Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Tuesday, November 24, 2015

Ketua Wanita Umno Gopeng Di Pecat, Selepas Ini Giliran Siapa Pula..?


Datuk Hamidah Osman
Di tengah-tengah spekulasi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal akan digantung, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan bahawa hanya seorang ketua wanita bahagian yang dipecat.

Najib yang juga perdana menteri mengumumkan keputusan Majlis Tinggi Umno sebulat suara memecat Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman atas alasan berkaitan displin parti.“Majlis Tertinggi memutuskan Ketua Wanita Umno Gopeng Datuk Hamidah Osman dipecat sebagai ahli Umno kerana pelanggaran disiplin."Perkara lain juga turut dibincangkan tetapi tiada keputusan dibuat," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Parlimen hari ini.

Hamidah dilayangkan surat tunjuk sebab kerana hadir diLapangan Terbang Subang untuk menyambut kepulangan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau juga lantang membidas Najib dan pernah mendesak supaya beliau meletakkan jawatan.Hamidah adalah juga ketua penerangan Wanita Umno dan bekas Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional).

Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie, selaku timbalan presidendan naib presiden, tidak hadir pada mesyuarat yang bermula pada kira-kira pukul 6 petang itu.MK/24 Nov 2015

Sunday, November 22, 2015

Arah Tamatkan Perkhidmatan, Tiada Lagi JKKK PAS Dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang..

Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang hari ini mengarahkan kesemua 1,083 anggota Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari parti itu di negeri ini meletakkan jawatan berkuatkuasa serta-merta.Pesuruhjaya PAS negeri Muhammad Fauzi Yusof berkata surat arahan meletakkan jawatan dan menamatkan perkhidmatan sebagai anggota JKKK itu akan diedarkan dalam tempoh terdekat dan semua anggota terlibat diminta untuk mematuhi arahan itu."Kami mengambil keputusan untuk memberhentikan kesemua ahli-ahli PAS yang berkhidmat di dalam JKKK dalam semua kuota, kuota DAP, kuota PKR mahupun kuota campuran. Semua kita akan berhentikan.
"Kita tak izinkan mereka (kerajaan negeri) mengambil ahli-ahli kita untuk dimasukkan dalam senarai JKKK. Kita tidak mahu ahli JKKK PAS di negeri ini terus dimanipulasikan termasuk bagi memenuhi kuota JKKK di kawasan PKR dan DAP," katanya pada sidang media di Markas PAS Pongsu Seribu, di kepala Batas hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas kerajaan DAP Pulau Pinang banyak menyinggung perasaan umat Islam termasuk isu hukum hudud, pemecatan anggota pihak berkuasa tempatan dari PAS dan isu pemberian dana sekolah agama rakyat di negeri ini.
"Keputusan ini dipersetujui oleh majoriti anggota JKKK PAS di negeri ini selepas mengadakan dua pertemuan dengan mereka. Kebanyakan mereka mahu dan bersedia untuk meletakkan jawatan. Jadi, dengan sidang media ini tidak jadi keberatan untuk mereka meneruskan niat itu," katanya.
Muhammad Fauzi turut mempersoalkan tindakan kerajaan negeri memecat 300 anggota JKKK dari PAS di Kepala Batas dan mendakwa maklumat berkenaan adalah tidak tepat."Mengapa hanya pecat 300 orang sahaja. Adakah yang dipecat itu hanya dalam kuota PAS sahaja sedangkan ahli-ahli PAS yang berkhidmat dalam JKKK ini berada dalam kuota DAP, PKR dan kuota campuran. Jadi kenapa pecat 300 orang.
"Hasil daripada pemecatan tersebut kita dapati bahawa JKKK daripada kalangan ahli PAS itu ada yang tidak menerima notis pemecatan. Hanya beberapa orang sahaja yang menerima notis pemecatan. Jadi mana 300 orang yang didakwa dipecat.
"Kemudian ada yang mendapat notis pemecatan daripada Setiausaha Kerajaan Negeri yang bertarikh 11 Nov 2015 dan kenyataan (Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohd Rashid Hasnon) kata notis pemecatan berkuatkuasa pada 15 Nov 2015. Tapi keputusan mesyuarat kerajaan negeri pula kata berkuatkuasa pada 4 Nov 2015, dari segi tarikh pun kerajaan negeri buat pembohongan," katanya.
Mengulas mengenai status wakil tunggal PAS Datuk Mohd Salleh Man dalam kerajaan negeri berikutan pengisytiharan parti itu sebagai pembangkang di negeri ini, Muhammad Fauzi berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Anggota Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir itu dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada PAS pusat untuk membuat keputusan berhubung status Salleh Man."Saya sudah menghubungi beliau dan meminta untuk menetapkan satu tarikh pertemuan. Kita akan menasihati beliau mengikut etika dan adab di dalam parti,"katanya.
Beliau berkata sebagai seorang anggota PAS Salleh Man seharusnya istiqamah dalam perjuangan PAS dan mengingati lafaz bai'ah yang dibuat ketika mula-mula menjadi anggota parti itu.
-Bernama

Friday, November 20, 2015

Hanya Bergambar..!. Tidak Patut Tindakan Nurul Izzah Bertemu Jacel Di Jadikan Isu Besar..?


Nurul Izzah Anwar
TAWAU - Tindakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bertemu Jacel H. Kiram menguris perasaan rakyat Sabah, khususnya penduduk di pantai timur negeri itu yang digemparkan dengan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.

Presiden Persatuan Suku Kaum Banjar Tawau, Badrianshah Mohd Hamdi berkata, tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu menunjukkan Nurul Izzah menghalalkan perbuatan Jamalul Kiram III yang bertanggungjawab mengarahkan pencerobohan yang telah mengorbankan anggota keselamatan negara."Kita sebagai rakyat Sabah, khususnya di pantai timur mengutuk tindakan Nurul Izzah yang tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat di sini."Tindakan itu perlu dikecam kerana ia seolah-olah tidak menghormati anggota keluarga pasukan keselamatan yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Tanduo," katanya ketika dihubungi Bernama.
Jacel memuat naik empat gambar bertarikh 9 November dalam akaun facebook beliau yang memaparkan pertemuan dengan Nurul Izzah.Pada masa sama, Badrianshah berkata pihaknya bersetuju dengan gesaan beberapa pihak yang meminta kerajaan negeri mengharamkan kemasukan Nurul Izzah ke Sabah."Ia bertepatan demi menjaga perasaan rakyat Sabah yang telah terguris dengan tindakannya. Selain itu kita berharap Nurul Izzah memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pertubuhan Perpaduan Islam Sabah (PPIS), Ahdie Dodds berkata, pihaknya turut kecewa dengan tindakan Nurul Izzah bertemu Jacel baru-baru ini, dan berharap beliau akan segera memohon maaf."Walau apa sahaja tujuan Nurul Izzah berjumpa Jacel, ia tetap membuatkan rakyat sakit hati kerana Jacel turut menyokong insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu itu," katanya.

