Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Saturday, January 31, 2015

Kenapa Lim Guan Eng ‘Mengelak’ Dari Menjawap Soalan Wartawan..?.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini terus menamatkan sidang akhbar apabila para pemberita mendesaknya memberi respons sebagai setiausaha agung DAP terhadap cabaran PAS agar beliau berdebat tentang isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sidang akhbar itu diadakan selepas beliau melancarkan Cafe Sains Pulau Pinang di Butterworth.
Pemberita beberapa kali meminta Lim memberi responsnya terhadap cabaran Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk berdebat tentang isu pilihan raya PBT, tetapi Lim mengulangi kata-kata 'ada soalan lain tak?'
Apabila pemberita terus bertanya tentang perkara itu, Lim menamatkan sidang akhbar itu dengan ucapan 'terima kasih'. Sebelum itu, beliau menyentuh tentang beberapa perkara lain, termasuk kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Mustafa dilaporkan mencabar Lim berdebat tentang isu pilihan raya PBT. Rabu lepas, pemimpin PAS itu menyelar Lim kerana didakwa berkata beliau (Mustafa) bersetuju pilihan raya PBT diadakan, sedangkan beliau tidak berkata demikian.
Sebelum itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP boleh melebarkan lagi jurang ekonomi antara golongan berada dan tidak berada serta boleh mencetuskan pergaduhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969.
Pada khamis, Setiausaha Penganjur DAP Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan yang mempersoal sama ada Mustafa cuba membakar jambatan yang menghubungkan PAS dan DAP apabila beliau mencabar Lim untuk berdebat.Beliau berkata cabaran Mustafa itu sama seperti melayan DAP sebagai musuh politik dan mendakwa Mustafa tidak pernah bertindak demikian terhadap Umno yang menjadi musuh politik PAS.

Pada Ogos tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memutuskan kerajaan Pulau Pinang tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan pilihan raya PBT. – Bernama, 31 Januari, 2015.@ TMI

Friday, January 30, 2015

Surat Misteri Membongkar Cita-Cita Yahudi Untuk Mendirikan Negara Yahudi Di Wilayah Saudi…

Sepucuk surat yang ditulis pada tahun 1917 yang dipamerkan oleh perpustakaan Inggeris baru-baru ini mendedahkan keinginan yahudi untuk mendirikan sebuah Negara yahudi di wilayah Saudi Arabia. Surat tersebut di tujukan kepada Duta Besar Inggris di Perancis ketika itu.
Dr M L Rothstein, penulis surat itu mengaku tinggal di Paris dan berketurunan Yahudi Rusia(Kazar).  Surat yang bertarikh 12 september, Rothstein meminta persetujuan Duta Besar Inggris, Francis Bertie untuk menakluki Wilayah El Hassa yang ketika itu dikuasai Kerajaan Ustmaniyah Turki. (Wilayah El Hassa itu kini menjadi Oasis di wilayah Timur Saudi).
Rothstein begitu bersungguh-sungguh dengan permintaan nya untuk menggabungkan kekuatan yang terdiri dari Russia, Perancis dan Inggeris bertujuan untuk membentuk Negara Yahudi di Wilayah Saudi. Untuk tujuan itu, Rothstein sendiri menggambarkan aksi yang harus dilakukan..

Tulis Rothstein dalam surat itu, ‘Saya berjanji untuk musim semi mendatang, sebuah angkatan perang Yahudi dengan kekuatan 120 ribu dan berlipat kali ganda akan bekerjasama dengan pasukan Rusia, Perancis dan Inggris. Pasukan yang dijanjikan Rothstein itu akan berpusat di Bahrain dan dengan kekuatan berjumlah 30 ribu, sebuah serangan cepat akan dilakukan untuk menakluki El Hassa, Sebuah wilayah di Teluk Parsi yang dikuasai Turki. “Ini akan menjadi Negara Yahudi,” tulis Rothstein.
Duta Besar Inggeris, Bertie menjelaskan kepada Menteri Luar Inggris ketika itu, Arthur James Balfour tentang permintaan Rothstein. Sebuah surat balasan yang dibuat oleh Pembantu Balfour pada bulan Oktober selepas itu menyatakan bahawa pemerintah Inggris menolak permintaan tersebut…“Yang Mulia, pemerintah menyesal, bahawa mereka tidak mengkabulkan permintaan itu,” demikian merujuk surat balasan tersebut.
Ternyata sebulan selepas itu, Balfour telah mengeluarkan deklarasinya yang mendukung pembentukan Negara Yahudi. Namun bukan di Wilayah Saudi, tetapi di Wilayah Palestin. Sejarah mencatatkan keputusan Balfour inilah yang dijalankan dengan menjajah Bumi Islam Palestin dan mendirikan Negara haram Israel sehingga kini.
Menyingkap kembali surat ini, Thomas Holderness dari Perpustakaan India mengatakan, El-Hassa tidak lagi menjadi Wilayah Turki ketika Rothstein menulis surat tersebut. Menurutnya, hal itu kemungkinan Rothstein telah kehilangan konteks sehingga tidak tahu perkembangan dari luar.
Ketika ini, kajian terhadap dokumen itu sedang dilakukan bersama dengan dokumen lain yang berkaitan dengan sejarah Teluk. Projek ini merupakan kerjasama antara Perpustakaan Inggris dengan Qatar Foundation.

Dari pelbagai sumber, rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat..

Cabar Untuk Bersemuka, Datuk Mustafa Akan buktikan Lim Guan Eng Bohong..?

