Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Friday, August 29, 2014

Gambar Lelaki China Tertusuk Besi Dari Atas Kepala Hingga Ke Rahang..


Foto
Beijing: Seorang lelaki terselamat walaupun selepas kepalanya ditembusi batang besi tebal ketika dia melakukan kerja di rumah lamanya. Lelaki yang hanya dikenali sebagai Ho dilapor cuba membersihkan rumah berkenaan di Leye, wilayah Guangxi apabila batang besi itu jatuh dari atas, menembusi dahi dan keluar menerusi bahagian kiri rahangnya. Ho, 50, berjaya diselamatkan selepas menjalani pembedahan kecemasan di sebuah hospital.
Pasukan perubatan yang dipanggil untuk merawat Ho terkejut melihat kecederaan yang dialami dan pada masa sama hairan dia bukan saja masih hidup tetapi sedar sepenuhnya.
Ho dikejarkan ke hospital berhampiran. Doktor bagaimanapun terpaksa meminta bantuan bomba yang datang membawa bersama mereka alat untuk memotong sebahagian besar besi berkenaan. Mereka kemudian memindahkannya ke sebuah hospital lebih besar, tempat pembedahan kecemasan yang lebih rumit dijalankan bagi mengeluar baki besi yang masih berada dalam kepalanya.
Kakitangan hospital berkata, Ho kini semakin pulih dan dianggap tidak lagi dalam bahaya. Ujian sinar-X yang dilakukan sebelum pembedahan menunjukkan batang besi padu itu menembusi bahagian kanan dahinya dan keluar menerusi bahagian bawah pipi kirinya.

Andai besi berkenaan tertusuk pada sudut yang berbeza, walaupun sedikit, ia pasti menembusi otak atau mata Ho yang akan menyebabkan dia cedera parah atau mati.-Metro/29 Ogos 2014

Thursday, August 28, 2014

Coretan - 'Kemenangan Gaza, Kemenangan Bagi Mukmin Sejati'...

Segala pengorbanan, keikhlasan, keteguhan dan kesabaran akhirnya menghasilkan kemenangan. Kemenangan atas segala kesombongan. Kemenangan atas segala bentuk kejahatan dan kemunafikan. Kemenangan bagi orang-orang Mukmin sejati.
Pengorbanan tidak pernah sia-sia bagi sesiapapun. Keikhlasan tidak pernah membuat putus asa. Keteguhan tak pernah mengundang rasa takut. Keteguhan membuatkan jiwa semakin  optimis dan tawakal. Kesabaran mendatangkan pertolongan dari Sang Pencipta, Alla Azza Wa Jalla.
Betapa besarnya pengorbanan rakyat Gaza. Mengorbankan seluruh hartanya, nyawanya, dan keluarganya. Perang yang berlangsung selama 50 hari, benar-benar menguji keimanan mereka. Keimanan orang-orang Mukmin, ketika harus berhadapan dengan kafir musyrik (Yahudi-Nasrani).

Kerakusan gerombolan Zionis-Israel menunjukkan bukti nyata, betapa rakyat Gaza sebenarnya mereka adalah insan pilihan Allah. Mereka kuat menghadapi ujian yang datang dan tidak menyerah dengan apa jua keadaan yang mereka hadapi.
Siapa yang sanggup melihat kematian anak-anak, perempuan dan orang tua? Darah mereka berciciran di mana-mana.!. Masjid dihancurkan.!. Rumah-rumah dimusnahkan.!. Sekolah-sekolah diratakan.!. Tempat berlindung pelarian juga ikut hancur.!. Hospital pun turut menjadi sasaran.!. Tidak bersisa dan tidak berbekas.!. Semuanya sekali, ibarat padang jarak padang terkukur...!..
Siapa yang sanggup menanggung beban seperti itu ? Siapa yang sanggup..?.. ketika melihat orang-orang yang sangat dikasihi meregang nyawa di depan mata mereka ? Siapa yang sanggup melihat kehancuran seluruh pasarana hidup mereka ? Justeru mereka sanggup menghadapi suasana ini... Ingatlah, hanya orang-orang Mukmin, orang-orang yang memiliki keimanan dan meyakini akan janji dari Rabbul Alamin sahaja yang sanggup memikul beban perjuangan dan penderitaan seperti itu....Kita ada..?..
Akhirnya, seperti yang sudah dijangka. Zionis-Israel memilih gencatan senjata. Mereka tak sanggup berperang lagi. Peperangan hanya membawa kematian pasukan mereka...Ya.., Sememangnya mereka takut mati kerana mereka bukan manusia pilihan. Tidak ada pertolongan dari Allah untuk mereka.
Selain itu, Bangsa Israel sendiri mengecam cara pemerintahan Benjamin Netanyahu. Netanyahu tak sanggup menghadapi kecaman dari parlimen dan rakyatnya. Bahkan sekutu-sekutu nya juga sudah tidak meyakini bahawa Israel mampu mengalahkan Hamas. Terutamanya Penguasa Mesir, ‘bermuka-muka’ dihadapan rakyat Palestin untuk mendorong Gencatan Senjata. Sedangkan Dunia sudah tahu, betapa ‘bobroknya’ perangai pemimpin kudeta Mesir terhadap Hamas. Tapi mengapa,..Sebab penguasa (munafik) seperti itu sudah nampak bahawa 'kekalahan' sudah berada di pihak Israel. Cuba jika kemenangan dipihak Israel,..Sudah pasti ‘Idea’ Gencatan Senjata masih tidak berlaku..