Ahdie berkata, pihaknya juga menyokong sekiranya kerajaan negeri mengharamkan kemasukan Nurul Izzah ke negeri ini. - Bernama

Thursday, November 19, 2015

PAS Larang Debat Lagi Pun Isu Yang Nak Di Bangkitkan Sudah Lapok...


Mustafa Ali
Pengarah Pilihan Raya Pusat, Datuk Mustafa Ali hari ini mengesahkan bahawa debat secara terbuka antara beliau dengan bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sudah dipersetujui untuk diadakan di Kota Bharu dalam masa terdekat.
Perkara itu disahkan Mustafa sendiri dalam akaun Facebooknya hari ini dalam mesej yang ringkas. Sinar Online cuba menghubungi beliau untuk mendapatkan butiran lanjut namun talian agak sibuk.
“Alhamdulillah, majlis bersemuka telah dipersetujui di Kota Bharu,” tulis Mustafa.
Semalam, Husam yang juga Adun Salor sudah bersetuju untuk berdebat secara terbuka dengan Mustafa termasuk sesiapa sahaja dalam isu pertemuan Pas dan Umno.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan bagaimanapun ketika ditemui media di Parlimen hari ini berkata, parti itu tidak akan membenarkan debat itu berlaku. "Saya sebagai Setiuasaha Agung ingin menjelaskan pendirian parti, kami (Pas) tidak membenarkan apa-apa pendebatan atau perbincangan isu ini di luar."Daripada parti dan kami tidak membenarkan mana-mana pihak cuba anjurkan perdebatan ini, " katanya.
Sebelum ini, Mustafa mengajak Husam bersemuka dalam satu majlis terbuka bagi mendedahkan kebenaran mengenai cerita lama dibangkitkan bekas Exco Kelantan itu mengenai pertemuan sebagai usaha untuk menyatukan Pas dengan Umno beberapa tahun lalu.Husam juga memberi peluang kepada Mustafa untuk menentukan tarikh dan tajuk debat terbuka itu dan beliau turut mencadangkan tajuk seperti Saya Tanya Anda Jawab.Terdahulu, Pemuda Pas Kelantan pula sedia menggalas tanggungjawab sebagai penganjur bagi program dialog terbuka itu.
Ketuanya, Ahmad Fadhli Shaari mencadangkan perkara tersebut selain menjamin akan menyediakan ruang yang luas untuk orang ramai yang mahu mengikuti penjelasan isu tersebut secara langsung.SH/19 Nov 2015

Wednesday, November 18, 2015

Sekumpulan Umno Sepang Rayu Najib Lepaskan Jawatan Perdana Menteri..


Lepaskan jawatan, Umno bukan milik Najib

Selepas 13 Umno cawangan Teluk Kemang mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melepaskan jawatannya Oktober lalu, semalam Umno Sepang pula tambil membuat perkara sama menentang kepimpinan parti. Kumpulan yang disertai sembilan wakil dalam bahagian Sepang itu berkata, ahli Umno perlu mempertahankan parti keramat itu, bukannya individu tertentu.
Ketua Umno Cawangan Rista Villa Perdana, Rushdan Mohamed berkata, Umno bukan milik peribadi Datuk Seri Najib, dan mereka berharap perkara yang membimbangkan sekarang diselesaikan segera sebelum Umno dan BN ditolak dalam PRU14 akan datang."Saya tak nampak hari ini apaila bersama akar umbi, bersama pengundi bahawa Umno dan BN akan dipilih sekali lagi."Jadi saya amat berharap dan merayu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan sebagai Perdan Menteri dan seterusnya Presiden Umno, jika Datuk Seri sayangkan parti keramat ini, sudah sampai masanya kerana masa diberikan lama sekali untuk Datuk Seri selesaikan masalah," katanya dalam satu sidang media khas semalam.

Beliau yang juga bekas Pengarah War Room BN Sepang ketika PRU13 lalu menegaskan, terdapat lebih 20 cawangan dalam Sepang setuju dengan tindakan ini.Dalam pada itu, Rushdan berkata beliau bersedia untuk dikenakan apa sahaja tindakan daripada partinya selepas keberaniannya mendesak Najib meletakkan jawatan. "Saya berdiri pada dasar utamakan kepentingan parti, saya bersedia untuk dipecat disoal siasat dan sebagainya, saya ingat lagi kali pertama saya keluarkan kenyataan tentang "Rayuanku Pada Tuan Presiden' saya telah difitnah dengan begitu teruk oleh seseorang. Saya difitnah melarikan duit PRU13 balik buat rumah banglo di kampung. "Saya difitnah kerana menentang Najib, dan kalau lihat balik tidak mustahil saya akan difitnah semula, jadi saya bersedia untuk apa sahaja tindakan oleh parti, saya hanya melakukan apa sahaja yang termampu, saya tidak mahu saya disoal oleh anak cucu saya esok apa yang saya lakukan untuk mempertahankan Umno kerana  mempertahankan pemimpin yang tidak betul," katanya.SH/18 November 2015

Tuesday, November 17, 2015

Bergambar – Ikuti Lima Serangan Pengganas Yang Menggemparkan Eropah

Perancis dibalut luka akibat serangan pengganas pada hari jumaat 13 November 2015. Serangan terancang ini merupakan yang kedua berlaku selepas peristiwa Charlie Hebdo yang berlaku pada 7 januari 2015 lalu. Serangan ini antara lima serangan yang sempat dicatatkan telah menggemparkan Eropah. Berikut ini beberapa aksi keganasan paling mengerikan.