PAS secretary-general Datuk Mustafa Ali says he challenged Lim Guan Eng to a debate when the latter accused him of being insincere. – The Malaysian Insider file pic, January 30, 2015.
Datuk Mustafa Ali meminta ahli DAP lain tidak masuk campur dalam perbalahan di antara beliau dan Lim Guan Eng mengenai isu pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana perkara itu ialah antara mereka berdua dan ia melibatkan soal integriti.
Merujuk kenyataan kenyataan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook dan Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Zairil Khir Johari dalam perkara itu, Mustafa berkata kedua-duanya "sama ada tidak faham isu sebenar atau cuba mengalih isu."
"Isu sebenar adalah mudah... saya cabar Lim kerana dia menuduh saya tidak jujur dan saya kata dia berbohong. Sebenarnya, dia yang berbohong dengan isu itu kerana mulut celuparnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Loke semalam berkata, pendekatan yang diambil Mustafa dengan mencabar Lim berdebat seolah-olah ingin "membakar jambatan" dengan DAP dan menganggap DAP sebagai musuh politik PAS dan bukannya rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR). Sementara Zairil hari ini menggesa setiausaha agung PAS itu menyelesaikan perselisihan faham dengan DAP secara tertutup atau mengambil tindakan undang-undang sekiranya beliau berasa Lim tidak jujur.
Mustafa berkata, orang yang kelihatan memahami isu itu ialah ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad walaupun mereka berdua tidak pernah mengadakan perbincangan bersama mengenai hal itu."Beliau (Khalid) faham isu ini adalah antara saya dengan Lim dan tidak ada kena mengena dengan orang lain sama ada PAS atau DAP," katanya.
Mustafa pada Rabu mencabar setiausaha agung DAP itu “bersemuka” secara terbuka bagi “menentukan siapa yang berbohong atau sebaliknya” dalam isu pilihan raya PBT di Pulau Pinang.
Beliau menyifatkan Lim yang juga ketua menteri Pulau Pinang sebagai seorang bermulut celupar.“Perkataan yang digunakan Lim itu bukan sahaja tidak tepat malah tidak betul dan menggambarkan beliau seorang manusia mulut celupar.“Saya cabar dia supaya bersemuka secara terbuka, biar dia bagi versi dia, saya bagi versi saya. Biar masyarakat tentukan siapa betul, siapa salah, siapa bohong, siapa tidak bohong,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS.
Mustafa berkata, Lim ada menghubungi­nya berkenaan hasrat DAP melaksanakan pilihan raya PBT tetapi ia dibuat selepas beberapa hari cadangan berkaitan perkara itu diluluskan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
Mustafa berkata, perkara itu melibatkan soal integriti seseorang. "Kalau isu ini tidak diselesaikan, dalam keadaan integritinya tercabar sebagaimana saya dituduh tidak jujur, saya tidak layak duduk dalam pimpinan tertinggi PR."Begitu juga Lim, dalam dia dituduh berbohong, maka dia tidak layak duduk dalam majlis pimpinan tertinggi PR," katanya.
Isu integriti ini penting katanya, demi menjaga kepentingan PR, dan ia mesti diselesaikan."Saya tidak mahu libat pimpinan PAS yang lain dalam isu ini," kata Mustafa dalam kenyataan hari ini. 
Mustafa menegaskan, jalan penyelesaian terbaik ialah beliau dan Lim bersemuka secara terbuka dan berhujah mengenai isu pilihan raya PBT tersebut seperti diminta beliau sebelum ini."Carilah masa yang sesuai dengan ada penyaksian. Saya akan buktikan dia (Lim) berbohong," katanya.Mengulas cadangan Zairil agar membawa perkara itu ke mahkamah, Mustafa berkata ia jalan yang panjang. "Ia tidak akan menyelesaikan isu dengan cepat."Beliau juga meminta Loke tidak "berbelit" dalam perkara itu, mengatakan: "Saya tidak perlu cabar orang lain atau Umno kerana mereka tidak ada kena-mengena dalam isu ini."

Loke dalam kenyataannya mempertikaikan sikap PAS yang mencabar rakan sekutu dalam PR tetapi tidak mencabar lawan politik sebenar mereka, Umno. – TMI/30 Januari, 2015.

Thursday, January 29, 2015

Kehilangan Pesawat MH 370 Diistiharkan Sebagai Satu ‘Kemalangan’..

Seorang waris penumpang dari China yang dikenali sebagai Kelly memegang gambar suaminya bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum sidang akhbar mengenai pengumuman kehilangan pesawat MH370 di ibu pejabat DCA, Putrajaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 29 Januari, 2015.
Malaysia hari ini mengisytiharkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, 10 bulan lalu ialah satu kemalangan, mengorbankan semua 239 penumpang dan anak kapal.
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, kerajaan menyedari kenyataan ini sangat sukar untuk dipertimbangkan keluarga dan orang tersayang mereka yang terlibat, apatah lagi untuk menerimanya.
"Bagaimanapun, penting bagi ahli keluarga cuba meneruskan kehidupan seperti biasa, atau senormal mungkin, selepas mengalami kehilangan secara tiba-tiba ini. Tanpa sebarang niat menghapuskan perasaan ahli keluarga, diharapkan pengisytiharan ini akan membolehkan keluarga mendapatkan bantuan yang mereka perlukan, khususnya melalui proses pampasan," katanya.
Kenyataan itu, yang boleh didapati di laman web Jabatan Penerbangan Awam, dibaca Azharuddin dalam satu siaran secara langsung di stesen televisyen petang ini.
Pesawat MAS jenis Boeing 777 itu hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014. – 29 Januari, 2015.

TMI/29 Januari 2015

Wednesday, January 28, 2015

Rakyat Malaysia Terbunuh Dalam Pertempuran, Belum Ada Pengesahan Rasmi Dari Filifina..?

Komando polis Filipina menguruskan jenazah seperjuangan mereka selepas bertempur dengan arisan Pembebasan Islam Moro di Mamasapano. Seorang rakyat Malaysia dipercayai terkorban. – Gambar AFP, 27 Januari, 2015.
Wisma Putra masih menunggu bukti dan laporan penuh daripada kerajaan Filipina berhubung dakwaan seorang rakyat Malaysia terbunuh sewaktu pertempuran membabitkan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan komando polis Filipina.
Jurucakap Wisma Putra berkata berdasarkan laporan awal yang diterima, pertempuran itu berlaku pada Ahad lepas."Lelaki itu dilapor terbunuh tetapi pengesahan belum diterima lagi walaupun kerajaan Filipina memaklumkan mereka mempunyai bukti berkenaan," katanya hari ini.
Laporan media Filipina menyebut seorang lelaki Malaysia berstatus pengganas dan pakar pembuat bom, Zulkifli Hir atau Marwan terbunuh dalam pertempuran yang turut mengorbankan kira-kira 50 komando polis Filipina dan mencederakan 12 anggota yang lain.Pertempuran berlaku ketika komando polis Filipina cuba menangkap Marwan dalam pertempuran kira-kira 11 jam yang berlaku di bandar Mamasapano yang dikuasai MILF pada pagi Ahad.Dalam pada itu, jurucakap Wisma Putra berkata kedutaan Malaysia di Manila masih menunggu perkembangan lanjut dari kerajaan Filipina sebelum mengeluarkan kenyataan termasuk kepada keluarga Marwan.
AFP pula melaporkan Setiausaha Dalam Negeri Filipina Manuel Roxas memberitahu sidang akhbar di Manila hari ini bahawa "terdapat kemungkinan besar, menurut 'peserta' Marwan terbunuh dalam operasi itu, tetapi ini perlu pengesahan”."Ketika komando gagal mendapatkan mayat sasaran utama mereka, mereka sempat mengambil gambar, dan gambar-gambar ini akan menjalani proses untuk menentukan sama ada orang itu Marwan atau bukan," katanya.
Roxas berkata beliau sendiri melihat gambar-gambar itu, tetapi tidak dapat "menyatakan sama ada gambar-gambar ini adalah Marwan".Dalam pada itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata setakat ini tiada pengesahan rasmi diperoleh daripada rakan sejawatan sama ada individu itu adalah Marwan. – Bernama, 27 Januari, 2015.