Lihat, apa kata mereka...
‘Hari ini kita mendeklarasikan kemenangan perlawanan, hari ini kita mendeklarasikan kemenangan Gaza’.. ‘Kami memiliki perasaan campur aduk. Kami sangat sakit atas kerugian yang ada, tapi kami juga bangga kami mampu berperang melawan Zionis, hanya sendirian dan kami menang’..
Kemenangan yang sangat berharga diiringi dengan titisan darah dan airmata, pengorbanan dan kesabaran yang tiada tolok bandingnya. Semoga mendapat barakah dan keampunan Allah untuk saudara ku di Gaza..’..Wallahu'alam.

Turki, Recep Tayyip Erdogen Angkat Sumpah Presiden Baru Turki...


ANKARA: Perdana Menteri yang akan melepaskan jawatan Recep Tayyip Erdogan akan mengangkat sumpah sebagai presiden hari ini bagi membawa era baharu kepada Turki.
Erdogan dijangka mengangkat sumpah pada jam 11 pagi (7 malam waktu Malaysia) di Ankara. Menteri Luar Ahmet Davutoglu akan mengambil alih tempatnya sebagai perdana menteri.
Ketua negara dari beberapa negara di Eropah Timur, Afrika, Asia Tengah dan Asia Barat akan hadir pada majlis berkenaan, termasuk Presiden Petro Poroshenko dari Ukraine, lapor agensi berita Anatolia.
Erdogan, yang menjadi Perdana Menteri pada 2003, menang dalam pilihan raya presiden pada 10 Ogos lalu. Beliau dijangka memegang jawatan presiden selama dua penggal sehingga 2024, yang membolehkannya menyaksikan ulang tahun ke-100 Turki moden pada 2023. - AFP

Wednesday, August 27, 2014

Surat - Parti-Parti Komponen PR Diberi Tempoh Sebelum 3 September Kemuka Nama Calon MB Selangor..

Istana Selangor memberi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tempoh seminggu bagi mengemukakan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk jawatan menteri besar, kata setiausaha sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini.
Beliau berkata, surat itu dihantar kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Mereka perlu membalas sebelum 3 September.
PKR dan DAP sebelum ini mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Dr Wan Azizah untuk jawatan itu.
Pada Ogos 14, 29 Adun termasuk dua daripada PAS menandatangani akuan bersumpah yang menyatakan sokongan terhadap Dr Wan Azizah.
PAS dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 17 Ogos, mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai pilihan kedua. Bagaimanapun pada mesyuarat Majlis Presiden PR pada hari yang sama, Azmin menarik diri daripada pencalonan.

Jawatankuasa Pusat PAS pada Selasa, bagaimanapun, menyerahkan keputusan memilih menteri besar yang baru kepada Sultan. – TMI/27 Ogos, 2014.
Berikut adalah surat dari Istana yang dihantar kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan salinan kepada Tuan Guru Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng..



Sumber Gambar-omakkau.blogspot.com

Al Fatihah, Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahaya Telah Kembali Ke Rahmatullah...

Al Fatihah
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahaya telah kembali ke rahmatullah jam 1.50 petang ini di Al-Islam Hospital Kampung Baru, di sini.

Jenazah dikeluarkan dari hospital dan dibawa pulang ke rumah Allahyarham di No 90 Jalan 9/6 Seksyen 9 Shah Alam untuk diuruskan dan dikebumikan kira-kira jam 5.30 petang ini.

Allahyarham dilahirkan pada 3 Julai 1939 di Bukit Mertajam, Pulau Pinang berkelulusan B.A Syariah, Universiti Al-Azhar, Diploma Pendidikan, Universiti Ain Syam, Kaherah dan Sarjana Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir.
Beliau pernah menjadi Naib Pengetua Yayasan Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, Kelantan pada 1970 hingga 1980, Ketua Akademi Islam, Universiti Malaya (1911-1995), Pensyarah Kuliah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1995-1997) dan selepas itu sebagai Mufti Wilayah Persekutuan hingga 2003.-HD/27 Ogos 2014

[Bergambar] - ‘Dendam’ King Cobra Terhadap Tukang Masak...?

Seorang tukang masak lelaki China mati setelah digigit ular kobra. Anehnya, ular itu mampu menyerang setelah kepalanya sudah terpotong-potong dan dibiarkan selama hampir setengah jam.


