Sponsor

Tuesday, March 11, 2014

Kes Liwat II - Mahkamah Antarabangsa Sifatkan Hukuman Sebagai 'Salah Laksana Keadilan'...

Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan yang menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan kes membabitkan bekas pembantu peribadinya sebagai “salah laksana keadilan”.

ICJ dalam satu kenyataan berkata tindakan ‘u-turn’ yang dilakukan Kerajaan Malaysia terhadap Anwar jelas melanggar standard hak asasi manusia antarabangsa dan undang-undang kerana Mahkamah Tinggi pada 2012 telah membebaskan pemimpin pembangkang itu.
“Artikel 377B Kanun Keseksaan Malaysia ia jarang sekali digunakan di Malaysia tetapi telah digunakan sebanyak dua kali terhadap Anwar,” katanya dalam satu kenyataan yang ditandantangani Pengarah Serantau ICJ bagi Asia dan Pasifik, Sam Zarifi. Katanya keputusan untuk membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi “pasti menimbulkan keraguan kepada kebebasan dan kesaksamaan badan kehakiman Malaysia” dan “mencemarkan reputasi sistem undang-undang di negara ini.”
Ekoran keputusan itu, Anwar hilang kelayakan untuk bertanding sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang yang dikosongkan penyandang daripada PKR iaitu Lee Chin Cheh.
Sumber SelangorKini...

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/