Sponsor

Wednesday, August 27, 2014

Surat - Parti-Parti Komponen PR Diberi Tempoh Sebelum 3 September Kemuka Nama Calon MB Selangor..

Istana Selangor memberi ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat (PR) tempoh seminggu bagi mengemukakan sekurang-kurangnya dua nama calon untuk jawatan menteri besar, kata setiausaha sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini.
Beliau berkata, surat itu dihantar kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Mereka perlu membalas sebelum 3 September.
PKR dan DAP sebelum ini mencalonkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Dr Wan Azizah untuk jawatan itu.
Pada Ogos 14, 29 Adun termasuk dua daripada PAS menandatangani akuan bersumpah yang menyatakan sokongan terhadap Dr Wan Azizah.
PAS dalam mesyuarat Jawatankuasa Pusat pada 17 Ogos, mencalonkan Dr Wan Azizah sebagai pilihan pertama dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai pilihan kedua. Bagaimanapun pada mesyuarat Majlis Presiden PR pada hari yang sama, Azmin menarik diri daripada pencalonan.

Jawatankuasa Pusat PAS pada Selasa, bagaimanapun, menyerahkan keputusan memilih menteri besar yang baru kepada Sultan. – TMI/27 Ogos, 2014.
Berikut adalah surat dari Istana yang dihantar kepada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan salinan kepada Tuan Guru Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng..



Sumber Gambar-omakkau.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/