkang termasuk di Sabah dan Sarawak untuk sertai Pakatan Harapan dibincangkan terlebih dahulu dengan DAP serta Amanah yang merupakan rakan bersama dalan Pakatan Harapan.?

Sunday, October 11, 2015

Penemuan Bangkai Pesawat Di Selatan Filifina Mungkin Ada Kaitan Kehilangan MH 370..?


Polis Sabah masih menyiasat kesahihan kandungan laporan polis berkenaan penemuan bangkai pesawat kononnya pesawat milik Malaysia di sebuah pulau di selatan Filipina. Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihaknya akan memanggil seorang lelaki yang membuat laporan itu di Balai Polis Sandakan bagi mendapatkan maklumat lanjut."Pihak Cawangan Khas akan menyoal pengadu untuk mendapatkan butiran terperinci. Setakat ini, polis Sabah belum dapat memastikan kesahihan maklumat dalam laporan itu," katanya dalam kenyataan di Kota Kinabalu malam tadi.
Beliau berkata seorang lelaki bernama Jamil Omar telah membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa ibu saudaranya menemui satu bangkai pesawat di hutan Pulau Sugbay, Tawi-Tawi di Filipina."Ibu saudara Jamil mendakwa dalam pesawat itu terdapat banyak rangka manusia selain menjumpai sehelai bendera Malaysia berukuran 70 inci panjang dan 35 inci lebar," katanya.

Bagaimanapun, Jalaluddin berkata pihaknya masih belum dapat memastikan sama ada laporan yang diterima itu benar ataupun palsu.Dalam laporan itu, lelaki berusia 40-an itu mendakwa ibu saudaranya yang berasal dari Tawi-Tawi itu menemui bangkai pesawat berkenaan yang dipercayai MH370 di pulau itu pada awal September lepas.
Pesawat MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal. -Bernama

Saturday, October 10, 2015

Bergambar - Pengantin Lelaki Bersama Penumpang Maut Dalam Kemalangan Ngeri..







BESUT: Sebuah rombongan pengantin yang dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu telah terlibat dalam kemalangan di Kilometer 94 Jalan Jertih-Kuala Terengganu, Kampung Renek, di sini, 2.20 petang, hari ini. Kemalangan itu menyebabkan pengantin lelaki Mohammad Norizan Mohd Nor, 20, dan tiga yang lain terkorban manakala pengantin perempuan Noraliza, 18, parah selepas tangan dan paha kirinya patah dan kini dirawat Hospital Besut Tiga penumpang lain yang terkorban ialah ibu pengantin perempuan, Rozila Jusoh, 42, dan dua adik adiknya, Norma Mohd Razaki, 15, dan Mohd Haikal, dua tahun, dari Chetok, Pasir Mas, Kelantan. Menurut sumber, kedua-dua pengantin ini baru diijabkabulkan semalam dan kenduri di rumah pengantin lelaki telah berlansung semalam mereka, hari ini mereka dalam perjalanan untuk majlis menyambut menantu di rumah keluarga Mohammad Norizan.
Copypaste 
http://omakkau.blogspot.my/

Friday, October 9, 2015

Meskipun Ditemui, Punca Kehilangan Kanak-Kanak Orang Asli Masih Lagi Misteri..

