Sponsor

Sunday, March 30, 2014

‘Inmarsat Pun Kelabu Asap’,...Kata Canggih Sangat..!., Sekarang Dah Tak Nak Mengaku Pula..?..

Syarikat satelit yang berpangkalan di Britain, Inmarsat, berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi".
Pada malam 24 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan bahawa pesawat MH370 telah "berakhir di Lautan Hindi" dengan memetik analisis data satelit Inmarsat.
Bagaimanapun, pengumuman telah membangkitkan kemarahan di kalangan keluarga penumpang China yang enggan menerima kesimpulan itu sehinggalah pesawat tersebut di temui.Jurucakap Inmarsat Jonathan Sinnatt berkata Inmarsat hanya menyediakan maklumat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk membuat kesimpulan sendiri, laporan China Daily.
"Kami menyediakan maklumat kita kepada rakyat Malaysia, dan mereka menggabungkannya dengan maklumat yang lain yang mereka ada, yang kita tidak tahu tentangnya, dan kemudian mereka membuat kesimpulan daripadanya dan membuat pengumuman mereka sendiri.
"Kami tidak terbabit dengan apa yang Malaysia umumkan, itu terpulang kepada mereka, kerana mereka melihat gambaran penuh. Kami hanya menyumbang satu set maklumat," jurucakap itu dilaporkan berkata.
Sementara itu, Reuters melaporkan Xinhua hari ini berkata sebuah pesawat China telah mengesan tiga objek yang mencurigakan di kawasan carian baru di Lautan Hindi. Barang-barang itu masing-masing berwarna putih, merah dan oren, kata Xinhua.
MK/29 Mac 2014.

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/