Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Saturday, February 28, 2015

Bergambar – Gaza Tenggelam Akibat Tindakan Israel Lepaskan Air Empangan..


Beratus warga Gaza Palestin meninggalkan rumah mereka pada hari Minggu pagi setelah pemerintah Israel membuka sejumlah pintu air empangan di dekat perbatasan Gaza. Air membanjiri Lembah Gaza setelah badai musim sejuk yang parah akhir-akhir ini.Kementerian Dalam Negeri Gaza menyatakan bahawa mereka telah memindahkan lebih dari 80 keluarga dari kedua penempatan dilembah Gaza (Wadi Gaza) setelah rumah mereka ditengelami air dengan kedalaman lebih dari tiga meter .Ini bukan pertama kalinya pemerintah Israel telah membuka empangan Gaza Loire. Pada Desember 2013, pemerintah Israel juga membuka empangan di tengah banjir besar di Jalur Gaza. Banjir mengakibatkan kerusakan puluhan rumah.Pada tahun 2010, bendungan juga dibuka dan membuat sekitar 100 keluarga harus dipindahkan dari rumah mereka.


Berikut adalah gambar-gambar penderitaan warga Gaza yang dipetik dari portal Era Muslim.
banjir gaza tengah 12
banjir gaza tengah
banjir gaza tengah1
banjir gaza tengah 3
banjir gaza tengah 4
banjir gaza tengah 5
banjir gaza tengah 6
banjir gaza tengah 7
banjir gaza tengah 9banjir gaza tengah 8
banjir gaza tengah 13
banjir gaza tengah 11
banjir gaza tengah 10
banjir gaza tengah 2

Harga Baru RON 95, RON 97 Serta Diesel Naik Melonjak..?

Harga minyak RON95, RON97 dan diesel naik 25 sen berkuatkuasa mulai tengah malam ini. 

Ekoran itu, harga baru RON95 ialah RM1.95 seliter, RON97 (RM2.25 seliter) dan diesel (RM1.95 seliter). “Harga baru ini akan berkuatkuasa  bagi bulan Mac 2015,” kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, kerajaan akan mengikuti perkembangan harga kos produk dan kadar pertukaran matawang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.-MK/28 Feb 2015

Harga Baru Petrol RON 95 / RON 97 Untuk Bulan Mac Akan Di Umum Malam Ini..

Minyak
Putrajaya hari ini enggan mengulas dakwaan yang tersebar di media sosial berhubung harga runcit bahan api akan naik antara 6 sen dan 20 sen berkuat kuasa tengah malam ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek sebaliknya berkata, pengumuman mengenainya akan dibuat secara rasmi pada malam ini. "Ini dah selalu orang tanya. Biar tiba masanya, saya akan umumkan. Malam ini kita akan ada pengumuman harga baru untuk Mac. Jadi kita tunggulah.
"Apa pun yang terjadi, apa saja pengumuman kita buat pada malam ini nanti. Kempen penurunan harga kita akan diteruskan di seluruh negara," katanya pada satu sidang media selepas melancarkan promosi 'Lebih Nilai, Lagi Hebat' di Shah Alam hari ini.
Difahamkan, pada masa ini terdapat mesej tersebar menyatakan antara lain, harga petrol RON95, RON97 dan diesel akan naik sebanyak 20 sen seliter bermula 1 Mac, esok.
Khamis lalu, beliau berkata, harga bahan api bukan satu-satunya faktor utama mempengaruhi harga barangan. "Apa juga yang berlaku pada 28 Februari, program ini (kempen penurunan harga barangan) akan berterusan," katanya, sambil menambah maklumat kempen yang melibatkan pasar raya besar sudah dimuktamadkan. "Harga (barang) tidak boleh dikaitkan dengan (harga) minyak kerana harga (barangan) ditentukan oleh pasaran, permintaan dan bekalan," katanya.
Hasan berkata faktor lain juga mempengaruhi harga barangan. "Petrol bukan faktor tunggal bagi kenaikan harga. Ini perlu difahami,” katanya.
Sebelum ini, Hasan mengumumkan program penurunan harga barangan secara besar-besaran di seluruh negara akan dilancarkan pada 1 Mac. Beliau berkata program itu hasil perjumpaan kementerian dengan pelbagai pihak antaranya syarikat, restoran, pasar raya besar, pemborong, peniaga, peruncit serta pengeluar makanan dan minuman, pada minggu lepas. –TMI/28 Februari, 2015.

Wednesday, February 25, 2015

Hudud - Peringatan Untuk Gobind Singh, 'Gunakan Saluran Yang Betul Jika Mahu Bantah'...


Mahfuz Omar
Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Mahfuz Omar mengingatkan Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo supaya menggunakan saluran yang betul jika mahu membantah pembentangan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II)  Kelantan 1993, bulan hadapan. Ini kerana menurutnya, enakmen tersebut atau lebih dikenali sebagai enakmen hudud sudah lama dirancang sebelum terjalinnya gabungan PR selepas PRU 2008. “Kami masih menekankan demokrasi dalam proses melaksanakan perkara ini yang mana ia memberikan pilihan kepada ahli parlimen untuk membentangkan, membahas, menyokong atau menolak rang undang-undang persendirian yang ingin dibawa itu.“Gobind bolehlah menggunakan ruang demokrasi tersebut untuk menyatakan pendirian bersama Ahli Parlimen DAP yang lain tanpa perlu membangkitkan isu berkenaan kedudukan parti lain di dalam Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sinar Harian pada Isnin melaporkan kenyataan Gobind yang berkata, Pas bukan lagi sebahagian daripada ahli komponen PR sekiranya bertegas membentangkan rang undang-undang pindaan hudud di persidangan Dun Kelantan pada 18 Mac ini. Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong mendakwa rang undang-undang itu tidak mendapat sokongan PR yang diwakili oleh PKR, Pas dan DAP.

