Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Tuesday, September 30, 2014

[Bergambar] Mahasiswa 17 Tahun, Penggerak Utama Demontrasi Untuk Demokrasi Di Hongkong...

Meskipun usianya masih sangat muda, mahasiswa Hong Kong, Joshua Wong 17 tahun, aktif bergabung dengan puluhan ribu massa pro-demokrasi di Hong Kong, Selasa, 29 September 2014. Mereka menuntut pemerintah Cina memberikan demokrasi penuh kepada Hong Kong.
Pengaruhnya dalam demonstrasi yang berlangsung sejak Jumat minggu lalu itu membuat pemerintah Cina geram. Menurut laporan CNN awal pekan ini, Wong sempat ditangkap pada Jumat malam kerana dianggap melanggar batas kompleks SAR pemerintah Hong Kong. Namun, ia dibebaskan dua hari kemudian.
Walaupun sudah dibebaskan, pemerintah Cina tetap mengawasi gerak-gerik Wong dengan cermat. Bahkan, namanya masuk dalam China Blue Papersebuah daftar dari Keamanan Nasional yang tersenarai sebagai orang-orang yang berpotensi menimbulkan ancaman dan mengganggu kestabilan pemerintahan dari Parti Komunis.

Tidak sekadar itu, kelompok Scholarism, yang didirikannya sebagai wadah protes mahasiswa, telah dicap sebagai ‘ekstremis’ oleh sejumlah media di Negeri Tirai Bambu tersebut. 
Namun, gelaran ekstremis tidak menggentarkan Wong, malah Wong semakin bersemangat dan membulatkan tekad agar pemerintah Cina memenuhi tuntutan rakyat Hong Kong. Kata Wong, ‘Orang-orang tidak perlu takut pada pemerintah, Pemerintahlah yang harus takut pada mereka’,..
Foto Para demontrasi di Hong Kong..



Peluang Untuk ‘Tampal’ Segala yang Koyak Dan ‘Sambung’ Segala yang Putus..


Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali diingatkan agar jangan menjadikan musuh orang lain sebagai musuhnya.Ini kerana beliau mempunyai peluang yang amat baik untuk mendapat sokongan dari semua pihak jika berdisiplin dan tidak terburu-buru untuk berdendam kerana kuasa politik. 

Demikian tulis Aspan Alias menerusi blognya semalam.

Baginya, Azmin mempunyai peluang dan kemudahan untuk menjadi seorang pemimpin yang 'magnanimous'.Tambahnya, jika peluang itu tidak diambil kesempatan, maka apabila sampai masanya nanti kita sendiri akan melihat apa yang akan terjadi kepadanya.

Menurutnya, yang penting Azmin perlu mengambil sikap sebagai bapa kepada semua dengan bertindak 'tampal segala yang koyak dan sambung segala yang putus'. "Akhirnya nanti semua yang berpecah akan bertaut dan itulah sebersih-bersih nama bagi Azmin tinggalkan dalam sejarah politik beliau," tulisnya lagi.

Untuk itu, katanya Azmin perlu menyatukan semua pihak, yang terpenting sekali ialah untuk mentautkan tiga tonggak utama dalam mentadbir sesebuah negeri yang berdaulat, iaitu institusi Raja, institusi legislatif serta eksekutif.

Bermaaf-maafan dengan pemimpin negeri yang lalu adalah sifat terpuji dan mereka yang tidak arif tentang ketuhanan seperti saya ini pun mengakui yang itu adalah tuntutan yang hak.- HD/30/9/2014

Sunday, September 28, 2014

Siapa Gadis Yang Paling Menawan Di Mesir...?

Tiga tahun vakum, ajang ratu kecantikan Mesir kembali digelar
Situasi politik di Mesir masih lagi dalam keadaan panas. Namun ditengah-tengah ‘kepanasan’ yang berlaku, masih ada yang berkesempatan untuk menganjurkan pertandingan ratu cantik. Al maklumlah, ketika pemerintahan Presiden Sah, Dr Morsi yang dipilih rakyat, acara pertandingan ratu cantik ini tidak dibenarkan sesuai dengan Syariat Islam. Kini setelah kekuasaan Mesir dikuasai Kudeta Militer, acara seperti ini bukan lagi satu halangan, tapi sesuatu yang dibenarkan..

Stesyen TV Al Arabiya pada Ahad 28 September 2014 melaporkan, Lara Debbane, 20’ telah dianugerahkan Wanita Paling Menawan di Mesir. Lara Debbane mewakili Mesir dalam tiga acara ajang kecantikan iaitu Miss World, Miss Earth dan Miss Universe menyisihkan 18 finalis jelita yang lain. Acara itu diadakan di Hotel Sofitel, Cairo El Gezira.

Jurubicara bagi pertandingan Ratu Kecantikan Mesir, Karim Hussein menyatakan,.. ‘Pelbagai hadiah seperti kenderaan dan barang perhiasan menanti pemenangnya’...

