Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berjanji PAS akan memberi komitmen yang tinggi dalam PRK Kajang ini dan membuat apa sahaja untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat. "Inilah rasa tanggungjawab, inilah semangat setia kawan yang mampu kita berikan sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat.
"Dalam keadaan senang dan susah PAS dan ahli-ahlinya bekerjasama memastikan perpaduan dalam Pakatan Rakyat dalam keadaan baik apatah lagi dalam menghadapi PRK Kajang," katanya ketika berucap pada program Pelancaran Jentera PAS PRK Kajang di Taman Jenaris malam tadi.
Katanya, walaupun ada suara yang cuba mengganggu persahabatan PAS dan perpaduan di dalam Pakatan Rakyat, parti yang satu-satunya berteraskan agama itu akan tetap bersama Pakatan Rakyat. "Kita sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat seawal tiga minggu lalu kita telah menyiapkan jentera bersama tuan rumah. Telah susun jentera kita dan kekuatan kita.
"Dan ingin bagi tahu rakan kita dalam Pakatan Rakyat kita bersama dan bangga memacakkan panji-panji kemenangan di Kajang. "Akan pastikan memberikan sokongan yang sewajarnya dan apa pun akan berlaku pada hari-hari seterusnya kita menyatakan bahawa kita hadapi apa jua cabaran atas nama Pakatan Rakyat,"katanya.
Beliau yang berucap bagi menggantikan Presiden PAS,
Datuk Seri Tun Guru Abdul Hadi Awang yang tidak dapat hadir kerana keuzuran
turut memetik amanah Presiden buat keseluruhan jentera PAS "kita mahu
menunjukkan PAS dan rakan dalam Pakatan Rakyat bersatu hati untuk tumpaskan BN
dalam PRK ini".
Salahuddin
bersama-sama calon PRK Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga barisan
pimpinan PAS termasuk Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat Datuk
Kamarudin Jaffar, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pengarah
Pilihan Raya PAS Dr Hatta Ramli, Timbalan Ketua Muslimat PAS Dr Siti Mariah
Mahmud serta pimpinan PAS Selangor turut membuat gimik pelancaran diikuti
nyanyian lagu PAS beramai-ramai.
Harakahdaily/05 mac 2014
0 comments:
Post a Comment