Sementara itu, menurut Mahfuz lagi, pindaan yang dicadangkan hanyalah untuk mengemaskini dan memperbaiki undang-undang tersebut terutama dari aspek teknikal yang tertentu. “Ia belum dapat dilaksanakan sehinggalah mendapat kebenaran dan pindaan undang-undang di Parlimen. Pindaan yang bakal dibentangkan juga tidak mempunyai sebarang kaitan dengan cadangan pembentangan rang undang-undang persendirian ahli Parlimen (Private Member’s Bill) di Dewan Rakyat yang berkait dengan Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan atau Akta Mahkamah Syariah 1965 sebagaimana yang digemburkan oleh sesetengah pihak memandangkan tarikh pembentangannya pun belum ditetapkan lagi.“Pas dan Kerajaan Negeri Kelantan akur dengan apa jua keputusan dan ketetapan yang akan diputuskan di Parlimen kelak sama ada menerima mahupun menolak rang undang-undang persendirian tersebut. Pas juga menghormati keputusan yang telah disepakati bersama di dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 yang lalu,” katanya lagi.-SH/25 Feb 2015

Monday, February 23, 2015

Mari Bersama Ulama’ Ketika Mereka Masih Hidup, Jangan Sekadar Menyanjung Selepas Mereka Tiada..?

Ramai yang bersedih dan melahirkan dukacita dengan pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA), sehingga pelbagai penulisan, banner, dan ucapan diterima dari pelbagai pihak sama ada dari kalangan rakan Pakatan Rakyat, BN mahupun dalam dan luar negara.

Sikap hormat dan menyanjung seseorang pejuang merupakan suatu amalan yang sangat baik, apatah lagi kalau luahan ucapan tersebut lahir dari hati yang ikhlas.
Namun kekaguman kita kepada sesuatu tokoh tentulah bermanfaat seandainya kita bersama perjuangan yang dibawanya, bukan hanya mengkagumi mereka setelah ketiadaannya.
Apa yang penting kita memahami gagasan besar yang dibawa oleh TGNA ialah menanti keyakinan terhadap ajaran Islam sebagai penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku. Kemelut moral, kegawatan ekonomi, masalah perpaduan kaum, dan lainnya mesti kembali kepada asas bahawa manusia adalah hamba Allah dan kita mesti mengambil panduan dari Allah demi kebaikan sejagat.

Kehebatan pemikiran beliau dan gagasan besar yang dibawa membuktikan bahawa beliau merupakan ulama haraki yang berjaya mempraktikkan ajaran dan syariat Ilahi khasnya sewaktu beliau mentadbir kerajaan Kelantan.Alangkah baiknya kalau kita dapat bersama dengan beliau sewaktu beliau masih hidup, bukan hanya mengkagumi selepas beliau tiada. Apatah lagi sewaktu beliau hidup, ribuan cemuhan, kritikal, dan tuduhan yang  dilemparkan kepada beliau.Mungkin ada yang akan berkata adat perjuangan mesti menerima hakikat diuji dan dituduh dengan pelbagai pertuduhan. 

Hargailah sesuatu sewaktu ia masih ada, agar kita tidak menyesal bila ia sudah tiada. Marilah kita berkongsi perjuangan yang telah ditinggalkan beliau. Mari kita dokongi perjuangan Islam ini, agar kita dapat memancarkan keadilan sistemnya untuk masyarakat yang bernaung di bawahnya agar menikmati keharmonian yang ditentukan-Nya.MK/17 Feb 2015

Tuesday, February 17, 2015

Muslim Uighur China Memilih Turki Sebagai Destinasi Untuk Selamatkan Aqidah..

Ratusan Muslim Uighur telah meninggalkan China untuk menghindari penganiayaan dan diskriminasi agama yang mengancam keselamatan jiwa dan akidah mereka. Meskipun perjalanan mereka menuju Turki penuh dengan ancaman dan penderitaan, mereka tetap harus melakukannya demi menyelamatkan diri dari penindasan di negara asal mereka sendiri.
Di Turki, Muslim Uighur ditempatkan di Kayseri, Pusat Kota Turki. Ketika dimaklumkam akan ada kunjungan dari para wartawan untuk (temubual bagaimana cara mereka meninggalkan Chia), mereka menolaknya kerana bimbang akan keselamatan keluarga dan sanak saudara yang masih tinggal di China.Namun demikian, ada beberapa antara mereka bersetuju pada akhirnya untuk ditemubual dengan wartawan Al Jazeera dengan bantuan seorang penerjemah dengan syarat identiti mereka dirahsiakan.