Tuesday, January 27, 2015

Pilihanraya Kerajaan Tempatan – DAP Didesak Kemuka RUU Di Parlimen Dari ‘Bertengkar’ Di Media..

Pergeseran antara PAS dan DAP berpanjangan apabila masing-masing terus menyalahkan dan mencabar antara satu sama lain.Hari ini Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula masuk gelanggang dengan meminta DAP membawa isu pilihan raya tempatan ke parlimen.Seperti hasrat PAS dalam isu hukum hudud, Tuan Ibrahim berkata, DAP juga harus mengemukakan rang undang-undang persendirian berhubung perjuangan mereka itu.“Akhirnya, membawa (isu) pilihan raya tempatan ke parlimen ini adalah jauh lebih baik dari bertengkar di media, dan mencemuh mereka yang melahirkan kebimbangan terhadap kesan negatif pilihan raya kerajaan tempatan,” katanya.
Pergeseran antara dua parti dalam Pakatan Rakyat itu tercetus kembali apabila PAS mahu mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan bagi membuka laluan ke arah pelaksanaan hudud.PAS juga merancang mengemukakan rang undang-undang persendirian ke parlimen selepas sidang itu – yang bagaimanapun tergendala ekoran banjir besar melanda negeri itu.

'Mungkin ada MP PAS sokong'
DAP antaranya menolak usaha itu kerana ia bukan persetujuan bersama Pakatan. Bagaimanapun, ketika redanya ombak banjir, hubungan kedua-dua parti itu sebaliknya kembali panas apabila PAS membangkitkan bahawa agenda DAP juga bukan persetujuan bersama Pakatan.Dalam kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim berkata, Jika DAP yakin bahawa pilihan raya kerajaan tempatan menyuburkan demokrasi, ia harus dibentang di parlimen, sebagai sebahagian amalan demokrasi.
Katanya, oleh kerana PAS bersedia dengan risiko ditolak dan ditentang oleh rakan Pakatan ekoran agenda hudud mereka, DAP juga harus bersedia untuk kemungkinan sama.
“Tapi, membawa perkara ini ke parlimen adalah lebih baik bagi DAP kerana kebarangkalian akan ada ahli parlimen PAS yang akan menyokong pilihan raya kerajaan tempatan adalah lebih tinggi daripada kebarangkalian adanya ahli parlimen DAP yang akan menyokong hudud,” katanya.
MK/27 Januari 2015

Monday, January 26, 2015

Isu Liwat – Keputusan Mahkamah Persekutuan 10 Februari, Anwar Yakin Bebas, Saiful Reda…



Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau akan dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan rayuan akhirnya terhadap tuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau menzahirkan keyakinannya itu berdasarkan perincian fakta dalam penghujahan barisan peguamnya yang dibentangkan kepada panel hakim Mahkamah Persekutuan."Fitnah tidak wajar dijadikan alat dalam tinju politik dan diberi ruang untuk memporak-perandakan negara."Saya panjatkan doa pada Allah yang Maha Esa agar keadilan dapat ditegakkan dan saya dibebaskan," katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan itu akan diumumkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari depan.
Sementara itu, Mohd Saiful, sebagai pengadu dalam kes itu, pula berkata beliau reda dengan apa jua keputusan dan berserah kepada Allah."Sebagai rakyat, saya yakin pada Rukan Negara ke-4 iaitu Kedaulatan Undang-undang. Yang hak pasti berdiri," katanya dalam Twitter.Katanya lagi, beliau akan terus berdoa, sabar dan istiqamah dengan keputusan mahkamah itu.-MK/26 Januari 2015

Pakar Bom Dari Malaysia Gugur Syahid Di Selatan Filifina..?

Seorang komandan jihad dan ahli bom asal Malaysia, Zulkifli bin Hir, yang telah bekerja dengan tiga kelompok jihad di Asia Tenggara dilaporkan gugur syahid (Insyallah) dalam bentrokan dengan pasukan keamanan Filipina di di kota Mamasapano Maguindanao di Filipina selatan hari Ahad (25/1/2015).
"Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Roji'un...Marwan telah dipanggil "kekasihnya" pada awal Subuh ini, semoga Allah terima amal jihadnya," demikian bunyi BC yang masuk di grup redaksi voa-islam hari Senin dini hari.
BC itu, mengutip laporan dari sumber anonim mengatakan bahwa Zulkifli bin Hir atau lebih dikenal dengan sebutan Marwan telah gugur syahid (Insyallah) dalam bentrokan dengan Polisi Nasional Filipina (PNP) dan tentara Filipina (AFP) kemarin pagi.
Sumber itu mengatakan bahwa Marwan adalah mujahid keenam yang syahid dalam peristiwa tersebut.Mujahidin BIFF dan anggota MILF juga merebut banyak ghonimah senapan dari pasukan keamanan Filipina yang tewas.
Sumber tersebut mengatakan bahwa 38 anggota polisi dan tentara Filipina tewas dalam peristiwa itu sementara 6 lainnya kabur melarikan diri. Dia menambahkan bahwa militer Filipina sendiri belum tahu kalau Marwan adalah salah satu mujahid yang syahid.
Salah sasaran
Berita kesyahidan Marwan juga dikatakan oleh seorang petinggi militer Front Pembebasan Islam Moro (MILF) Von Al-Haq kepada Inguire Filipina, menyatakan bahwa beberapa anggota BIFF, termasuk Marwan, telah gugur dalam bentrokan senjata dengan Pasukan Komando Polisi Fipipina (SAF) di bawah Komandan Guiawan di Tukanalipao. Von Al-Haq menceritakan bahwa SAF tengah mengejar individu "bernilai tinggi" yang diduga sebagai Zulkifli bin Hir alias Marwan, seorang mujahid asal Malaysia anggota BIFF, di desa pedalaman Tukanalipao di kota Mamasapano Maguindanao ketika mereka kemudian salah merobos ke dalam basis Basis Komando 105 MILF sebelum fajar sehingga memicu baku tembak selama berjam-jam.

