Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Tuesday, December 31, 2013

Apakah Mesir akan menjejaki Suriah selepas ini....??..

Selepas serangan bom kereta yang mengakibatkan kematian lebih 14 orang dan mencederakan ratusan yang lain termasuk beberapa anggota polis Mesir yang turut terbunuh, Kabinet regim Kudeta Mesir segera mengambil langkah 'mengistiharkan Ikhwan Muslimin sebagai kumpulan pengganas' beralaskan kepada pembabitan Ikhwan sebagai bertanggongjawab terhadap letupan yang berlaku. Walaupun kumpulan Anshar Bait al Maqdis mengaku bertanggongjawab atas letupan tersebut, tetapi Ragim Kudeta masih menghalakan tuduhan nya terhadap Ikhwan sebagai pelaku nya dan Ikhwan sendiri melalui pejabatnya yang beroperasi di London menafikan tuduhan tersebut malah mengutuk kejadian itu. 
Jelaslah bahawa Regim Kudeta memang berkomplot secara jahat untuk menghukum Ikhwan Muslimin. September lalu Mahkamah Mesir telah mengarahkan semua Aset milik Ikhwan disita, penjara 5 tahun kepada anggota Ikhwan, penangkapan pemimpin2 Ikhwan dan yang terbaru, mendeklarasikan Ikhwan sebagai Kumpulan Pengganas. 

Apakah Mesir akan menjadi seperti Syria selepas ini...??..
Seluruh Dunia sudah tahu bahawa Ikhwan Muslimin memenangi Pilihanraya di Mesir, Ikhwan sendiri memilih jalan Demokrasi dan memanfaatkan parti politik untuk berpartisasi dalam kehidupan bernegara, berjuang untuk mendapat tempat secara demokrasi, tidak dengan kekerasan dan mengangkat senjata. 
Dengan perkembangan terbaru ini, sudah pastilah peluang Ikhwan Muslimin untuk berpartisasi dalam kehidupan politik Mesir akan tertutup rapat. Sikap yang ditunjukkan Ragim Kudeta ini akan membangkitkan kemarahan serta membuka peluang yang lebih luas masuknya Mesir kedalam kancah kekacauan dan kekerasan. Lebih dari itu, akan mengheret Mesir kekancah peperangan 'perang Saudara' seperti apa yang berlaku di Syria sekarang..

Jika Regim Kudeta Mesir masih berterusan dengan langkah2 untuk menghancurkan Ikhwan Muslimin sehingga akar umbinya, kita amat yakin dan pasti, jalan penyelesaian nya nanti adalah jalan peperangan, kekerasan dan senjata. Tentu akan ada sekelompok yang akan bangun melakukan perubahan dan berjuang untuk membebaskan Mesir dari cengkaman Regim Kudeta...
Jeneral Fatah Al Sisi seperti mengulangi sejarah lampau, Apa yang dilakukan nya seperti juga pernah berlaku dizaman pemerintahan sebelum nya, Ikhwan Muslimin disekat dari segenap sudut, namun seperti kata banyak penanalisis sebelum ini, bahawa tidak mudah untuk membunuh Ikhwan Muslimin, Ikhwan tetap hidup dan berkembang dimana-mana dan sepanjang sejarah Jamaah Ikhwan ini, terbukti mereka mampu menghadapi segala bentuk mehnah dan fitnah dari musuh2 politiknya dan kita teramat yakin dengan pengumuman Ikhwan Muslimin sebagai kelompok Pengganas tentu sekali tidak akan menjejaskan semangat jihadnya malah akan terus tumbuh segar ditengah-tengah gelombang kebangkitan Islam hari ini...Wallahuaklam....

Artikel sekadar berkongsi pandangan...

  


Masjidil Al Aqsa menjadi saksi Ikrar Keislaman Aisyah....

Wawancara eksklusif dengan dua orang gadis Yahudi yang baru saja mengikrarkan keslaman mereka di Masjidil Al Aqsa. Kisah ini disiarkan tv Al Jazeera ahad 29 Dis 2013...
Setelah beberapa tahun penghijrahan nya ke Israel, tahun 2008, Aisyah mengunjungi salah seorang temannya didaerah Arab,salah satu tanah Pelastine yang dikuasai Israel, Beliau telah dihadiahkan sebuah buku kecil dalam bahasa Ibrani 'Jalan Menuju Kebahagiaan', buku yang mengisahkan kebenaran ajaran Islam. Namun buku itu tidak dibaca dan hanya disimpan sahaja. 

