Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Friday, October 31, 2014

Presiden Mahasiswa UM, Fahmi Zainal Dikenakan Tindakan Tatatertib Selepas Perhimpunan Bersama Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim..

Universiti Malaya (UM) mengambil tindakan tatatertib terhadap presiden persatuan mahasiswanya Fahmi Zainol berhubung perhimpunan bersama ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim awal minggu ini.
Menurut surat jawatankuasa displin pelajar yang diterimanya awal malam ini, presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) akan berdepan dengan sembilan pertuduhan.

Pertuduhan-pertuduhan itu:
1. Menganjurkan satu perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.
2. Memanggil satu himpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor. 
3. Menghadiri satu perhimpunan yang tidak dibenarkan universiti.
4. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti" di kampus.

5. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib" di kampus.
6. Melakukan perbuatan yang menyebabkan apa-apa halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang dalam universiti.
7. Memiliki alat pembesar suara atau alat-alat serupa tanpa kebenaran naib canselor.
8. Gagal mengikut arahan kakitangan atau pegawai universiti semasa perhimpunan.
9. Gagal mematuhi surat tunjuk sebab pada 23 Oktober.
Perbicaraan kes disiplin itu dijadualkan pada 7 November.
Perhimpunan 27 Oktober lalu disertai kira-kira 2,000 pelajar dan aktivis selepas merempuh pintu pagar universiti berkenaan.
Universiti itu menutup pintu masuk utama dari arah Kuala Lumpur bagi menghalang acara tersebut yang tidak mendapat kelulusan pihak pentadbiran.
Fahmi memberitahu Malaysiakini malam ini bahawa lapan lagi pelajar menerima tindakan tatatertib berhubung program tersebut tetapi hanya beliau seorang yang dikenakan sehingga sembilan pertuduhan.
-MK/31 Okt 2014/Anjur Ceramah Anwar: Fahmi hadapi 9 tuduhan

Thursday, October 30, 2014

[Gambar] Pencuri Wanita Dibogelkan Dikhalayak Ramai...


Zhejiang: Seorang wanita hampir ditelanjangkan di khalayak ramai selepas baju dan colinya ditanggalkan oleh seorang peniaga yang menangkapnya mencuri.

Peniaga berkenaan dirakam bertindak demikian oleh orang ramai di bandar Wenzhou di wilayah Zhejiang, timur China, semalam, selepas dia menangkap wanita berkenaan, Yu Chung, 28, mencuri pakaian di kedainya.
Pemilik kedai Mei Hsueh, 39, yang berang dengan perbuatan Yu, memberitahu polis, dia menanggalkan baju dan coli Yu kerana mahu mengajar dan menghalang dia melarikan diri.
“Pencuri ini cuba mencuri pakaian saya. Kerana itu saya mengambil pakaiannya pula supaya dia akan berfikir dua kali sebelum mengulangi perbuatan itu. “Saya juga mahu menjadikan kejadian ini pengajaran kepada semua pencuri lain,” kata Mei.
Pemilik kedai itu mulanya menarik pakaian Yu sebelum menanggalkan colinya dan mencampakkannya ke jalan raya. Satu gambar dirakam menunjukkan wanita muda itu jatuh ke lantai sambil memaut kaki peniaga itu dan merayu colinya dikembalikan supaya dia boleh menutup dirinya daripada orang ramai.
Jurucakap polis Chi Tuan berkata, Yu ditahan dan akan didakwa dengan tuduhan mencuri sementara tiada tindakan diambil terhadap Mei. - Agensi

GST - Ku Li Gesa Kerajaan Dengar Rintihan Rakyat..


Putrajaya perlu mendengar rintihan rakyat dan tangguhkan dulu pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan, kata bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 Oktober, 2014.
Bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyeru Putrajaya menangguhkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana bimbang dengan prospek ekonomi negara.
Ahli Parlimen Gua Musang itu yang dikenali sebagai Ku Li berkata, kerajaan memekakkan telinga dan enggan mendengar rintihan rakyat.
"Hampir setiap tahun bajet yang dibentangkan seperti meminggirkan masalah rakyat.
"Terlalu banyak kritikan di Parlimen dan orang awam, juga di sosial media tetapi pemimpin kerajaan tidak mendengar langsung punca keretakan ekonomi dengan mengambil sikap tidak ambil peduli," katanya dalam surat yang diedarkan kepada semua ahli Parlimen hari ini.
Ku Li berkata demikian dalam surat setebal 6 mukasurat mengenai Bajet 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diedarkan kepada semua ahli Parlimen di Parlimen hari ini.
Surat itu berkata, kerajaan perlu bersikap sensitif terhadap faktor lain yang boleh membawa kepada kejatuhan ekonomi termasuk undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Akta Universiti Kolej Universiti (Auku). –TMI/30 Oktober, 2014.

Wednesday, October 29, 2014

Biarpun Digempur ‘Media Barat’, Erdogen Tidak ‘Lentur’ Dengan Telunjuk Amerika..!..