Dia mengatakan kelompok SAF yang berpartisipasi dalam operasi itu awalnya tidak ditugaskan ke daerah tersebut, karena mereka berasal dari Kota General Santos. "Mereka semua baru ke daerah itu dan tahu sedikit tentang itu," kata Al Haq.
Polisi mengirim lebih banyak bala bantuan untuk menyelamatkan pasukan komando, tetapi kemudian disergap oleh Bangsamoro Islamic Freedom Fighters (BIFF) dekat desa.

Insyinyur terlatih lulusan AS 
Zulkifli bin Hir, alias Zulkifli Abdhir, yang memiliki sejumlah alias, termasuk "Marwan," adalah "seorang insinyur terlatih lulusan Amerika Serikat" dan "dianggap pemimpin organisasi mujahidin Kumpulun Mujahidin Malaysia (KMM) dan anggota komando pusat Jemaah Islamiyah, "menurut Program untuk Keadilan AS. Dia dikatakan telah berlindung di Filipina sejak tahun 2003 dan telah menjabat sebagai pembuat bom untuk Kelompok Abu Sayyaf.Amerika Serikat telah menawarkan hadiah hingga 5 juta dolar (-+Rp.63 miliar) bagi informasi yang menjurus pada penangkapan atau keberadaan dari Zulkifli bin Hir, yang diyakini terlibat dalam beberapa serangan bom mematikan di Filipina.Zulkifli diduga berlindung dengan mujahidin dari Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF), sebuah kelompok pejuang Muslim di Filipina selatan yang memisahkan diri dari Front Pembebasan Islam Moro (MILF) yang lebih memilih berdamai dengan pemerintah Filipina. Para anggota Jemaah Islamiyah, Abu Sayyaf, dan KMM rutin berlindung dan beroperasi bersama kelompok mujahidin Muslim di Filipina selatan. (ab/voi)

By Voaislam/26 Januari 2015

Saturday, January 24, 2015

Pilihanraya Kerajaan Tempatan - Teliti Dulu Kenyataan Presiden PAS..?



Ahli jawatankuasa pusat PAS, Khalid Samad berkata kenyataan presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menolak pelaksanaan pilihan raya kerajaan tempatan sepatutnya diteliti terlebih dahulu.Katanya, kebimbangan Hadi bahawa pilihan raya tersebut berpotensi menyebabkan ketegangan kaum tidak harus mencetus perbalahan terbuka.

Khalid turut menjawab mengenai kecurigaan NGO Gabungan Urus Tadbir Baik (CGG) bahawa PAS menjadi punca di sebalik kegagalan melaksana pilihan raya itu di Selangor.MP Shah Alam itu menjelaskan, masalah pelaksanaan itu berpunca daripada kebimbangan berhubung keseimbangan komposisi kaum di kalangan ahli majlis."Ia adalah satu perkara yang boleh diperhalusi dan tak perlu jadi perbalahan secara terbuka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Susulan itu, timbul cadangan antarabanya agar komposisi ahli majlis bandaraya Shah Alam terdiri daripada 12 orang yang dipilih dan 12 orang lagi yang dilantik."Ada juga cadangan agar pemilihan bukan atas nama individu, tetapi atas nama pasukan sehingga akhirnya pemilihan itu melibatkan semua kaum."Dengan cara ini dominasi sesuatu kaum itu tidak akan timbul," katanya.
Beliau seterusnya menolak andaian CGG bahawa Hadi menjadi dalang di sebalik masalah pelaksanaan pilihan raya tersebut."Andaian NGO itu tidak tepat," katanya.


Beliau turut menolak persepsi umum bahawa penentangan Hadi terhadap pemilihan itu merupakan timbal balas terhadap tindakan DAP yang menolak pelaksanaan hudud."Ini kerana dua perkara ini adalah dua perkara yang tak diterima sebagai rangka kerja dasar bersama di peringkat pusat," katanya.-MK/24 Januari 2015

Friday, January 23, 2015

[Bergambar] Laknatullah Zionis Membunuh Warga Tua Palestin Dengan Penuh Biadap..

Keangkuhan serta kezaliman tentera Zionis Israel tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Selayaknya Yahudi Zionis digelar ‘Laknatullah’ atas keganasan yang mereka lakukan terhadap warga Palestin. Sepertimana dilaporkan ‘The Palestinian Infomation Center’, Semasa serangan Israel terhadap Palestin yang baru berlalu,(Gambar)Seorang tentera Israel menghampiri seorang wanita Palestin berusia 74 tahun, Ghalya Abu Ridha.
Seakan-akan menunjukan sikap ‘kemanusiaan’ nya, Wanita tua itu diberikan air sambil membantu untuk meminumnya serta bergambar dengannya dan kemudian secara biadap Tentera Yahudi itu menembak kepala wanita tua itu dalam jarak satu meter.

Seorang Jurnalis TV Al Aqsa, Ahmad Qdeh menceritakan, ‘Ghalya Ahmad Abu Ridha tinggal di daerah Khuza’a di Timur Khanyounis. Saya tinggal didaerah itu juga dan saya membuat laporan televisyen tentang kisahnya setelah tentera Israel mengeksekusi dirinya semasa tindakan agresif Israel itu. Selama agresi itu, seorang tentera Israel menghampiri Wanita tua itu dan mengambil sebuah gambar oleh seorang tentera lain ketika memberikannya air. Mereka kemudian menembak kepalanya dari jarak satu meter dan membiarkan dia berdarah sehingga dia meninggal’..
Ghalya lahir pada tahun 1941. Dia tinggal sendirian berhampiran rumah saudara-saudaranya di daerah Khuza’a. Dia tidak punya anak. Daerahnya merupakan salah satu tempat pertama yang diserang oleh tentara Israel. Ghalya, dengan tubuh yang lemah dan berambut putih menolak untuk meninggalkan rumahnya setelah diperintahkan oleh tentera Israel. Dengan usianya yang sebegitu, Ghalya menyangka dirinya bukan target tentera Israel, tapi sangkaan nya meleset. Yahudi Zionis umpama Dajjal yang tidak mengenal mangsanya..