1.Peristiwa Charlie Hebdo
Dua pengganas bersenjata AK 47 Kalashnikov menyerang pusat media Charlie Hebdo yang menerbitkan majalah mingguan yang terkenal di Perancis. Serangan yang dipercayai dendam akibat menyentuh sensiviti agama.
12 orang terbunuhtermasuk 8 kartunis Charlie Hebdo, 2 wartawan serta 2 anggota polis. Penyerang juga tumpas dalam kejadian tembak menembak dengan polis Perancis. Peristiwa ini berlaku pada 7 januari 2015.


2. Bom Omagh – Irlandia
Di kenali sebagai peristiwa Bom Omagh. Berlaku pada 15 Ogos 1998 di Omagh, County Tyrone, Irlandia Utara. Keganasan ini dipercayai dilakukan oleh Real Irish Republican Army iaitu satu kelompok yang menentang gencatan senjata IRA dan Jumat Agung Belfast.
Dalam kejadian ini, pengganas telah pun memberikan amaran 40 minit sebelum kejadian. Disebabkan kesalah fahaman mengenai lokasi bom, menyebabkan 29 orang yang sepatutnya diselamatkan dengan tidak sengaja diberi perlindungan dimana tempat bom itu berada. 29 orang maut serta 220 mengalami kecederaan teruk.


3. Tragedi Bom 11-M Spanyol
Tragedi yang dikenali sebagai Bom 11-M ini terjadi pada 11 Mac 2004. Dipercayai 10 ledakan berlaku didalam komuter Cercanias di Madrid Sepanyol. Serangan terburuk yang mengorbankan 192 jiwa serta mencederakan 2,050 rakyat dari pelbagai negara. Antaranya termasuklah Romania, Cuba, Chili, Columbia Republik Dominica, Ecuador, Guinea Bissau, Honduras, Maroko, Peru serta Polland. Serangan ini juga dianggap terburuk selepas tragedi Lockerbie pada 21 Dicember 1988.


4. Serangan Bom 7/7 London – Inggris
Tercetus di pusat Kota London pada pagi 7 Julai 2005. Serangan bom bunuh diri untuk mensasarkan orang ramai yang menggunakan sisitem pengangkutan awam. Serangan yang disyaki dilakukan oleh kelompok Al Qaeda. Mereka meletupkan bom secara urutan dipusat letak kerata Underground dan bas bertingkat di Tavistock Square. Serangan yang menyebabkan 56 orang maut serta 700 lagi cedera parah.


5. Serangan Norwegia 2011

Berlaku pada 22 Julai 2011. Berlaku di Regjeringskvartalet, Oslo, Norwegia berhampiran Pejabat Perdana Menteri Jens Stoltenberg dan bagunan pusat pentadbiran lainnya. Serangan yang dilakukan oleh Anders Behring Breivik, telah membunuh 8 orang diluar pejabat pemerintah. Serangan itu diteruskan ke Pulau Utoya dimana terdapat kem pemuda dari Parti Buruh telah mengorbankan 69 orang. Penyerang telah ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara 21 tahun.

Mushaf Al Qur’an Hasil Sulaman Tangan Ditawarkan USD 5 Juta Oleh Basyar Assad Tetapi Ditolak ..

Seorang rakyat Suriah, Muhammad Maher Al Khadhari telah berjaya menulis seluruh Mushaf Al Quran dengan cara sulaman selama 12 tahun lamanya. Hasil dari usahanya itu, beliau telah ditawarkan sebanyak USD 5Juta oleh Basyar Assad. Bagaimanapun, tawaran itu ditolak mentah-mentah oleh Muhammad Maher Al Khadhari.
Di petik dari Turkey Press pada Isnin 16 November, Muhammad Maher Al Khadhari mengatakan, ‘Dalam sebuah pameran Mushaf ini di Suriah, aku bertemu dengan Presiden Abdullah Gul yang hadir bersama Presiden Basyar Assad. Ketika itu Presiden Basyar Assad menawarkan harga sekitar USD 5 Juta untuk memiliki Musyaf. Tapi ketika itu aku belum lagi menyelesaikan sulaman seluruh ayat-ayatnya’.

Lanjutnya, “ Ketika sulaman selesai, Suriah sudah mengalami perang. Ketika itu Assad masih ingin membelinya. Dia mengirimkan orang untuk meminta, tapi aku tolak. Aku tidak mahu menjual karya ini untuk orang yang membunuhi dan menyengsarakan rakyatnya. Walaupun harga yang ditawarnya sangat besar ”.

Menurut Al-Khadhari, beliau berharap Turki mahu menerima dan menyimpan karyanya ini.katanya, “Turki adalah negara yang memberikan perhatian besar kepada karya-karya seni Islam. Turki sangat menghargai karya dan usaha kita. Turki adalah tempat yang aman untuk karya ku. Aku tidak mau karyaku menjadi bahan untuk diniagakan ”.


Muhammad Maher Al Khadhari memulakan hasil karya sulaman Musyafnya pada tahun 2000 dan selesai pada 2012. Panjang sulamannya 80 cm dan lebar 60 cm serta terdiri dari dari 12 jilid tebalnya.-Pelbagai sumber/Dt

Monday, November 16, 2015

Ahli Neurologi Temui Khasiat 'Air Wudhu' Lebih Sejahtera Untuk Manusia..

Rasulullah SAW menyatakan, wajah orang yang berwudhu itu akan senantiasa bercahaya, “Umat ku nanti kelak pada hari kiamat bercahaya muka dan kakinya kerana bekas wudhu”..
Dalam hadits yang lain disebut : “Barangsiapa berwudhu dengan membaguskan wudhunya, maka keluarlah dosa-dosanya dari kulitnya sampai dari kuku jari-jemarinya”. [HR. Muslim]
Apa yang disebutkan oleh Rasulullah saw melalui hadisnya ini menarik perhatian seorang ahli psikiatri dan neurologi berbangsa Austria iaitu Profesor Leopold Werner Von Ehrenfels. Beliau membuat kajian dan mengakui bahagian-bahagian yang diwajibkan wudhu memiliki jutaan sel saraf yang akan beraksi bila terkena air. Air yang di selaraskan sewaktu berwudhu dan titik-titik saraf akan membuat tubuh badan sentiasa sihat. Cuba bayangkan jika air wudhu itu sentiasa digunakan untuk membasuh wajah.
Inilah hikmahnya air wudhu. Memiliki keistimewaan anugerah Allah yang tidak boleh dinafikan meskipun teknologi canggih mencipta alatan kosmetik. Wajah orang yang selalu berwudhu lebih berseri serta memiliki aura yang lebih positif dan menawan.