Selang beberapa bulan kemudian, Aisyah jatuh sakit sehingga hampir meragut nyawanya, dimasa itu lah Aisyah cuba meneliti buku tersebut dan ternyata buku tersebut mampu menarik 'keinginan' Aisyah untuk mengenali Islam lebih mendalam, tanpa menghiraukan keadaan dirinya yang dikelilingi Yahudi, beliau terus menghubungi beberapa pendakwah islam di Pelastine yang bergabung dengan Islamic Centre 'Darussalam'. Disini lah Aisyah menumpukan perhatian nya terhadap Islam dan dalam tempoh 6 bulan kemudian, tekad beliau untuk menerima Islam terlaksana di Masjidil Aqsa dengan ikrar keislaman nya..

Ketika diwawancara, "Aisyah tidak mampu menahan airmatanya, tidak mampu mengungkapkan perasaan dalam hatinya, seakan-akan merasa baru saja dicipta untuk sebuah kehidupan yang baru di dunia ini"...
Aisyah menjalani kehidupan bersama keluarganya, walau setelah 6 tahun berlalu namun berita keislaman nya masih menjadi rahsia terutama pada ibunya yang fanatik Yahudi, namun beliau tetap bersolat tepat pada waktunya dan mengambil peluang membaca Qur'an dimalam hari setelah memastikan semua keluarganya tertidur. Walaupun menyembunyikan keislamannya, Aisyah tetap menjaga akhlaknya, menjauhi perkara2 yang diharamkan islam dan kata Aisyah lagi, atas keadaan itulah terkadang menimbulkan kecurigaan dikalangan masyarakat dan teman2 nya...
Semoga Allah melindungi Aisyah dan memperteguhkan iman nya dari ujian2 yang mendatang dengan kekuatan semangat dan kesabaran...amin...

Sumber asal Dakwatuna.com
  

Monday, December 30, 2013

Suku Pashtun antara gadis yang diakui tercantik di Dunia...


Sekadar berkongsi maklumat...
Gadis tercantik dari salah satu suku di Afghanistan, Populasi mereka ini terletak di Wilayah Timur dan Selatan Afghanistan, sebuah negara yang penuh dengan Konflik Kemanusiaan, dan gadis2 dari suku Pashtun ini memang diakui memiliki kriteria yang disebut2 antara gadis tercantik di dunia...
Ciri2 utama yang terdapat pada mereka adalah memiliki hidung yang mancung, mata yang agak besar dan mempersona seolah2 mampu untuk memukau setiap pandangan manusia 'ibarat tak lekang dek panas', kedudukan kaum wanita Pashtun juga dianggap penting dan mendapat tempat yang tinggi dalam masyarakat tersebut. Perempuan, bagi kaum mereka, bagaikan 'bunga yang mesti dilindungi' dan umpama 'harta yang paling berharga' dalam keluarga. Bahkan masyarakat Pashtun berasa sangat malu sekiranya anggota keluarga mereka terlihat oleh orang luar selain ahli keluarga sendiri. 
Walau bagaimana pun, masih ada juga dikalangan wanita Pashtun yang terlibat dengan karier sebagai selebriti di Pakistan dan India. Kejelitaan dan kesopanan yang dimiliki oleh suku gadis2 Pashtun ini menjadi daya penarik yang sangat kuat dikalangan kaum lelaki di Afghanistan...

Artikel sekadar berkongsi maklumat sahaja..


Dasar baru China memberi kelonggaran untuk pasangan memiliki dua anak..

  • Badan Perundangan Tertinggi Cina pada sabtu 28 Disember telah memutuskan untuk membenarkan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai saudara kandong untuk mempunyai dua kanak-kanak, ini merupakan satu perubahan besar terhadap Dasar Perancangan Keluarga di China yang melalui dasar penetapan satu anak terhadap pasangan suami isteri. 
Dwibulanan sessi jawatankuasa tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) telah meluluskan Resolusi mengenai perancangan keluarga, menurut dokumen itu, "mereka harus meminda peraturan perancangan keluarga tempatan atau menerbitkan akta khas berdasarkan penilaian keadaan demografi tempatan dan selaras dengan undang2 mengenai penduduk dan perancangan keluarga serta resolusi ini. 
Dalam perbahasan dasar baru itu, ahli Parlimen menekankan pentingnya perancangan keluarga yang berterusan, "walaupun ia adalah hak untuk menyesuaikan dasar dengan keadaan baru, ia adalah sama penting untuk memastikan pertumbuhan penduduk lestari....

sumber xinhua

Pengaruh Ikhwan Muslimin jauh lebih besar dari apa yang disangka..?