Mirror.co.uk melaporkan pada Ahad 24/8/2014, Peng Fan, seorang lelaki yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran khusus menyajikan masakan ular cobra. Dia memotong kepala ular itu dan di biarkan sekitar 20 minit. Setelah itu, Peng Fan ingin membuangnya tiba-tiba kepala ular tersebut terus menyerang dan menggigit serta mengeluarkan racun mematikan.
Seorang pengunjung restoran berkata, dia mendengar bunyi seperti orang bergaduh dari arah dapur. ‘Kami tidak tahu apa yang terjadi, semua orang bergegas dan ada teriakan dari dapur. Ketika tahu ada yang meninggal kami tak jadi untuk terus makan’.. ujar Lin Sun.
Pihak restoran telah menghubungi rumah sakit untuk mendapatkan bantuan, namun setelah para medic sampai, Peng Fan sudah pun meninggal. Pihak Polis mengakui, kejadian ini bukan kes biasa, ini hanya kecelakaan dan tidak melibatkan pihak lain.
Pada awalnya, Ular cobra tersebut dipotong untuk dijadikan masakan sup. Peneliti yang membuat kajian terhadap reptilia jenis ular Cobra, Yang Hong Chang mengatakan ular cobra masih boleh hidup setelah satu jam dipotong.

Israel Terima Syarat Gencatan Senjata,.. 'Rakyat Gaza Bergembira'...

Gaza: "Semua rakyat Gaza berada jalan raya. Mereka melaungkan takbir dan zikir sempena gencatan senjata jangka panjang yang termeterai antara Hamas dan Israel, petang tadi (malam tadi waktu Malaysia).
Begitulah kata penuntut Malaysia yang belajar di Universiti Islam Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman. "Rata-rata rakyat Gaza turun ke jalan raya dan berhimpun beramai-ramai sambil mengalunkan takbir serta munajat kepada Tuhan. "Ada di antara rakyat Gaza yang menitiskan air mata sambil bersujud terhadap gencatan senjata berkenaan. Takbir saling bersahutan sejak lewat petang tadi sebagai tanda kesyukuran. "Saya juga bersama-sama dengan rakyat Gaza turun di jalanan berhimpun sambil memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan. "Biarpun peperangan kali ini mengorbankan ribuan nyawa, namun kejayaannya begitu manis kerana Israel akur dengan syarat yang diletakkan Hamas. Itu yang paling utama," katanya selepas dihubungi Harian Metro, di sini, awal pagi tadi.
Mengikut maklumat oleh beberapa agensi berita antarabangsa, Israel akhirnya mengalah dalam peperangan dan memberikan persetujuan `gencatan senjata tanpa had' yang sekali gus menamatkan peperangan tujuh minggu di Gaza. Pegawai kanan Israel memberitahu: "Kami sudah menerima cadangan yang diusahakan oleh Mesir, termasuk menamatkan peperangan ini."

Mesir dalam satu kenyataan di Kaherah mendakwa antara dipersetujui adalah membuka sempadan antara Israel dan Gaza untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan dan bahan binaan. Difahamkan, kedua-dua pihak iaitu Hamas dan Israel akan kembali ke meja rundingan sebulan selepas ini.-Metro/27 Ogos 2014

Tuesday, August 26, 2014

Boleh Ramas Payudara Selama 24 Jam Dengan Syarat Sumbang Dana Untuk Kempen Anti-AIDS..?.

Sejumlah bintang porno Jepun akan berpartisipasi dalam sebuah acara amal bertajuk ‘Bantuan Payudara’ pada akhir minggu ini. Dalam acara amal itu, ‘payudara’ mereka nantinya akan diramas oleh para penggemar selama 24 jam.
Difahamkan, sembilan bintang filem dewasa ikut serta dalam acara amal itu mengatakan kepada media setempat bahawa mereka terlalu gembira untuk ikut serta dalam kempen ‘Hentikan AIDS !’ itu, yang juga akan disiarkan secara langsung, seperti disiarkan Asia One pada Isnin 25/8/2014.

‘Saya benar-benar melihat ke depan di mana banyak orang akan memegang payudara saya’,... kata Rina Serina, salah seorang bintang filem dewasa yang ikut serta dalam acara  itu kepada akhbar Tokyo Sports... ‘Tapi saya akan sangat senang jika Anda melakukannya dengan cara halus’... 

Difahamkan juga, Acara amal itu sudah diadakan sejak 2003 lalu itu akan disiarkan secara langsung melalui saluran tv khas untuk orang dewasa. Bagi penggemar yang ingin merasakan 'sensasi' meramas payudara para bintang porno itu pula harus menyumbang dana kepada kempen anti-AIDS sebagai pertukaran.

Kata Rina lagi,.. ‘Saya tidak pernah berfikir payudara saya bisa memberikan kontribusi kepada masyarakat’...ucap perempuan itu yang seakan-akan tidak peduli jika acara itu menimbulkan bantahan orang ramai.

Seorang aktres porno lainnya yang turut serta dalam acara itu, Iku Sakuragi tidak memiliki keraguan jika buah dadanya diramas-ramas oleh ratusan tangan dari para   penggemarnya.  katanya,.. ‘Ini untuk amal’.. kata perempuan berusia 21 tahun itu lagi,..  ‘Ramas (payudara) mereka, sumbang wang, Mari kita bersenang-senang’... 