Wallahuaklam, dari pelbagai sumber. Rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat.

Thursday, January 22, 2015

Antara Mahathir, Daim, Najib Dan Anwar, ‘Siapa Lawan Siapa’..?


Adakah mustahil untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bekerjasama dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menangani kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin?Bagi wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, jawapannya tidak.
Kadir berkata kritikan Dr Mahathir dan Daim terhadap pentadbiran Najib dianggap "ancaman" yang boleh menggugat kedudukannya dan perlu disegerakan berbanding ancaman Anwar."Kemungkinan wujud hasrat tersirat dan persefahaman belakang tabir berbentuk quid pro quo (timbal balas) antara Mohd Najib dan Anwar memandangkan kedua-dua mereka mempunyai 'isu-isu' yang mungkin boleh dirungkaikan atau, setidak-tidaknya pun, dikurangkan impaknya kalau mereka saling bantu membantu.
"Kata ungkapan Inggeris birds of a feather stick together (dua pihak dengan kepentingan sama boleh bekerjasama)," tulis Kadir dalam blognya hari ini.
Sebelum ini Anwar dilaporkan sedia mengemukakan "bukti" kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kedudukan bagi mendapatkan kekayaan melibatkan Daim.Langkah PKR membangkitkan isu itu juga mendapat liputan media arus perdana seperti TV3.
Kadir, bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press (NSTP) berkata dalam politik tiada musuh yang kekal.Sebaliknya. Katanya lagi, yang kekal hanya kepentingan bersama."Kalau Anwar boleh berkasih-kasihan dengan Dr Mahathir selama 16 tahun dalam Umno dan kerajaan, tidaklah mustahil bagi Anwar bercumbu-cumbuan dengan Mohd Najib."Kalau ini permainan catur, Anwar pasti tahu Mohd Najib lebih mudah dimakan berbanding Dr Mahathir dan Daim," kata Kadir lagi.

Anwar masuk perangkap
Dalam tulisannya juga, Kadir berkata langkah menjadikan Anwar sebagai "protagonis utama" untuk menyerang kedua-dua tokoh itu dilihat secara tidak langsung mempertahankan diri Najib.Kadir berkata Najib sedar bahawa Dr Mahathir, Daim dan Anwar adalah trio yang sangat berpengaruh dalam kerajaan.
"Jadi melaga-lagakan bekas 'tiga sahabat' itu adalah strategi bijak."Hatta Anwar sendiri tidak sedar dan termasuk perangkap perang saraf Mohd Najib."Selain isu kredibiliti dan audiens, MAP (media arus perdana) tidak rugi apa-apa dengan memberi pentas kepada Anwar kerana apabila (atau sekiranya) Dr Mahathir dan Daim berjaya difitnah dan dilenyapkan, tinggallah Anwar sebagai musuh tunggal yang mudah diuruskan," katanya. Artikel MK/22 Januari 2015

SU Agong MIC Sanggup Mogok, Mati Tak Makan..?



Setiausaha agung MIC G Kumar Aaman berikrar untuk meneruskan mogok laparnya “hingga ke akhir hayat” bagi mendesak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memenuhi tuntutanya."Saya akan terus berada di sini hingga akhir hayat. Saya sanggup mati demi masyarakat India,” katanya.

Kumar dilantik sebagai setiausaha agung oleh presiden parti Datuk Seri G Palanivel, namun ROS tidak mengiktiraf kedudukannya.
Beliau berikrar untuk tidak berganjak selagi Kementerian Dalam Negeri tidak menyingkirkan Ketua Pengarah ROS, Mohammad Razin Abdullah  dan pasukan penyiasatnya dari kes berhubung masalah pemilihan MIC.Kumar ketika bercakap kepada pemberita berkata, beliau akan tidur di luar bangunan dan tidak akan makan sehingga “keadilan ditegakkan”.
Beliau bagaimanapun akan tetap minum, katanya.Beliau ditemani peguam T Rajasekaran, anggota jawatankuasa pusat KP Samy dan ketua penerangan, L Sivasubramaniam.Pergolakan dalam MIC itu timbul selepas ROS mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan baru untuk tiga jawatan naib presiden dan anggota jawatankuasa kerja pusat.-MK/22 Jan 2015

Wednesday, January 21, 2015

Sirul Azhar Perlu Jalani Proses Mahkamah Australia Sebelum Di Ektradisi..

Ekoran penahannya di Australia, bekas polis elit Sirul Azhar Umar perlu menjalani proses mahkamah sebelum keputusan dibuat berkaitan kemungkinan ekstradisinya ke Malaysia.Peguam Diraja Mark Trowell berkata undang-undang Australia menetapkan bahawa Malaysia perlu membuat permohonan rasmi untuk waran tangkap.Waran itu, kata Trowell (bawah), hanya akan diberikan jika majistret di Australia berpuas hati untuk menghantar pulang pihak itu.“Jika seseorang itu didapati layak untuk diserahkan maka AG (peguam negara) perlu memutuskan sama ada ia harus diserahkan.“Ia menjadikan kenapa isu hukuman mati itu relevan,” katanya.
Perjanjian ekstadisi antara Malaya dan Australia tidak sah terhadap kes Sirul kerana negara itu tidak mengiktiraf hukuman mati.Sirul dan seorang lagi anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri minggu lalu dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh warganegara wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.Kes itu berjalan tanpa kehadiran Sirul di mahkamah sebelum ini.

Kerajaan Malaysia sebelum ini mempertimbangkan memohon supaya Sirul dihantar pulang. Bagaimanapun peguam Sirul juga bercadang mencabarnya di Kuala Lumpur.Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau akan berbincang dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebelum bertindak lanjut. 
MK/21 Januari 2015

Tuesday, January 20, 2015

‘Percintaan’ Bapa Dan Anak Sendiri Bakal Ke Jinjang Pelamin.?

