Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Saturday, November 29, 2014

Bergambar – Ritual Agama Yang Mengerikan, ‘Persembahan’ Untuk Dewi Gadhimai..

Ritual penganut agama Hindu ini dipercayai dilakukan untuk persembahan kepada Dewi Gadhimai yang menjadi sumber kekuatan kepada keluarga mereka. Ritual ini berlangsung selama dua hari bermula hari sabtu 29 November dengan acara memenggal leher haiwan diperkarangan sebuah kuil di desa Baripayur, sebuah desa diwilayah terpencil di Nepal.
‘Memang luar biasa,setiap orang sangat menanti acara ini’, jelas seorang pemuka agama Manggal Chaudhary berhampiran sebuah kuil yang mengadakan ritual ini. Jelasnya lagi, ‘proses ritual berjalan lancar dan sekarang mereka sedang melakukan ‘persembahan’. Dihari pertama, Penganut hanya diperkenankan untuk memotong kerbau. Setelah itu diikuti binatang lainnya’…
Acara persembahan akan dimulai pada tengah malam dengan pengawasan ketat pihak polis. Selama ritual berlangsung, minuman berakhohol adalah dilarang. Disamping itu, penganut akan bermalam dihalaman kuil bagi memanjatkan pujian untuk persembahan mereka.
Seorang penganut berkata, ‘saya persembahkan binatang ini untuk Dewi Gadhimai agar terlindung keluarga saya.Bila kamu percaya dan yakin padanya, ia akan mengabulkan permintaan kamu’..






Sejarah Ringkas Ritual Gadhimai..
Menurut cerita penganut setempat, ritual seperti ini sudah dimulakan sejak beberapa abad silam. Diceritakan pada ketika itu, Dewi Gadhimai telah menampakkan dirinya pada seorang tahanan dan dimintanya tahanan tersebut membangunkan sebuah Kuil. Setelah tahanan tersebut ‘tersedar’, rantai yang selama ini ‘membelengu’nya sudah terlepas dari ikatan dan tahanan tersebut dapat membebaskan dirinya dari penjara.
Sebagai balasan kepada Dewi Gadhimai, ‘bekas tahanan’ tersebut berusaha membangunkan sebuah kuil dan mempersembahkan binatang ternakan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Dewi Gadhimai. Dengan bersaksikan kepada setiap orang yang ditemuinya, ritual tersebut menjadi ikutan ramai dan tersebar sehingga sekarang.
Pelbagai sumber..

Friday, November 28, 2014

Bergambar - Detik Terakhir Ernesto Che Guevara Sebelum Di Laksanakan Hukuman Mati…

Gambar ini bertarikh 10 oktober 1967. Mengisahkan seorang Revolusioner, Ernesto Che Guevara setelah ditangkap oleh Tentera Bolivia dibawah perintah Amerika Syarikat di Vallengrande. Setelah hampir 50 tahun hilang, gambar-gambar bersejarah Che Guevara akhirnya terungkap dari seorang warga Sepanyol, Imanol Arteaga. Menurut Imanol Arteaga, gambar-gambar ini diambil dari seorang misionaris Bolivia tahun 1960an, Luis Cuartero.

Imanol Arteaga ketika menunjukkan koleksi foto-foto terakhir Ernesto Che Guevara di kediamannya di Ricla, Zaragoza, Spanyol pada 7 Nov 2014.


Inilah keadaan Ernesto Che Guevara saat sedang menghadapi hukuman mati.



Akta Hasutan- Najib Buat 'U-Turn' Sebab Rakyat Tidak Setuju..?..

