Sponsor

Wednesday, March 19, 2014

Survey Lima Buah Universiti Tempatan Berpihak Kepada TS Khalid Untuk Kekal Sebagai MB Selangor...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilihat masih relevan untuk memimpin rakyat dalam menghadapi pelbagai krisis di negeri ini.
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh gabungan lima universiti tempatan dari Universiti Selangor (Unisel), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS), rata-rata penduduk di Kajang bersetuju ketokohan Abdul Khalid mengatasi pemimpin lain.

Bercakap dalam satu sidang media, Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Unisel, Farid Wajdi Mohd Nor berpendapat, prestasi kepimpinan yang ditunjukkan oleh Abdul Khalid menyebabkan rakyat terus menyokong beliau memegang jawatannya."Abdul Khalid mempunyai rekod yang bagus dari segi kepimpinan, pengurusan kewangan dan pengurusan negeri," katanya.
Sementara itu, Ketua Penyelidikan Kajian Pola Pengundian PRK Dun Kajang, Dr. Muhd Shamshinor Abdul Azzis berkata, hasil rumusan dalam kajian mendapati, Abdul Khalid lebih mementingkan kepimpinan negeri berbanding kepimpinan parti.
"Kami membuat kajian berkenaan beliau berdasarkan isu integriti dan akauntabiliti, isu PRK, isu kerajaan negeri dan isu berkaitan dengan PRK.

“Hasilnya menunjukkan kebolehan Abdul Khalid dalam memimpin bukan sahaja terhad dalam parti, tetapi kepimpinan dan keprihatinan beliau lebih kepada rakyat di seluruh negeri," katanya lagi.
SH/19 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/