Sponsor

Sunday, March 2, 2014

'Semua Pendekar Masuk Gelanggang,Kalau Tak Menang, Dia Tak akan Masuk'....!!..

SHAH ALAM - Timbalan Pengarah PRK Kajang bagi PKR, Zuraida Kamaruddin terkilan dengan tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan lebih awal untuk bertanding jawatan timbalan presiden  parti itu. Katanya, beliau tiada halangan jika Abdul Khalid mahu bertanding, tetapi merasakan waktu beliau mengumumkan hasratnya itu tidak kena pada masanya memandangkan isu PRK Kajang sedang hangat.
“Soal bertanding tiada masalah, kerana kita amalkan demokrasi, tapi kita terkilan sebab pengumumannya dibuat terlalu awal. “Kalau boleh, beliau sepatutnya umum bertanding selepas habis PRK. Kita tidak mahu jejaskan proses kempen,” kata beliau semalam.
Bagaimanapun, katanya, beliau mengharapkan Abdul Khalid tetap menumpukan tanggungjawabnya selaku Ketua Pengarah PRK Kajang dan bekerjasama dengan jentera parti. “Biarpun beliau umum mahu bertanding, tapi tugas beliau mesti jalankan dengan penuh tanggungjawab untuk kita capai kemenangan. “Kalau mahu kata terjejas gerak kerja jentera kerana pengumuman Abdul Khalid, rasanya tidak. Jentera parti dari setiap pelosok sudah pun mula membantu kita untuk berkempen di sini,” katanya.

Sinar Harian/2 mac 2014
SHAH ALAM, 2 MAC : “Semua pendekar masuk gelanggang kalau tidak menang, dia tidak akan masuk.”
Demikian respon Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditanya mengenai peluangnya untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR berhadapan Azmin Ali dalam pemilihan pada April nanti.
Abdul Khalid yang mengumumkan keputusan itu malam tadi menyifatkan ia adalah bagi membuktikan komitmen dan tanggungjawabnya dalam usaha membawa perubahan kepada agenda parti.
“Saya hanya ingin membawa perubahan, tiada agenda peribadi,” katanya dalam sidang media selepas merasmkian Temasya Seni Silat, Senjata dan Warisan Melayu Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dimaklumkan mengenai hasratnya untuk bertanding jawatan kedua tertinggi parti berkenaan.
Katanya Anwar memahami hasrat beliau untuk bertanding demia kebaikan dan kesejahteraan parti itu.

“Sebagai rakan bersama, beliau sangat menggalakkan saya untuk bekerja lebih hebat bukan sahaja sebagai pentadbir tetapi juga menggerakkan parti,” katanya lagi.

Selangorkini / 2 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/