Sponsor

Sunday, August 10, 2014

9 Ogos – Sambut Ulang Tahun Serangan Bom Atom Keatas Bandar Nagasaki, Jepun...

NAGASAKI - Berpuluh-puluh ribu orang berhimpun di Jepun untuk memperingati ulang tahun ke-69 serangan bom atom Amerika Syarikat (AS) ke atas bandar ini semalam.
Orang ramai berkumpul untuk memberi penghormatan kepada lebih 70,000 orang yang maut dalam letupan awal dan impak susulan bom tersebut.
Upacara itu diadakan berhampiran lokasi AS dimana bom yang diberi nama Fat Man itu digugurkan di sini pukul 11.02 pagi pada 9 Ogos 1945. Jepun menyerah diri enam hari kemudian sekali gus menamatkan Perang Dunia Kedua.
Pengeboman Nagasaki turut berlaku tiga hari selepas letupan bom atom pertama menggegarkan bandar Hiroshima yang meragut 140,000 nyawa. - AFP

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/