Mutaakhir ini, Turki mendapat tekanan luar biasa dari negara Barat, khususnya Amerika. Berulang-ulang kali media-media Barat melakukan provokasi mendesak Presiden Turki, Erdogen supaya Turki turut serta memerangi kumpulan Daulah Islam (ISIS). Meskipun diperbatasan Kobane, sempadan antara Turki- Suriah dikawal oleh tentera Turki, mereka tetap menahan diri dari menyerang ISIS. Biarpun di ‘gempur’ Media Barat, nampaknya Erdogen tidak mudah ‘lentur’ mengikuti kehendak Amerika untuk terlibat dalam peperangan di Suriah.
Sejak dari awal lagi, Turki sememangnya menyokong perjuangan rakyat Suriah. Turki dibawah kepimpinan Erdogen amat mengecam tindakan Basyar Assad yang membunuh ratusan ribu rakyat Suriah. Erdogen merupakan pemimpin Negara Islam yang paling lantang mengkritik Basyar Assad malahan Erdogen turut mengecam keterlibatan Russia, China dan Iran dalam penggunaan senjata kimia oleh Basyar Assad.
Semalam, Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu dalam wawancaranya dengan stesyen TV BBC pada Selasa 28/10/2014, menegaskan bahawa negaranya tidak akan turut serta bersama Amerika memerangi ISIS jika AS dan sekutunya tidak memasukan perang mengulingkan Regim Bashar Assad dalam agenda mereka. 
Ahmet Davutoglu mengatakan ‘Turki tidak akan mengambil bahagian dalam operasi militer terhadap ISIS, jika koalisi internasional pimpinan Amerika Syarikat tidak bertindak terhadap regim pemerintah Suriah’.. ‘Turki bersedia membantu dalam hal apapun sekiranya mereka memasukan agenda perang terhadap regim Basyar Assad yang telah membunuh 300 ribu nyawa rakyat Suriah’..
Menurutnya lagi,.. ‘AS jangan sesekali mengharapkan Turki akan mengirimkan pasukan daratnya ke kota Kobane di Suriah, jika pemerintah Barat tidak bersedia untuk melakukan hal ini. Katanya, ‘Bagaimana mungkin mereka berharap Turki mengirimkan pasukan darat dan membiarkan Turki menghadapi risiko itu bersendirian’.?.
Meskipun Turki tidak bersetuju dengan Daulah Islam (ISIS), pertanyaan besar kepada kita ialah, kenapa Turki tidak mahu terlibat bersama Amerika untuk memerangi ISIS..?.. Kemungkinan ini jawapannya..?..
Mungkin Erdogen sedar bahawa AS serta sekutunya bukan semata-mata mahu memerangi ISIS, tetapi memerangi rakyat Suriah itu sendiri. ISIS mungkin hanya dijadikan ‘sandaran’ untuk Amerika dengan mudah memasuki Suriah dan mempertahankan Regim Syiah Nushairiyah pimpinan Basyar Assad yang hampir jatuh. Jika Amerika benar ingin menyelamatkan rakyat Suriah, mengapa Amerika dan sekutu mereka ‘membisu’ terhadap pembunuhan rakyat Suriah oleh Basyar Assad selama tiga tahun terakhir..?..
Tentu kita masih ingat serangan Amerika terhadap Iraq pada 2003..?.Ketika itu, Presiden Amerika ‘Bush’,memberi alasan untuk menyerang Iraq untuk menghancurkan senjata pemusnah dan mendakwa Saddam Hussin memiliki senjata kimia berbahaya..?. Selepas Iraq dikalahkan dan Saddam Hussin digantung sehingga mati, sehingga kini ‘senjata pemusnah’ yang didakwa dimiliki Saddam Hussin tidak pernah pun ditemui..?.
Kemunculan ISIS dalam pergolakan di Suriah dan Iraq bukanlah satu perkara baru. Amerika pun mengetahui nya tetapi diperingkat awal ISIS tidak pula diletakkan sebagai ancaman besar kepada dunia. Seolah-olah ISIS ini ada ‘tangan-tangan’ dibelakangnya bagi mengerakkan kejayaan ISIS. Namun setelah ISIS menguasai banyak ladang-ladang minyak barulah Amerika melihat ianya satu ancaman untuk barat. Kemungkinan ini juga telah disedari oleh Erdogen bahawa tujuan serangan Amerika terhadap ISIS sebenarnya adalah sumber minyak. Bukan keselamatan rakyat Suriah atau pun Iraq. Bahkan diketahui bahawa ladang-ladang minyak di Suriah dan Iraq sebahagiannya adalah mlik barat, bukan milik rakyat Suriah atau pun Iraq...
Waallahuklam, dikongsi dari pelbagai sumber dan pandangan penulis sendiri. Rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat.

Tuesday, October 28, 2014

[Bergambar] - Kampong Chubadak Tambahan Di Robohkan DBKL...

Di saat seluruh mata orang politik dan aktivis tertumpu kepada kes mahkamah dua pemimpin besar Pakatan Rakyat hari ini, kesempatan itu digunakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk merobohkan kediaman penduduk Kampung Chubadak Tambahan.

Difahamkan turut berlaku pergelutan antara penduduk dan beberapa aktivis pelajar dengan pihak berkuasa ketika mereka berusaha mempertahan kediaman penduduk dari dirobohkan. 
Antara rumah yang dirobohkan termasuk milik warga emas Wahida Mat Salleh, 73, atau lebih dikenali sebagai Makcik Wahida yang menetap di situ bersama suaminya sudah hampir 45 tahun.
Lebih 50 anggota DBKL termasuk pasukan Light Strike Force (LSF) yang berpakaian lengkap dikerah mengawal keadaan.

Harakahdaily dimaklumkan sekurang-kurangnya dua aktivis mahasiswa ditahan pihak polis setakat ini ekoran tindakan mereka mempertahan kediaman penduduk dari dirobohkan. Antara yang ditahan termasuk aktivis Mahasiswa, Abdul Muqit Muhammad dan Ahmad Fahmi Mokhtar. Kesemua mereka dilaporkan dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah Sentul bagi diambil keterangan.
Sebelum ini beberapa kali cubaan dibuat pihak DBKL untuk merobohkan kediaman penduduk di sini namun dihalang oleh penduduk, ahli politik Pakatan Rakyat dan aktivis masyarakat. Bagaimanapun hari ini, ramai di kalangan mereka terlibat memberi sokongan kepada dua kes mahkamah melibatkan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peluang itu dilihat digunakan sepenuhnya pihak berkuasa Kuala Lumpur untuk meneruskan hasrat mereka merobohkan kediaman penduduk di kampung Chubadak Tambahan.
Turut beada di sana ketika ini termasuk pemimpin PAS Batu, dan juga beberapa pemimpin dari Pemuda PAS Pusat

 
HARAKAHDAILY 28/10/2014

Monday, October 27, 2014

[Bergambar] - Sambutan Hebat Terhadap Anwar Ibrahim Di Universiti Malaya - 27 Oktorber 2014

Hampir 4,000 orang yang hadir ke program pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini berjaya masuk ke dalam Universiti Malaya bagi menuju ke dataran Dewan Tuanku Chanselor (DTC).

