Sponsor

Tuesday, March 25, 2014

Sekatan Memasuki Bumi Sarawak Membuktikan Demokrasi Dicengkam ‘Kuku Besi’......

Rafizi Ramli dan Chua Tian Chang turut dihalang untuk memasuki Sarawak hari ini, kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
Rafizi dan Chua merupakan pemimpin parti itu yang ketiga dihalang selepas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dihalang masuk ke negeri berkenaan pagi ini.
"Rafizi Ramli dan Tian Chua turut disekat daripada memasuki Sarawak," kata Fahmi dalam satu kiriman WhatsApp kepada The Malaysian Insider.
Saifuddin  disekat daripada masuk ke Sarawak ketika tiba di Sibu pada jam 11 pagi tadi. Fahmi berkata, Saifuddin ke Sarawak untuk membantu kempen PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian yang akan berlangsung pada 29 Mac ini. "Namun sejurus tiba di Sibu pagi ini, beliau dimaklumkan pegawai yang bertugas bahawa satu arahan dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 22 Mac 2014 untuk menyekat beliau daripada memasuki Sarawak.
"Datuk Saifuddin kini sedang menunggu penerbangan balik ke Kuala Lumpur," kata Fahmi dalam satu kenyataan pagi ini.
Menurut Fahmi, tindakan ini membuktikan pengaruh bekas Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud masih lagi kuat di negeri tersebut.
"PKR mengecam sekeras-kerasnya tindakan tidak demokratik ini. Cukup jelas pengaruh politik kuku besi Taib masih berleluasa walaupun ketua menteri sudah bertukar ganti, dan pengaruh ini terus merencatkan perkembangan demokrasi di bumi Sarawak," katanya.

MI/25 Mac 2014..

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/