KUALA LUMPUR: Berita dua kanak-kanak Orang Asli yang ditemui selamat tengah hari tadi disambut lega oleh netizen. Kebanyakan mereka menganggap penemuan dua murid Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi, Gua Musang itu sebagai keajaiban berikutan mereka hidup di dalam hutan tanpa bekalan makanan dan air bersih selama 47 hari. Tidak kurang ada yang mengatakan kejadian itu sebagai misteri dan mistik kerana lokasi penemuan mangsa sudah pun dimasuki oleh pasukan mencari dan menyelamat sebelum ini. 
Berikut antara komen netizen dalam laman Facebook BH Online sejurus berita penemuan itu dikongsikan kepada umum. "Orang Asli ni memang terror bab hutan.. kalau mandi sungai tu memang aktiviti harian mereka. Bila duduk asrama terkurung...tu boring agak nya...tapi mungkin ada kejadian mistik. Hanya Allah yang mengetahui," kata Nurul Huda Harun. 
Hazzliff Ghazali pula berkata: "Hampir dua bulan tak makan...kawasan tu pasukan penyelamat cari tak jumpa... heran baru hari ini jumpa. Mistik sungguh." 
Malah ada yang menyifatkan kejadian itu ada kaitan dengan alam ghaib iaitu bunian. "Tak mustahil disorok bunian...," kata Noraz Azmi Siti NoraZeemah. 
Sementara itu, netizen juga menzahirkan rasa syukur dengan penemuan itu dan berharap kes itu dapat diselesaikan dengan segera. Mbr Vers berkata:"Alhamdulillah... dengan penemuan ini akan merungkai segala teka-teki selama ini. Mudah-mudahan."
Karifah Hussin pula berkata: "Syukur Alhamdullillah... moga dipermudahkan yang selebihnya... Semoga Allah memberi petunjuk secepat mungkin." Di sebalik keajaiban penemuan murid itu, netizen juga meluahkan rasa kagum dengan semangat kanak-kanak berkenaan yang mampu bertahan walaupun tanpa bekalan makanan. "Kalau anak orang bandar hilang sampai sebulan lebih tak tahu apa akan jadi... yang berusia sedikit dapat bertahan. Manakala yang lebih muda meninggal. Apalah sangat kudrat budak-budak nak melawan kuasa alam... sebulan lebih hilang dalam hutan tapi masih mampu bertahan kuat betul semangat mereka... moga mereka cepat sembuh," tulis Ijal Jal. 
Dalam pada itu, Salee Aliee berharap kejadian itu akan disiasat secara telus oleh pihak polis dan misteri kehilangan tujuh kanak-kanak Orang Asli itu akan terungkai tidak lama lagi dengan penemuan dua kanak-kanak itu. Kebanyakan netizen juga berharap dua lagi mangsa yang masih hilang ditemui dengan selamat. 
Nurul Jasmin berkata:"Tiga sudah meninggal dunia. Dua lagi selamat. Baki dua lagi masih hilang. Semoga ditemui dalam keadaan selamat." "Merungkai dua lagi yang belum ditemui... mudah-mudahan segera berkesudahan," tulis Siti Zainab Maarof. 

Terdahulu, BH Online melaporkan dua kanak-kanak Orang Asli ditemui dalam selamat di Sungai Perias, manakala seorang lagi rakan mereka meninggal dunia. Dua mangsa itu dikenali sebagai Noreen Yacob, 10, dan Mirsudiar Aluj, 11, manakala kanak-kanak yang mati itu belum dikenal pasti identitinya. Ketiga-tiga mangsa ditemui pasukan mencari dan menyelamat pada jam 12.30 tengah hari tadi. Penemuan ketiga ini menjadikan semua lima mangsa ditemui daripada tujuh kanak-kanak yang dilaporkan hilang. 
Akhbar sebelum ini melaporkan gara-gara takut didenda guru kerana mandi sungai, tujuh murid Orang Asli berkenaan dikhuatiri sesat dan hilang apabila melarikan diri masuk ke dalam hutan di Pos Tohoi pada 23 Ogos lalu. Mereka yang hilang ialah Mirsudiar Aluj, 11; Norieen Yaakob, 10; Ika Ayel, 9; Sasa Sobrie, 8; Haikal Yaakob, 8; Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, yang semuanya tinggal di asrama. Mangsa pertama ditemui pasukan mencari dan menyelamat kelmarin dan semalam, keluarga kanak-kanak mengesahkan mayat berkenaan sebagai Sasa.BH Online 9 Okt 2015

http://penburukonline.blogspot.my/