teresakok
Tindakan ‘u-turn’ Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengotakan janjinya untuk memansuhkan Akta Hasutan membuktikan bahawa UMNO bukanlah parti perubahan, kata Naib Pengerusi DAP Teresa Kok Suh Sim.
“Hakikat yang nyata adalah Najib sebenarnya telah tunduk kepada sayap kanan dan elemen konservatif dalam partinya sendiri. “Najib jelas tidak mempunyai keberanian dan tunduk kepada partinya sendiri yang ternyata tidak boleh diubah walaupun sering mencanang bahawa UMNO-BN perlukan pembaharuan,” kata Teresa dalam satu kenyataan, hari ini.
Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh menyatakan, tindakan itu membuatkan rakyat tertanya-tanya Najib masih komited kepada konsep kesederhanaan, atau sama ada wujud pendakwaan terpilih di bawah Akta Hasutan tidak lama lagi.
Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini berkata, Najib seharusnya meramal pendirian keras sebahagian penyokong BN menentang rancangannya untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang keselamatan yang lain. Ini kerana mereka ingin mengekalkan cara lama dan menutup mulut pengkritik. Abdullah berkata demikian dalam ucapannya ketika menerima ijazah kehormat doktor falsafah pertama di Universiti Malaysia Kelantan pada September 2011. Tambah Abdullah usahanya sebelum ini untuk melaksanakan pembaharuan bukan sahaja menerima tekanan ‘dari luar’, bahkan dari dalam.
Dalam pada itu Teresa mengecam alasan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyalah rakyat sebagai punca mengapa Najib memutuskan untuk mengekalkan akta kuno tersebut. Rahman hari ini dilaporkan berkata, Najib memang mahu memansuhkan Akta Hasutan, namun malangnya rakyat tidak menyambut niat sucinya itu. “Alasan ini tidak munasabah dan tidak boleh diterima sama sekali,” ujarnya. 
Roketkini.com

Thursday, November 27, 2014

Akta Hasutan Dikekalkan..?.. Rakyat Bimbang Kerajaan Salah Pendekatan..!.


Dr Mohammad Agus
DALAM ucapannya di perhimpunan agung Umno hari ini, Perdana Menteri menyatakan akan mengekalkan Akta Hasutan dan memperkukuhkannya dalam sekurang-kurangnya dua perkara, iaitu:

(i) Memasukkan peruntukan khas untuk melindungi kesucian agama Islam dan agama lain juga tidak boleh dihina;

(ii) Memasukkan supaya tindakan boleh diambil terhadap mereka yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia.


Saya menyokong keputusan Perdana Menteri tersebut kerana tiga sebab. Pertama, sebagai sebuah negara yang masyarakatnya majmuk, kita perlukan undang-undang pencegahan untuk mengurus keharmonian negara. Kedua, untuk mengurus ancaman separatis yang mahu memisahkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Dan ketiga, untuk mengurus ancaman ekstremis agama dan perkauman yang boleh mengancam ketenteraman dan keselamatan negara.

Tetapi, sokongan saya adalah dengan catatan berikut. 
Pertama, definisi ‘hasutan’ perlu lebih jelas supaya orang yang kita tahan dan dakwa adalah betul-betul mereka yang melakukan kesalahan menghasut. Ingatlah, kritikan dan teguran itu bukanlah perbuatan menghasut.
Kedua, jangan jadikan Akta ini sebagai alat kawalan kerajaan untuk mendiamkan perbezaan pandangan.

Ketiga, jangan adanya pendakwaan terpilih. Akta ini perlulah dilaksanakan dengan adil dan saksama tanpa menyekat hak politik rakyat untuk berpartipsasi dalam politik. Perlu dinyatakan, dari tahun 2008 hingga 2014 sahaja sebanyak 274 kes yang didakwa di bawah Akta ini yang tidak hanya tertumpu kepada kesalahan menghasut, tetapi juga kepada ahli-ahli politik dan juga ahli akademik.


Di akhir analisis, dilihat dari pelbagai perspektif, akta ini ada baik buruknya, tetapi sebagai sebuah negara yang sentiasa panas dengan ancaman yang boleh mengganggu keselamatan negara, saya memilih untuk menyokong akta ini dikekalkan dan diperkukuhkan dengan catatan tiga perkara yang saya nyatakan perlu diberi perhatian.
Terima kasih PM.

Mohammad Agus Yusoff

Tuesday, November 25, 2014

Salah Umno Sendiri Jika UMNO Kalah Dan Lenyap Dari Muka Bumi...?

Tun Dr Mahathir Mohamad
1. Perutusan ini ditulis kerana saya tidak dapat hadir di Mesyuarat Agong Umno kerana berada di luar negara. Tetapi kerana saya kurang sihat untuk keluar negara, saya mungkin hadir insya-ALLAH! Walaubagaimanapun saya ingin membuat kenyataan ini juga.

2. Sebagai orang tua dan orang tua Umno pula, izinkanlah saya memberi sedikit pandangan.

3. Semua tahu Umno sekarang tidak popular seperti Umno dahulu. Ada yang berkata Umno tidak lagi relevan.

4. Sedikit sebanyak pandangan ini berasas. Jika Umno dikalahkan dan hilang dari muka bumi, kepimpinan dan ahli Umno tidak boleh nafi sumbangan mereka kepada kejatuhan parti yang begitu berjasa kepada Melayu dan negara Malaysia.

5. Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh pemimpin dan ahli Umno?

6. Pada pandangan saya, yang pertama ialah kerana menganggap Umno sebagai batu loncatan untuk perkaya diri sendiri.

7. Umno hanya menerima ahli baru yang tidak mengancam kedudukan pemimpin yang sedia ada di semua peringkat.

8. Cawangan tidak terima sesiapa yang berkebolehan mencabar Ketua Cawangan. Ini adalah oleh kerana ada habuan bagi Ketua Cawangan.

9. Oleh itu yang dapat masuk Umno hanyalah orang Melayu yang kurang berbakat daripada Ketua Cawangan. Apabila Ketua Cawangan meninggal, penggantinya ialah orang yang lebih lemah daripadanya.

10. Pengganti pun demikian. Hanya yang tidak punyai kebolehan yang lebih daripadanya sahaja yang diterima. Apabila dia kembali ke rahmatullah, yang mengganti lebih lagi lemah.

11. Dan seterusnya. Kepimpinan di peringkat cawangan dan bahagian semakin lama semakin lemah dan tidak berupaya memimpin. Sebab itulah apabila ditanya siapa yang akan jadi Menteri Besar Selangor jika Barisan Nasional menang, tidak ada jawapan. Walhal Selangor penuh sesak dengan Melayu yang terpelajar, berbakat, sudah kaya dan tidak perlu memperalatkan Umno untuk perkaya diri sendiri. Mereka ini tidak boleh masuk Umno. Yang sedikit yang dapat masuk akan disekat kenaikan sebagai pemimpin.

12. Budaya war lord (kepala perang) sudah meresap kedalam Umno. “Umno saya punya.” “Bahagian ini saya punya.”

13. Kerana kecewa ada yang berbakat dan berjiwa Umno menyertai parti lain. Maka akan merosotlah Umno dan akan hilanglah parti keramat ini.

14. Yang kedua ingin saya tekan akan pentingnya menegur pemimpin. Tunku, Tun Razak, Tun Hussein bukan sahaja ditegur bahkan dicabar. Saya diserang dan hampir kalah dalam pertandingan.

15. Tanpa teguran pemimpin akan percaya segala yang dilakukan olehnya betul belaka. Tetapi sebenarnya ada yang dilakukan olehnya salah dan tidak baik.

16. Saya dinasihat supaya tidak membuat teguran terbuka. Sebenarnya sudah saya tegur secara tertutup berkali-kali, terutama berkenaan masalah Bumiputera dan Umno. Tetapi tidak berkesan. Teguran secara terbuka terpaksalah dibuat.

17. Harapan orang Melayu ialah wakil-wakil ke Perhimpunan Umno akan buat teguran terhadap beberapa perkara yang hangat dibincang ramai sekarang.

18. Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Janganlah selalu mendengar orang tertentu yang dikeliling kita sahaja. Yang mengeliling orang yang berkuasa tidak baik bagi mereka.

19. Orang Melayu mungkin tidak pandai seperti pakar-pakar rujuk, tetapi saya percaya orang Melayu tidak bodoh. Mereka yang membangunkan negara dari sebuah negara miskin kepada negara yang memberi banyak nikmat kepada semua.

20. Selamat Bersidang Umno. Mudah-mudahan diberi petunjuk oleh ALLAH SWT.
 

Tun Dr Mahathir Mohamad
Sumber SH/25 Nov 2014

Pemerintah Mesir Sedia Bersekongkol Dengan Yahudi Israel Untuk Hapuskan Palestin..?.

Presiden Mesir Abdul Fattah al-Sisi : Mesir Akan Melindungi Israel dari Rakyat Palestina
Jelas dan nyata, Presiden boneka Mesir, Abdul Fatah As Sisi mengatakan bahawa negaranya bersiap sedia mengirimkan anggota tenteranya ke Palestin dalam rangka jaminan untuk keselamatan Israel dan bekerjasama untuk memerangi pengganas. Ketika diwawancara bersama akhbar Itali, ‘Corriere della Sera’, Fatah as Sisi mengatakan, ‘kami siap mengirim pasukan tentera ke Palestin. Membantu polis Israel dan meyakinkan Zionis bahawa peranan mereka sebagai penjamin keamanan’..