Edit Sumber-M.com

Ketegasan Erdogen Untuk Tidak Duduk Sebaris Bersama Presiden Kudeta Mesir...


version4_cUntUF5

Sumber rasmi Turki melaporkan bahawa Presiden Turki, Recep Tayip Erdogen menolak untuk duduk semeja bersama-sama dengan Presiden Kudeta Mesir, Abdul Fatah As Sisi. Selama pertemuan di persidangan PBB yang berlangsung di New York sejak Khamis lalu, Erdogen mengatakan.. ‘Saya tidak akan duduk dengan Kudeta di Meja yang sama’...
Akhbar ‘Morning Turki’ menjelaskan bahawa Erdogen menolak untuk duduk bersama dimeja disamping As Sisi, meskipun meja tersebut turut menempatkan beberapa pemimpin Dunia yang lain termasuk Presiden Amerika, Barrack Obama serta Raja Sepanyol, Raja Philip VI.
Sebelum ini, Presiden Turki, Recep Tayip Erdogen dalam ucapannya mengkritik keras sikap PBB terhadap Kudeta Militer Mesir dengan mengatakan,.. ‘Sudah cukup PBB hanya menyaksikan tindakan Kudeta terhadap Presiden Sah Mesir, Dr Morsi dan pembunuhan yang dilakukan terhadap rakyat Mesir serta penangkapan terhadap mereka yang menentang Kudeta. Bahkan sekarang PBB memberikan legitimasi terhadap pemimpin Kudeta ini, lalu apa gunanya keberadaan PBB disini’..?..EM/28 sept 2014

Thursday, September 25, 2014

Analisa - Benarkah ISIS Sebuah Ancaman Keganasan..?..Sungguh Luar Biasa..!..


Sangat Luar Biasa ISIS Mendominasi Sidang Dewan Keamanan PBB?

ISIS sungguh luarbiasa..?..Pertama kali dalam sejarah PBB, seluruh pemimpin Dunia memberikan fokus mereka kepada ancaman ISIS sehinggakan mengalahkan isu-isu lain antarabangsa. Mungkin ancaman ISIS sudah melebihi dari ancaman gerakan Al Qaeda yang pernah dituduh menghancurkan bagunan WTC di New York 11 September 2001 lalu..?..
Amerika mengetuai semua gerakan dan menggalang seluruh kekuatan Dunia semata-mata untuk menghadapi ISIS. Satu konferensi besar dorongan Amerika telah berlangsung di Paris diikuti pemimpin 50 negara didunia dengan pelbagai pakar strategik ketenteraan, pakar keganasan serta penganalisis perisikan. Agenda utamanya memutuskan satu strategi mapan, tepat dan canggih untuk menghancurkan ISIS. Dahsyat..?
Khabarnya di Wahington pula berkumpulnya ‘peramal-peramal’ kemungkinan ancaman serangan dari ISIS terhadap negara mereka dan barat kerana sekarang ini terdapat ribuan para pejuang berasal dari negara-negara Barat turut bersama ke medan perang di Iraq dan Syiria.
Menteri Pertahanan Amerika, Chuck Hagel berkata,.. ISIS memiliki kekutan tentera dan memiliki senjata canggih serta memiliki dana yang sangat besar. Alasannya, ISIS menguasai sumber minyak terbesar Iraq, secara langsung akan mengoperasi kekuatanya secara jangka panjang. Aset yang dimiliki ISIS menurut perisikan Amerika, sudah mencapai puluhan billion dollar. ISIS menguasai senjata sangat besar. Ketika Kota Mosul (bandar kedua terbesar Iraq selepas Baghdad) jatuh ketangan ISIS, semua pelbagai jenis senjata canggih dikuasai ISIS. Lebih membimbangkan ISIS mampu menguasai bahan Nuklear iaitu Uranium.
Apa yang menakutkan Amerika dan sekutu-sekutu mereka adalah gabungan generasi muda bersama ISIS. Akibat kebencian dengan ketidakadilan pemerintah-pemerintah seperti yang terjadi di Dunia Arab oleh para Raja menyebabkan ‘subur’ nya penentangan terhadap pemerintah. Seruan Khalifah Abu Bakar al Baghdadi sudah memasuki dunia sejagad dan banyak generasi muda penuh dengan semangat serta idealism dari pelbagai penjuru dunia memilih ISIS tempat untuk memperluaskan perjuangan mereka. Semenjak ISIS menguasai sebahagian besar Iraq dan Syiria, sudah banyak kem-kem latihan ketenteraan didirikan. Ini cukup menakutkan bagi Amerika dan barat apatah lagi kepentingan-kepentingan Ekonomi mereka dirantau Arab akan terus lenyap begitu saja.
Gambar kiri- Major Mariam Al Mansouri, pilot Wanita dari Emiriah Arab Bersatu turut bergabung bersama Amerika dalam serangan Udara menyerang ISIS..
Presiden Barack Obama menjadikan Sidang PBB sebagai ‘hamparan’ untuk menggalang kekuatan menghadapi ISIS. Obama mendominasi persidangan dan menjadikan ISIS sebagai Agenda nombor satu. Keputusan sebulat suara tanpa penentangan, Resolusi diputuskan komitmen keras untuk menghentikan penguasaan ISIS. Sekatan juga oleh negara-negara untuk menghalang para jihad asing dari memasuki Iraq dan Syiria. Begitulah ketakutan Amerika dan sekutunya terhadap ISIS.
Lihat apa kata Barack Obama.. ‘kata-kata yang disampaikan di forum keamanan PBB ini harus disesuaikan dan diwujudkan dengan perbuatan dan tindakan nyata didalam Negara dan juga antara Negara, bukan hanya pada hari-hari mendatang namun tahun-tahun yang kehadapan’..sambung Obama lagi.. ‘Kekuatan merupakan satu-satunya yang difahami oleh Militan’...Kata-kata Obama ini memberikan madsud bahawa perang untuk menghadapi ISIS akan berlaku dalam jangka masa yang panjang..
Begitulah pentingnya PBB untuk Amerika. Agenda ISIS menjadi satu yang terpenting dalam sejarah persidangan.. ‘New York oh New York’.!..Sungguhlah ‘Luar Biasa’ ISIS ini. Tapi.., ‘Benarkah ISIS sebuah ancaman..? Mungkin Barat ‘Amerika dan Eropah’ serta sekutu-sekutunya hanya ingin menghancurkan ‘Kekuatan Serta Kebangkitan Baru Yang Menuntut Sebuah Keadilan Sejagad Ditengah-tengah Penjajahan ‘Ekonomi,Politik Serta Penghambaan Terhadap Muslim Di Dunia Islam’..?..Wallahuaklam...

