Sponsor

Friday, March 28, 2014

Kenapa Anwar Ibrahim Bebas Memasuki Sarawak Sedangkan Sebahagian Pimpinan PKR Lain Tak Boleh Masuk...?..Pelik Juga...!..

Arahan kepada Jabatan Imigresen untuk melarang beberapa pemimpin PKR dan bukan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim memasuki Sarawak, menimbulkan pertanyaan di kalangan pemerhati. 

Mereka yang dilarang memasuki Sarawak Saifuddin Nasution (setiausaha agung), Rafizi Ramli (pengarah strategi), Tian Chua (naib presiden) dan Zuraida Kamaruddin (ketua Wanita).
Saifuddin, Rafizi dan Tian Chua dihalang memasuki Sarawak ketika mahu berkempen untuk calon PKR di Balingian pada 25 Mac lalu. Zuraida mengalami nasib sama dua hari kemudian.
Persoalan yang timbul:  Kenapa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem sebaliknya membenarkan Anwar masuk ke Bumi Kenyalang itu ?  Adakah beliau bimbang pengaruh Anwar, termasuk di negara Arab dan seluruh dunia? Atau adakah beliau sudah dinasihatkan oleh bekas ketua menteri Tan Sri Taib Mahmud untuk tidak melakukannya?


Ketua PKR Sarawak Baru Bian berkata, sudah jelas bahawa Adenan tidak sanggup melarang Anwar yang mempunyai pengaruh dan sahabat di seluruh dunia.
“Tindak balas antarabangsa terlalu berbahaya buat Sarawak,” kata Baru, dilihat merujuk kepada langkah kerajaan negeri menarik pelaburan asing ke Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE)

MK/28 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/