Bekas Jenderal tentera Mesir ini menekankan bahawa ‘setiap pengerahan pasukan tersebut untuk waktu yang diperlukan bagi mengembalikan kepercayaan keduabelah pihak antara Mesir dan Israel. Tambah as Sisi, dia telah berbicara tentang idea ini dengan panjang lebar bersama perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presien Palestin, Mahmoud Abbas.. ‘Saya beritahu kepada Netanyahu langkah berani diperlukan, jika tidak, akan mengalami kekacauan yang lebih hebat’..

As Sisi merupakan Jenderal Tentera ketika Mesir diperintah oleh Presiden Morsi. (Presiden pertama yang dipilih melalui pilihanraya secara demokratik). Kerana ketamakannya untuk berkuasa, As Sisi telah melakukan Kudeta dan menyingkirkan Presiden Morsi. Selama berlaku rampasan kuasa, As Sisi telah melakukan pembantaian terhadap ribuan penyokong Ikhwanul Muslimin dan memenjarakan pemimpin ikwanul Muslimin.

Sejak dari itu, pemerintah Mesir melakukan diskriminasi terhadap Jamaah Ikhwanul Muslimin. Mesir kemudiannya terlibat dalam perang di Gaza yang dilakukan oleh Israel dengan menutup perbatasan Rafah sebagai satu bentuk tekanan terhadap gerakan perlawanan Islam, Hamas. Mesir menganggap Hamas adalah sekutu kuat Ikhwanul Muslimin. Inilah Al-Sisi, mewarisi sifat Firaun, mungkin juga layak digelar Dajjal. Racun bagi kaum muslimin.


Wallahuaklam, dari pelbagai sumber..

Bajet Selangor, Bekas MB (TSKI) Sifatkan Azmin Tidak faham Dan Kurang Arif...?

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan bajet Selangor yang dibentangkannya sejak 6 tahun lalu, mengatakan ia disokong Laporan Ketua Audit Negara.
Khalid berkata, menurut Laporan Ketua Audit Negara, walaupun kerajaan negeri Selangor memohon perbekalan tambahan rizab setiap tahun, rizab negeri tidak pernah berkurang malah semakin bertambah.
"Adalah terpesong sama sekali dakwaan Selangor mengalami belanjawan defisit sejak 2008.
"Harus diingatkan juga kemewahan yang dinikmati Selangor pada Belanjawan 2015 adalah hasil pendekatan berhemah yang diambil pentadbiran terdahulu tetapi amat tidak bertanggungjawab bagi pentadbiran hari ini mencari justifikasi belanjawan defisit dengan memutar belit fakta yang boleh disanggah dengan senang oleh bukti dalam laporan kewangan dan audit," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Penggantinya, Mohamed Azmin Ali semalam pertama kali membentangkan bajet defisit RM450 juta sejak pemerintahan Pakatan Rakyat (PR), tetapi menyalahkan Khalid juga membuat perkara sama apabila sering meminta bajet tambahan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Khalid berkata dakwaan Azmin itu berniat jahat, seolah-olah ingin memberi tanggapan negatif mengenai pengurusan fiskal dan kewangan semasa beliau mentadbir negeri.
Malah, menyifatkan Azmin tidak faham dan kurang arif tentang amalan pengurusan kewangan yang baik, cekap dan berkesan.
Katanya, walaupun pentadbiran terdahulu memohon perbekalan tambahan setiap tahun sejak 2008, namun kerajaan Selangor sebenarnya mempunyai lebihan (surplus) berikutan hasil kerajaan negeri melebihi perbelanjaan.
"Hakikat yang boleh disemak dan dipastikan oleh orang ramai ini sememangnya disahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara. "Menurut Laporan Ketua Audit Negara, walaupun kerajaan negeri memohon perbekalan tambahan setiap tahun, rizab negeri tidak pernah berkurang malah semakin bertambah saban tahun," katanya.
Memetik laporan audit, analisis mendapati secara keseluruhannya untuk tempoh 5 tahun rizab menunjukkan trend meningkat daripada RM1.39 bilion pada 2007 kepada RM1.9 bilion pada 2011, paras tertinggi dalam tempoh lima tahun.
Katanya, laporan itu menunjukkan trend meningkat walaupun perbelanjaan kerajaan negeri turut meningkat setiap tahun. "Ini menunjukkan jumlah rizab yang tinggi tidak pernah dijadikan justifikasi untuk kerajaan negeri berbelanja lebih di luar keperluan atau kemampuan atau memohon belanja tambahan. "Ini juga membuktikan pengurusan hasil dan pendapatan yang cekap oleh kerajaan negeri," katanya.
Katanya, jika disemak semula semua data belanjawan 2009-2014, jelas perbekalan tambahan hanya dipohon setelah kerajaan ketika itu berjaya meningkatkan pendapatan yang dijana melalui pertumbuhan ekonomi mampan dan perbelanjaan berhemah. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut keputusan Azmin membentangkan bajet defisit.
Azmin semalam membentangkan bajet RM2.422 bilion, 53.19% untuk perbelanjaan mengurus dan 56.81% daripadanya diperuntukkan untuk pembangunan. Namun pembentangan itu menunjukkan bajet defisit apabila kutipan hasil negeri pada 2015 dianggarkan hanya RM1.97 bilion sahaja, berbanding perbelanjaan RM2.42 bilion. Khalid semasa Bajet 2014 hanya memperuntukkan RM1.8 bilion dan Bajet 2013 sebanyak RM1.63 bilion.
TMI 25 November, 2014.

