Sponsor

Friday, March 28, 2014

Satelit Jepun Mengesan 10 Objek Terapung Di Selatan Barat Perth, Australia Berkemungkinan Milik MH370 Yang Terhempas...

Imej satelit dari Jepun menunjukkan dalam lebih kurang 10 objek terapung berdekatan Australia yang kemungkinan berasal daripada penerbangan Malaysia Airlines MH370, lapor AFP yang memetik sumber kerajaan Jepun.
Objek tersebut dilihat di perairan kira-kira 2,500 kilometer selatan barat dari Perth, menurut agensi berita Kyodo dan Jiji.

Imej daripada Japan's Cabinet Satellite Intelligence Center menunjukkan objek-objek sepanjang lapan meter dan empat meter lebar, dirakam antara 9AM dan 3PM (0000 GMT and 0600 GMT), pada Rabu, kata Kyodo. Sebuah sumber kerajaan mengatakan ia mungkin bangkai pesawat yang hilang tersebut, kerana ia berada di dalam kawasan di mana serpihan dijumpai sebelum ini, kata agensi tersebut.
Jiji memetik seorang pegawai kerajaan berkata objek terapung tersebut 'kemungkinan besar' sebahagian daripada pesawat MH370. Jepun sudahpun memberikan maklumat sedia ada kepada Malaysia, kata laporan itu lagi. – 28 Mac, 2014.

MI/28 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/