Selain itu, antara kelebihan air wudhu diperkukuhkan dengan penemuan secara medic oleh Mokhtar Salem melalui bukunya Prayers a sport for the body and soul menyatakan, air wudhu boleh mencegah penyakit kanser pada kulit. Kanser yang disebabkan oleh bahan kimia yang setiap hari melekat dan terserap oleh kulit. Apabila dibersihkan dengan menggunakan air ketika wudhu, bahan kimia tadi akan larut. Selain itu, wudhu juga menyebabkan seseorang menjadi atau nampak lebih muda dan mukanya sentiasa bercahaya.

Foto Obama dan Erdogan yang dirakam di KTT G20 yang berlangsung di Turki. 
15-16 November 2015.
Lihat wajah mereka. Bukan bertujuan untuk buat bandingan. Cuma sekadar mengajak untuk kita menggunakan akal dan fikiran tentang apa yang disebutkan Rasulullah sendiri melalui hadis-hadisnya. Sungguh wajah yang selalu dibasuh dengan air wudhu akan berbeda.Obama terlihat lebih tua dibanding Erdogan. Padahal umur Obama jauh lebih muda. Obama berusia 54 tahun (4 Agustus 1961), sedangkan Erdogan 61 tahun (26 Februari 1954).Dilihat dari pancaran wajahnya juga berbeda. Erdogan terlihat lebih bercahaya cerah berseri.
Wallahuaklam/ditulis dari pelbagai sumber

Inilah Punca Azmin Sayang Kepada PAS Di Selangor, Tapi Lim Guan Eng Tak Tahu..?



Pemuda PAS Selangor menegaskan rakyat menilai gerak kerja PAS di negeri itu yang mengembleng tenaga bersama-sama Menteri Besar Azmin Ali untuk menjayakan agenda kebajikan kerajaan negeri. Ketua Pemuda PAS negeri Syarhan Humaizi Halim berkata PAS mendokong dasar dan usaha kerajaan negeri termasuk bajet yang bertemakan "Membangun Smart Selangor Yang Peduli" dalam menitikberatkan kebajikan rakyat.
"Realitinya rakyat Selangor sendiri boleh melihat kesungguhan dan khidmat bakti yang dilakukan oleh exco-exco PAS bahkan khidmat bakti itu bukan sahaja dilakukan melalui saluran kerajaan semata-mata."Bahkan PAS di Selangor itu sendiri melalui ahli-ahlinya sentiasa menyantuni dan mendahului untuk gerak kerja memberi kebajikan kepada rakyat," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengecam tuduhan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bahawa PAS akan "berbuat jahat" jika parti Islam kekal dalam kerajaan negeri dan menyifatkan tuduhan itu ibarat "orang gila yang bercakap tiada asas".

Semalam Lim berkata DAP perlu terus berada dalam kerajaan Selangor untuk memastikan PAS "tidak buat jahat" dan bagi menghalang parti Islam itu melaksanakan "dasar yang tidak baik" kepada rakyat negeri itu.
Dalam kenyataannya hari ini, Syarhan menegaskan tuduhan Lim tersebut dibuat akibat sikap "tidak puas hati" ekoran desakan mereka untuk mengeluarkan PAS dari kerajaan negeri tidak berjaya."Tuduhan DAP mengatakan hendak menghalang PAS dari buat jahat sebenarnya memakan diri DAP sendiri kerana rakyat Selangor boleh menilainya dengan baik."Hasilnya dengan tekanan demikian mereka menjadi umpama 'orang gila'," kata Syarhan yang turut membidas DAP kerana mengaitkannya dengan kerajaan Kelantan.

Sehubungan itu, beliau menegur DAP di Selangor supaya mengambil sikap berusaha bersama-sama membangunkan kerajaan negeri dengan mengutamakan agenda rakyat dan tidak mengizinkan sikap prejudis menggangu gerak kerja serta khidmat bakti untuk rakyat.MK/16 Nov 2015

Sunday, November 15, 2015

Pesawat Jenis Piper PA-32 Terhempas Di Pulau Pangkor.


Sebuah pesawat ringan milik persendirian dipercayai jenis Piper PA-32 dilaporkan terhempas di tepi pantai  Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pulau Pangkor pada jam 1.27 tengah hari tadi. – Gambar fail wikipedia, 15 November, 2015.
Sebuah pesawat ringan dipercayai jenis Piper PA-32 yang membawa 4 penumpang termasuk seorang wanita terhempas di tepi pantai Kampung Tersusun, Teluk Dalam, Pulau Pangkor hari ini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor Hisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu pada pukul 1.27 tengah hari tadi.
Beliau berkata kesemua mangsa mengalami kecederaan dan dibawa ke Klinik Kesihatan Pulau Pangkor untuk menerima rawatan lanjut. "Status kecederaan mereka masih dalam siasatan. Pesawat yang dinaiki mangsa adalah pesawat persendirian," katanya ketika dihubungi hari ini. – Bernama, 15 November, 2015. 

Saturday, November 14, 2015

‘Ole, Ole, Ole’, Sorakan Penonton Di Stadium De France Ketika Mendengar Bunyi Ledakan Bom..?

Berpuluh ribu rakyat perancis memenuhi stadium utama de France ketika berlangsungnya perlawanan bolasepak persahabatan antara perancis menentang German. Perancis yang mendahului German dalam perlawanan itu cukup mengasyikkan sehingga penonton tidak menyedari bahawa ledakan diluar stadium adalah angkara bom. Penonton yang dianggarkan berjumlah 80 ribu orang itu menyangkakan itu adalah letupan bunga api dan mereka bersorak ‘Ole,Ole,Ole’.
Tiga letupan berlaku diluar stadium. Dicatatkan empat orang mati. Kebetulan pada waktu itu seorang wartawan majalah Goal, Loiz Tanzi yang turut sama berada dalam stadium menceritakan, mereka beranggapan itu adalah letupan bunga api. Tidak lama kemudian, seluruh penonton merasakan ada keganjilan dari ledakan tersebut.

Cerita Tanzi, “ lama-lama, semua penonton yang ada di stadium mulai memahami situasi. Langsung tidak ada pengumuman. Pertandingan bola sepak antara Perancis dan German diteruskan. Bahkan kata Tanzi, Stadium bergemuruh ketika Perancis menjaringkan gol ”. Dipetik dari Sydney Morning Herald, Sabtu 14/11.

Ledakan pertama tepat di minit 17 perlawanan. Pertandingan diteruskan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Penonton masih kekal ditempat duduk tanpa membayangkan sesuatu. Cuma ditempat duduk khas, kelihatan Presiden Perancis, Francois Hollande yang turut sama menonton segera dibawa keluar dari stadium. Setelah pertandingan tamat, penonton dibawa keluar melalui arahan petugas. Mereka dimaklumkan situasi yang terjadi, sambil menyanyikan lagu La Marseillaise (lagu Kebangsaan Perancis), ada yang menangis dan ada yang tertanya-tanya, ‘Apa yang sedang terjadi’..

Seorang penonton Simon Kuper mengatakan, ‘Ledakan sangat kuat kedengaran dan dia menduga berlaku diluar stadium’..“ semua orang tidak mempedulikan ledakan itu bahkan bersorak menyokong pasukan Perancis. Bahkan sebahagian penonton menyalakan bunga api. Ketika ledakan yang kedua terjadi, para penonton tertawa dan pertandingan tetap berjalan” katanya.
“Ketika penonton bersorak jaringan gol Perancis, saya merasa ada yang ganjil. Saya berhenti menyaksikan pertandingan dan membuka laptop saya. Saya membaca berita yang mengerikan dan bertanya pada diri sendiri, haruskan saya mengajak anak-anak saya keluar dari stadium”. katanya.

Menurut Simon, pertandingan persahabatan Perancis dan Jerman merupakan hiburan bagi warga Paris apatah lagi Perancis bakal menjadi tuan rumah Piala Eropa 2016.
Pelbagai sumber

Kritik Kepimpinan Fatah As Sisi, Seorang Penyiar Berita TV Mesir Digantung Perkhidmatan..

Seorang penyiar berita dari TV Mesir digantung tugas kerana mengkritik Presiden Fatah As Sisi berkaitan pemerintahannya yang tidak mampu menangani banjir yang mengorbankan lebih dari 30 orang.
Azza al-Hennawy berkata.. ‘Sayangnya, ini adalah bagaimana rakyat Mesir dihargai oleh seorang Presiden dan pemerintahannya’, seperti yang disiarkan worldbulletin.net.
“ Ketika sebuah bangunan runtuh kerana korupsi di dewan lokal, warga negara Mesir akan beruntung untuk mendirikan tenda [di sebuah rumah pengungsi] dan menerima genset ”. sindir Hennawy sambil mendesak As Sisi untuk mengatasi masaalah korupsi didewan lokal.

Selesai program TV tersebut, Azza al-Hennawy didakwa telah melanggar peraturan dan dibawa ke jawatankuasa disiplin. Hany Gaffar, ketua bagi penyiaran TV Mesir berpendapat, Azza al-Hennawy telah melanggar peraturan dengan sengaja mengungkapkan pendapat peribadi ketika menyiarkan berita. Seperti sedia maklum, ruang lingkop kebebasan media di Mesir menjadi perhatian serius pihak berkuasa Mesir selepas Mesir di perintah oleh Kudeta tentera setelah menjatuhkan Presiden Mesir yang sah, Dr Mohamad Morsi.Sumber asal/Muslimdaily.Net

Wednesday, November 11, 2015

Sebutir Bom Meledak, Jatuhnya Pesawat MetroJet Rusia Di Sinai, As Sisi Pula Bagaikan Tenggelam Di Laut Merah.?.

Apakah tidaknya, Fatah As Sisi selalu mendakwa sistem keselamatan di Mesir adalah yang terbaik dan dikawal rapi. Sehinggakan tidak mampu diceroboh oleh pengganas. Tiba-tiba dalam masa yang sama, sebuah pesawat Metrojet milik Russia jatuh di wilayah Sinai. Meskipun pada awalnya As Sisi cuba meyakinkan masyarakat dunia bahawa tragedi itu tidak melibatkan keganasan, tiba-tiba muncul Presiden Amerika Syarikat ,Obama mengumumkan pesawat itu terhempas disebabkan Bom yang meledak dalam pesawat.
Kenyataan Presiden Obama itu bagaikan ‘terbelah laut merah akibat hempasan tongkat Nabi Musa, tenggelam Fir’aun Mesir didalamnya’. Apakah tidaknya, As Sisi yang sedia menghadapi krisis ekonomi Mesir disamping tekanan dari negara-negara luar akibat tindakan kuku besinya terhadap rakyat Mesir menyebabkan As Sisi hilang arah.
Kenapa..?
Selepas Presiden Obama membuat kenyataan itu, Syarikat penerbangan seluruh kesatuan Eropah terus membatalkan penerbangan mereka menuju Mesir. Antaranya Britain, Perancis, Jerman, Turki, Rusia dan lain-lain nya atas alasan keamanan. Sekurang-kurangnya Industri pelancongan Mesir terjejas teruk akibat pemulauan itu. Jadi dimana dakwaan Fatah As Sisi mengatakan Mesir adalah negara selamat untuk dilawati pelancung asing. 

Bukan sahaja pelancung yang tidak mahu lagi mengunjungi Mesir, malah yang sedia ada terus meninggalkan Mesir akibat bimbang dengan ancaman. Russia yang mencatatkan bilangan pelancung asing tertinggi di Mesir sekitar 75 ribu terus meninggalkan Mesir. Pada mereka Mesir bukan lagi sebuah negara untuk dilawati ditambah lagi dengan arahan pihak berkuasa negara- negara asing sudah memberikan amaran dan melarang rakyat mereka mengunjungi Mesir. Sememangnya mereka tidak mahu malapetaka yang menimpa 224 penumpang Metrojet akan menimpa mereka pula.Berapa kerugian Mesir.?.