Monday, November 24, 2014

Israel Semakin Gentar Dengan Kebangkitan ‘Inspirasi jihad Baru’ Daulah Islam..?

Analisis Israel : Perang Antara Daulah Islamiyyah (ISIS) & Israel Sudah Dekat Waktunya
Seorang penganalisis politik Israel, Eddie Cohen menyatakan bahawa peperangan antara Israel dan Daulah Islam (ISIS) sudah hampir pada waktunya. Artikel yang disiarkan oleh sebuah akhbar Israel ‘Yisrael Hume’pada 23 Nov 2014, menegaskan perkara demikian dengan memberikan beberapa bukti atas pernyataan Cohen.

Antaranya ialah serangan terhadap Knesset di Jurusalem pada minggu lalu. Cohen mengatakan bahawa serangan Knesset di Jurusalem merupakan inspirasi Jihad baru dari Daulah Islam dan lebih memprovokasikan untuk membunuh yahudi.

Tegas Cohen lagi, dalam mana-mana pidato oleh pemimpin Daulah Islam, Abu Bakar al Baghdadi tidak menyebutkan perkataan ‘Israel’ tetapi disebut dengan perkataan Yahudi. Cohen menggambarkan bahawa Al Baghdadi tidak mengakui Negara Israel dan ingin menyemai dihati setiap Muslim satu persepsi bahawa semua Yahudi adalah musuh kaum Muslimin dan wajib diperangi.

Antara lain yang turut membimbangkan Cohen adalah, penerbitan matawang Dinar dan Dirham oleh Daulah Islam yang bersimbulkan Masjid Al Aqsha dan pohon kurma.


Dari pelbagai sumber/VI,rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat.

Tuan Guru Presiden PAS Di Sambut Ribuan Penyokong Gerakan Islam, 'Jamaat Islami', Pakistan..



PAKISTAN: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi penghormatan berucap pada himpunan besar-besaran sempena Ijtimak Jamaat Islami di kota Lahore di sini semalam.
Beliau hadir bersama Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjadi menjadi tetamu kepada himpunan lebih setengah juta penyokong gerakan Islam tertua di Pakistan itu.

Himpunan itu berlangsung tiga hari sehingga hari ini. Ahli serta penyokong Jamaah Islam datang dari seluruh pelosok Pakistan.
Selain pimpinan PAS, tetamu luar negara lain yang turut hadir adalah dari Parti Nahdah Tunisia, Ikhwan Muslimin Mesir, PKS Indonesia, parti Islam dari Sudan, Iraq dan Jordan. Ijtimak pada kali ini amat penting kepada gerakan Islam kerana ia akan membincangkan isu-isu antarabangsa termasuk konflik di Timur Tengah seperti perang di Syria, Libya, Iraq dan juga persoalan pencerobohan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa oleh Zionis Israel.

Tuan Guru Abdul Hadi dalam ucapannya menyentuh persoalan antarabangsa yang sedang mencabar ummah kini. Turut bersama dalam ijtimak kali ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub. 


HD/23 Nov 2014

Saturday, November 22, 2014

Pemerintah Myanmar Cuba Nafikan Penderitaan Warga Rohingya Dan Menyalahkan Media..

Puluhan warga Rohingya (Myanmar) yang terdampar di Pulau Aceh, Kabupaten Aceh Besar, