Sponsor

Monday, March 10, 2014

Upacara Syiah Yang Berselindung Disebalik 'Aktiviti Perkemahan dan Majlis Kesyukuran' Diserbu...

SELAMA – Tindakan pantas polis mengesan panggilan meragukan dilakukan seorang individu dipercayai Syiah membawa kepada penahanan 114 pengikut ajaran itu dalam satu serbuan di majlis keraian dekat Hutan Simpan Bintang Hijau berhampiran sempadan Selama–Gerik, kelmarin. Semua ditahan terdiri daripada 54 lelaki dewasa, 28 wanita dewasa, 12 kanak-kanak lelaki dan 20 kanak-kanak perempuan berusia di antara tujuh hingga 70 tahun.
Serbuan kira-kira jam 10 malam itu dilakukan setelah polis menerima panggilan memaklumkan penganjuran aktiviti perkhemahan dan majlis kesyukuran di kawasan terbabit.
Lebih mengelirukan, individu berkenaan turut meminta supaya Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) tidak mengganggu aktiviti tersebut. Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Wan Jamil Wan Cik berkata, susulan laporan meragukan itu, polis dan  Jaipk menjalankan pemantauan serta mengesan aktiviti berkaitan ajaran Syiah dijalankan di kawasan terbabit. Beliau berkata, kumpulan berkenaan menjadikan sebuah rumah yang dipercayai milik seorang ahli ajaran berkenaan sebagai lokasi utama majlis.

“Tiada sebarang senjata tajam ditemui dan semua yang terlibat memberi kerjasama baik. Mereka dibawa ke balai polis untuk proses dokumentasi sebelum diserahkan kepada Jaipk. “Kita dimaklumkan, warga tempatan yang menghadiri majlis itu datang dari pelbagai negeri. "Terdapat juga lapan warga asing dalam majlis berkenaan, iaitu dua warga Myanmar, tiga dari Thailand, dua warga Pakistan dan seorang warga Indonesia,” katanya.
Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Agama negeri, Ahmad Nizam Amiruddin berkata, pihaknya berjaya merampas beberapa peralatan yang ada kaitan dengan Syiah antaranya buku, batu turbah, bendera dan beberapa keping gambar yang digunakan ahli kumpulan tersebut. Katanya, buat masa ini, kesemua ditahan dikenakan bon jaminan dan akan dipanggil semula oleh Jaipk untuk siasatan.
“Jumlah tangkapan anggota kumpulan Syiah ini adalah yang terbesar pernah dilakukan di Perak dan merupakan tangkapan pertama bagi tahun ini. “Siasatan mungkin mengambil masa sehingga dua ke tiga minggu berikutan jumlah mereka (individu ditahan) terlalu ramai,” katanya.
Siasatan dilakukan di bawah Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak 1992 kerana disyaki melanggar fatwa berkaitan pengharaman ajaran Syiah.

Sumber Sinar harian/10 Mac 2014

3 comments:

  1. syiah sesat harus di bentras jangan biarkan bermaharajalela, kecik jadik kawan dah besar jadik ancaman pada orang2 islam

    ReplyDelete
  2. Tgk kat syria sbg pengajaran

    ReplyDelete

http://penburukonline.blogspot.my/