[Rujuk-Documenting Opression Against Muslims pada Isnin-9/2/2015]
Mahasiswa Muslim membantah Diskrimasi pemerintah China terhadap penduduk Islam Uighur.
Seorang lelaki menceritakan, beliau memiliki tujuh orang anak mengatakan beliau tidak mendaftarkan kelahiran anak-anaknya dan menyembunyikan perkara tersebut dari pengetahuan pemerintah China. Sementara anak bonsunya pula lahir ketika dalam perjalanan ke Turki.Beliau menjelaskan mengapa dia meninggalkan Cina: “Tidak ada keperluan untuk kami tinggal di sana lagi. Isteri saya dilarang menutup kepalanya [dengan kerudung]. Kami tidak dibenarkan membaca Al-Qur’an dan bahkan ibadah pun dilarang”.. katanya.
Lelaki itu turut menceritakan beberapa rakannya ditangkap polis. Bimbang dirinya juga akan ditangkap, beliau memutuskan untuk melarikan diri, tetapi kerana tidak dibenarkan mendapat pasport, beliau harus memilih jalan yang merbahaya. Katanya, ‘sambil menangis mengenangkan empat lagi anak-anaknya yang ditinggalkan bersama seorang kenalannya’.
“ Kami tidak mampu membawa kesemua anak-anak kami bersama. Kami tidak tahu bagaimana dihujung perjalanan yang akan kami tempuhi. Kami tidak tahu apa yang sedang menunggu kami dalam perjalanan yang merbahaya ini. Saya tidak mahu mengirim semua anak-anak saya pada kehancuran mereka”.. katanya.
“ Setiap kali Saya keluar jam 7 pagi, saya tidak pernah berhenti memikirkan anak-anak saya untuk sesaat pun sehingga saya kembali semula dimalam hari. Tidaklah mudah untuk meninggalkan anak-anak Anda. Anda boleh bayangkan ‘ketidakadilan’ yang memaksa kami untuk melakukannya”..katanya.
Menceritakan pengalamannya ketika berada dalam kapal menuju Turki,..“Kami bersama satu keluarga lain. Tiba-tiba gadis kecil mereka yang berusia 5 tahun terlepas dari pangkuan ibunya dan jatuh ke laut. Kami tidak boleh berbuat apa-apa untuk menyelamatkannya kerana tak satu pun dari kami yang boleh berenang. Tangisan ibunya masih juga terngiang di telinga saya”.. kenangnya sambil menitis airmata..
Wallahukalam, dari sumber yang boleh dipercayai/Ar.com

Sunday, February 15, 2015

Papan Elektronik 'Melbourne Love TGNA' Terpampang Di Bourke Street, Australia...

Pemergian bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis, 12 Februari lepas mendapat perhatian pelajar-pelajar Malaysia yang berada di luar negara. Kematian Allahyarham yang juga dikenali Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) turut mendapat reaksi pelajar Malaysia di Australia.

Paparan papan elektronik bertulis 'Melbourne Love TGNA' di sebuah bangunan di Bourke Street, Australia menjadi viral di laman media sosial selepas kematian Mursyidul Am Pas itu. 

Seorang pelajar Malaysia turut mengutuskan ucapan takziah di atas kematian pemimpin Pas yang disegani itu. “Saya berasa sedih atas berita kematian berkenaan itu dan menggunakan kempen yang disediakan oleh syarikat telco tempatan Telstra untuk menyampaikan mesej berkenaan,” katanya dari Melbourne ketika dihubungi Sinar Online, hari ini.

Kempen syarikat telekomunikasi itu sebenarnya mensasarkan rakyat negara tersebut yang menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day) pada 14 Februari. Menurut pelajar Universiti of Melbourne itu lagi, sejumlah 20 pelajar Malaysia dari pelbagai universiti di Australia turut melakukan solat jenazah ghaib untuk Allahyarham.
Terdahulu, beberapa keping foto yang menunjukkan mesej berbeza seperti 'Malaysia Love TGNA' dan 'We Love Nik Aziz' di papan media elektronik sama juga telah dimuatnaik ke laman sosial.-SH/15 Feb 2015

Sambutan ‘Hambar’, Ini Alasan Rafizi Ramli…

Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli berkata tiada elemen mengejut menjadi punca sokongan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hambar. Rafizi berkata, berbeza dengan tahun 1998, ketika itu rakyat terkejut dengan keputusan terhadap Anwar, sekali gus menyebabkan ribuan turun ke jalanan memberi sokongan bekas Menteri Kewangan itu. 
"Rakyat sudah tahu, tambahan pula zaman kini maklumat dihujung jari."Perkembangan Anwar sudah diikuti, jadi rakyat tidaklah terkejut sangat," katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pandan itu berkata, namun ia bukan bermakna sokongan terhadap Anwar berkurangan sebaliknya rakyat akan menggunakan pentas undi untuk meluahkan sokongan mereka. "Umno jangan seronok sangat, tengoklah PRU tahun 2008, dalam senyap-senyap rakyat menghukum BN. "Zaman kini mungkin rakyat tidak guna pentas jalanan sebaliknya guna pentas undi," katanya.

Semalam satu perhimpunan menyokong Anwar oleh kumpulan yang menamakan diri #KITALAWAN di hadapan kompleks beli belah Sogo, dilihat kurang mendapat sambutan. Perhimpunan bermula tepat jam 4.30 petang itu dibuat sebagai sebahagian daripada kempen March to Freedom anjuran ahli keluarga Anwar bagi membebaskannya daripada hukuman penjara.-SH 15 Feb 2015

Friday, February 13, 2015

Status Di Facebook Ibrahim Ali Mengundang Kritikan Berhubung Kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz..

Satu kenyataan di laman Facebook presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berhubung kematian Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima cemuhan para pengguna media sosial itu.Tulisan tersebut menerima lebih 2,500 komen yang rata-rata mengutuk dan mengecam bekas MP Pasir Mas itu kerana tidak sensitif.Ibrahim dalam tulisan yang dimuatkan kira-kira tengah malam tadi antara lainnya menyebut bahawa pemergian Nik Abdul Aziz pada malam tadi “tidak mengejutkan” kerana “sudah lama tidak sihat”.Ibrahim juga mendakwa allahyarham “tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri Kelantan”.“Kalau ikut pada usianya, maka pemergiannya tidaklah mengejutkan dan sebelum ini sudah lama tidak sihat, umurnya juga panjang.
“Rakyat Kelantan ramai menyanjung nya kerana beliau dikatakan ulamak dan di gelar tok guru, walaupun beliau tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri kelantan.“Malah kemajuan Islam di Kelantan tidak kemana dan hukum hudud gagal di laksanakan semasa hayat nya walaupun menjadi MB Kelantan lebih 20 tahun,” tulisnya di laman tersebut.

Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan bahawa akaun Facebook yang memuatkan tulisan itu merupakan akaunnya.Namun, beliau menjelaskan bahawa ia ditadbir oleh seorang individu lain, katanya yang kini berada di luar negara.Beliau juga menyarankan agar media tidak menyiarkan rakaman berkenaan, yang kini disebarkan meluas di Internet.

Semakan kira-kira jam 12.30 petang mendapati kenyataan berkenaan didapati dipadamkan.Ia kemudiannya diganti dengan satu ucapan takziah yang ringkas dan juga satu gambar ungkapan doa dalam bahasa Arab.“Ada pihak urus (akaun Facebook)... Tak payah guna kenyataan (awal) itu,” katanya melalui kiriman SMS.

Seorang pengguna Facebook antara lainnya menyifatkan Ibrahim bersikap "busuk hati" kerana sanggup mengeluarkan kenyataan tersebut."Busuknya hati orang tua ini, moga bertaubat sebelum kau dijemput oleh pencipta," kata seorang pengulas yang menggunakan nama Nor Azlyna.Seorang lagi pengulas, Rabiyatul Adawiah Ghani berkata Ibrahim perlu merenung kembali tindakannya."Semua orang dah screen shoot dan save di memori otak kenyataan awak itu. Kami minta awak mengucap panjang, kaji semula apa yang awak tulis," katanya.Tidak kurang juga yang mahu Ibrahim menjelaskan lagi tindakannya."Saya nak bertanya kenapa Datuk padam status ini," soal Muhamad Zaid Farhan.
Jenazah Nik Aziz selamat disemadikan pagi ini dengan diiringi puluhan ribu penyokong di Pulau Melaka, Kota Bharu.-Malaysiakini

TGNA – Meskipun Sederhana Tapi Tegas Dan Ternama..

Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, 84, yang meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi adalah Menteri Besar Kelantan kelima yang dilantik ke jawatan itu selepas PAS berjaya merampas teraju kerajaan negeri Kelantan daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1990 hingga PRU 2013.
Mursyidul Am PAS yang cukup disegani kawan dan lawan dengan panggilan Tuan Guru itu adalah menteri besar parti pembangkang yang paling lama berkhidmat iaitu selama 23 tahun selain sebagai Ahli Dewan Undangan (ADUN) Chempaka. Sebagai seorang ulama dan tokoh politik yang tegas dengan pandangan Islam, Allahyarham sering menjadi figura penting bagi parti dan menjadi rujukan utama pemimpin PAS setiap kali berbangkit sebarang isu.
Selain bahasa Melayu beliau boleh berkomunikasi dalam bahasa lain seperti bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.
Turut dikenali sebagai menteri besar paling sederhana, Allahyarham kekal tinggal di kediaman rumah kampung di belakang Masjid Pulau Melaka di Kota Bharu dan sentiasa berjubah serta berserban. Memandangkan pengaruh Allahyarham yang begitu kuat, banyak pihak menganggap jatuh bangun PAS banyak bergantung kepada beliau sepanjang perjuangannya dalam parti itu.
Dalam dunia politik, walaupun sering bertentangan pendapat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, namun mereka sebenarnya saling menghormati antara satu sama lain. Malah, Dr Mahathir pernah menganggap Allahyarham sebagai saudara beliau.
Kewibawaan Dr Mahathir sebagai pemimpin yang memajukan negara sering diiktiraf oleh Nik Abdul Aziz. Pada tahun 2009, beliau disenaraikan antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku ‘The 500 Most Influential Muslims’. Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia.
Nik Abdul Aziz dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 19 Januari lalu selepas tahap kesihatannya merosot ketika banjir besar melanda negeri pantai timur itu, baru-baru ini selain menghidap barah prostat. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menziarahi Allahyarham di HUSM baru-baru ini diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Nik Abdul Aziz dilahirkan pada Sabtu 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu dan beliau adalah anak kedua daripada sembilan adik-beradik. Beliau mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri, Tuan Guru Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka sebelum memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam dari Universiti al-Azhar di Mesir.Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 cahaya mata dan antara anaknya yang mengikut jejaknya dalam politik ialah Nik Mohamad Abduh yang kini Ahli Parlimen Pasir Mas dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.-Metro

Thursday, February 12, 2015

Berita Kematian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat..

Al Fatihah
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Pulau Melaka jam 9.40 malam ini. Allahyarham sebelum itu dibawa pulang pada 8.40 malam dari Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) dan ditemani kaum keluarga.Terdahulu, anaknya, Nik Mohamad Abduh memaklumkan di dalam Facebook tahap kesihatan bapanya menurun selepas menjalani rawatan ulser, semalam.Sementara itu, orang ramai yang turut berada di pekarangan kediaman Allahyarham mengalirkan air mata sebaik dimaklumkan perkara itu.
Pemergian Allahyarham pada malam Jumaat dalam suasana cukup tenang selepas hampir sebulan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HUSM. Sementara itu, Nik Abduh mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi seluruh kaum keluarga pada jam 9.40 malam selepas sejam dibawa pulang dari HUSM.

Menurutnya, solat jenazah akan dilaksanakan pada 10 pagi esok di Masjid Pulau Melaka."Saya berharap rakyat Malaysia akan mendoakan roh beliau dicucuri rahmat," katanya kepada media sebentar tadi.
Amin..

“I will fight for freedom and justice. And I will never surrender”.! Sejauh Mana ‘Reformasi’ Tanpa Anwar..?

Lapan belas tahun lalu – ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara kerana kes liwat I, gerakan Reformasi dilancarkan.  Gerakan itu dipimpin isterinya sendiri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail yang juga Presiden PKR.
Sudah 18 tahun Reformasi berlalu. Keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang membatal rayuan kes liwat II, menyebabkan Anwar kembali ke penjara. Hukuman penjara lima tahun yang ditanggung Anwar sekaligus bakal menamatkan karier politik beliau selama lebih lima dekad. Namun, reformasi harus terus walaupun tanpa kelibat manusia yang bernama Anwar Ibrahim. Kekuatan reformasi bukan bergantung pada Anwar semata-mata.
Ia bukan demi Anwar atau kerana Anwar. Reformasi adalah detik kebangkitan rakyat Malaysia melawan ketidakadilan rejim Barisan Nasional.
Apa itu Reformasi?
Reformasi bukan sekadar slogan. Reformasi adalah iltizam untuk melahirkan masyarakat yang adil dan bebas.Barangkali ramai antara kita, terutama mereka yang mengaku sebagai ‘reformis’ lupa suatu ketika dulu; pada tanggal 12 September 1998 – Deklarasi Permatang Pauh diangkat menjadi kekuatan gerakan reformasi.
Deklarasi Permatang Pauh menyorot semula keazaman, sekaligus memberi peringatan kepada kita betapa perjuangan reformasi berhasrat melahirkan keadilan untuk semua kaum, menghapus diskriminasi ekonomi dan membanteras korupsi dan penyalahgunaan kuasa.
Reformasi menjadi detik baru dalam sejarah politik Malaysia. Ia mengubah lanskap baru politik negara. Buat kali pertama, kita menyaksikan kebangkitan rakyat melawan rejim pemerintah yang zalim pada skala yang besar.Ia hasil daripada sinergi parti politik, masyarakat sivil dan gerakan Islam untuk memperjuangkan keadilan dan melawan ketidakadilan.
Kekuatan sebenar reformasi sebenarnya bukan kerana Anwar Ibrahim. Anwar hanya simbol.Rakyat adalah penggeraknya. Tetapi, ‘kuat’-nya reformasi adalah kerana keinginan setiap golongan tanpa mengira kaum dan agama, kaya atau miskin untuk menjadikan Malaysia lebih baik.Kita tidak dapat nafikan bahawa Anwar adalah insan yang bertanggungjawab mencetuskan gelombang tersebut. Bagaimanapun, itu bukanlah sebab utama kenapa “reformasi” menjadi Reformasi.
Bagaimana ‘reformasi’ menjadi Reformasi?
Barangkali, dalam banyak pertanyaan; pertanyaan itu paling rumit sekali. Semua orang bercakap tentang ‘reformasi’. Ada yang mengaku reformis kerana konsisten berdemonstrasi di jalanan sejak 1998.
Ada pula yang mengaku reformasi kerana kesetiaannya kepada perjuangan Anwar – tetapi adakah kita sendiri faham mengapa ‘reformasi’ boleh menjadi (R)eformasi?
“Reformasi adalah idea, keinginan dan cita-cita untuk berjuang demi rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Idealisme ini melahirkan keyakinan dan inspirasi untuk melakukan perkara yang betul dan bermaruah.”
Kata-kata itu dikutip daripada Liew Chin Tong dalam bukunya, Speaking for Reformasi Generation terbitan Refsa pada 2009.Kenyataan Chin Tong menggambarkan semangat dan kesungguhan bagi mereka yang dibesarkan ketika era Reformasi. Kata-kata itu mungkin mewakili luahan jujur mereka yang mahu meneruskan agenda perubahan. Dan, ia bukan sekadar untuk menumbangkan Barisan Nasional. Tetapi, ia sumber kekuatan untuk mereformasi sistem dan institusi negara yang rosak akibat penyalahgunaan kuasa dan korupsi.
Reformasi menjadi ‘reformasi’ kerana iltizam dan kejujuran untuk menjadikan Malaysia lebih baik daripada pentadbiran sedia ada. Perjuangan reformasi itu memerlukan kejujuran dan keikhlasan.Jika tidak, kita akan terperangkap dengan segala macam dugaan dan akhirnya berpaling tadah terhadap keinginan yang sering kita cita-citakan.
Reformasi selepas Anwar? 
Penghukuman Anwar membuka jalan untuk kita merenung semula apa yang dimaksudkan dengan Reformasi. Kita tidak dapat menafikan bahawa kita terhutang budi dengan kekuatan Anwar di sebalik agenda reformasi. Namun, kita harus keluar daripada kepompong yang membelenggu fikiran kita selama ini.
Anwar meninggalkan legasi perjuangan politik yang panjang. Namun, perjuangan ke arah ‘perubahan’ memerlukan daya kesungguhan dan masa yang sangat panjang. Reformasi tidak harus bergerak hanya kerana Anwar Ibrahim.Reformasi perlu dikembalikan kepada semua golongan tanpa mengira agama dan bangsa. Reformasi harus kembali kepada tunjang asal perjuangan; yakni untuk memerdekakan setiap rakyat Malaysia daripada kekangan dan cengkaman autoritarianisme.
Sejauh mana perjuangan ‘reformasi’ akan mendapat tempat?
Ia terletak pada kesungguhan pendokong gerakan ‘pro-perubahan’ untuk meneruskan saki baki perjuangan kebebasan dan keadilan untuk semua rakyat Malaysia – yang masih panjang dan berliku-liku. Amanat terakhir Anwar Ibrahim sebelum beliau kembali ke penjara: I will fight for freedom and justice. And I will never surrender! - adalah sinergi gelombang Reformasi yang baharu dan segar.
Reformasi mungkin berkesan di dalam ungkapan Nelson Mandela di dalam memoir Long Walk To Freedom:“Untuk menjadi bebas bukan kerana membebaskan seorang insan dari kurungan penjara, tetapi iltizam hidup memperjuangkan kebebasan semua orang di bawah rejim yang zalim.”.. SK/Oleh Muhammad Nazreen/12 Februari 2015

