Sponsor

Friday, March 7, 2014

Kes Liwat II - ' Keputusan Penghakiman Di Tunggu Dengan Penuh Debaran '......

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu. Dia tidak memberikan sebarang waktu bilakah mereka akan kembali untuk memberikan penghakiman. Semuanya menunggu dengan penuh perhatian kerana tidak ada yang tahu bila hakim akan kembali ke mahkamah terbuka.



Ketika penggulungan, mahkamah diberitahu, hakim kes Anwar membuat penghakiman yang betul apabila berkata, sampel DNA yang diserahkan kepada mahkamah sebagai bukti "meragukan", walaupun mahkamah tidak mendedahkan siapakah yang menyebabkan sampel itu tercemar.
Peguam Anwar, Ramkarpal Singh berkata, dua sampel yang diambil dari Mohd Saiful Bukhari Azlan jatuh kualitinya dan berbeza dengan hasil ujian DNA. Dia berkata, ini menyebabkan “bukti” itu "meragukan".
Pada 9 Januari 2012, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan ketua pembangkang berusia 66 tahun itu. Tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur telah mengambil 12 sampel dari Saiful 56 jam selepas kejadian.
Pegawai penyiasat Judy Blacious Pereira kemudiannya menyimpan bukti itu 40 jam lagi dalam almari pejabatnya sebelum diserahkan kepada pakar kimia Dr Seah Lay Hong kira-kira jam 7 malam pada 30 Jun 2008. Ramkarpal berkata, ada kemungkinan sampel itu telah dicemarkan tetapi pendakwaraya tidak mengambil sebarang tindakan untuk memberikan sebarang sebab untuk penurunan kualiti itu. Karpal Singh yang mengetuai pembelaan menyerang ad hoc timbalan pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana mengalami hilang ingatan.
Ini berikutan dakwaan Shafee bahawa hanya orang yang tidak stabil ingatannya saja memberikan keterangan dari dalam kandang. Katanya, Shafee lupa pelanggannya, D P Vijandran juga memilih untuk memberikan keterangan tanpa sumpah semasa didakwa di Mahkamah Seksyen Ipoh sebagaimana Anwar. Bagi Karpal, keterangan tanpa sumpah juga bukti dan hakim perlu mengambil kira keterangan itu.
MalaysianInsider/7 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/