Acara amal dengan meramas payudara 24 jam itu dijadualkan akan dimulai pada pukul 20.00 waktu setempat pada Sabtu depan dan ditaja oleh Japan Foundation untuk Pencegahan AIDS... Ditulis semula dari sumber M.com/25 Ogos 2014

Tangguh Perletakan Jawatan, Sultan Selangor Mahu Lebih Dua Nama Calon Menteri Besar Yang Baru..

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj menangguhkan penerimaan permohonan Tan Sri Abdul Khalid untuk meletakkan jawatan sebagai menteri besar sehingga perlantikan baru ditentukan. Perkara itu dimaklumkan oleh pihak istana dalam satu kenyataan yang dibacakan oleh Abdul Khalid pada sidang media di Bangunan SUK, sebentar tadi.

Menurut kenyataan itu Sultan, keputusan itu bagi memastikan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor berjalan lancar dan teratur.
"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menerima menghadap Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim pada 26 Ogos 2014 untuk menyembah maklum bahawa beliau memohon perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor untuk meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. "Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah mengambil maklum perkara tersebut dan baginda menangguhkan penerimaan perletakan jawatan beliau sehingga menteri besar yang baru ditentukan," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, baginda telah menitahkan agar setiap parti PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih dari dua nama daripada parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. Ini menurut kenyataan itu, bagi memudahkan baginda untuk menentukan calon yang berkelayakan  dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak.

Menurut Perkara LI (1), Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicara mutlak di dalam perlantikan seorang menteri besar bagi kerajaan negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.-HD/26 Ogos 2014

Masih Ada sekolah Yang Berdindingkan Buluh...,Kemana Bajet RM 450 Juta Untuk Pendidikan...?


KOTA KINABALU: Sukar dipercayai ketika kerajaan menyediakan RM450 juta untuk meningkatkan kecemerlangan pendidikan dalam Bajet 2014, seramai 101 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bekuku Tenom masih menduduki bangunan sekolah yang diperbuat daripada buluh.

SK Bekuku yang terletak kira-kira dua jam perjalanan menggunakan pacuan empat roda dari pekan Tenom agak daif dengan keadaan kerusi dan meja yang rosak, atap dan dinding yang bocor.
Pelajar sekolah itu terpaksa belajar di dalam bangunan sementara yang diperbuat daripada buluh sejak 13 tahun lalu.

Masalah kemudahan prasarana yang kurang memuaskan itu mendapat perhatian umum apabila ia dimuat naik ke laman sosial sejak Mac lalu.

Ekoran penyiaran sekolah yang diperbuat daripada buluh itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) melakukan lawatan mengejut ke sekolah itu dan menyaksikan sendiri kedaifannya.

Kelas atau bilik darjah yang dibina hasil gotong royong ibu bapa pelajar dengan kos yang disumbangkan pemimpin masyarakat pada 1999 kini berada dalam keadaan uzur dan tidak sesuai untuk kegiatan pembelajaran kerana struktur bangunannya yang tidak selamat.

Sehubungan itu, masyarakat kampung meminta supaya kerajaan mengambil perhatian terhadap masalah prasarana sekolah yang perlu digantikan segera memandangkan jumlah murid semakin bertambah.

Pesuruhjaya Suhakam Sabah, Nordin Kasim Madating berkata pihaknya sudah menghantar surat kepada Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran Sabah berkenaan kes itu tetapi sehingga kini masih belum mendapat maklum balas.

"Kami sudah menghantar surat sebanyak dua kali iaitu pada 21 April 2014 dan 11 Julai 2014 namun sehingga kini masih belum mendapat maklum balas daripada pihak yang berwajib," kesal beliau.- HD/25 Ogos 2014

Monday, August 25, 2014

Ibrahim Ali Intai Kerusi Pengkalan Kubur Jika Diberi Peluang..?..

Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.
Sebaliknya, beliau berkata akan mempertimbangkan sekiranya terdapat parti yang mahu beliau menjadi calon.
"Pengkalan Kubor ini sebenarnya tempat permainan saya. Saya tak berhasrat untuk bertanding. Lagipun bertanding (sebagai calon) bebas tiga penjuru tak mudah untuk saya."Kalau bertanding atas nama parti, ada orang jemput, saya boleh pertimbangkan."Tetapi kalau bebas, tiga penjuru macam di (DUN) Pengkalan Pasir saya rasa tak perlu walaupun saya akur ada pengaruh di sana (Pengkalan Kubor)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini selepas mesyuarat ahli dewan tertinggi PERKASA di Kuala Lumpur hari ini.Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya Noor Zahidi, 57, yang meninggal dunia akibat kanser hati.Selain itu, Ibrahim berkata, sebagai ahli politik dari Kelantan yang pernah bertanding atas tiket PAS pada 2008, beliau meramalkan Umno akan menang mudah pada PRK Pengkalan Kubor akan datang.

Ibrahim Ali Ramal PKR Akan Kalah Jika Bertanding..

Bagaimanapun, beliau berkata, persaingan akan menjadi sengit sekiranya PAS meletakkan calonnya di kawasan itu untuk bertanding dengan Umno.


Katanya, PKR akan kalah memandangkan parti itu tidak mempunyai cawangan di Pengkalan Kubor serta tidak mempunyai jentera dan ahli yang kuat di Kelantan.Malah, Ibrahim berkata, simbol bendera parti juga dapat mempengaruhi pengundi untuk membuat pilihan semasa pilihan raya nanti.
"Kalau di Kelantan, guna simbol 'mata' (PKR), orang rasa tak ada kewajipan untuk mengundi. Tapi PAS, simbol bulan. Orang ingat Islam. Jadi dia (pengundi) tak ada kewajipan nak undi PKR. "Sebab itu di Pengkalan Kubor, kalau PKR bertanding, beri menang mudah pada BN. Lagipun PKR tak ada calon berwibawa. PKR tak ada cawangan di Pengkalan Kubor. Ahli pun tak ada. PKR tak ada jentera dan ahli pun tak kuat."Kalau calon PAS bertanding, atau calon PKR bertanding guna simbol PAS, saya percaya pertarungan akan sengit," katanya lagi.-MK/25 Ogos 2014

Soal Bekas Mufti Perlis, ... ‘Apa Akan Jadi Jika PKR Tadbir Malaysia’...?..

Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini membangkitkan persoalan situasi yang akan berlaku sekiranya PKR yang kini sedang berhadapan krisis menteri besar Selangor mentadbir Malaysia.
Melalui laman sosial Facebook DrMAZA.com miliknya, Asri yang kini berada di London berkata, pertanyaan berkenaan adalah persoalan yang bermain dalam fikiran rakyat biasa.
"Saya di London sudah hampir tiga minggu. Saya hanya ikuti perkembangan politik dari Internet.
"Maaf, saya hanya tertanya diri saya: jika PKR yang seperti dalam keadaan sekarang menguasai negara apa akan terjadi?", kata Asri, di laman media sosial itu awal pagi tadi.
Beliau kemudiannya berkata, pengikut PKR tidak seharusnya marah dengan pertanyaan beliau, memandangkan ia adalah hak demokrasi setiap rakyat di negara ini. "Maaf ahli-ahli PKR ini soalan yang melintas dalam fikiran seorang rakyat marhaen. "Jangan marah. Kita negara demokrasi, hak rakyat untuk berfikir dan bertanya," katanya.
Status Facebook berkenaan setakat ini menerima 9,473 'Likes' dengan lebih 1,100 komen dan 425 perkongsian.-TMI/25 Ogos 2014

Sunday, August 24, 2014

Pengguna Twitter Persenda Islam Dan Bangga Menjadi Murtad...

Kuala Lumpur: Ruang maya hangat apabila seorang lelaki yang menggunakan nama samaran, Orkid Anggerik di dalam akaun Twitter miliknya mengisytiharkan dirinya murtad.
Gambar kiri - ANTARA status dimuat naik seorang lelaki di laman Twitter mengenai pengakuan keluar daripada Islam.
Lelaki berusia lingkungan 20-an itu dengan penuh bangga membuat beberapa status mengakui secara terang-terangan tidak lagi mengamalkan ajaran Islam kerana tidak mempercayainya.
Perkara itu membuatkan ramai pengguna Twitter menyelar perlakuannya dan ada juga yang menyatakan simpati terhadap nasibnya yang jauh tersasar daripada Islam selain mendoakan dia kembali ke pangkal jalan. 

Bagaimanapun, akaun Twitter lelaki berkenaan sudah ditutup dan segala kandungan yang dimuat naik sebelum ini tidak boleh lagi diakses sejak kelmarin.
Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, sebagai seorang Islam setiap individu wajib bertanggungjawab ke atas apa sahaja yang mereka lakukan termasuk perkataan dan tulisan. “Ada beberapa perkara yang tidak boleh dibuat sebagai gurauan iaitu dalam masalah nikah, talak dan memerdekakan hamba.-Metro/22 Ogos 2014

Saturday, August 23, 2014

Sedikit Catatan Mengenai ‘Widad Musthafa Harb’, Isteri Panglima Brigade Al Qassam Yang Terbunuh Akibat Serangan Ganas Zionis...

Lebih tiga setengah tahun yang lalu, Seorang wanita yang masih muda ketika itu di beritahu bahawa Panglima tertinggi Brigade Al Qassam, Muhammad Dhaif ingin melamarnya sebagai Isteri. Pada diri Widad, dirinya tidak keberatan untuk menerimanya, malah beliau sendiri merasakan bahawa jika berkahwin dengan lelaki seperti itu sudah semestinya menjadi sasaran Israel setiap masa kerana umumnya Pejuang seperti Muhammad Daif dan Al Qassam adalah musuh utama bagi penjajah Israel.

Sejak itu, Widad pun menjadi pasangan hidup Muhammad Dhaif malah telah melahirkan zuriat keturunan dari Muhammad Dhaif. Sehinggalah pada selasa 19 Ogos 2014, Allah telah menjemputnya kembali kerahmatullah bersama anak lelakinya, Ali. Jenazah Widad dikebumikan di kamp Jabaliya dan diringi jutaan rakyat Palestin pada rabu 20 Ogos 2014.

