Sponsor

Thursday, March 6, 2014

Ramai Pengundi Di Kajang Meragui Kemampuan Chew Mei Fun.....

KAJANG - Bukan mudah bagi Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun meraih undi penduduk di sekitar Kajang. Rata-rata penduduk berpendapat Ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih berpengaruh berbanding Mei Fun.
Seorang peniaga, Mohd Jeffrey Ismail berpendapat Anwar mempunyai pengikut tegar yang akan menyokongnya di sepanjang proses pilihan raya ini.
"Anwar mempunyai kelebihan segi pengalaman dan pengaruh, manakala Mei Fun kurang dikenali. "Kami mahukan pemimpin yang mesra rakyat dan mampu memberikan khidmat yang baik, sebelum ini penduduk menyokong Barisan Nasional (BN), kali ini masyarakat mungkin akan berubah angin," katanya.

Pada 22 Februari lalu, BN telah menamakan Mei Fun sebagai calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Dun Kajang. Pencalonan itu telah mendapat reaksi dari semua pihak termasuk seorang pekerja swasta, Azlina Amkaromi.
"Ciri-ciri pemimpin yang baik adalah seorang pemimpin yang sanggup turun padang dan luangkan masa untuk menyelesaikan permasalahan yang dialami oleh rakyat.
"Anwar seorang pemimpin yang terkenal dan mempunyai banyak tanggungjawab, Mei Fun mungkin calon yang sesuai namun saya sedikit ragu-ragu dengan kemampuannya untuk berkhidmat kepada penduduk Kajang," katanya.

Sinar Harian/06 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/