Malu dengan tuduhan Mesir gagal menjaga kepentingan pelancung asing, As Sisi tiba-tiba menjadi hilang arah. Habis semua masaalah yang berlaku ditudingnya kepada Ikhwan Muslimin punya angkara. Dari seorang pemimpin berjiwa tentera yang dikenali tegas dan berprinsip dah jadi seperti pemimpin yang sakit jiwa.

Ketika Mesir dilanda banjir, apa yang As Sisi kata.. ‘Beliau menuduh Ikhwan Muslimin melakukan kejahatan. Banjir itu angkara Jamaah Ikhwan yang melakukan solat hajat (minta hujan turun). Hujan turun dan Mesir pun banjir”.. Mungkin As Sisi terasa diri seperti Fir’aun yang tenggelam di laut Merah yang terbelah akan menimpa dirinya pula. Jika tidak, kenapa gelabah..?

Adakah lagi petanda baik buat As Sisi.?.Negara-negara Teluk termasuk Arab Saudi tidak mahu lagi hulurkan bantuan. Mereka tidak mahu lagi menjadi ‘budak perahan’ Mesir. Yang hanya tahu meminta-minta. Mesir sendiri tiada keupayaan untuk membangunkan ekonominya sendiri. Sekarang tertanggunglah di bahu As Sisi menanggung situasi ekonomi Mesir yang kian hari kian memburuk.
Ikhwan Muslimin dalam kritikannya menganggap kejatuhan As Sisi sudah semakin dekat. As Sisi gagal memulihkan ekonomi serta keamanan Mesir. “ Regim Kudeta sudah tidak dapat melanjutkan kekuasaan nya lagi, semua perkara menemui kegagalan”..
Pelbagai sumber

Tuesday, November 10, 2015

Warkah Terakhir Buat Ayah Dan Ibu Sebelum Di Tembak Mati Regim Yahudi..

Seorang gadis Palestin berusia 24 tahun dibunuh oleh tentera Israel pada pagi Isnin 9 November berdekatan pos kawalan tentera Israel di kota Qalqiliq, tepi barat. Gadis itu bersama pisau ditangannya mendekati pos milik tentera Israel. Bersama nya sebuah tas tangan berisi surat yang diwasiatkan untuk ayah dan ibunya. Laporan IMEMC menyebutkan, gadis itu ditembak dalam jarak 30 kaki dari pos tersebut.

Merujuk kepada Media Israel, gadis tersebut Rasha Ahmad Hamed ‘Oweissi didakwa cuba melakukan penikaman tentera Israel yang berada dalam pos tersebut. Menurut jurucakap tentera Israel, Oweissi diminta berhenti bergerak kearah mereka tetapi ditolak dan mengambil pisau dari dalam poketnya.

Dalam tas tangannya terdapat satu surat yang ditulis Oweissi berbunyi,.. ‘Syukur kepada Allah, Salawat dan Salam. Ibu saya tersayang, saya tidak tahu apa yang sedang terjadi. Saya hanya tahu bahawa saya telah mencapai akhir dari jalan ini dan ini adalah jalan yang saya pilih dengan penuh kesedaran dalam membela tanahair saya, pemuda dan pemudi. Saya tidak tahan lagi terhadap apa yang saya lihat. Keluarga saya, saudara saya, maafkan saya untuk semuanya. Saya hanya tahu bahawa saya benar-benar mencintai kalian terutama tunangan saya. Maafkan saya untuk semuanya dan saya tidak punya apa-apa lagi selain jalan ini. Saya minta maaf atas pemergian ini’...

Kematian Oweissi ini menjadikan jumlah warga Palestin semenjak intifadah III yang bermula awal Oktober mencapai 77 orang. Majoriti rakyat Palestin yang ditembak mati regim Israel adalah berkaitan dugaan melakukan serangan dengan menggunakan pisau.
Bagaimanapun, semenjak berita ini tersebar, belum ada penafian atau pengesahan mengenai kebenaran surat ini benar-benar ditulis oleh Oweissi atau direkayasa oleh regim bagi menutup kezaliman tentera Israel..


Pelbaga sumber/rujuk lain sumber untuk ketepatan maklumat..

‘Sampai Hati Awak Buat Saya Macam Ini’, Pendedahan Kisah Isteri Curang..

Sukar untuk memberikan jawapan yang pasti, namun Wan Zairi Afthar Ishak merasakan peratusan kes tidak banyak berbeza di antara kedua-duanya. “Jika dahulu kisah kecurangan kebanyakan dikaitkan dengan lelaki. Namun dalam dunia yang semakin moden, sesiapa sahaja boleh terjerumus. “Sebagaimana berlaku curang seorang lelaki, wanita juga boleh melakukan perkara yang sama,” katanya.
Beliau yang pernah berkhidmat di dalam Polis Diraja Malaysia selama enam tahun mengakui kes curang atau perbuatan tidak setia merupakan kes paling banyak diadukan klien kepada pihaknya. “Setiap klien mempunyai kisahnya tersendiri. Kebanyakan klien kami terdiri daripada golongan atasan, kenamaan, kerabat diraja dan artis. Ada juga golongan pertengahan,” katanya.

Menceritakan salah satu kes yang pernah dikendalikan, menurut Wan Zairi, perbuatan curang yang ingin dikongsikan melibatkan golongan sosialit iaitu seorang isteri yang menjalin hubungan sulit dengan ‘anak ikan’ (lelaki peneman). “Klien kami merupakan seorang lelaki berstatus VIP. Pada mulanya dia agak malu untuk menceritakan masalah sebenar yang dihadapi namun, disebabkan mahukan kebenaran akhirnya dia berterus terang mengesyaki isterinya mempunyai skandal dengan lelaki lain. “Seperti biasa selepas bersetuju untuk menerima kes terbabit, kami pun mula mengekori dan mengawasi gerak-geri wanita berkenaan yang dalam perjalanan menuju ke Pulau Tioman. “Tanpa diduga wanita berkenaan singgah di sebuah lokasi untuk mengambil rakan-rakannya yang juga berstatus isteri orang. “Menyambung perjalanan mereka kemudian berhenti di satu lokasi lain dan bersuka ria di sebuah pusat hiburan.
Namun apa yang mengejutkan kali ini mereka bersama dengan ‘anak ikan’ masing-masing. Rupa-rupanya mereka sekumpulan isteri-isteri orang yang ada skandal dengan ‘anak ikan’,” katanya. Selepas puas berhibur, perjalanan diteruskan pula ke destinasi sebenar iaitu Pulau Tioman. Sampai sahaja di lokasi berkenaan, kesemua wanita berkenaan bersama pasangan ‘anak ikan’ masing-masing memasuki sebuah hotel dan menginap di sana. “Sepanjang mengekori mereka, kami menyamar sebagai pelancong namun, untuk memastikan sasaran tidak mengesyaki apa-apa, kami pun turut serta bersama kumpulan berkenaan semata-mata untuk mengumpulkan maklumat. “Kesempatan itu kami gunakan sebaiknya. Sepanjang tiga hari di sana bermacam-macam aksi dirakam untuk dijadikan bukti dan dihantar kepada klien,” katanya.