Hari itu, Israel dengan ganasnya menjatuhkan bertan-tan bahan peledak melalui pesawat tempurnya menyebabkan Widad dan anaknya maut. Ketika kejadian, Ali baru saja merasai kehidupan dunia selama tujuh bulan.

Media-media Zionis mengakui bahawa serangan itu memang dilakukan dengan mensasarkan panglima Al-Qassam yang paling dikehendaki sejak bertahun-tahun yang lalu. Namun dalam serangan itu, mereka tidak mengetahui dengan pasti apakah sasaran mereka tercapai atau tidak. Sementara itu sumber Hamas, Sami Abu Zuhri menyatakan bahawa operasi Israel itu telah gagal.

Widad Musthafa Harb, dilahirkan pada tanggal 4 November 1986. Keluarga beliau tinggal di kamp pengungsian di Jabaliya, bahagian utara Jalur Gaza. Menurut informasi Hamas, ketika dinikahi Muhammad Dhaif, Widad merupakan seorang janda. Suami pertamanya adalah seorang komandan Al-Qassam yang bernama Bilal Abu Qashi’ah yang terbunuh pada bulan Mei 2006 ketika berumur 25 tahun.

Widad dinikahi Dhaif pada tahun 2011.Selain selalu terancam dibunuh kerana menjadi isteri orang yang paling dicari Israel, Widad sering mengalami kesepian akibat aturan keamanan yang sangat ketat. Israel sentiasa menuduh Muhammad Dhaif (49 tahun) sebagai orang yang harus bertanggung jawab atas puluhan operasi Hamas yang banyak menewaskan tentera Regim Israel.

Selama perkahwinan, Widad melahirkan dua anak perempuan dan seorang anak laki-laki (Ali) yang terbunuh bersamanya. Widad pernah bekerja sebagai seorang peneliti lapangan pada yayasan An-Nur yang berkecimpung dalam pelayanan keluarga para syuhada.


Dari sumber dipercayai, rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat..

Hamas - Pembunuhan Pemimpin Al Qassam, Tiada Lagi Rundingan Palestin – Israel...

Brigade Izzudin Al-Qassam, sayap militer Gerakan Perlawanan Islam (Harakah Muqawamah Islamiyah/Hamas) menyatakan bahawa jalan perundingan di Mesir telah benar-benar terkubur bersamaan dengan tindakan Israel membunuh pemimpin Al-Qassam, Muhammad Dhaif, yang menyebabkan gugurnya isteri beliau (Widad) dan anak lelaki beliau (Ali).

Palestin Times pada Jumat 22/8/2014, Al-Qassam juga menyatakan bahawa operasi pembunuhan terhadap tiga orang pimpinan Al-Qassam di kota Rafah, Raid Al-Attar, Muhammad Abu Syamalah dan Muhammad Barhum pada Kamis 21/8/2014 , telah benar-benar menghalangi jalan perundingan dengan kehancuran gedung-gedung di Gaza yang dihancurkan Israel.

Beberapa kali pertemuan untuk perundingan gencatan senjata dengan Israel. Delegasi Palestin yang terdiri daripada pemerintah Palestin dan perwakilan gerakan-gerakan perlawanan memperjuangkan tuntutan rakyat Gaza dalam perundingan di Mesir. Warga Gaza menuntut hak-hak mereka sebagai manusia secara adil. Hak itu antara lain  membebaskan tawanan, dibangunnya pelabuhan laut dan udara, dibukanya pintu perbatasan Rafah, Mesir dan akses penghubung antara Gaza dan Tepi Barat.

Demi kelancaran berjalannya perundingan, telah disepakati gencatan senjata untuk  sementara waktu, Namun Israel dengan sengaja melanggar gencatan senjata itu dengan melakukan serangan udara. Terakhir sekali, Israel telah bertindak melakukan serangan bom sehingga membunuh pemimpin Al-Qassam, Muhammad Dhaif yang hanya menyebabkan gugurnya isteri dan anak beliau beserta beberapa orang lainnya. Tindakan khianat Israel juga telah berjaya membunuh tiga orang pimpinan Al-Qassam di kota Rafah.

Dt/Palestin Time.

GRO Sedia Khidmat Sebagai 'Isteri Sewaan'...Caj Boleh Runding..?..

Tawaran khidmat pegawai perhubungan pelanggan (GRO) kini bukan sahaja terhad melayan pelanggan di pusat-pusat hiburan tetapi mereka yang terdiri dalam kalangan warga asing itu juga boleh dijadikan 'isteri sewaan' bagi mana-mana lelaki yang terdesak memerlukan suri rumah.
Makna 'isteri sewaan' yang dikesan berlaku di Lembah Klang ialah sindiket menawarkan wanita yang juga terdiri dalam kalangan GRO sebagai 'isteri' dengan caj antara RM300 hingga RM7,000 bergantung kepada tempoh berapa lama 'isteri sewaan' itu diperlukan.
'Isteri sewaan' yang kebiasaannya berusia 20 hingga 25 tahun ini bukan sahaja memenuhi kehendak seks si lelaki yang membuat bayaran kepada sindiket itu malah wanita-wanita itu turut melakukan tugas-tugas seperti memasak dan mengemas rumah.
Sindiket menyediakan khidmat sewaan itu menawarkan tempoh 'isteri sewaan' antara sehari sehingga tiga bulan. Tempoh berkenaan boleh dilanjutkan mengikut persetujuan antara pelanggan dan pihak sindiket.-Kosmo/23 Ogos 2014

Calon MB Selangor – Hanya Wan Azizah Calon Pilihan Anwar...


