Sponsor

Friday, August 8, 2014

PAS Beri Tarikh Baru Mesyuarat Bincang Kedudukan MB Selangor...


Mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang dijadualkan pada 13 Ogos ini sekali lagi ditunda kepada 17 Ogos.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pindaan itu terpaksa dibuat kerana ada dalam kalangan anggota yang tidak dapat hadir mesyuarat pada 13 Ogos."Oleh kerana mesyuarat ini penting, maka PAS mahu memastikan semua pihak dapat hadir, maka insya Allah, 17 Ogos ini semua boleh hadir," ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Menurutnya, mesyuarat PAS Pusat bagi membincangkan isu berkenaan yang dijadual diadakan pada 10 Ogos ditunda kepada 13 Ogos. "Semua pihak insya Allah boleh hadir mesyuarat pada 10 Ogos tetapi tarikh itu dilihat tidak cukup matang terhadap perkembangan yang berlaku, sebab itu kita tunda kepada 13 Ogos," jelasnya. -HD-8/8/2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/