Great Lakes (Amerika Syarikat): Seorang remaja yang merancang untuk berkahwin mungkin menghadapi masalah untuk meminta ibunya hadir di majlis itu kerana yang akan menjadi suaminya ialah bapa kandungnya sendiri. Remaja berusia 18 tahun yang tidak dinyatakan identitinya itu baru-baru ini mendedahkan secara terperinci mengenai hubungannya selama dua tahun dengan bapanya dalam wawancara dengan Science of Us, bermula dari detik mereka jatuh cinta dan pertama kali melakukan seks hinggalah rancangan masa depan mereka.
Satu daripada rancangan itu yang pasti berlaku ialah kedua-duanya akan mempunyai anak.
Remaja yang berasal dari wilayah Great Lakes itu bertemu semula bapanya ketika berusia 16 tahun, selepas 12 tahun berpisah. Dia dilahirkan selepas bapa dan ibunya mengadakan seks selepas satu majlis tarian, dan sejak itu dibesarkan oleh ibunya. Bapanya menjejakinya menerusi Facebook ketika dia masih bersekolah dan selepas bertemu buat pertama kali, dia tinggal bersama bapanya selama seminggu. Hubungan mereka bertambah erat dan pada minggu itu juga, mereka mengadakan seks buat kali pertama.

Ayah dan anak itu tidak menyembunyikan hubungan mereka, malah ramai yang rapat dengan mereka mengetahui hubungan itu.“Keluarga sebelah ibu saya melihat kami sebagai bapa dan anak. Mereka mengetahui dia bapa saya dan tahu kami sudah bertunang, termasuklah datuk dan nenek saya.“Mereka dapat melihat kami bahagia bersama dan tidak sabar untuk melihat kami mempunyai anak. Mereka melayan kami sama seperti pasangan lain,” katanya.
Majlis perkahwinan sudah dirancang dan gadis berkenaan bercadang memberitahu ibunya selepas mereka berpindah ke New Jersey.“Kami merancang berpindah ke New Jersey kerana di sana tidak ada undang-undang melarang perkahwinan hubungan anak dan bapa.Sebaik tiba di sana, saya akan memberitahu ibu saya bahawa kami bercinta dan akan mempunyai anak. Jika dia berminat untuk melihat cucunya, kami akan mengirimkan wang dan dia boleh datang melawat kami,” katanya.-Metro/20 Januari 2015

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Di Masukkan Ke ICU (HUSM) Kubang Kerian..

KOTA BHARU - Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia ( HUSM) Kubang Kerian hari ini.
Perkara itu disahkan oleh anaknya, Nik Abduh Nik Abdul Aziz dalam Facebooknya, sebentar tadi.“Petang ini ayahanda dimasukkan ke ICU di HUSM selepas ke hospital sejak malam tadi.  Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun ketika banjir baru-baru ini,” katanya.Beliau berkata, akan sentiasa memaklumkan perkembangan ayahanda dari semasa ke semasa.

Pembunuh Altantuya Di Buru Interpol..

Polis Antarabangsa (Interpol) hari ini mengeluarkan notis merah menghendaki bekas polis elit Sirul Azhar Umar yang disabitkan bersalah membunuh warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu. Menurut laman webnya, Interpol menyebut lelaki 43 tahun itu dikehendaki pihak berkuasa Malaysia untuk menjalani sabitan hukuman dalam kes pembunuhan.

MK/20 Jan 2015

Monday, January 19, 2015

Blogger MiloSuam Dijatuhi Hukuman Penjara Dua Tahun..


Blogger Milosuam dijatuhkan hukuman penjara 2 tahun kerana menyiarkan satu artikel yang menyebabkan rasa takut orang awam berhubung pencerobohan Sulu di Lahad Datu pada 2013. – Gambar fail Reuters, 19 Januari, 2014.

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara ke atas blogger Milosuam atau nama sebenar Yusuf al-Siddique mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan berikutan satu artikel yang ditulisnya mengenai pencerobohan Sulu pada Jun 2013.
Yusuf berdepan hukuman penjara sehingga 2 tahun mengikut pendakwaan itu.
Kumpulan peguam Lawyers For Liberty hari ini mengecam hukuman dijatuhkan ke atas anak guamnya itu disifatkan tidak adil kerana pendakwaan dibuat di Kota Kinabalu sementara Yusuf seorang blogger berpangkalan di Kuala Lumpur."Milosuam didakwa di Kota Kinabalu walaupun beliau sebenarnya berpangkalan di Kuala Lumpur."Beliau ditahan di Kuala Lumpur pada Mei 2013 dan tidak pernah menjejak kaki ke Kota Kinabalu semasa menulis bahan tersebut. Perbicaraannya di Kota Kinabalu tidak berasas dan tidak perlu," kata LFL dalam satu kenyataan hari ini.
Yusuf dituduh atas dakwaan "menyebabkan rasa takut" kerana menyiarkan artikel di blognya  bertajuk "Maklumat sulit: Pendatang asing bakal cetus huru-hara di Sabah".
Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013 mengaitkan insiden diplomatik yang berlaku di antara Malaysia dan Filipina sejurus selepas 235 rakyat Filipina yang sebahagiannya bersenjata mendarat di Kampung Tanduo, daerah Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari, 2013.Kumpulan tersebut yang menggelar diri mereka sebagai Angkatan Keselamatan Diraja Kesultanan Sulu dan Borneo Utara dihantar oleh Jamalul Kiram III yang merupakan salah seorang daripada pihak yang menuntut takhta Kesultanan Sulu.Kiram berkata matlamat mereka menuntut kembali wilayah mereka di bahagian timur Sabah (bekas Borneo Utara) yang masih tidak dapat diselesaikan. TMI/19 Januari, 2015.

Mengapa Altantuya Di Bunuh..?..Peluang Sirul Dedah Punca Sebenar..!

PAS menggesa Koperal Sirul Azhar mendedahkan perkara sebenar berhubung skandal pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu kepada media Australia selepas negara itu enggan memenuhi permohonan Malaysia mendapatkan perintah ekstradisi terhadapnya yang dikenakan hukuman mati.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad berkata, Sirul perlu menjelaskan hal sebenar bagi menjawab semua persoalan yang sudah berlarutan sejak 2006."Kalau boleh di Australia itu Sirul ceritakan keseluruhan kepada akhbar di Australia kenapa dia bunuh Altantuya. Kes ini dah berlarutan lama dan akan terus jadi isu sehingga semua persoalan itu terjawab," kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada sidang media di pejabatnya di Shah Alam, hari ini.
Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menjatuhkan hukuman mati terhadap tertuduh pertama Cif Inspektor Azilah Hadri, 38, dan tertuduh kedua, Sirul, 43, kerana membunuh penterjemah itu 9 tahun lalu.Bagaimanapun Sirul tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana dipercayai berada di Australia. Susulan itu, Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Akhbar Sydney Morning Herald melaporkan Australia tidak akan memenuhi permohonan Malaysia kerana mereka merupakan antara negara yang tidak memperuntukkan hukuman mati dalam undang-undangnya. – TMI/19 Januari, 2015.