Mereka yang tersekat di luar pintu masuk utama dari arah Kuala Lumpur selepas dihalang dengan pagar ditutup oleh pihak keselamatan universiti, berjaya masuk ke dalam kawasan universiti kira-kira jam 9.15 malam setelah pintu pagar terbuka selepas ditolak.

Pihak keselamatan yang pada awalnya membuat benteng di belakang pagar, hanya membiarkan sahaja peserta berarak masuk menuju ke DTC.

Tidak beberapa lama kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat tiba di pintu pagar masuk UM bersama isteri dan anak-anak beliau. Ketua Pembangkang itu kemudian dibawa dengan kenderaan pacuan empat roda menuju ke DTC.

Anwar dijangka menyampaikan pidato terakhir beliau malam ini sebelum ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya pagi esok bagi mendengar rayuan kes Fitnah ll terhadap beliau.

Biarpun hujan pada awal tadi, masyarakat awam serta sebahagian besar bekas pelajar UM tetap datang bagi mendengar pidato Anwar.




HD - 27/10/2014

Pemegang Kunci Kaabah, Syeikh Abdul Qadir Bin Taha Al-Shaibi Dari Keturunan Utsman Bin Talhah Kembali Ke Rahmatullah..

Telah kembali ke Rahmatullah, Syeikh Abdul Qadir bin Taha Al-Shaibi pemegang kunci Ka’bah pada hari Kamis (23/10/2014) dalam usia 75 tahun. Jenazah Syeikh Al-Shaibi dimakamkan di Mualla, Makkah, setelah disolatkan di Masjidil Haram.
Pemegang kunci Ka’bah itu wafat di Rumah Sakit Garda Nasional Raja Khalid di Jeddah pada hari Kamis pagi. Ajalnya datang di tengah persiapan rutin pencucian Ka’bah yang akan dilakukan pada 15 Muharram 1436 H (8 November 2014) Syeikh Al-Shaibi dilantik sebagai pemegang kunci Ka’bah setelah kematian pamannya dari garis keturunan ayah, Abdul Aziz Al-Shaibi, empat tahun lalu. Kini, anggota tertua dari keluarga Shaibi, Dr Saleh bin Taha Al-Shaibi akan menjadi pemegang kunci Ka’bah yang baru mengantikan Syeikh Abdul Qadir.
Keluarga Shaibi secara tradisi telah menjadi pemegang kunci Ka’bah sejak zaman pra-Islam. Kemulian dan tanggung jawab itu ditegaskan pada masa Rasulullah Muhammad SAW. Keluarga Shaibi saat ini merupakan keturunan dari Utsman bin Talhah yang hidup semasa Rasulullah.
Ringkasan Sejarah Pemegang Kunci Ka’bah..
Ketika Rasulullah dan kaum Muslimin berjaya menakluki Makkah, Rasulullah SAW pergi ke Ka’bah. Pintu Ka’bah ternyata dalam keadaan terkunci. Seiring dengan kedatangan Rasulullah, ramai penduduk Makkah sudah mulai menerima Islam. Mereka memberitahu bahawa kunci Ka’bah dipegang oleh Utsman bin Talhah.Dikala itu, Utsman bin Talhah belum lagi memeluk Islam. Utsman sendiri ketika Rasulullah dan kaum Muslimin datang sudahpun berada dibumbung Ka’bah.
Sahabat Baginda Rasullah SAW, Ali bin Abi Talib (ra) kemudian meminta kunci itu dari Utsman. Bagaimanapun Utsman bin Talhah menjawab permintaan itu dengan mengatakan ‘jika aku meyakini bahawa Muhammad seorang utusan Allah, maka pintu Ka’bah sudah sejak dulu aku akan buka’.. Ucapan itu menunjukkan Utsman bin Talhah tidak percaya dengan kerasulan Nabi Muhammad SAW dan oleh kerana itu dia tidak akan membuka pintu Ka’bah.

Akhirnya, Ali bin Abi Talib akhirnya berjaya mendapatkan kunci Ka’bah dari tangan Utsman. Ali terus membuka pintu Ka’bah dan Rasulullah pun masuk ke dalamnya. Di dalam Ka’bah Rasulullah SAW terus melakukan solat dua rakaat.
Ketika itu datang pula Ibnu Abbas (bapa saudara Nabi) dan berkata kepada Rasulullah SAW bahawa dia dan keluarganya sanggup menyediakan air untuk para Jamaah haji yang datang. Menuangkan air untuk menghilangkan dahaga para Jamaah Haji yang kehausan jika Rasulullah memberikan kunci Ka’bah itu kepadanya. kata Ibnu Abbas lagi, maka keluarganya akan memiliki dua kehormatan. Pertama, menyediakan air bagi jamaah haji. Kedua, membuka pintu Ka’bah serta menutup dan menguncinya ketika diperlukan.
Selepas dari itu, datanglah Malaikat Jibril membawa wahyu di dalam Ka’bah. Intipati dari Wahyu itu membawa maksud, ‘bahawa Allah telah memerintahkan untuk mengembalikan kunci Ka’bah kepada pemiliknya, orang yang diberi amanat untuk menyimpannya. Ertinya, kunci itu mesti diserahkan kembali kepada Utsman bin Talhah’...
Rasulullah kemudian memerintahkan Ali supaya mengembalikan kunci itu kepada Utsman  dan berpesan agar Ali segera meminta maaf kerana sudah ‘merebut’nya dari tangan Utsman. Denga segera Ali pun berjumpa Utsman dan berkata,.. ‘Ya Utsman, ini kuncinya, Dan kami menyampaikan permohonan maaf kerana kami salah telah mengambil kunci itu darimu’..
Terkejut Utsman bin Talhah bukan kepalang. Utsman bertanya kepada Ali mengapa dia tiba-tiba bersikap sangat baik kepadanya, padahal sebelumnya dia bersikap kasar merebut kunci itu dari tangannya..? Lantas Ali menjawab bahawa sudah turun ayat al-Qur’an dari Allah yang memerintahkan agar kunci itu dikembalikan kepada pemiliknya. Oleh kerana itu, kunci tersebut dikembalikan kepada Utsman.
Mendengar penjelasan Ali, Utsman bin Talhah terus mengucapkan dua kalimah syahadat, menyatakan dirinya beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul-Nya.
Malaikat Jibril kembali menemui Rasulullah. Jibril membawa perintah dari Allah (bukan wahyu berupa ayat al-Qur`an), antara lain bermaksud ‘memerintahkan agar Rasulullah bangkit dan memberitahu Utsman bin Talhah bahawa kunci Ka’bah itu akan tetap berada di tangannya dan seterusnya dipegang oleh keturunan dari keluarganya hingga hari kiamat’.
Sehingga sekarang, susur galur keturunan Utsman bin Talhah inilah yang memegang kunci Ka’bah sehingga datangnya berita kematian Syeikh Abdul Qadir bin Taha Al-Shaibi pada khamis 23 Oktober 2014...
Wallahuaklam/pelbagai sumber/Saudi Gazette.

Thursday, October 23, 2014

Jejak – Detik Terakhir ‘Singa Padang Pasir’ Umar Mukhtar Di Tali Gantung..!..

Setelah ditawan tentera kuffar Itali, Umar Mukhtar diperintahkan supaya menulis surat kepada para pejuang Mujahidin agar mereka segera menghentikan peperangan dan meminta mereka menyerah diri. Namun pada diri Umar Mukhtar, ugutan seperti itu tidak dapat melemahkan nya. Keengganannya berbuat demikian, maka Umar Mukhtar telah mengalami penyiksaan yang amat keras diluar batas kemanusiaan.


Sehingga akhirnya, pada 15 September 1931, Umar Mukhtar dibawa kemuka pengadilan dengan rantaian besi dipergelangan tangan dan kaki. Dikawal ketat dan disaksikan oleh seluruh Panglima Perang tentera Kuffar tertinggi, keputusan perbicaraan sudah diduga terlebih awal. Umar Mukhtar didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati ditali gantung.

Semasa penghakiman berlangsung keatas Umar Mukhtar, berlaku dialog antara Panglima Perang kuffar Itali terhadap Umar Mukhtar...

Dialog..
Itali – ‘Kenapa Anda memerangi Itali’..?
Umar –“Itu demi Agama dan Tanahair saya”..!..

Itali – ‘Bagaimana keyakinan Anda sehingga sampai berkata seperti itu’..?
Umar – “Kerana kalian adalah penjajah dan dalam hal ini perang diwajibkan keatas kami”..!

Itali – ‘Apa yang membuat Anda mempunyai kekuasaan dan berapa lama Anda dapat memerintahkan pasukan Anda agar tunduk kepada kami dan menyerahkan senjata mereka’..?
Umar - “Tidak mungkin saya melakukan hal itu. Kami pejuang yang sudah berniat dan bersumpah ‘Demi Allah” bahawa semua kami akan mati satu per satu. Kami sesekali tidak akan menyerah....”
Pada 15 September 1931 Umar Mukhtar pun diputuskan bersalah oleh pengadilan dan dijatuhi hukuman mati di tali gantung. Mendengar keputusan tersebut, Umar Mukhtar berkata, “Sesungguhnya keputusan itu hanyalah milik Allah.... Inna lillahi wainna ilaihi rajiun.”

Berita dijatuhkan hukuman mati terhadap Umar Mukhtar tersebar dengan cepat ke penjuru dunia. Berbagai reaksi diterima antara simpati dan sokongan silih berganti berdatangan. Khusus dinegara kelahirannya sendiri, Libya. Banyak lelaki, wanita serta pemuda dengan ikhlas dan sanggup bergalang nyawa demi menebus kematian Mujahid Agung mereka, Umar Mukhtar. Namun tidak pada Panglima Perang Itali, bagi mereka Umar Mukhtar amat berharga dan tidak boleh digantikan dengan sesiapa.

Rabu 16 September 1931 (1 Jamadil Awwal 1350 H), di kota Saluq, pelaksanaan hukuman gantung sudah disiapkan. Diundang 20 ribu para tetamu serta ahli keluarga dan tahanan politik dari berbagai wilayah untuk melihat proses penggantungan pemimpin mereka. Ditanah lapang tempat pergantungan dipenuhi dengan tentara-tentera Kuffar Itali serta senjata lengkap.

Jam 9.00 pagi, Umar Mukhtar diiring ketali gantung. Dari raut wajahnya, ‘tiada keluh kesah atau gundah gulana’ apatah lagi berduka. Wajahnya sentiasa menampakkan senyuman. Umar Mukhtar redha dengan ketentuan Ilahi. ‘Bahagia menanti kesyahidannya dalam mempertahankan Agama dan tanahairnya’.. Mungkin padanya, ‘Para Kuffar dan pengecut tidak mampu menumbangkannya di Medan pertempuran, hanya sekadar berani ketika dirinya sudah tidak bersenjata’..

Sebelum ‘tali’ dikalungkan kelehernya, Umar Mukhtar menoleh kepada para Mujahid seraya berkata.. ‘Wahai para mujahidin, janganlah kalian semua berputus asa dari rahmat Allah, kerana Allah akan menolong kalian dari penjajah dan perampas ini, dan Allah akan menolong agamanya, Islam untuk kalian. Kami tidak akan menyerah. Kami hanya punya dua pilihan, menang atau mati. Ini bukan berakhirnya perjuangan kami. Generasi berikutnya akan mengikuti jejak kami. Sedangkan saya, sesungguhnya umur saya lebih panjang dari umur mereka yang menggantung saya’...

Ketika ‘tali’ sudah melilit di lehernya, dengan tenang Umar Mukhtar mengumandangkan adzan dan membaca bahagian terakhir dari surah Al-Fajr.. ‘Hai jiwa nan tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya’..

Detik berlalu, roh Mujahid Agung serta kekasih Allah ini telah kembali kepada Penciptanya, Allah SWT. Terdengar dari suara Penjajah Kuffar Itali dengan memberi ancaman,.. ‘siapa saja yang menampakkan kesedihan dengan kematian Umar Mukhtar maka akan disiksa oleh tentera penjajah’...Tetapi apa yang nyata, ‘Kesedihan tetap menyelubungi semua yang hadir malah ada yang sanggup disiksa’..

Wallahuaklam..Dikongsi dari pelbagai sumber, rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat..

Tuesday, October 21, 2014

TGNA - Penganjur Program 'I Want To Touch A Dog' Disifatkan Sebagai 'Ada Ulat Dalam Kepala'...

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang menganjurkan program 'I Want To Touch A Dog' sebagai ada “ulat dalam kepala”.

Mursyidul Am PAS itu berkata, sekarang timbul banyak aliran yang bersifat liberal dalam Islam dengan menimbulkan idea-idea pelik dan boleh dianggap sebagai sesat.

“Menganjurkan program khusus bagi menjamah anjing hanya dilakukan mereka yang seumpama ada ulat dalam kepala. Ia bertentangan dengan mazhab Shafei,” katanya pada program sambutan ulangtahun ke-24 pentadbiran Membangun Bersama Islam (MBI) di Kelantan Trade Centre hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kerajaan.

Sempena ulang tahun tersebut turut diadakan jamuan rakyat di Dataran Stadium tengah hari ini. Tok Guru Nik Abdul Aziz juga melancar buku "Khalifah Kita Pilihan Allah" tulisan Menteri Besar.

Baru-baru ini ada pihak menganjur program 'I Want To Touch A Dog' di Damansara yang memberi peluang orang ramai hadir termasuk Islam menyentuh anjing.

Ekoran pendedahan program berkenaan banyak ulama tampil membantah. Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad pula mahu penganjur dan umat Islam yang menyentuh anjing bertaubat kerana mempersenda hukum Allah.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga berkata, ada pihak cuba melabelkan Islam sebagai liberal semata-mata bagi menghodohkan Islam, sedangkan demokrasi atau pelbagai kefahaman lain tidak pernah dilabel sebagai liberal. Beliau yang juga bekas Menteri Besar ketika mengimbau detik awal pentadbiran MBI di Kelantan memberitahu langkah pertama dibuat selepas mentadbir Kelantan iaitu memindahkan wang kerajaan daripada bank konvensional ke Bank Islam. “Langkah itu telah menimbul rasa tidak puas pengurus-pengurus bank yang terdapat di Kota Bharu sehingga mereka datang menemui saya bagi mendapat penjelasan. “Saya jelaskan sebagai ketua kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap wang kerajaan bagi mengelakkan sistem riba yang diharamkan oleh Islam,” ujarnya yang juga Adun Chempaka. 
HD 21/10/2014

Thursday, October 16, 2014

Kata MP Bagan Serai, 'Harga Minyak Naik, Harga Barang Tak Naik'.. .. Apa Komen Rakyat..?..

Pembangkang sengaja mencanangkan cerita bahawa apabila minyak naik harga barang akan naik untuk menakut-nakutkan rakyat, kata Ahli Parlimen Bagan Serai (BN) Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau ketika membahaskan Bajet 2015 berkata, pembangkang terlalu emosional dalam isu kenaikan harga minyak dan mendakwa tidak faham akan usaha kerajaan dalam merasionalisasikan subsidi rakyat.

"Bukankah minyak sudah naik lima kali pernahkah berlaku keadaan inflasi yang sukar dikawal? "Jawapan barang naik kerana minyak naik, ini tidak betul! Saya tidak bersetuju. Saya fikir ini bukan jawapannya. "Kita ada minyak. Kenapa minyak naik? Minyak kita minyak baik. Kita jual untuk kebaikan rakyat,"katanya.

Ekoran kenyataannya itu beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bangun dan menyangkal dakwaan itu sambil memohon untuk mencelah. Ahli Parlimen PAS Sepang Hanipa Maidin yang diberi laluan membidas Bagan Serai dan menyifatkan perbahasannya 'penuh dengan guruh tetapi kosong'. "Tidak perlu panggil orang ekonomi, bagi rakyat biasa pun secara rasionalnya tahu bila minyak naik barang akan naik. "Takkan tak ada kesan. Tak payah bahas panjang-panjang,"tegas Hanipa yang diikuti sorakan di kalangan Ahli Parlimen Pakatan.

Hanipa turut mempersoalkan Bagan Serai yang langsung tidak menyentuh soal rasuah yang berleluasa menyebabkan kerajaan terpaksa merasionalisasikan subsidi. 
"Perlu juga kita perbetulkan struktur, tutup pintu korupsi dan sebagainya. Ini kerana semakin ramai didedahkan korupsi semakin banyak orang kaya. Inilah keadaan korupsi negara kita. Kenapa tidak bangkitkan?"soal Hanipa. - HARAKAHDAILY 16/10/2014

Lihat, Apa Komen Pembaca...

Print Screen komen pembaca dari Harakahdaily/16 Okt 2014

Monday, October 13, 2014

PAS Di Buli...?.. Mengapa Annuar Musa Pula Yang Terasa..!..

Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa hari ini berkata, PAS adalah tulang belakang kepada komponen parti dalam Pakatan Rakyat (PR) meskipun kemelut menteri besar Selangor sebelum ini menyaksikan parti Islam itu bertelagah dengan DAP dan PKR. Annuar berkata, lebih baik PAS bersama dengan Barisan Nasional (BN) daripada terus dibuli rakan-rakan dalam PR.
"PAS marilah duduk bersama BN," katanya ketika perbahasan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
"PKR dan DAP buli PAS, turut buli bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Mereka lupa kekuatan DAP dan PKR datang daripada PAS," katanya.
Kenyataan itu kemudiannya disambut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang bangun dan menegaskan PAS tidak akan "termakan umpan" yang dihulurkan Umno untuk menyertai BN. "Ucapan Ketereh amat melucukan, macam nak cuba beri umpan. Beliau kata kita orang lama, minta maaf Ketereh, kita tidak termakan umpan," kata Khalid ketika membalas hujah daripada Annuar.
Annuar kemudiannya memuji PAS kerana mempunyai pendirian yang teguh meskipun diasak kepimpinan DAP dan PKR. "PAS tidak akan hancur kerana mereka istiqamah dalam perjuangan mereka, yang hancur parti lain," kata Annuar.
Khalid kemudian bangun sekali lagi dan menegaskan kebersamaan PAS bersama PR berjaya menjadikan sokongan mereka meningkat sehingga 52% ketika pilihan raya umum 2013.
"Apa nak bangga sangat dengan 52%, kalau orang buli," kata Annuar.
"Saya tidak salahkan Shah Alam, beliau tidak tahu," kata pemimpin Umno itu.
Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini melalui akaun Facebook miliknya mengakui PAS menjadi mangsa buli DAP dan PKR rentetan isu di Selangor berhubung isu menteri besar dan pemecatan ahli majlis di Pulau Pinang baru-baru ini.
Anak Mursyidul Am PAS itu berkata, jika dahulu PAS mangsa buli Umno, sekarang mereka dibuli rakan sendiri dalam PR. "Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS. "Sehinggakan PAS kelihatan seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana satu. Semua macam tidak menjadi," katanya dalam tulisan akaun Facebook miliknya.
TMI/13 Oktober, 2014.

Saturday, October 11, 2014

[Bergambar] - Haiwan Menjadi Korban ‘Persembahan’ Yang Mengerikan..?..


Ngeri, Pembantaian Hewan Kurban untuk Dewi Gadhiami di Nepal
Nepal memang terkenal dengan ritual pembantaian binatang ternak yang sangat brutal. Ketika perayaan persembahan kepada Dewi Gadhiami, ribuan binatang ternak di korbankan dalam upacara ini. Begitu banyaknya haiwan menjadi korban akibat di ‘pancung’ sehingga menyebabkan tempat berlangsungnya upacara tersebut tidak ubah seperti danau darah.
Upacara yang amat menghayat hati ini di rayakan di Desa Bariyapur, terletak di bahagian selatan Nepal. Upacara yang di adakan selama dua hari berturut-turut ini  mempersembahkan ribuan binatang ternak berupa sapi dan kambing. Puluhan penyembah Dewi Gadhiami terdiri dari lelaki akan membawa golok tajam dan bersiap sedia ‘memancung’ leher-leher haiwan ini. Dengan sekali ‘hayunan’, leher-leher haiwan korban akan berjatuhan dan adakalanya, sebahagian dari haiwan korban tersebut masih kelihatan berdiri ketika kepalanya sudah gugur ke bumi.. ‘Satu pemandangan yang cukup mengerikan’..
Menurut kepercayaan mereka, upacara ini mendatangkan barokah bagi masyarakat setempat. Sebagai insan yang masih memperhatikan nilai-nilai murni terhadap sesama makhluk yang masih hidup, kita yakin Tuhan tidak akan rela menyaksikan tindakan seperti ini apatah lagi untuk memberkatinya. Tapi apakan daya..?..
Melalui foto-foto ini, tentu kita dapat menilai sendiri, Apakah benar upacara ini mempunyai nilai-nilai murni dalam agama..?.. tentunya tidak..!.. Yang terlihat adalah suasana kekejaman yang dilakukan manusia terhadap makhluk yang bernyawa. Mereka yang datang dalam keadaan bersukaria sambil memenggal kepala binatang tanpa rasa kasihan. 

Dari itu, bandingkanlah bagaimana Islam menganjurkan cara dan bagaimana  haiwan korban diperlakukan untuk perayaan Hari Raya ‘Idul Adh-ha...

Friday, October 10, 2014

Banjir – ‘Janji Tinggal Janji’..?..


Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) menggesa kerajaan negeri Pahang melunas dan menyelesaikan segera janji pemberian wang bantuan kepada mangsa banjir tahun lalu.
Pengerusinya Mohd Shukri Ramli berkata, ini disebabkan masih ramai yang merungut belum mendapat wang tersebut sedangkan cuaca di daerah ini kini sering hujan lebat yang mungkin menyebabkan mereka ditimpa bencana banjir sekali lagi.

Katanya, jika kerajaan gagal satu himpunan rakyat akan digerakkan sebelum banjir kali kedua melanda tahun ini supaya kerajan yang dipilih rakyat ini lebih prihatin dan cakna masalah rakyat. “Cuaca di ibu negeri mulai sejuk dan sering hujan lebat dari malam tadi hujan sampai ke pagi. Penduduk sudah mulai mencongak musim tengkujuh kembali melanda sekali gus banjir datang lagi. “Namun ramai yang tertanya-tanya mana perginya duit banjir sumbangan kerajaan Emiriyah Arab (UAE) sebanyak USD10 juta yang dijanji untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir penghujung tahun lalu,” katanya.

Awal Disember tahun lalu daerah Kuantan dilanda bencana banjir paling buruk dalam sejarah sehingga hampir 30,000 penduduk terpaksa dipindahkan  ke pusat pemindahan banjir. Keadaan tersebut disebabkan hujat lebat selama beberapa hari sehingga air Sungai Kuantan naik mendadak serta fenomena air laut pasang besar. Dalam kejadian tersebut buat pertama kali pusat bandar Kuantan lumpuh ditenggelami air, harta benda awam dan persendirian musnah serta tiga jiwa turut terkorban.

Shukri berkata, Rakyat tidak suka terus dimomokkan dengan janji manis kerajaan. Meskipun mereka bukanlah lapar sangat dengan wang tersebut tetapi soal integriti menguruskan sumber kewangan yang diperoleh. “Bagaimana dalam satu kawasan perumahan yang sama-sama meredah banjir ada separuh yang dapat dan separuh lagi kempunan? “Kasihan mangsa, ada yang beratur panjang, berebut-rebut sehingga tiga kali beri nombor akaun bank. Ada yang sampai bertumbuk di Komplek Penyayang, semuanya mengharapkan duit banjir, tetapi senyap sunyi sehingga kini,” ujarnya.

Shukri berkata, kerajaan berjanji untuk memberi dua kali wang bantuan banjir iaitu RM750 daripada kerajaan negeri dan jumlah yang sama oleh bantuan Emiriyah Arab. Tambahnya, wang bantuan kedua itu kononnya dimasukkan terus ke akaun mangsa yang berdaftar melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Namun ramai mangsa yang mengadu belum menerimanya sama ada bantuan pertama mahupun bantuan kedua. - HD 10/10/2014

Thursday, October 9, 2014

‘Bungkam Amerika’..?..Terima Kasih Untuk Christina, Terima Kasih Kerana Keberaniannya..!..

Beranikah Pemimpin Dunia Arab mengkritik pembohongan Presiden Amerika, Barrack Obama di persidangan PBB, menelanjangkan segala kejahatan dan ‘membungkam’ segala perilaku jahat Yahudi yang mengorbankan darah bangsa Arab Muslim khususnya di Gaza..?.. Rasanya tidak..!..Mereka hanya sibuk mencium tangan Tzipi Livni, Menteri Keadilan Israel yang ‘terang lagi bersuluh’ adalah penjahat perang di Gaza. Mencari barokah dunia dengan ‘mengusap-usap’ tangan penjahat perang dan banyak pula yang bermuka-muka dengan penampilan agak sederhana konon nya agar menampakan lebih ‘konservatif’ dan cinta perdamaian..?.. Tidak kurang juga yang mengirimkan ucapan ‘selamat’ kerana kejayaan Israel menghapuskan ‘pengganas’ di Gaza..?..
Malu pula rasanya bila melihat seorang yang bukan muslim berdiri dengan beraninya mengecam dasar luar Amerika yang penuh dengan pembohongan, kebencian dan dendam kesumat dengan bertopengkan ‘perang melawan keganasan’..!.. Pujian dan ucapan terima kasih buat Presiden Argentina, Cristina Fernandez..!. ‘Anda seorang Wanita’, tetapi Anda seorang yang berani dan tegas, tahniah buat Anda’..
Di PBB, Cristina Fernández dengan lantang dan tegas mengecam Amerika, lihat apa katanya,..‘Anda pernah mengeluarkan keputusan untuk memerangi Al-Qaeda setelah peristiwa 11 September, anda menjajah banyak negara dan anda membunuh ratusan ribu nyawa penduduknya atas nama perang melawan keganasan di Iraq dan Afganistan dan sehingga kini, masih saja menjadi negara yang paling bermasalah dengan keganasan’...
‘Setahun yang lalu, kita pernah bersidang dimana anda semua melabelkan regim Basyar Asad sebagai pengganas dan anda semua menyokong pejuang oposisi yang dulu kami menganggap sebagai pembangkang, namun sekarang kita bersidang lagi untuk membungkam para pembangkang itu yang ternyata memang pengganas dan sekarang sudah termasuk senarai organisasi teroris yang sekarang sudah berubah menjadi super ekstrim’.
‘Dulu, Hizbullah juga pernah anda masukkan dalam senarai pengganas, terakhir diketahui bahawa Hizbullah adalah parti besar dan terkenal di Lebanon’... ‘Anda-anda semua pernah menuduh Iran disebalik ledakan Kedutaan Israel di Buenos Aires tahun 1994 dan sehingga saat ini, anda tidak dapat membuktikan bahwa Iran terlibat pada peledakan itu’..?..
Sepanjang persidangan di PBB, Cristina turut melahirkan simpati terhadap rakyat Gaza yang terkorban akibat serangan ganas Israel... kata Cristina,..‘anda semua memejamkan mata di depan musibah yang maha dahsyat yang dilakukan Israel yang membunuh ribuan nyawa rakyat Palestin, bukannya anda-anda memberi fokus kepada ribuan nyawa yang terkorban  itu, tetapi anda hanya fokus pada roket-roket yang jatuh ke Israel yang tidak merugikan apa-apa bagi israel’... (Mengharapkan penguasa-penguasa Arab untuk mengkritik seperti ini, Jangan haraplah..)
Tegas Cristina lagi,.. ‘Hari ini kita bersidang kembali untuk mengeluarkan keputusan bersama untuk menghalang ISIS dan menghancurkannya.Ingat, Negara-negara tempat beradanya ISIS (Suriah dan Iraq) adalah dua regim yang didukung oleh negara-negara yang menjadi kuncu-kuncu anda. Negara-negara pendukung (arab) itu adalah wakil tetap anggota Dewan Keamanan PBB’.. tambahnya.
Kritikan keras yang sebegini tentulah tidak disukai Amerika, mereka lebih mengharapkan ‘pujian melebar’ atas segala kerakusan mereka. Tentu sekali berbeza dengan ucapan-ucapan penguasa Arab yang lebih suram, membosankan, penuh dengan kemunafikan dan terlebih lagi seperti ‘menjilat-jilat’ kemahuan Amerika. Terlalu sedikit yang menghentam Israel atas keganasan di Gaza. Itupun penuh dengan rasa ‘malu-malu’..?..
Christina munkin benar..!.. Tetapi beranikah Amerika membuli Presiden Argentina ini..?.. Rasanya tidak, sebab ucapan Cristina untuk membela rakyat yang terkorban nyawa dan derita rakyat Gaza, sebahagiannya menjadi yatim piatu angkara Israel yang durjana. Christina hanya berpihak kepada nilai-nilai keadilan Hak Asasi Manusia dan menjaga martabat kemanusian seluruhnya. Lagipun, apa perlu takut dengan Amerika..?..
Terima kasih sebesar-sebesarnya kita sampaikan kepada Christina, terima kasih atas keberaniannya, terima kasih kerana ‘kewanitaan’ nya mengungguli semua Penguasa Arab yang mendakwa diri mereka jantan, tapi pengecut. Terima kasih kerana sudah menyampaikan kebenaran tanpa rasa takut kepada Amerika,pesawat-pesawat tempur serta bala tentaranya. Dan tidak lupa juga ucapan selamat kepada penguasa-penguasa Arab yang sudah mendapat berkah dan anugerah dari betina Tzipi Livni. Jika pun rakyat-rakyat tidak mengadili mereka dan persidangan PBB hanya mainan belaka, maka sejarah sudah tentu tidak akan melupakannya. Sejarah pernah mencatatkan lahirnya pejuang seperti Evo Morales dan Che Guevara, tidak pelik akan lahir pula ‘Singa Betina’ seperti Cristina, sementara bangsa-bangsa pengecut akan selamanya menjadi ‘hamba dunia’..Wallauaklam..
Edit dari pelbagai sumber dan pandangan peribadi penulis, rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat..