Seorang ahli pemikir era Regim Hosni Mubarak, Mustafha Fiqi mengatakan bahawa pengaruh Ikhwan Muslimin adalah jauh lebih besar dari apa yang dibayang kan oleh semua..
Dalam satu wawancara 'talkshow' disebuah TV Mesir, Mustafha Fiqi mengatakan, " Kelihatannya, Ikhwan menjadi lebih besar dari apa yang kita bayangkan, baik dalam skala Arab mahupun Antarabangsa".. 

Menurutnya lagi, dalam kunjungan nya ke New York, beliau seolah-olah berada di kota Ikhwan, dikota itu sahaja terdapat 90 pusat islam yang rata-ratanya adalah sel-sel Islam.. 

Sementara itu, Menteri luar German, Frank Walter Steienmeier menyatakan kebimbangan terhadap keputusan Penguasa Kudeta Mesir yang memasukan Ikhwan Muslimin sebagai Organisani Terrorist. Keputusan itu juga memberi erti menuduh seluruh anggota Ikhwan Muslimin yang terbesar di Mesir dan Dunia sebagai pengganas.. Menurutnya lagi, hal ini tentu akan menggagalkan Rekonsiliasi Nasional yang akan dibuat tidak lama lagi....

Sumber asal (msa/dakwatuna/egyptwindow)

Sunday, December 29, 2013

Kehilangan Panglima Mesir, Jeneral Fatah Al Sisi jadi tandatanya..?..

Rakyat Mesir kini tertanya-tanya kemana hilangnya Panglima Tentera Mesir, Jeneral Fatah Al Sisi yang tidak kelihatan dikhalayak ramai sejak 17 Oktober lepas. Jeneral Fatah Al Sisi yang mengetuai rampasan kuasa menggulingkan Presiden sah Dr Morsi pada 3 julai sebelum ini sering membuat kenyataan secara lansung di televisyen Mesir, namun kemunculan nya dipertikaikan oleh banyak pihak disebabkan gambar statik dan vedeo tersebut adalah rakaman lama yang sudah tersiar sebelum ini.


Sehingga kini belum ada pengesahan yang sahih samaada Jeneral Fatah Al Sisi menghilangkan diri atau sudah mati, Namun Laporan berita Sky News pada 28 Disember 2013 agak mengejutkan rakyat Mesir, Menurut laporan Sky News memetik kenyataan Tentera Britain kepada mereka bahawa Mayat Al Sisi ditempatkan di kem tentera di Iskandariah. Pakar tentera mendakwa Tentera Mesir menunggu masa yang sesuai untuk meletupkan bagunan dalam kawasan tentera supaya boleh dizahirkan Fatah Al sisi sebagai mangsa letupan dan diistiharkan meninggal.

Sumber asal Harakah Daily 29 Disember 2013



'Designer' Avtomat Kalashnikov 1947 (AK 47) meninggal Dunia


Mikhail Kalashnikov , pereka terkenal AK -47 dari Rusia, meninggal dunia pada hari Isnin di bandar Izhevsk, sebuah bandar perindustrian 1,300 km timur Moscow...
"Kami menerima berita sedih hari ini ... Kalashnikov meninggal dunia pada usia 94 selepas penyakit yang berpanjangan ," Viktor Chulkov , setiausaha akhbar presiden Rusia Udmurt Republic, dipetik sebagai berkata.
Pada pertengahan November, Kalashnikov dimasukkan ke unit rawatan rapi di Izhevsk , dalam keadaan serius tetapi stabil. Pada bulan Jun, Kalashnikov dilaporkan menjalani pembedahan di Moscow..
AK 47 (Avtomat Kalashnikov 1947)
AK -47 , kini dipercayai digunakan di lebih daripada 100 buah negara, tela disenaraikan antara " ciptaan cemerlang " abad ke-20 .


Kalashnikov berkata semasa lawatan ke Jerman pada tahun 2002 bahawa dia bangga dengan ciptaan , tetapi juga sedih tahu bahawa senapang AK -47 telah digunakan secara meluas oleh pengganas....
Kalashnikov meninggal dunia hanya beberapa jam selepas Kalashnikov menyatakan Kebimbangan terhadap perusahaan yang dinamakan sempena namanya, mengumumkan bahawa syarikat itu akan memodenkan senapang AK 47 dan meningkatkan eksportnya.

"Kami sedang menjalankan sebilangan besar projek-projek penyelidikan dan pembangunan. Kami berharap untuk memulakan pemodenan AK 47 bagi Kementerian Pertahanan ,"...

*Sumber mungkin kurang tepat, sila rujuk lain2 sumber untuk ketepatan Maklumat*...


http://penburukonline.blogspot.my/