Sunday, January 18, 2015

Jualan Ikan Terjejas Teruk Selepas Tragedi Pesawat AirAsia QZ8510..?



PANGKALAN BUN, Kalimantan – Pihak berkuasa Kotawa­ringan Barat di sini terpaksa me­nganjurkan kempen makan ikan bagi menghilangkan perasaan takut masyarakat di daerah itu ekoran tragedi pesawat QZ8510 yang terhempas di Laut Jawa.
**Detik.com melaporkan bahawa penjualan ikan di Pangkalan Bun dan kawasan sekitar terjejas teruk apabila tersebar khabar angin bahawa ikan yang ditangkap oleh nelayan di situ berkemungkinan telah memakan mayat mangsa pesawat AirAsia Indonesia itu**.
Semalam, Ketua Daerah Kotawaringin Barat, Ujang Iskandar mengetuai kempen tersebut yang turut dihadiri oleh 1,250 penduduk setempat.Beberapa jenis ikan termasuk bawal, siakap dan kerapu yang dimasak dengan pelbagai jenis masakan disajikan pada majlis itu, malah pelbagai menu berasaskan ikan turut dihidangkan seperti bakso, laksa, nuget dan keropok ikan.“Tujuan acara ini adalah bagi meyakinkan penduduk bahawa ikan-ikan yang ditangkap nelayan kita tidak ada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya pada majlis berkenaan yang diadakan di Pangkalan Pendaratan Ikan, Pelabuhan Kumai di sini semalam.
Pada majlis itu, Ujang mendahului penduduk dengan memakan ikan yang dihidangkan.“Saya beri jaminan bahawa tangkapan nelayan tidak ada apa-apa masalah, kalau lapar makan saja ikan itu.“Saya berharap dengan acara ini dapat menghilangkan stigma kita, malah tragedi yang menimpa AirAsia tidak memberi kesan kepada ikan di laut,” tambah beliau.
Sejurus ketua daerah itu memakan ikan yang dihidangkan kepadanya, para hadirin kelihatan berebut menikmati hidangan ikan yang berjumlah kira-kira 500 kilogram itu.“Ikannya sedap, kelmarin kami tidak mahu makan ikan, sekarang boleh saja,” kata seorang pengunjung, Sina, 33.
Pesawat QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan kru terhempas ketika dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura pada 28 Disember lalu dan sehingga kini operasi mencari hanya menemui 51 orang mangsa. – Agensi

Apa Kata Bintang Bola sepak Ternama Eropah (Eric Cantona) Mengenai Charlie Hebdo..?

Isu yang melibatkan Charlie Hebdo bukan saja memancing kemarahan umat Islam sedunia malah menarik perhatian bekas bintang bolasepak Eropah (Manchester United) terkenal, Eric Cantona. Dalam wawancara bersama stesyen Euronews yang disiarkan Today’s Sopinion (15 Jan 2015), Eric Cantona  memberikan reaksi dengan menyatakan kekesalan terhadap majalah Charlie Hebdo yang menyiarkan kebencian terhadap Islam melalui gambar-gambar yang menghina Nabi Muhammad.
Dalam wawancara itu, Eric Cantona mengatakan, “Langkah yang diambil majalah Charlie Hebdo, menerbitkan ulang gambar-gambar yang menghina Nabi Muhammad hanya akan menambah kemarahan 1.5 million penduduk bumi”. Cantona juga menyatakan keyakinannya bahawa 90% umat Islam merasa malu dan tidak selesa dengan peristiwa yang baru terjadi. Menurutnya, hal yang sama pernah dilakukan penganut Katolik terhadap semua bioskop.

Cantona turut menyatakan, “Yang ingin ku tekankan adalah jangan sampai kita melemparkan semua perkara itu kepada Islam. Kalau yang kita fikirkan hanya kejadian terakhir ini saja, maka kita akan lupa yang sudah sudah. Kita harus sedar, banyak sekali berlaku keganasan di mana-mana dan mereka tidak ada hubungannya dengan agama Islam sama sekali”..
Mengakhiri wawacaranya, Eric Cantona melengkapkan kata-kata dengan satu pesanan ...“Seorang Muslim adalah warga negara, sama seperti aku dan kita semua. Tidak benar kalau kita masukkan mereka semua dalam satu keranjang”...


Pelbagai sumber/Dt

Saturday, January 17, 2015

Wawancara – ‘The Legend Of Muhammad Ali’- Pengakuannya Tentang Islam..

Siapa yang tidak kenal dengan Muhammad Ali..? Sebuah nama besar yang dihormati serta disegani oleh kawan mahupun lawan. Dalam dunia tinju, Muhammad Ali terkenal kerana ketangkasannya mengalahkan setiap lawannya. Namun satu hal yang paling membawa dirinya terus menjadi ingatan ramai ialah ‘Islam’ nya, ketika itu dia masih aktif dalam dunia tinju. Kini, dunia tinjunya sudah lama berlalu namun yang kekal hanyalah Iman dan Islamnya terus bertakhta dihati.Dalam beberapa tahun terakhir dipenghujung usianya, Muhammad Ali terpaksa bertarung dengan penyakit yang dialamainya, Parkinson.