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Kongres Nasional PKR ke-10 di Stadium Malawati, Shah Alam, hari ini. Gambar fail The Malaysian Insider.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian hanya nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan sebagai menteri besar Selangor seperti yang diputuskan Pakatan Rakyat (PR) pada 17 Ogos lalu.
Katanya, dakwaan mengatakan PAS masih mahu calon kedua selain Dr Wan Azizah itu tidak berbangkit dan yakin 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor juga akan menyokong presiden PKR selepas keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat (PR).
"Saya sudah semak. Tidak ada isu sebab PAS kata mereka akan rujuk kepada mesyuarat tertinggi Isnin ini. "Tetapi keputusan sudah dibuat. Jadi tidak ada isu," katanya kepada pemberita selepas Kongres PKR di Stadium Malawati Shah Alam, hari ini.
Seorang pemimpin kanan PAS memberitahu The Malaysian Insider hari ini parti Islam itu akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin untuk membincangkan sama ada mereka mahu menyokong Dr Wan Azizah sebagai satu-satunya calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim atau tidak.-TMI/23 Ogos 2014

Tuan Guru Presiden PAS Mendapat Pengiktirafan Kesatuan Ulama Sedunia...

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
PAS menyifatkan pengiktirafan ulama dunia terhadap Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, sebagai pengiktirafan besar untuk perjuangan Islam parti itu. Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, berkata perlantikan itu juga sebagai pengiktirafan yang jelas kepada parti Islam di negara ini. “Kita begitu berbangga apabila Tuan Guru Presiden kita dilantik sebagai orang kedua tertinggi dalam kesatuan ulama dunia,” ujarnya.
Menurutnya, untuk itu beliau menyeru seluruh anggota parti seluruh negara mempergiatkan lagi gerak kerja parti ke arah yang lebih baik bagi mencerminkan perjuangan parti itu kepada masyarakat.

Dewan Muslimat PAS Malaysia juga turut mengucapkan tahniah di atas pengiktirafan itu. Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata apabila Tuan Guru Presiden dilantik Naib Ketua Ulama Sedunia di bawah Sheikh Dr Yusof Qardhawi, ianya memperlihatkan bukan sahaja pengiktirafan terhadap Tuan Guru, sebaliknya juga kepada PAS. “Ia suatu pengiktirafan yang begitu tinggi terhadap perjuangan PAS di peringkat dunia,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sehubungan itu, Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS negeri, berkata semoga tidak ada lagi pihak yang tidak puas hati serta mengkritik pimpinan Tuan Guru dalam parti. “Ketika dunia mengiktiraf, kita anggota parti sendiri dan rakyat Malysia mengkritik serta masih mengeluarkan suara yang tidak berpuas hati, ianya amat tidak wajar sekali,” ujarnya.

Sehubungan itu, masyarakat seluruh dunia diminta jangan memperlekehkan perjuangan Islam apa lagi setelah pengiktirafan itu diberikan di peringkat dunia. Jelasnya tidak ada ulama dalam Umno atau mana-mana aktivis di negara ini setakat ini dianugerahkan kedudukan yang begitu tinggi selepas Pengerusinya, Dr Yusof Al-Qhardhawi.

Dua lagi yang turut dilantik sebagai naib ketua bersama Tuan Guru Abdul Hadi adalah Syeikh Raisuni dari Maghribi dan Syeikh Ahmed Al-Khalily Mufti Kesultana Oman. Pelantikan mereka dipersetujui oleh ulama dunia yang bersidang di Turki, semalam. Sementara Presiden Sekretariat Ulama Rantau Asia (Shura), Ustaz Abdul Ghani Samsudin dipilih salah seorang daripada 20 ahli jawatankuasa kesatuan itu.-HD/23 Ogos 2014

Thursday, August 21, 2014

Pakar Rujuk Umno, Datuk Nakhaie Ahmad Sudah Tidak Percaya Umno Lagi...?..


KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Nakhaie Ahmad hari ini mengisytiharkan bukan lagi ahli Umno. Beliau yang sebelum ini sering menjadi rujukan Umno khususnya berdepan PAS dalam isu-isu berkait agama, membuat kenyataan mengejutkan itu di Facebooknya.
"Mengapa saya harus keluar dari Umno? Saya menyertai Umno untuk perjuangan bagi menegakkan agama, memartabatkan bangsa dan negara. "Perjuangan itu sudah tiada lagi dalam Umno kini. Tidak wajar lagi saya berada dalam parti yang sudah korup perjuangannya. Saya bukan Umno lagi," tulis Nakhaie dalam posting itu.