Rujukan dari pelbagai sumber dan pandangan peribadi penulis sahaja. Rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat. 

Presiden Turki, Erdogen Kecam Presiden Mesir Dengan Simbol Empat Jari ‘Rabiah’ Di PBB..


erdogan 4 jari
Persidangan Umum PBB dikejutkan dengan kecaman Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogen terhadap Presiden Mesir, Abdul Fattah Sisi. Erdogen ketika berucap dihadapan persidangan PBB pada rabu 24 September 2014 semalam mengangkat tangan dengan meletakkan simbol “empat jari”nya sebagai bentuk penolakan terhadap kehadiran Presiden Mesir, Abdul Fattah Sisi dipersidangan tersebut.

Dalam pidatonya pada persidangan tersebut, Erdogen berkata.. ‘Saya menyerukan PBB untuk terus membela Demokrasi dan tidak sesekali mengakui seseorang yang datang setelah membunuh ribuan warganya sendiri’.. kata-katanya itu ditujukan khas kepada Presiden Mesir, Abdul Fatah As Sisi.
Tegas Erdogen lagi,.. ‘Jika kita menyerukan Demokrasi maka kita harus menghormati hasil pemilihan (pilihanraya) akan tetapi jika kita mengakui pemerintah (Kudeta) dan bukan Demokrasi, maka saya bertanya, (‘Apakah PBB masih wujud di muka bumi ini’)..?
Selain itu Presiden baru Turki ini juga dengan tegas menyatakan, mereka yang diam dan hanya menyaksikan pembunuhan ribuan rakyat oleh militer, adalah kemiripan Sisi dalam kejahatan terhadap kemanusiaan.
Sumber EM/25 Sept 2014

Tuesday, September 23, 2014

Gempar, Cerita Gadis Memiliki Tiga Payudara...


Gadis tiga payudara bikin heboh
Lantaran ingin mempopularkan diri, seorang gadis dari Florida, US menjalani operasi untuk menambah jumlah Payudara yang dimilikinya dari dua kepada tiga. 

Jasmine Tridevil (nama samaran), 21 tahun mengaku telah membayar sebanyak 20 ribu USD untuk operasi menambah koleksi payudaranya. Dia kemudian mempamerkan foto penampilan terbarunya dengan tiga payu dara dilaman facebook miliknya...
Katanya.. ‘Dia begitu sukar untuk mendapatkan Doktor yang mahu membuat pembedahan ‘gila’ untuk menambah koleksi payudaranya. Sudah lebih 50 Doktor yang menolak kemahuannya namun akhirnya berjaya bertemu dengan seorang Doktor yang mahu melakukan nya.
Operasi ‘menambah jumlah payudara’ memang menyalahi kod etika kedoktoran. Kod etika itu menyatakan larangan melaksanakan satu prosedur medic yang melanggar kehormatan manusia. Namun gadis ini cukup bangga malah menyewa seorang jurukamera bagi membuat filem mengenai dirinya sebagai gadis berpayudara tiga.

Ternyata, tindakan Jasmine Tridevil ini mengundang rasa malu dari keluarganya. Ibu serta saudara kandungnya tidak lagi mengakui dia sebahagian dari keluarganya. Ceritanya.. ‘Ibunya lari keluar dari bilik dan tidak mahu berbual dengan saya dan melarang saudara kandungnya dari berbual dengan saya. Katanya lagi,.. ‘Ayah saya juga benar-benar tidak suka dan merasa sangat malu’..Tetapi Jasmine Tridevil tidak pernah menyesali perbuatannya malah katanya, ‘Dia akan mengirim filem mengenai dirinya ke MTV. Katanya,.. ‘Mimpi saya filem itu bakal disiarkan di MTV’..

Penampilan Jasmine Tridevil ini mirip pelacur ber‘tetek’ tiga dalam filem Total Recall dibintangi oleh Arnold Schwarzenegger.Tridevil juga ‘persis’ syaitan berpayudara tiga.
Copy & Edit/M.com/23 Sept 2014

China Jatuhkan Hukuman Penjara Seumur Hidup Untuk Pembela Hak-Hak Muslim Di China..


Cina Vonis Penjara Seumur Hidup Ilmuan Terkemuka Muslim Uighur

BEIJING, CHINA
Sebuah pengadilan China hari Selasa (23/9/2014) menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap seorang ilmuan dan aktivis untuk hak-hak Muslim Uighur paling terkemuka di negara itu.

Profesor ekonomi Ilham Tohti diadili atas tuduhan separatisme di wilayah barat Xinjiang. Kes itu telah menimbulkan kecaman pihak Antarabangsa di Barat dan kelompok-kelompok hak asasi manusia Antarabangsa. ‘Ini benar-benar tidak dapat diterima’,..kata pengacaranya Li Fangping kepada Reuters melalui telepon... ‘Ilham Tohti juga mengatakan bahawa ia tidak bersalah. Ia akan mengemukan rayuan. Berdasarkan keputusan pihak pengadilan, ianya ada kaitan dengan kepentingan politik.

Ilham Tohti berasal dari etnik Uighur, seorang intelektual dan moderat terbaru yang akan dihukum oleh pemerintahan Presiden China, Xi Jinping. Pengadilan di Xinjiang China mendakwa Ilham Tohti telah mempromosikan kemerdekaan bagi wilayah Uighur di satu halaman sosial yang dikelolakan oleh beliau, ‘Uighurbiz.net’. Bagaimanapun Ilham Tohti mengatakan kepada pengadilan, Halaman ‘Uighurbiz.net’ itu untuk mempromosikan dialog antara ulama Uighur dan Majoriti Han China dan secara terbuka beliau sendiri menentang kekerasan. Ilham Tohti juga telah menolak bukti pertuduhan dan mengatakan laporan terhadap dirinya oleh relawan mahasiswa yang telah bekerja pada portal tersebut dibuat dengan tekanan dari pihak pemerintah.

Ilham Tohti dalam keterangan nya dipengadilan mengatakan, ‘dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana kumpulan pengganas atau kelompok asing dan ‘hanya bergantung pada pena dan kertas secara diplomasi meminta hak-hak asasi manusia dan hak-hak perundangan yang adil bagi warga Muslim Uighur.
Di China,dakwaan keganasan boleh membawa hukuman mati. Amerika Syarikat, Kesatuan  Eropah dan Badan hak asasi manusia menyerukan pembebasan Ilham Tohti setelah penahanan selama sembilan bulan yang secara dekat dilihat sebagai sebahagian dari tindakan keras pemerintah hanya untuk perbezaan pendapat.

Di Xinjiang, ketegangan antara Muslim Uighur dan majoriti Han China telah menyebabkan berlaku banyak kekerasan. Pemerintah China hanya menyalahkan serangkaian serangan kekerasan kepada pejuang Islam. Pemerintah China turut mendakwa, Muslim Uighur ingin mendirikan sebuah Negara Merdeka di Xinjiang yang disebut sebagai Turkestan Timur. Selain itu,Para aktivis dan penganalis berpendapat kekerasan Pemerintah China dan sekatan kuat terhadap umat Islam Uighur menjadi punca sebenar kerusuhan yang berlaku di Wilayah tersebut.
Pelbagai sumber

Kemelut MB Selangor Sudah Selesai,..Apa Lagi Yang Cina DAP Ni Dok Melalut Pula...?

Saya hairan, apa lagi yang DAP tidak puas hati kepada PAS dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu.

Kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam yang melabel empat exco Selangor sebagai pengkhianat, dalam keadaan Sultan Selangor telahpun menamakan menteri besar baharu, pada saya tidak perlu.

Pada hemat saya, isu empat exco yang sebelum ini kekal bersama Tan Sri Khalid itu sudah 'tiada merit'.

Jika DAP masih mengungkitnya, bermakna DAP ada niat tertentu. Cuma apa yang saya tidak faham adalah, kenapa DAP yang lebih beremosi dalam isu ini?

Saya kira, mereka yang lebih wajar untuk beremosi selepas perlantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ini adalah Anwar, Azizah, Rafizi mahupun Saifuddin Nasution.Ini kerana mereka adalah watak penggerak utama dalam Langkah Kajang, dan bukannya Guan Eng. 
Tetapi mereka ini tidak pula beremosi begitu, melainkan menyatakan tidak puas hati kepada Istana di atas cara dan kaedah perlantikan MB baru.

Kecuali Guan Eng dan DAP menyimpan dendam dengan PAS. Tapi saya rasa Guan Eng bukan jenis begitu. Beliau seorang yang berjiwa besar. Kalau betul mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz, Guan Eng bukan sahaja patut mencontohi dari sudut tatakelola pentadbiran yang baik. Malah juga perlu mencontohi sikap tawaduk dan warak cucu kepada Saidina Umar Al-Khatab itu.

Orang yang warak tidak mengungkit hal-hal yang lalu, kecuali sebagai untuk mengoreksi diri. Tapi dari nada Guan Eng itu nampaknya bukan bermaksud begitu. Lebih kepada tidak puas hati. SD juga tiada merit

Seperkara lagi, mana-mana pihak juga tidak wajar lagi mengungkit isu tandatangan SD sokong Wan Azizah yang dibuat 30 orang Adun sebelum ini termasuk oleh dua Adun PAS. Mungkin secara dalaman, isu SD dua Adun PAS itu akan diambil tindakan mengikut prosedur parti, namun dalam kerangka besar Pakatan Rakyat, isu ini juga sudah tidak releven.

Ini kerana nilai SD itu lebur selepas Sultan memperkenan Azmin sebagai MB baru sekaligus difahami baginda menolak Wan Azizah iaitu calon tunggal yang dikemukakan PKR dan DAP. Kecuali PKR masih mahu menggunakan SD yang tinggal 29 orang tersebut sebagai senjata untuk undi tidak percaya kepada Azmin selepas ini. Tapi saya harap ia tidak akan berlaku.

Anwar, Azizah dan PKR pun sudah menyatakan sokongan kepada Azmin. Majlis Pimpinan Pusat PKR juga sudah menerima penarikan diri Wan Azizah biarpun dibuat hanya selepas mengetahui Azmin menjadi pilihan sultan.

Tamatkan episod
Saya kira semua pemimpin dalam Pakatan Rakyat perlu melihat dan bergerak ke hadapan. Kita sudah tertinggal jauh dek kerana isu MB ini. Usah lah lagi mengungkit apa berlaku di belakang. Jangan biarkan kita terus tersekat di sini.

Berapa ramai lagi yang harus cedera dengan isu MB ini. Saya kesian melihat mereka-mereka yang telah menjadi mangsa dalam isu ini. Cukuplah sampai di sini. Dengan perlantikan baru ini biarlah episod ini ditamatkan. Jika mahu meneruskan 'Langkah' lagi, tunggulah dahulu, biarlah reda satu-satu.

Kepada Guan Eng dan DAP, belajarlah terima hakikat. Ada benda PAS perlu berbeza pendapat. Tapi jangan mudah menuduh mereka 'khianat'!
HD/23 Sept 2014

Monday, September 15, 2014

GAMIS - Latihan Bersama Tentera US-Malaysia, Peluang Terbuka Tentera Amerika Untuk Mengakses Maklumat Ketenteraan Malaysia...

Pendaratan tentera Amerika Syarikat (AS) di negara ini dianggap simbolik pengiktirafan Malaysia terhadap keganasan kuasa besar dunia itu dan sekutunya terhadap umat Islam, khususnya di Gaza. Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) hari ini mengutuk tindakan kerajaan membenarkan latihan bersama Malaysia-AS di Terengganu dan Kelantan itu.
Presidennya Abdul Malik Ab Razak (kiriberkata, walaupun pendaratan itu dikatakan untuk latihan pengurusan bencana alam dan perlaksanaan operasi pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), ia “sungguh mencurigakan”.


“Kerajaan Malaysia telah meletakkan keselamatan negara dan rakyat diparas bahaya,” kata Malik. “Tidak boleh dinafikan melalui siri latihan yang diadakan ini mampu memberi peluang dengan lebih terbuka kepada tentera Amerika untuk mengakses maklumat ketenteraan Malaysia dan mengkaji geografi dan permukaan bumi di Malaysia.

Kementerian Pertahanan pada 12 September lalu menjelaskan, sekumpulan tentera AS hadir untuk menjalani Eksesais Keris Strike Siri 18/2014 bersama Tentera Darat Malaysia.

Bernama melaporkan, tentera AS yang terlibat dalam latihan antara 13 September hingga 26 September itu daripada pasukan United States Army Pacific Command (USARPAC) yang berpangkalan di Hawaii.