Monday, February 9, 2015

Susah Sangat Kah Untuk Mencari Pengganti Anwar..?

Pemerhati politik tempatan mengakui masih samar-samar dengan sosok pengganti kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memandu pakatan itu sekiranya beliau dijatuhkan hukuman penjara, esok.Meskipun ada yang menyebut nama Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon pengganti, namun pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpandangan, kekangan utama Azmin adalah jawatannya sebagai orang nombor dua parti.

“Yang itu saya tak pasti sebab nak ganti Anwar perlu mempunyai ciri-ciri seseorang yang boleh memainkan peranan menjadi pengantara untuk Pas, PKR, dan DAP. Tapi saya tak nampak siapa yang boleh ganti.
“(Walaupun Azmin?) Ia lah, Azmin Timbalan Presiden PKR. Jadi, (jika Azmin mengganti Anwar) akan menjadi seolah-olah melangkaui Presiden (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail),” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Ketika ditanya kemungkinan calon pengganti dari parti selain PKR, beliau menyifatkan kemelut dalaman PR menjadi penghalang kepada kemungkinan itu.“Dalam keadaan kemelut sekarang, saya tak tahu sama ada wakil Pas boleh diterima DAP dan wakil DAP boleh diterima Pas memandangkan ada isu yang mereka perlu atasi sekarang,” katanya.

Pensyarah kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani melihat Azmin telah cuba ditonjolkan PKR sejak dulu untuk mengambil alih kepimpinan PKR.

“Mereka perlu melihat siapa yang sesuai. Dalam PKR pun sekarang ini, Azmin sedang cuba ditonjolkan sebagai pemimpin pelapis yang akan mengambil alih PKR.“Jadi, saya rasa PKR mungkin akan mencadangkan Azmin. Tapi keputusan PKR tidak mencerminkan PR, jadi, kena lihatlah juga keputusan Pas dan DAP siapa yang sesuai. Pengganti itu nanti tidak semestinya dari PKR,” katanya.

Sementara, Pensyarah kanan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir berkata, pemimpin yang bakal mengganti Anwar itu perlu diterima ketiga-tiga parti komponen.“Sesiapa pun orang itu, mereka perlu mencari pemimpin yang selayak Anwar. Tapi yang jauh lebih penting, pemimpin itu orang yang dapat diterima baik oleh ketiga-tiga parti komponen.“Seterusnya dapat menganjakkan PR ke hadapan sekiranya Anwar ke penjara. Mereka tidak ada pilihan. Pilihan mereka hanya memastikan PR terus bersatu,” katanya.

Meskipun calon itu tidak semestinya dari PKR, namun beliau percaya keutamaan itu nanti diberikan kepada PKR susulan DAP lebih selesa pengganti itu dari PKR berbanding dari Pas. 
Satu mesyuarat khas Majlis Pimpinan PR akan diadakan pada esok selepas keputusan kes liwat II Anwar diketahui.-SH/9 Februari 2015

Sunday, February 8, 2015

Perubahan Sedang Melanda Kepimpinan Baru Arab Saudi..?

Raja salman Abdul Aziz, Pemerintah baru kerajaan Arab Saudi mula melakukan perubahan dalam pentadbiran nya. Meskipun baru di tampuk kuasa, raja salman mengambil keputusan drastik yang cukup bertentangan dengan penguasa terdahulu, Raja Abdullah. Terdahulu, Raja Abdullah merupakan pendukung kuat regim Kudeta Mesir, Fatah al Sisi. Malah penglibatan Raja Abdullah sebagai tulang belakang Regim Kudeta berjaya menyingkirkan Presiden Mesir, Dr Mohamad Mursi.
Antara perubahan baru yang dilakukan Raja Salman adalah meredakan hubungan dengan Jamaah Ikhwan Muslimin Mesir yang sebelum ini ditekan oleh penguasa terdahulu. Menggantikan beberapa petinggi kerajaan dengan yang mendukung kebijaksanaannya. Membina kembali hubungan baik dengan Turki dan membawa kembali Qatar kepada persekutuan Teluk (GCC) dimana semasa era Raja Abdullah Qatar diancam keluar dari keanggotaan Dewan Kerjasama Teluk atau GCC.

Antara lain mengangkat kembali Dr Sheikh Syuraim sebagai Imam dan khatib tetap Masjidil Haram Mekah. Membebaskan ratusan tahanan Politik dari penjara Saudi. Dan yang paling utama, membendung gerakan Syiah dengan melantik Pangeran Muhammad bin Naif yang bertanggungjawab keatas kerjasama dengan Turki. Syiah yang kini bertebaran secara meluas di Iraq, Yaman, Lebanon serta Syiria menjadi fokus utama Raja Salman.
Terbaru, Pangeran Sa’ud Saifun Nashr telah menuntut kebertanggung jawaban terhadap Khalid At Tuwajiri, kepala yang bertanggungjawab menguruskan bantuan Kerajaan Arab Saudi sebanyak 20 juta Dolar kepada regim Kudeta Mesir. Dakwanya bantuan itu telah di korupsi oleh sebahagaian besar Jeneral-jeneral Kudeta Mesir dan wang itu telah digunakan hanya untuk menghancurkan Jamaah Ikhwan Muslimin.
Pangeran Su'ud menegaskan, “ 20 juta dollar benar-benar telah dicuri dan sama sekali tidak menyentuh kebanyakan rakyat Mesir. Buktinya, tidak ada satu pun perubahan positif yang dialami rakyat Mesir, bahkan semakin hari makin menderita… Kita harus menyelidiki pembaziran wang rakyat Saudi yang dibahagi-bahagikan kepada jendral-jendral pelaku kudeta di Mesir. Persoalkan, bagaimana wang sebanyak 20 juta dollar itu digunakan dan statusnya sebagai apa ? Pinjaman hutang, hibah atau memang perompakan ?...Bayangkan, mengapa wang sebanyak itu tidak mengubah apa pun kehidupan rakyat Mesir ? Krisis elektrik, gas, bahan asas makanan terus berlanjutan. Sangat jelas, Siapa yang menikmati wang puluhan juta dollar wang rakyat Saudi ? Siapa lagi kalau bukan mafia kudeta di Saudi dan para Jenderal di Mesir”..tegasnya..

Inilah hikmahnya. Semoga apa yang dilakukan oleh Raja Salman ini akan membuka pekong yang tersemat didada puak munafik. Biarpun di Mesir, pembantaian dan pembunuhan dihalalkan oleh sesetengah ‘juru dakwah’yang memutarkan dalil dengan menyokong tindakan regim-regim yang berkuasa terhadap pejuang Ikhwan Muslimin, Namun Allah tetap berkuasa. Inilah yang telah berlaku di Arab Saudi. Penulis berharap akan ada lagi perubahan-perubahan yang menjurus kepada kebangkitan Islam di dunia khususnya Timur Tengah.

Wallahuaklam, rujukan dari pelbagai sumber. Rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat.

“ Saya Hanya Insan Kerdil ”… Luahan Rasa Mangsa Liwat II Menjelang 10 Februari 2015...

Dua hari sebelum keputusan diumumkan Selasa ini, pengadu kes Liwat II Mohd Saiful Bukhari Azlan tampil meluahkan perasaan sedihnya.Menulis di blog, beliau berkata berasa amat dukacita dan terkilan mutakhir ini kerana suaranya jarang diambil kira.“Suara, layanan, keadilan dan keprihatinan terhadap saya sebagai mangsa jarang sekali diambil kira, malah dianggap tidak relevan dan tidak penting.“Walhal saya ini mangsa, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim orang yang dituduh,” tulisnya.
Saiful (kiri) membangkitkan keadaan di mana ramai pihak, termasuk “parti kerajaan” lebih prihatin dampak politik kes itu berbanding “ keadilan buat saya sebagai mangsa.”“Apapun saya sedar dan insaf, siapalah saya... Saya hanya insan "kerdil" yang tak ada apa-apa kepentingan... Anwar pula seorang VVIP (orang kenamaan), tokoh politik yang banyak 'kepentingannya'."Lumrah dunia,” katanya.

Mengulas kes yang hampir sampai ke hujungitu, Saiful berkata setelah tujuh tahun beliau mengalami perbagai pengalaman pahit dan manis.Justeru, beliau kini menyerahkan segalanya kepada kuasa Allah."Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi hamba-Nya yang tegakkan kebenaran."Pasti ada hikmahnya," kata bekas pembantu Anwar (atas) itu.Saiful juga memuatkan gambar beliau bermunajat di Gua Hirak, Mekah pada November 2010 dengan kapsyen “ Cahaya dihujung, Masjidil Haram”.-MK/8 Februari 2015

Saturday, February 7, 2015

Seorang Mati Di Bakar, Dunia Kalut..? Beratus Mati Di Bakar Di Dataran Rabiah, Dunia Membisu..?

Sheikh Wajdi Ghanim, seorang tokoh agama dan juga pendakwah di Mesir yang kini dipenjarakan oleh Regim Kudeta Fatah As Sisi mengkritik sikap pemimpin dunia Islam dan barat yang heboh terkait kematian seorang Juruterbang Jordan yang didakwa dibakar hidup-hidup oleh ISIS. Katanya, ‘ketika ini mereka sepakat mengecam tindakan ISIS mengenakan hukuman mati dengan cara yang sangat kejam’. Malah mereka sependapat pula mengatakan ‘membakar orang yang masih hidup adalah perbuatan yang sangat jahat dan brutal’.
Namun katanya, mengapa Dunia diam ketika Fatah As Sisi membakar ratusan penyokong Ikhwan Muslimin serta ribuan lagi yang dibunuh. Dakwanya.. “Kenapa kalian semua hanya diam ketika Abdul Fattah As-Sisi membakar rakyat Mesir hidup-hidup. Bukan hanya satu orang seperti yang dilakukan ISIS kelmarin. Regim As-Sisi membakar ratusan para penyokong Presiden Mursi dalam demonstrasi aman secara hidup-hidup. Contoh di Dataran Rabiah. Banyak jenazah yang sudah menjadi arang dengan keadaan mereka seperti melindungi diri dari nyalaan api. Ada dokumentasinya. Jelas, 'mereka yang mati akibat dibakar hidup-hidup'. Di Dataran Rabiah juga, banyak rakyat yang cedera sedang dirawat di rumah sakit dan mereka mempunyai harapan untuk hidup dibakar semua oleh As-Sisi. Belum lagi di Nahdha serta di masjid-masjid di Kairo”…“Jika kalian mengecam orang yang membakar satu orang hidup-hidup, kenapa kalian diam saja ketika As-Sisi membakar ribuan orang ? Apakah di mata kalian nyawa manusia itu bertingkat-tingkat kelasnya ? Ada yang perlu dilindungi dan ada yang tidak bernilai sama sekali” ?.
Malah katanya..“Kenapa orang yang melakukannya malah kalian sambut di negara-negara kalian ? Kenapa dia bahkan diterima dan menyampaikan ucapan di PBB ?. Malah dia mendapatkan dukungan dana yang sangat besar darinegara kalian.?
Dari pelbagai sumber, rujuk lain2 sumber untuk ketepatan maklumat..

