Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Wednesday, September 9, 2015

Wajah Jurugambar Wanita Hungary Yang Bertindak Samseng Menendang Pelarian Syria Tersebar..

Petra Laszlo (gambar tengah) membentes dan menendang pelarian di pusat persinggahan pelarian di Roszke, Hungary.

Roszke (Hungary): Seorang jurukamera wanita stesen televisyen Hungary dipecat kerana menendang dan membentes pelarian, termasuk seorang pelarian dari Syria yang mendokong anaknya ketika mereka cuba melarikan diri daripada polis dekat sempadan Sebia. Perbuatan Petra Laszlo, kakitangan stesen televisyen N1TV yang dimiliki parti anti-pendatang Right Jobbik, itu dirakam jurukamera lain ketika dia menendang pelarian, termasuk seorang budak perempuan yang cuba melarikan diri, kelmarin.
Jurukamera lain merakam perbuatan Laszlo itu ketika petugas media membuat liputan di kem pelarian. Dia menghulurkan kakinya membentes seorang lelaki Syria yang mendokong anak hingga terjatuh. Rakaman perbuatannya itu disiarkan di media sosial selepas dimuat naik wartawan Jerman, Stephan Richter, melalui Twitter dengan ramai mengutuk perbuatan wanita itu.
Stesen itu mengeluarkan kenyataan semalam, berbunyi: “Kakitangan N1TV melakukan perbuatan yang tidak boleh diterima di Roszke. Hubungan pekerjaan kami dengan jurukamera wanita itu sudah berakhir.”

Pelarian terbabit sebahagian daripada 1,500 orang yang menunggu di pusat persinggahan pelarian di Roszke dibawa ke pusat pendaftaran. - The Telegraph

Spekulasi Beberapa Pemimpin Umno Akan Di Pecat Tidak Berlaku, Muhyiddin Kekal Sebagai Timbalan Presiden Umno..


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) berbual bersama 2 naib presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi bermula petang tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 9 September, 2015.
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang berlangsung hari ini menyaksikan tiada keputusan pemecatan dibuat, sekali gus menafikan spekulasi awal mengatakan timbalan presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin Umno lain bakal disingkirkan kerana tidak sehaluan dengan presidennya, Datuk Seri Najib Razak. Mesyuarat berlangsung lebih 2 jam dan berakhir 6.30 petang tadi berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan walaupun pada awalnya dijangkakan bakal panas."Tiada pemecatan," kata Datuk Abdul Rahman Dahlan, salah seorang ahli MT semasa ditemui wartawan selepas selesai mesyuarat hari ini di PWTC.
Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dilihat meninggalkan bangunan Putra World Trade Center (PWTC) sejurus mesyuarat berakhir.Sebelum ini tersebar di media sosial kononnya ketiga-tiga pemimpin Umno berkenaan bakal dipecat pada dalam mesyuarat hari ini.Kira-kira 100 penyokong sabar menanti dan bersorak sebaik saja mereka bertiga turun keluar dari pintu utama Menara Datuk Onn, PWTC.
Mesyuarat hari ini menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu selepas khabar angin bertiup kencang menyatakan Muhyiddin dan beberapa yang lain akan dipecat daripada Umno.Mesyuarat MT hari ini juga kali pertama diadakan selepas tertangguh 2 kali sejak penyingkiran Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinet pada akhir Julai lalu kerana kelantangan mereka mengkritik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Selepas dipecat, Muhyiddin dan Shafie meneruskan kritikan ketika hadir merasmikan mesyuarat bahagian partiberhubung isu 1MDB dan turut mempersoalkan mengenai isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.Terdahulu, kira-kira 100 penyokong Umno yang datang dari Johor, Sabah dan Kedah hadir ke PWTC untuk menanti keputusan mesyuarat hari ini. – TMI/9 September, 2015.

Friday, September 4, 2015

Bergambar - Istana Negara Presiden Indonesia Di Penuhi Aksi Tunjuk Perasaan Membantah Kehadiran Pemimpin Kudeta Mesir, Fatah As Sisi..

Sebuah kelompok yang menamakan diri mereka Indonesian Society for Human Right and Humanity mengadakan aksi demonstrasi di hadapan Istana Negara menolak kunjungan pemimpin kudeta Mesir, Jen Abdul Fatah As-Sisi ke Indonesia.
Para demonstran menuntut agar As-Sisi diadili, kerana telah melakukan kejahatan kemanusiaan dengan membantai ribuan rakyat Mesir. Dalam kesempatan itu, peserta Demontrasi turut mempamerkan beberapa poster yang mengecam Fatah As Sisi. Antaranya penolakan terhadap kunjungan As Sisi ke Indonesia dan seruan untuk menjatuhkan pemerintah diktator serta menolak adanya kerjasama Indonesia dengan regim kudeta Mesir.
Terdahulu, penolakan terhadap As Sisi juga berlaku di German dan Britain. Bahkan di Britain terdapat tuntutan supaya As Sisi ditangkap dan menyebabkan Fatah As Sisi terpaksa membatalkan lawatannya. Difahamkan, Jen Fatah As Sisi sedang melengkapkan siri lawatannya disebelah Asia termasuk Singapura dan China. Indonesia merupakan tempat terakhir yang dilawatinya sebelum pulang ke Mesir.







Seperti yang diketahui banyak pihak, pemerintahan Mesir yang sah dibawah presiden Muhammad Mursi dikudeta oleh militer Mesir dipimpin As-Sisi.Disamping membantai ribuan rakyatnya, As-Sisi juga menghukum mati para lawan politiknya termasuk presiden terpilih Mesir, Muhammad Mursi yang berafiliasi dengan gerakan Ikhwanul Muslimin. Sehingga kini, keadaan di Mesir masih tidak berubah kerana majoriti rakyatnya menolak kudeta militer. Disamping itu para pendukung kudeta pun sudah tidak lagi mempercayai As-Sisi kerana kegagalannya dalam menjaga kestabilan ekonomi, politik serta keamanan di Mesir.- Pelbagai Sumber

Skandal 1MDB Menjadi Sasaran Kritikan Terhadap DS Najib Dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC).?. Rafidah Gesa Cari Jalan Penyelesaian..

SHAH ALAM – Kritikan yang ditujukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) sejak kelmarin di Putrajaya memalukan. Bekas Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz berkata, kini Malaysia menjadi buah mulut negara luar dan suasana itu menyakitkan namun kita tidak boleh menyingkirkan semua komen tersebut. “Sekarang di persidangan antarabangsa (IACC) pemimpin kita dipersoalkan berhubung isu semasa yang kita sendiri sebagai rakyat masih menuntut jawapan. “Keadaan ini memalukan apabila orang asing mula menayang kesilapan kita. Sudah tentu ia menyakitkan seperti mencurah garam dan cuka pada luka. Namun kita tidak boleh hapuskan semua komen itu kerana ia memang sahih,” katanya melalui status yang dimuat naik di laman Facebook, hari ini.
Najib terus menjadi sasaran sebahagian pemimpin dan delegasi luar negara yang hadir ke IACC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang melanda pemimpin nombor satu negara itu.

Sementara itu, Rafidah yang juga bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut menyarankan agar isu yang terus dibangkitkan itu diselesaikan segera untuk menebus kembali nama baik negara ini.
“Dunia memerhatikan kita dan menunggu bagaimana isu yang besar ini ditangani. Mereka akan ketawa melihat dua atau tiga pegawai ditukarkan ke sana dan sini...ia tidak selesaikan apa-apa.
“Kawal isu-isu itu. Tiada yang terlalu sukar ditangani jika objektifnya untuk dapatkan jawapan. Kita mesti lakukan semua usaha untuk tebus balik nama baik negara Malaysia,” katanya.