Tuesday, October 7, 2014

'Hati Orang Yahudi' Lebih Keras Dari Batu..!..

Surah Albaqarah/ayat 74-Maksud:
"Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal diantara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan".
Ayat ini menjelaskan betapa kerasnya 'Mentaliti' kaum bani Israel setelah mereka menerima berbagai-bagai nikmat kurniaan Allah serta nasihat yang disampaikan oleh Nabi Musa As. Nyata sekali segala Nikmat dan Nasihat yang baik tidak memberi bekas untuk mereka tunduk bersyukur kepada Allah malah mereka mendustainya.
‘Hati-hati’ mereka laksana batu bahkan lebih keras dari itu. Diantara batu-batu itu pun masih ada yang berlubang kerana titisan air, ada yang sehingga mengalir air sungai serta mata air yang menjadi tempat untuk manusia dan haiwan ternakan meminumnya tetapi ‘hati-hati’ bangsa Yahudi tidak pernah berubah menjadi baik dengan nasihat dan peringatan dari Allah. Mereka tidak diresapi hidayah kebenaran sehingga segala tanda kekuasaan Allah yang sah nyata didepan mereka dengan petunjuk para Rasul, mereka tetap mengingkarinya dan mereka pula membuat kerusakan yang lebih besar.  
Maka, adil-lah sekiranya ‘hati-hati’ orang yahudi diumpamakan seperti batu kerana yang dinamakan batu ini tidak dapat di lembutkan dengan api. Dan benda yang paling beku ini sememangnya batu. Besi mahu pun tembaga dapat juga dilenturkan dengan api. Batupun masih ada yang berlekok dengan titisan air, tetapi ‘hati’ orang Yahudi bukan saja lebih keras dari batu, malah tidak memiliki ‘hati’ untuk menampakkan cahaya kebenaran..
Tiang Seri

Mula-Mula Berkahwin Dengan Bapa, Selepas Itu Kahwin Pula Dengan Anak..?..


Foto
Gambar-Elisabeth (kiri) dan bekas anak tirinya, Holder..
DABO (Perancis): Seorang bekas anak tiri dan ibu tiri akhirnya melangsungkan perkahwinan mereka selepas beberapa bulan terbabit dalam isu undang-undang dengan pihak berkuasa Perancis mengenai hak mereka untuk berkahwin.
Elisabeth Lorentz, 48, berkahwin dengan Eric Holder yang tiga tahun lebih muda daripadanya di daerah Alsace-Lorraine, timur laut Perancis. 
Wanita itu sebelum ini berkahwin dengan bapanya tetapi pasangan itu tidak ada hubungan darah. 

Undang-undang Perancis melarang perkahwinan antara anak tiri dengan ibu / bapa tiri walaupun selepas ibu atau bapa tiri itu sudah bercerai. 
Pasangan itu merayu hingga ke Istana Elysee. Mereka menerima sepucuk surat pada Mei lalu yang ditandatangani oleh Presiden Francois Hollande, mengesahkan perkahwinan seperti itu dilarang di negara berkenaan.
Bagaimanapun, mereka memperoleh hak untuk berkahwin daripada mahkamah tempatan Alsace-Lorraine. Pejabat pendakwa raya di Paris membantah keputusan itu tetapi tidak merayu. “Akhirnya kami berkahwin,” kata Elisabeth. 

Bekas suaminya yang juga bapa kepada pengantin lelaki antara 100 tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan itu. “Dia tidak pernah melarang kami berkahwin,” kata pengantin perempuan itu. - Agensi

http://penburukonline.blogspot.my/