Sponsor

Sunday, March 16, 2014

PRK Kajang - Ketelusan Pemimpin Membuktikan Kejayaan PR Memerintah Selangor...

KAJANG - "Saya tidak tipu rakyat Selangor, saya buat kerja demi ALLAH, rakyat boleh tengok wajah saya ketika bersalam, oleh itu teruskanlah bersama PR dalam PRK Dun Kajang nanti," kata  Menteri Besar Selangor.
Menurut Abdul Khalid yang juga merupakan Pengarah PRK N25 Kajang,  pengundi Kajang wajar terus memberi sokongan kepada Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PKR dalam PRK nanti kerana sudah terbukti PR berjaya mentadbir negeri Selangor dengan baik.

"Kalau saya ada masa bersalaman dengan anda pandanglah wajah saya! "Pandang dan tenung betul-betul,pada rakyat saya beritahu saya buat kerja betul saya tidak tipu demi ALLAH. "Kalau anda tidak percaya tengoklah sendiri kejayaan Selangor, kita buktikan dengan angka-angka bukan dengan omongan kosong," katanya ketika menyampaikan ceramah Karnival Usahawan Selangor di Bandar Kajang hari ini.
Katanya, pada 2007 duit kerajaan negeri RM500 juta, selepas saya ambil negeri Selangor saya berjaya kumpul sebanyak RM3,000 juta, Alhamdulillah, ini semua rezeki rakyat Selangor.
"Oleh itu, saya menyeru kepada pengundi Kajang supaya terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah pada PRK Dun Kajang pada 23 Mac nanti," katanya. Wan Azizah akan menentang calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada PRK kali ini.

PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR meletakkan jawatan pada 27 Januari lalu.

SH/15 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/