Kenyataan itu muncul dua hari selepas bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan menarik balik sokongan terhadap Datuk Seri Najib Najib yang disifatkannya sebagai lemah.-HD/21 Ogos 2014

Al-fatihah, Seorang Rakyat Malaysia Gugur Syahid Di Medan Pertempuran Menentang Kekejaman Basyar Assad, Syria....


Jenazah Abu Turob, rakyat Malaysia yang meninggal dunia dalam perjuangan bersenjata di Syria. – Gambar Facebook, 21 Ogos, 2014.
Jenazah Abu Turob, rakyat Malaysia yang meninggal dunia dalam perjuangan bersenjata di Syria. – Gambar Facebook, 21 Ogos, 2014.
Seorang daripada rakyat Malaysia yang pergi ke Syria untuk memerangi tentera Iraq dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab, meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru kereta kebal baru-baru ini, lapor blog berita Mynewshub.
Bekas ahli PAS yang turut berada di Syria, Lotfi Ariffin melalui laman fanpages Facebooknya, turut memaklumkan berita yang sama. "Semalam, tengah hari mendapat berita dr Abu Talhah yg baru sampai dgn ambulance, bahawa ramai jemaah Malaysia yg telah tercedera, dan dia berkata berkemungkinan Abu Turob telah mendapat syahid. Hati kecil aku memaksa utk x percaya," tulis Lotfi dalam laman itu semalam.
Menurut Lotfi, semasa dalam perjalanan ke Arzeh beliau berselisih dengan satu kereta yang membawa jenazah Abu Turob. "Aku terus melompat dari kereta dan terus menerkam jenazah. Aku sempat mencium pipi Assyahid dan mengucapkan 'kita akan jumpa di sana bang, tunggu aku di sana bang'," tulis Lotfi.
Abu Turab dikatakan gugur ketika mempertahankan Kampung Syar’aya selepas bertempur selama satu jam. Difahamkan, allahyarham yang sering membaca al-Quran dan solat malam sempat mengucap dua kalimah syahadah sambil memberi isyarat jari telunjuk sebanyak sepuluh kali sebelum menghembuskan nafas terakhir, lapor blog Mynewshub.
Sebelum ini, sumber perisikan Malaysia memberitahu The Malaysian Insider, lebih 100 orang rakyat Malaysia kini berada di Syria yang berjuang menentang kerajaan Basyar di negara tersebut.-TMI/21 Ogos 2014

Wednesday, August 20, 2014

Langgar Gencatan Senjata,.. ‘Israel Sengaja Menempah Pintu Neraka Jahannam’...


Jubir Al-Qassam memberikan keterangan pers (islammemo.cc)
Sayap Hamas, Brigade Izzuddin Al-Qassam dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas pengkhianatan gencatan senjata oleh Israel menegaskan bahawa negara penjajah Yahudi telah membuka pintu ‘neraka jahanam’ untuk dirinya sendiri.

Berikut terjemahan teks yang dikeluarkan oleh Brigade Al-Qassam:

“Peperangan Al-‘Ashfu Al-Ma’kul (Daun-daun yang Dimakan Ulat)”
Musuh (Israel) telah mengkhianati perjanjian gencatan senjata, melakukan pembantaian di rumah keluarga Ad-Dalwi dan mereka membuka pintu ‘neraka jahanam’ untuk diri mereka sendiri. Israel enggan (berdamai) dan kerapkali melakukan pengkhianatan dan kejahatan dan yang terakhir mereka telah lakukan baru-baru ini pada Selasa, 19 Ogos 2014 iaitu serangan Tentera yang menyasarkan rakyat awam.

Bersama-sama ini Brigade Al-Qassam menyatakan tanggung jawabnya sebagai pihak yang menembakkan roket ke Tel Aviv, Jerusalem, Ben Gurion, Kryat Maleakhi, Netivit, Beersheba dan Sderiot menegaskan hal-hal seperti berikut:


11.  Serangan roket Al-Qassam tersebut untuk membalas pengkhianatan Israel terhadap perjanjian gencatan senjata dan membalas serangan tentera mereka terhadap penduduk awam Gaza khususnya yang terakhir melakukan pembunuhan keluarga Ad-Dalwi di desa Syaikh Ridhwan, sebelah utara kota Gaza;

22. Aksi serangan balas tersebut baru yang pertama kalinya (bukan Al-Qassam yang memulakan),  pengkhianatan Israel telah membuka pintu-pintu ‘neraka’ buat diri mereka  sendiri, dan mereka akan membayar dengan harga yang mahal pengkhianatan yang telah mereka lakukan dengan izin Allah Swt.;

33. Kami menentang Israel untuk secara jujur menyatakan sebab sebenarnya serangan mereka (Israel) terhadap rumah keluarga Ad-Dalwi.Dalam hal ini, keterangan oleh Hamas dan Brigade Al-Qassam menegaskan bahwa tuduhan Israel yang menyebutkan pejuang Palestin yang melanggar perundingan gencatan senjata yang sedang berjalan di Mesir tidak benar sama sekali.-Islamemo

http://penburukonline.blogspot.my/