Sponsor

Friday, March 7, 2014

Harga Getah Merosot, Hidup Penoreh Getah Ibarat 'Kais Pagi Makan Pagi'....??..

KUALA LUMPUR: Majoriti penoreh getah di seluruh negara berada di bawah paras kemiskinan apabila pendapatan bulanan mereka hanya sekitar RM500 hingga RM600 sebulan.

Menurut Pengerusi Gerakan Pekebun Kecil Getah Gen 2, Kampung Nyalas, Melaka, Abdul Halim Majid, kejatuhan harga getah sehingga RM2.40 sekilogram ditambah musim kemarau amat menjejaskan pendapatan harian dan bulanan penoreh getah. Lebih terjejas ialah pekebun kecil getah yang mengupah orang lain menoreh getah kerana hasil yang tidak seberapa terpaksa dibahagi dua.
"Dengan kejatuhan harga getah sekarang memang rata-rata pekebun kecil yang memiliki kebun sekitar empat hingga lima ekar memang di bawah paras kemiskinan. 


"Mereka dengan pendapatan RM500 hingga RM600 sebulan. Itu yang kebun sendiri dan usahakan sendiri. Bagi yang kebun sendiri tapi tak mampu nak usahakan sendiri dan minta orang lain usahakan, terpaksa bahagai dua jadi masing-masing dapat RM200 hingga RM300 sebulan," kata beliau ketika ditemui selepas sesi dialog bersama Lembaga Getah Malaysia (LGM) di Jalan Ampang, dekat sini semalam.

Sesi dialog dan penyerahan memorandum itu turut diwakili Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiyat.


Abdul Halim yang juga penoreh getah turut berkata, walaupun terdapat penoreh khususnya di bahagian Pantai Timur bertindak menyimpan getah sekerap, namun dalam keadaan kemarau ini, mereka terpkasa juga menjual getah sekerap walaupun harga rendah.


"Ada dua senario. Ada sebahagian tempat terutama Pantai Timur, sistem bekerja mereka jenis simpan seminggu, kumpul baru jual.
"Tapi di bahagaian Selatan dan Zon Tengah mereka toreh hari ini dan jual hari ni. Jadi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. "Dalam keadaan kemarau sekarang dan harga getah jatuh dan keluaran kurang jadi tak ramai yang menyimpan. Dalam keadaan yang terpaksa mereka kena jual juga walaupun harga rendah untuk sara hidup.

"Yang suka menyimpan getah sekerap adalah kilang sebab mereka ada kuantiti tertentu jadi tunggu harga naik baru mereka jual. Tapi bagi pekebun kecil mereka tak ada kemampuan untuk menyimpan, terpaksa jual dalam keadaan harga rendah," katanya.

Jesteru beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka. "Saya sendiri penoreh jadi saya rasa keperitan penoreh-penoreh kebun kecil lebih-lebih lagi yang mempunyai tanggungan yang ramai.

"Mereka bergantung sepenuhnya kepada hasil jualan getah untuk perbelanjaan harian. Kerajaan cepatlah ambil langkah bagi membantu penoreh-penoreh ini," rayunya.

Sumber Harakahdaily/7 Mac 2014


GAMBAR YANG SEMPAT DIRAKAMKAN KETIKA DEMO MENUNTUT KENAIKAN HARGA GETAH






Sumber Foto dari rakan-rakan Facebook

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/