Namun agak membimbangkan sebaik memperolehi bukti berkenaan, klien bertindak nekad datang ke Pulau Tioman untuk menyaksikan sendiri kecurangan isterinya. “Pada masa itu emosi VIP tersebut memang dalam keadaan tidak terkawal. Sedih, kecewa dan marah pun ada. Bila-bila masa sahaja dia bersedia menyerang pasangan skandal itu. “Melihat keadaannya itu, kami pun menasihatkan dia supaya tidak mencetuskan jenayah keganasan yang boleh memberi kesan pada dirinya. Akhirnya dia akur dan bertindak mengetuk pintu bilik penginapan isterinya. “Sebaik sahaja pintu dibuka, situasi di dalam bilik tersebut bertukar seperti sebuah drama. Memang menyedihkan apabila klien terpaksa menyaksikan kecurangan isterinya di hadapan matanya sendiri sebelum sempat berkata ‘sampai hati awak buat saya macam ini,” katanya. Utusan Online/7 November 2015

Monday, November 9, 2015

Ketua Pengarah Kesihatan - Cecair Perasa Vape Hanya Boleh Dijual Oleh Ahli Farmasi Berlesen Dan Pengamal Perubatan Berdaftar Sahaja..



Cecair perasa vape yang mengandungi nikotin hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
Dr. Noor Hisham berkata, itu merupakan keputusan terbaru kementerian dalam usaha mengawal penggunaan dan penjualan vape di negara ini. "Cecair vape yang mengandungi nikotin dikehendaki didaftarkan di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1954, Akta Jualan Dadah 1952.
"Ia hanya boleh dijual oleh ahli farmasi berlesen dan pengamal perubatan berdaftar dan perlu direkodkan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas berkaitan e-rokok atau vape di sini hari ini.

Katanya, lagi mengikut Akta Racun 1952, penjualan nikotin oleh lain-lain pihak adalah salah di sisi undang-undang. - Bernama

Perasa Vape Baru Berjenama 'Uncle Maniam' Tersebar Di Facebook...?

Dewan Perniagaan Vape Malaysia mengesahkan cecair vape berperisa "Uncle Maniam" yang viral dalam Facebook tidak wujud sama sekali, sebaliknya hanya troll (tindakan mempersenda).Setiausahanya, Ridhwan Rosli berkata langkah itu dibuat ekoran kurang senang dengan tindakan Kementerian Kesihatan merampas merampas cecair vape mengandungi nikotin dalam serbuan ke atas penjualnya.
“Tidak ada (perasa itu), itu troll saja.
“Komuniti vape berasa kurang senang dengan tindakan menteri, itu yang mereka troll,” kata Ridhwan yang juga anggota Parlimen Belia kepada Malaysiakini.
Di Internet, gambar palsu perisa itu beredar meluas yang memaparkan gambar mirip Menteri Kesihatan, Datuk Seri S Subramaniam dipapar pada botolnya.

Nama Uncle Maniam sendiri seolah-olah merujuk kepada nama singkatan menteri itu.
Ia dilabel dengan perkataan “Uncle Maniam flava, most special product” (perisa Pakcik Maniam: Perisa paling istimewa) dan “unknown taste” (perisa tidak diketahui).
Ia juga memaparkan maklumat nikotin sangat tinggi dengan 100mg berbanding rokok biasa yang cuma 18mg.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Datuk Dr Subramaniam pernah membuat cadangan agar penggunakan vape diharamkan di negara ini.MK/9 Nov 2015

Sunday, November 8, 2015

DS Mukhriz Beri Bayangan Untuk Lepaskan Jawatan MB Kedah..?


Lepas jawatan MB, Mukhriz masih berteka-teki

ALOR SETAR - Datuk Seri Mukhriz Mahathir sedia mengundurkan diri dari jawatan Menteri Besar Kedah dan menyerahkan kepada mana-mana pemimpin tempatan yang dirasakan lebih popular dan mampu menyakinkan rakyat menjelang PRU14. Beliau berkata, hal itu akan berlaku sekiranya rakyat di negeri ini sudah tidak lagi menyokongnya.
"Namun jika rakyat dirasakan masih bersama saya, mohon semua pihak memberi kerjasama dalam pentadbiran saya untuk memastikan kita tetap mentadbir negeri ini hingga selepas PRU14 nanti," katanya kepada media di majlis anugerah Pingat Jasa Pahlawan Negara di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini, hari ini.
Hadir sama,Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.
Beliau berkata,  saf (kepimpinan) perlu dirapatkan supaya apa sahaja yang dilakukan di peringkat negeri atau pusat mendapat sokongan semua pihak termasuk adun dan parlimen.Beliau yang juga Pengerusi Umno Kedah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai viral yang dimuat naik oleh pemilik akaun Edisi Siasat yang menyebut 'Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan Umno'.
Perkara itu mula menjadi viral di laman Facebook selepas beliau menghadiri perjumpaan tertutup bersama pimpinan Umno Kedah dan Umno Pusat di Dewan Seri Mentaloon kelmarin.Mengenai perjumpaan itu, Mukhriz menyatakan sokongan penuh terhadap apa sekalipun keputusan dibuat kepimpinan pusat.Sementara itu, 300 bekas polis menerima Pingat Jasa Pahlawan sebagai menghargai pengorbanan mereka selama ini yang tidak pernah dilupakan kerajaan.SH/8 November 2015