Berikut adalah wawacancara ekslusif bersama Muhammad Ali dan dibantu oleh isterinya, Leony Ali yang dipetik dari portal Era Muslim/17 januari 2015.
Wawancara..
Anda selalu memiliki keyakinan pada diri sendiri. Bagaimana Anda menyeimbangkan keyakinan ini dalam diri Anda dengan kerendahan hati Anda sebagai seorang Muslim?
(Allah Maha Besar. Saya hanyalah seorang petinju.)
Anda adalah satu-satunya Muslim yang pernah menyalakan obor pada Olimpiade…
(Tidak banyak yang bisa memiliki kesempatan itu. Selain itu, saya tahu bahwa hal itu akan membantu Islam untuk memiliki seorang Muslim mengambil peran penting seperti itu. Itu membuat saya bahagia.)
Apakah Anda berpikir Islam membuat semuanya lebih mudah seperti untuk Mike Tyson dan Kareem Abdul-Jabbar?
(Hanya Allah yang tahu.)
Semua orang tahu Anda sebagai Muhammad Ali sekarang. Tapi ada saat ketika penulis dan presenter olahraga menolak untuk mengakui nama Muslim Anda. Bagaimana perasaan Anda tentang ini?
(Itu tidak mengganggu saya. Ketika semua wartawan menolak untuk memanggil saya dengan panggilan Muhammad Ali, dan terus memanggil saya dengan nama Kristen, Cassius Clay, saya memukul mereka. Saya berteriak kepada mereka: Siapa nama saya?! Apa nama saya?!
Saya memahami bahwa anak-anak menghadapi tekanan dengan nama-nama Muslim mereka. Mereka mencoba untuk mengubah nama mereka, untuk menyesuaikan diri. Kami punya putra berusia 5 tahun, Asad. Anak-anak ingin menjadi seperti kawan sebaya mereka, ini adalah sebuah isu yang muncul dalam ras, sikap mereka, dannilai-nilai mereka. Untungnya bagi Asad, dia selalu bisa menerima. Namanya adalah bagian dari dirinya. Itulah dia. Tetap kuat. Baca Quran. Berdoa. Memuji Allah. Hal-hal ini akan membantu Anda.)
Bagaimana doa membantu Anda dalam semua tantangan yang Anda hadapi dalam hidup?
(Berdoa membuat saya kuat.)
Anda berada di bawah pengawasan oleh FBI, Anda dihukum karena menolak induksi dalam Perang Vietnam, gelar Anda dilucuti dari Anda, paspor disita dan Anda dilarang dari tinju selama tiga setengah tahun. Bagaimana Anda menghadapi pengalaman pahit itu?
(Apa pun yang saya lakukan, saya lakukan untuk Allah. Apapun rintangan yang ada, akan dihilangkan oleh Allah.)
Ketika melawan Ken Norton, rahang Anda rusak tetapi Anda masih berjuang selama 12 ronde. Ketika melawan Sony Liston, satu mata Anda buta dan hampir tidak bisa melihat selama ronde berlangsung, namun Anda masih menang. Apa yang membuat Anda tegar?(Solat.)
Siapa yang ingin hadapi di ring tinju sekarang?
(Joe Frazier.)
Apa pendapat Anda tentang Tyson?
(Tyson adalah Muslim.)
Jika Anda masih aktif bertinju, apakah Anda bisa mengalahkannya?
(Mudah.)
Apakah olahraga ada dalam Islam?
(Tidak, tidak ada yang menentangnya. Bahkan Nabi, semoga berkah Allah tercurah kepadanya, berpartisipasi dalam gulat dan olahraga lainnya. Jika tidak ada dalam Quran, maka tidak ada yang salah dengan itu. Apa yang dibolehkan, halal dan tidak boleh, haram hanya ditentukan oleh Allah dalam Islam.)
Saya mendengar bahwa sebelum Anda masuk Islam, Anda tidak bisa membaca dengan baik?
(Saya menderita disleksia. Saya tidak pernah fokus pada mekanisme membaca, tapi sekarang saya bisa menghabiskan berjam-jam sehari membaca. Ketika saya membaca Quran, saya akan menyalin bagian-bagian yang benar-benar menyentuh saya. Saya membaca buku-buku Islam, dan buku riset).
Bagaimana Anda menyikapi kesuksesan?
(Bersukur atas anugerah Allah.)
Bagaimana Anda menghadapi kekalahan di ring dan dalam hidup?
(Saya bisa melakukan yang terbaik dan menyerahkan hasilnya kepada Allah.)
Apa hal yang paling sulit yang pernah Anda lakukan?
[Berpikir untuk waktu yang lama] menceraikan isteri pertama saya. Itu adalah hal yang paling sulit. Itu karena dia tidak mau memeluk Islam.

Anda memenangkan kejuaraan dunia kelas berat 3 kali dan berhasil mempertahankannya 19 kali. Apa tujuan Anda sekarang?
(Menyebarkan Islam. Itu saja.)
Apa yang menjadi prestasi terbesar Anda?
(Memeluk Islam).
Jika Anda bisa kembali pada masa lalu, apa yang akan Anda ubah?
(Saya akan menjadi seorang Muslim pada usia sepuluh tahun.)
Masjid manakah yang paling anda sukai?
(Semua masjid. Saya suka semua masjid karena setiap masjid merupakan wajah Mekkah. Kemanapun saya pergi, saya selalu bertanya di mana masjid terdekat agar saya bisa salat di sana.)
Manakah doa yang Anda ingat sebagai yang terbaik / paling penting bagi Anda?
(Doa sebelum melawan Joe Frazier).
Buku favorit?
(Itu pertanyaan yang bodoh! Itu harus Quran.)
Makanan Favorit?
(Ayam dan nasi, atau jika saya di sebuah negara Islam, daging kambing dan nasi. Selain itu, es krim.)
Bunga kesukaan Anda?
(Mawar. Tapi saya menghargai segala sesuatu dari Allah).
Negara mana yang paling Anda sukai?
(Kami berada di Jakarta, Indonesia dan itu sangat mengagumkan. Ada sekitar 70.000 orang, semua umat Islam yang keluar untuk menemui saya. Saya telah berkeliling ke mana-mana, tetapi saya sangat suka pergi ke negara-negara Muslim).
Ketika wawancara berakhir, Muhammad Ali memberi isyarat: “Saya ingin menunjukkan sesuatu kepada Anda.” Ujarnya. Dia mengepalkan tangannya, dan menggenggam sebuah saputangan ke telapak tangannya yang tertutup itu dan kemudian membuka kedua tangannya. Tangannya kosong dan saputangan telah lenyap. Ia menutup tinju kanannya lagi dan perlahan-lahan mengeluarkan saputangan. Dia melakukan trik itu beberapa kali.

Dia menjelaskan bagaimana hal itu dilakukan dengan jari palsu untuk menyembunyikan saputangan. “Saya menunjukkan kepada Anda bagaimana setan dapat menipu Anda.” pungkasnya. (sa/sv)

http://penburukonline.blogspot.my/