Seramai 540 anggota USARPAC dan 638 anggota tentera darat akan menyertai latihan kali ini yang berorentasi pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan dalam senario banjir.

GAMIS juga dalam kenyataannya hari ini kecewa kerana ia berlaku di ambang sambutan Hari Malaysia pada 16 September (esok).

“GAMIS terus mendesak kerajaan untuk mengambil langkah proaktif dengan memperketatkan keselamatan di darat, laut dan ruang udara negara.” kata Malik.

Gerakan itu, kata Malik lagi, menuntut kerajaan menghentikan kerjasama ketenteraan dengan AS.-MK/15 Sep 2014

Saturday, September 13, 2014

Selepas Tiga Tahun, Dunia Lupa Tentang ‘Kebiadapan’ Basyar Assad Membunuh Rakyat Syria..?

Berberapa kumpulan pejuang oposisi Suriah serta rakyat Suriah utara melahirkan kebimbangan terhadap strategi ketenteraan yang diumumkan oleh Presiden Amerika, Barack Obama untuk menghadapi mujahidin ISIS. Sebahagian nya mendakwa serangan udara Amerika tidak akan memberi kesan terhadap anggota ISIS sebaliknya hanya akan membunuh rakyat Suriah yang tidak berdosa. Bahkan kata mereka, ini akan mendorongkan simpati rakyat Suriah terhadap pejuang ISIS kerana AS diketahui lebih peduli terhadap ‘kekuasaan’ ISIS dibandingkan dengan ‘kekejaman dan pembantaian’ sadis yang dilakukan Basyar Assad terhadap rakyat Suriah.   

Seorang pejuang oposisi Suriah dari daerah Idlib, Jaber Abdulkarim,36 yang baru tiba di Turki kerana mengunjungi keluarganya menyuara ‘keraguan’ nya tentang strategi Obama seperti yang diumumkan pada rabu. Beliau berkata serangan udara tidak akan mampu menumbangkan ISIS, ini kerana katanya, ‘Kita tahu dimana tempat perlindungan dan gua-gua, begitu juga dengan Pejuang ISIS, Mereka tahu dimana untuk bersembunyi dalam menghadapi serangan udara. Jika AS bersungguh-sungguh mahu menewaskan ISIS, mereka mesti memulakan serangan melalui darat, selain dari itu, tidak ada jalan yang akan membawa keberhasilan’....Tambahnya lagi, ‘Tentera pembebasan Suriah (FSA) telah lama memerangi regim Basyar Assad dan ISIS serta memiliki ‘lebih banyak pengalaman’ setelah lebih tiga tahun berjuang, tetapi memerlukan sokongan dari luar, kami penat dan kehabisan bekalan. Beberapa pejuang Oposisi juga telah berubah arah dan banyak yang menyertai ISIS hanya kerana mereka mampu menyediakan makanan, tempat perlindungan dan senjata yang baik’...

Seorang lagi pejuang Oposisi dari daerah Latakia, Faisal 23 menyatakan,.. ‘Moral rendah, tidak ada yang benar-benar berdiri dibelakang kami, kami tidak memiliki kerjasama antara sesama pejuang Oposisi’. Walaupun menyambut baik keputusan Barack Obama untuk memerangi ISIS di wilayah Suriah, tetapi katanya, ‘apa yang mereka tahu entang realiti di Suriah..? Mereka hanya duduk dihotel-hotel mewah dalam keadaan aman dan hanya bicara sahaja. Sebelumnya, Koalisi Nasional Suriah mengatakan bahawa mereka berdiri dibelakang keputusan masyarakat Antarabangsa untuk memerangi mujahidin ISIS yang telah menguasai sebahagian Suriah dan Iraq. Koalisi juga mendesak pejuang oposisi diberikan pelatihan secukupnya serta mempersenjatai FSA dan Koalisi sering mengatakan bahawa FSA adalah ‘Oposisi Utama’ dan mengatakan penghapusan pemerintah Basyar Assad masih menjadi tujuan utama mereka yang berjuang di Suriah.

Seorang lagi pejuang Oposisi (FSA) 30 tahun yang tidak mahu disebut namanya menyatakan,.. ‘saya benar-benar tidak memahami, tiba-tiba ribut tentang ISIS membunuh orang, tetapi Basyar Assad juga telah membunuh ribuan nyawa rakyat Suriah selama tiga tahun terakhir, tetapi... tak seorang pun tampaknya ambil peduli dan tertarik lagi dengan ‘kebiadapan Basyar’ itu’..?..

Komanden FSA dari Aleppo, Mohammed Al Bakhour 31, ‘Dia menyatakan bahawa tujuan utama adalah penghapusan pemerintah Damaskus terlebih dahulu, ‘Setelah Basyar Assad hilang, kita akan memerangi ISIS dengan cara kita sendiri’..Al Bakhour juga turut bimbang bahawa serangan udara terpadu AS yang mensasarkan ISIS akan mengasingkan lebih banyak pejuang oposisi.Katanya.. ‘Banyak anggota saya mengatakan kepada saya bahawa mereka akan mengubah keberpihakan dan akan bergabung dengan ISIS jika AS mulai mengebom ISIS daripada matlamat untuk mengusir Assad’.. katanya lagi,  ‘Mereka merasa dikhianati dan kecewa’..