Sebelum itu,Sinar Harian melaporkan

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih berteka-teki mengenai kesediaannya melepaskan jawatan yang disandang sejak 2013. Perkara itu mula menjadi viral di laman Facebook selepas beliau menghadiri perjumpaan tertutup bersama pimpinan Umno Kedah dan Umno Pusat di Dewan Seri Mentalon, di sini, hari ini. Mukhriz bagaimanapun masih menutup mulut dengan tidak mengiakan atau menafikan viral itu dengan menyifatkan bahawa sokongan rakyat perlu diutamakan. 
“Apa sekalipun keputusan pucuk kepimpinan, saya sendiri termasuk semua kepimpinan juga lebih mengutamakan apa kehendak rakyat. “Ini kerana kita tahu rakyat yang menentukan menang atau tidak dalam PRU14 nanti,” katanya kepada media, hari ini.
Viral yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Edisi Siasat menyebut "Alhamdulillah YAB DS MM sedia berundur sebagai MB Kedah demi kelangsungan Umno". 
Mengulas mengenai perjumpaan itu, Mukhriz menyatakan sokongan penuh terhadap apa sekali pun keputusan yang dibuat oleh kepimpinan peringkat pusat.“Dalam Bajet 2016 pun ada beberapa perkara yang disebut dan Kedah sangat terhutang budi atas kesungguhan kerajaan membantu kita untuk meyakinkan rakyat.“Inilah manfaat yang rakyat boleh rasai apabila ada kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang datang dari parti yang sama,” katanya.
Pada masa sama, beliau mengakui bahawa Kedah amat menagih perhatian kerajaan pusat kerana ia merupakan sebuah negeri yang kecil dan kurang dari segi pendapatan. “Saya seronok apabila Timbalan Perdana Menteri datang ke Kedah dan menunjukkan komitmen serta memberi aspirasi untuk kami mempertahankan Kedah,” katanya.

Sementara itu, Hishammuddin turut mengambil kesempatan memperjelaskan situasi yang berlaku terhadap Mukhriz seperti yang diviralkan di laman Facebook. “Kita yang memikul amanah dan tanggungjawab mesti bersedia pada bila-bila masa untuk mengundur diri apabila amanah dan tanggungjawab itu tidak dapat dilaksanakan.“Tetapi seandainya apa yang kita buat ini mesti berkisar kepada keputusan parti dan tidak bercanggah dengan apa yang diuar-uarkan di media sosial,” katanya.
Menurutnya, Umno mempunyai cara sendiri untuk menentukan arah tuju parti dan disiplin ahli. “Sebab itu saya menyokong penuh apa yang dinyatakan Mukhriz. Itu pandangan saya secara peribadi.“Itu adalah amanah yang kita pikul. Jika perlu untuk kepentingan parti, maka kita undur. Tiada apa yang pelik dalam kenyataan Mukhriz itu,” katanya.SH/7 November 2015

Thursday, November 5, 2015

Usul Undi Tidak Percaya Terhadap Najib Antara Yang Tersenarai Untuk Dibahaskan Di Parlimen...

Usul Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mencadangkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tersenarai dalam kertas Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini tetapi tidak mungkin akan dibahaskan pada sesi Parlimen yang sedang berlangsung ketika ini.
Ia disenaraikan sebagai item terakhir, di nombor 31, dalam senarai usul untuk dibahaskan pada persidangan Dewan Rakyat semasa, iaitu Mesyuarat ke-3 Penggal ke-3 Parlimen ke-13, yang berakhir pada 3 Disember. Oleh itu, rang undang-undang Dr Wan Azizah itu tidak akan berpeluang dibangkitkan kerana ada 8 rang undang-undang kerajaan lain yang mendahuluinya, dan 22 usul dikemukakan ahli Parlimen persekutuan lain. Mengikut konvensyen, urusan kerajaan mengambil keutamaan dan akan diselesaikan terlebih dulu.

Usul itu berbunyi: "Dewan ini tidak ada kepercayaan terhadap Yang Amat Berhormat Pekan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri Malaysia." - 
TMI– 5 November, 2015.

Wednesday, November 4, 2015

Sudan Selatan - Sebuah Pesawat Kargo Terhempas Dan Mengorbankan 41 Orang Penumpang.

JUBA: Sekurang-kurangnya 41 orang disahkan terkorban dalam nahas pesawat kargo selepas berlepas dari lapangan terbang di ibu negara Sudan Selatan, hari ini.

Mangsa yang terkorban berada di dalam pesawat dan bertaburan di atas tanah, kata seorang pegawai. Jurucakap Presiden, Ateny Wek Ateny berkata, seorang anak kapal bersama anaknya selamat. 

Beliau berkata, kira-kira 20 penumpang berada di dalam pesawat buatan Russia itu termasuk anak kapal dan 10 hingga 15 penumpang, sementara beberapa mayat lagi yang masih belum diketahui jumlahnya berada di tanah. 
Saksi di lokasi memberi tahu Reuters mereka melihat 41 mayat di lokasi kejadian. - Reuters

Canggih Punya Teknologi Pengesan Asap Pesawat Sehingga Kentut Kambing Pun Boleh Dibaca..?



Pesawat Singapore Airlines dari Sydney ke Kuala Lumpur terpaksa diubah haluan dan mendarat cemas di Bali, Indonesia selepas berlaku amaran kebakaran. Bagaimanapun, amaran itu ternyata tidak benar apabila sistem pengesan asap pesawat pengangkut SQ-7108 jenis Boeing 747-400 itu tersilap bacaan.

The Aviation Herald melaporkan amaran kebakaran sebenarnya disebabkan oleh gas daripada kentut dan najis kambing biri-biri.Selain membawa empat anak kapal, pesawat itu turut mengangkut 2,186 ekor kambing biri-biri.“Perkhidmatan kecemasan tidak menemui sebarang tanda kebakaran, kepanasan atau asap.“Petunjuk asap itu disebabkan oleh kentut dan najis kambing biri-biri,” menurut laporan itu lagi.

Pesawat itu tiba ke Kuala Lumpur kira-kira 2 jam setengah kemudian selepas berlepas semula dari Bali.Kentut dan najis haiwan mengeluarkan gas metana.MK/4 November 2015

http://penburukonline.blogspot.my/