Siapa Pak Samad Ni..?. ‘Presiden PAS, PKR, DAP Atau Presiden Ulamak Sedunia’..?

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) jika enggan menghadiri mesyuarat gabungan tersebut esok, kata Datuk A Samad Said.
Sasterawan negara yang mesra dengan panggilan Pak Samad itu berkata, Hadi perlu serius memberikan komitmen dalam PR kerana itu merupakan tanggungjawab pemimpin.“Kamu mahu bergabung tetapi tak nak hadir. Apakah ertinya gabungan itu? Mesti ada rasa rendah diri dan sedikit rasa tolak ansur,” kata Samad kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara di Kuala Lumpur hari ini. 
“Kalau tidak mahu ikut, jangan masuk. Duduk di luar saja. Saya fikir kadang-kadang pemimpin ini bermain di celah-celah akhbar. Dengan begitu, dia rasa agak terapung kuasanya.“Yang jadi masalah Hadi sahaja. Hadi kata ‘jangan dipaksa saya hadir’. Itu bukan paksa, itu tanggungjawab.”
Hadi berkata malam tadi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berhak menentukan sama ada beliau perlu hadir atau tidak ke mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang dijadualkan esok.
Menjawab persoalan yang ditimbulkan pimpinan DAP, selaras dengan resolusi Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya (CEC) Selasa lepas yang mengatakan pemimpin DAP hanya akan menghadiri mesyuarat jika ia dihadiri wakil PAS, Hadi mengatakan dia tidak terikat dengan sesiapa."Dia (Lim) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya hadir ke, tidak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.“Tengok hari mesyuarat inilah, saya hadir ke tidak hadir. Saya tidak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” katanya.
Samad berkata Hadi menjadi penghalang kepada hubungan dalam PR, sekali gus merencatkan potensi pemimpin berpotensi dalam PAS.Katanya, sekiranya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar dipenjarakan, maka kemungkinan besar parti dalam PR akan berpecah.“Masuk politik perlu memikirkan nasib bangsa yang harus dibaiki. Itu tugas mereka. Bukan untuk memperkekalkan diri kita dalam satu pergolakan kuasa.
“Saya bayangkan PR akan pecah. Lebih-lebih lagi kalau Anwar dipenjarakan. Tidak mustahil PAS akan ada anak gantinya. PasMa boleh menyelamatkan dengan bergabung bersama PKR dan DAP. PAS sendiri akan pecah dua.“Pasma boleh besar. Ia bukan dikira ramai orangnya tetapi mutu orang yang tahu apa yang diinginkan Malaysia dan orang yang mahu asas gabungan ini tumbuh dengan sihat,” katanya merujuk kepada kumpulan pro PR yang lahir daripada PAS Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia.
Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu turut melihat kepimpinan Anwar masih relevan walaupun tidak berupaya mendamaikan pergolakan di antara PAS dan DAP.
Katanya, kredibiliti Anwar dapat dilihat apabila ketua umum PKR itu masih relevan dalam arena politik walaupun berdepan dengan pelbagai tekanan luar.“Usia sebenarnya hikmah. Tidak bererti orang tua yang melalui pengalaman yang begitu perit sejak umur 20-an boleh diketepikan saja begitu. Itu andaian bagi orang yang tidak mahu Anwar berada dalam lingkungan kuasa.
“Kehadiran Anwar lebih penting kerana sudah menghimpun semua pengalaman. Dia tahu bagaimana individu itu kaya. Orang begini boleh membetulkan.“Saya tidak nafi memang ada orang gelojoh. Anwar watak konsisten. Ini watak yang benar-benar setia apa yang diperjuangkan dan mengetahui apa yang dilakukan kalau dia berkuasa,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Selasa ini, Anwar akan berada di dalam kandang Mahkamah Persekutuan menantikan keputusan rayuan liwatnya yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.
Pada September 2004, keputusan majoriti 2-1 mahkamah membebaskan beliau dan adik angkatnya Sukma Darmawan Sasmitaat Madja daripada tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii bersama Azizan Abu Bakar yang merupakan pemandu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri kepada Anwar.
Dalam kes liwat keduanya, Mahkamah Rayuan tahun lalu menjatuhkan hukuman terhadap ahli Parlimen Permatang Pauh itu kerana melakukan salah laku seksual terhadap bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah unit kondominium di Desa Damansara, di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun 2008.
Pada 2012, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan Anwar atas alasan integriti sampel diragui.Bagaimanapun, Zabidin menerima Saiful sebagai saksi berkredibiliti. Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari ini akan menentukan sama ada testimoni Saiful mampu membalas ruang-ruang kosong dalam hujah pasukan pembelaan Anwar. – TMI/7 Februari, 2015.

http://penburukonline.blogspot.my/