Salah seorang aktivis oposisi dari daerah Deir al-Zor mengatakan bahawa,.. Dia tidak ingin ‘kekuatan asing’ untuk menyerang negaranya: ‘Kami telah melihat apa yang Amerika lakukan di Iraq dan apa yang terjadi di Afghanistan, di Somalia, di Yaman. Serangan udara seperti ini membunuh banyak rakyat yang tidak berdosa dan orang-orang yang tidak bersalah. Anggota keluarga saya semua tinggal di Deir al-Zor, sebuah kota yang kaya dengan minyak berhampiran perbatasan Iraq dan ketika ini di bawah kendalian ISIS. Saya merasa tidak terbayangkan bahawa (AS) harus melakukan hal ini ‘tanpa diundang’ untuk melakukannya oleh rakyat Suriah sendiri’....

Syaikh Ahmad al-Asir al-Husaini- 'Bersekongkol' Dengan Kafir Perangi Daulah Islam Adalah Kekafiran Yang Nyata...

Sabtu (13/09/14) ulama Ahlussunnah Lebanon terkenal keturunan Ahlul Bait, Syaikh Ahmad al-Asir al-Husaini, berkata, “Sesungguhnya perang yang nampak melawan Daulah Islamiyyah pada hari ini pada hakikatnya adalah perang terhadap Islam” tegasnya.

Syaikh al-Asir menyatakan melalui akaun Twitternya menyatakankan, ‘Di hadapan perang yang keji ini, saya menasihatkan kepada semua muslim agar memperhatikan ucapan dan tindakannya agar tidak menjadi kontribusi yang membantu kebathilan memerangi kebenaran’.. ujarnya.

‘Kebathilan berkumpul dengan berbagai jenisnya, meskipun satu sama lain sering bertentangan (untuk memerangi Daulah Islamiyyah), bukankah lebih utama kita bersikap keras terhadap orang-orang kafir dan lemah-lembut sesama orang Islam’.. tegasnya dan  menyebut, bersekongkol dengan ( Negara kafir) untuk memerangi Daulah Islamiyyah (ISIS) adalah sebagai kekafiran yang nyata.-Voa Islam/13 Sept 2014

Pengkalan Tentera Amerika Di Sabah..?..Kerajaan Patut Beri Penjelasan Segera..

Kerajaan perlu memberi penjelasan sama ada Malaysia membayar bantuan misi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines, MH370 dengan membenarkan tentera Amerika Syarikat (AS) menggunakan kemudahan ketenteraan di Sabah.
Ia berikutan dakwaan US Chief of Naval Operations (CNO) Laksamana Jonathan W Greenert dalam majalah Sea Power Magazine baru-baru ini, bahawa Malaysia menawarkan kemudahan pangkalan tentera laut di Sabah.
Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Roslee Mohd Sharif berkata, portal berita tempatan pula menyatakan pangkalan tentera laut Sepanggar akan menempatkan pesawat rondaan maritim milik Tentera Laut AS iaitu P-8A Poseidon.
“SAMM dengan ini mendesak Perdana Menteri untuk memberi penjelasan penuh berhubung pengakuan CNO AS ini.
“Adakah benar Malaysia bersedia membenarkan aset ketenteraan AS diletakkan di pangkalan tentera kita?” kata Roslee pada kenyataan medianya di sini, hari ini.
Katanya, Greenert dalam majalah itu juga dilapor berkata Kerajaan Malaysia menghargai usaha dan respon AS dalam misi Mencari dan Menyelamat MH370.
Roslee berkata, kenyataan ini bukan dibuat pegawai biasa Tentera AS sebaliknya Pegawai Tentera Kanan yang juga Laksamana 4 Bintang di Jabatan Tentera Laut.
Katanya, CNO juga merupakan Penasihat Tentera Laut Utama kepada Presiden Amerika Syarikat sekaligus membuktikan kenyataan yang dikeluarkan beliau tidak boleh dipandang ringan.

Kata beliau, SAMM melihat isu itu berkait rapat dengan isu kedaulatan negara berikutan negara itu berpeluang melakukan intipan terhadap kepentingan keselamatan dan kedaulatan Malaysia.-SK/13 September 2014

Wednesday, September 10, 2014

Duhai Wanita, Kenapa Begini Jadinya..?..



Aduhai Wanita, Kenapa membiarkan dirimu menjadi fitnah orang..?..Allah menciptakan mu dengan sebaik-baik kejadian. Paling cantik dipandang mata, sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik setiap pandangan mata disekeliling mu.

Perhatikanlah sekarang ini, ramai wanita memilih untuk bertudung. Alhamdulillah, tetapi yang tidak sedap dipandang mata, semakin bertudung semakin tertonjol pula bahagian-bahagian yang ‘mencuri’ pandangan mata.Mungkin inilah yang dikatakan akhir zaman. Berpakaian tetapi hakikatnya ‘bertelanjang’. Berfesyen-fesyen sehinggakan tidak berfikir langsung tentang aurat wanita. Ya Allah, bukakanlah pintu hati, jangan pakai yang ketat-ketat sehingga nampak bentuk badan yang tidak sepatutnya dipertontonkan orang...Ampun...!.

Perhatikanlah Wanita-wanita disekeliling kita...Kenapa begini jadinya..?

Bertudung, tapi terlalu simple. Ujung jalurnya diikat ke belakang, ada yang nampak terbelit leher. Bahagian dada tidak bertutup maka tertonjollah bentuk dada..apa daaa...

Bertudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula..!.. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya menampakkan lengan yang ‘suci gebu’ itu. Lebih dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans ketat. Jadi apabila membongkok atau duduk,..hurmmm..?.. nampak pakaian dalam malah kadang-kadang ‘terdedah’ apa yang sepatutnya tersembunyi...faham-faham je lah..!..

Bertudung, tapi pakai jeans tu ketat sangat. Maka lurah pinggul pun nampak terbelah dua. Bentuknya pun terbayangkan. Apa mau jadinya ini ? Adesss...

Bertudung, tapi pakai kebaya terlalu ketat. Bahagian pinggang ramping, dada pula kembang.Tidak cukup dengan itu  ‘kainnya pun dibelah’ pula. Apabila berjalan, terlihatlah betis malah kadang-kadang paha pun tersingkap.

Bertudung, tapi pakai kain mini, aduhai.!. kaki pun aurat juga. Pakai pula stoking.!.

Bertudung, tapi bermake-up tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala (lebih merah dari buah saga) jalan-jalan sambil goyang pinggul. Seksi lagi...arghhh..!

Bertudung,tapi ‘berkepit’ pula dengan teman lelaki.

Bertudung, pakai pula kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah.. tang, tang, tang.

Semakin hari semakin berat tanggungjawab untuk mendidik. Wahai kaum Adam, tolonglah hargailah wanita yang sentiasa berada disekeliling kita. Bimbing lah mereka kerana kaum Adam juga akan ditanya di akhirat kelak. Tegurlah dengan cara yang paling baik dan hikmah. Biar tepat dengan caranya. Didiklah Wanita menjadi insan solehah kerana wanita dijadikan dari tulang rusuk lelaki..Lindungi lah mereka dari fitnah dunia...
Selamatkah kita...Wallahua’lam

Tuesday, September 9, 2014

Setelah Dua Penggal, Kerusi Pengkalan Kubur Dikembalikan Semula Kepada PAS...


KOTA BHARU: Pesuruhjaya PAS Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata penyerahan semula Dun N1 Pengkalan Kubor oleh PKR kepada PAS petanda kekuatan baru Pakatan Rakyat akan bermula.

Penyerahan semula Dun berkenaan kepada PAS setelah dua penggal diberikan kepada calon PKR ujarnya, telah membangkitkan semula semangat juang PAS untuk memperkukuh Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu beliau yang juga Menteri Besar Kelantan turut mengucapkan terima kasih kepada PKR di atas laluan yang diberikan kepada PAS.

Katanya, dengan perpaduan yang dicapai bersama melalui PRK Pengkalan Kubor, Dun ini akan dapat diambil semula. “Ucapan penghargaan dari kami PAS Kelantan dan terima kasih di atas laluan itu,”ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail hari ini memaklumkan parti itu memutuskan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding di Pengkalan Kubor pada PRK 25 September ini. Menurutnya, ia sebagai mengambil kira perlunya parti-parti Pakatan Rakyat bertolak ansur, memahami dan berjiwa besar demi kesepakatan menentang Umno BN.-HD/9 sept 2014

Tuesday, September 2, 2014

[Gambar] – Penemuan Enam ‘Perkuburan Besar’ Rakyat Palestin Menggemparkan....

Penemuan enam kubur berdekatan Ibukota Israel, Tel Aviv cukup menggemparkan aktivis kemanusiaan Palestin dan dunia. Dari kenyataan seorang saksi, perkuburan besar ini disyaki menempatkan rakyat Palestin yang dibunuh oleh Israel ketika operasi ketenteraan dan penghapusan etnik dalam perang tahun 1948 di Kota Jaffa.

Kota Jaffa sebelum tahun 1948 dihuni oleh rakyat Palestin sehinggalah pada akhir tahun 1948, Rakyat Palestin telah diusir dari daerah tersebut setelah Yahudi mengistiharkan berdirinya Negara Israel.-EM

http://penburukonline.blogspot.my/