Menurutnya lagi, jangan lagi membazir masa dan usaha dengan mempersoalkan tentang demonstrasi yang berlaku.“Fokus untuk memahami kenapa rakyat berdemonstrasi...contohnya alasan mereka turun ke jalan. “Fokus untuk mengetahui setiap isu di peringkat akar umbi dan selesaikan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan...‘please walk the talk’,” katanya. SH/4 September 2015

Thursday, September 3, 2015

MB Kedah Bakal Berganti..? Kritikan Terbuka Terhadap Mukhriz Mungkin Ada Maksud Tertentu..?


ALOR SETAR: Penukaran Menteri Besar Kedah dilihat sebagai tindakan yang cukup berisiko dan mampu membawa implikasi buruk kepada UMNO negeri, terutama dalam usaha mengekalkan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kelak. "Bukan mudah nak tukar Menteri Besar dan kita tak mampu (nak tanggung akibat) bercakap mengenai soal ini, ..sebaliknya, harus tumpu untuk memperoleh majoriti selain menambah bilangan kerusi untuk dimenangi pada PRU nanti," kata Setiausaha Perhubungan UMNO negeri, Datuk Othman Aziz.

Beliau diminta mengulas desas-desus Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, sebagai Menteri Besar Kedah, yang dicanang kononnya bakal digantikan. 
Ditanya mengenai tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin, yang aktif mengkritik kepimpinan Mukhriz termasuk mendesak Menteri Besar Kedah itu berundur, Othman percaya isu berkenaan sengaja digembar-gemburkan individu tertentu yang sememangnya sengaja mengambil peluang. "Sebarang kritikan terhadap kepimpinan Menteri Besar Kedah sepatutnya dibuat secara tertutup dan tindakan mengkritik secara terbuka hanya akan melemahkan UMNO, sekali gus memberi kesan kepada persepsi rakyat berhubung pentadbiran sedia ada. "Kejayaan sesebuah organisasi terletak pada kerja berpasukan dan apabila wujudnya individu mengkritik kepemimpinan dari parti sama, ia akan memberi kesan kepada parti, sekali gus menggambarkan bahawa kita lemah semangat berpasukan. 
"Saya kira sepatutnya sebarang kritikan berhubung pentadbiran negeri seharusnya dibuat secara empat mata dengan mengadakan pertemuan bersama Mukhriz sendiri, ..ini kerana akhirnya yang lebih penting adalah penyatuan jentera kerajaan di mata rakyat, sekali gus membolehkan kemenangan diperoleh dalam PRU," katanya. 
Ahmad Lebai pernah digantung keahlian selama dua tahun berkuat kuasa 17 Disember 2008 selepas didapati bersalah Fasal 20.8 (B) dan (C) Perlembagaan Umno yang dibaca bersama dengan Perkara 3.1.2 kerana melakukan sabotaj dalam PRU Ke-12 lalu. BH Online/3 September 2015

Penggantungan Keahlian Beberapa Pemimpin Umno Mungkin Khabar Angin..?


Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein nafi mesyuarat Majlis Tertinggi pada 9 September akan pecat Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) dan Datuk Seri Shafie Apdal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 September, 2015.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijadualkan bersidang pada 9 September ini akan memecat atau menggantung keahlian Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal, hanyalah khabar angin. "Ini khabar angin kalau tidak saya sebagai naib presiden akan tahu jika ia merupakan agenda tetap," katanya selepas menghadiri majlis bersama kepimpinan negara pada Minggu Haluan Siswa Pelajar Baharu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Batu Pahat, hari ini.
Hishammuddin, yang juga menteri pertahanan berkata demikian ketika mengulas mengenai khabar angin MT akan mengambil tindakan memecat atau menggantung keahlian Muhyiddin dan Shafie pada mesyuarat Rabu depan. Beliau juga tidak pasti sama ada kedudukan Muhyiddin dan Shafie akan dibincangkan sebagai salah satu agenda dalam mesyuarat itu."Tidak semestinya perkara ini berbangkit pun. Ini perkara yang dihebohkan di sosial media dan sebagainya. Macam mana mereka (media sosial) nak tahu apa nak dibincangkan dalam MT. Saya sebagai ahli MT pun tidak tahu. “Tidak mungkin kita nak layan benda-benda (khabar angin) macam ni, mungkin tidak berlaku pun," katanya.
Beliau berkata masih ada banyak perkara yang lebih penting untuk dibincangkan dalam mesyuarat itu terutama yang berkaitan dengan kepentingan negara."Saya nak wujudkan satu kesedaran kita tiada masa untuk berpecah sesama kita kerana agenda lebih besar adalah melihat kepada ekonomi negara. (Kita) hendak lihat kepada kestabilan, keselamatan dan pertahanan negara," katanya.

Katanya, bagi menangani semua perkara itu, ahli Umno perlu bersatu dalam satu pasukan. Bernama, 3 September, 2015.

Tuesday, September 1, 2015

Wanita Umno Langkawi Disingkir Dari Umno Selepas Saman Najib..?


Umno woman who filed suit against Najib sacked from party
Ahli Wanita Umno Bahagian Langkawi Anina Saadudin yang memfailkan saman terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak minggu lepas akhirnya dipecat daripada parti.

Dalam surat pemecatan yang sedang viral di media sosial hari ini, beliau dipecat daripada parti mengikut Fasal 20.7 Perlembagaan Umno kerana membawa hal parti ke mahkamah. "Tiada komen setakat ini," kata Anina dalam respon segera selepas dihubungi The Malaysian Insider bagi mengesahkan mengenai surat pemecatan tersebut.
Surat yang dihantar ke Bahagian Umno Langkawi itu ditandatangani setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. The Malaysian Insider difahamkan, Anina akan memanggil satu sidang akhbar pada esok bagi menjelaskan mengenainya. Anina pada Jumaat lepas memfailkan saman terhadap Najib meminta beliau bertanggungjawab atas kronologi peristiwa yang melibatkan aliran wang RM2.6 bilion yang berakhir dalam akaun bank peribadi perdana menteri itu.

Terdahulu, Anina pada mesyuarat agung tahunan bahagian Langkawi dalam sebuah video yang tersebar melepaskan kemarahannya terhadap Najib, menggunakan perkataan kesat, mendakwa perdana menteri itu berbohong dengan mengakui semua 3 juta ahli Umno menyokong beliau.  
TMI/1 September, 2015.

Tindakan Memijak Gambar Pemimpin PAS Pada Perhimpunan Bersih Disifatkan Sebagai Biadap..?


Polis: Kes pijak gambar Najib, Hadi disiasat
SHAH ALAM - Menyifatkan perbuatan memijak gambar presiden parti itu sebagai biadab, Pas menyeru individu terlibat supaya segera tampil membuat permohonan maaf di atas keterlanjuran yang dilakukan. 

Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dalam satu kenyataan berkata, tindakan peserta himpunan Bersih 4.0 itu tidak sepatutnya berlaku apatah lagi kepada seseorang yang dihormati seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 
"Justeru atas rasa keprihatinan, pagi ini satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Dang Wangi Kuala Lumpur. "Semoga pihak PDRM mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan tindakan provokatif dan berniat jahat ini dapat di rungkai demi kesejahteraan dan ketenteraman awam," ujarnya. 
Pada Ahad, foto yang menunjukkan seorang peserta Bersih 4.0 memijak gambar Abdul Hadi 'berpelukan' dengan Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Tun Razak semasa perhimpunan hari yang pertama menjadi viral di media sosial.Tindakan peserta itu mengundang kritikan bukan hanya di kalangan pemimpin parti politik tetapi orang ramai yang menyifatkan perbuatan itu sebagai biadab.
SH/1 September 2015 

http://penburukonline.blogspot.my/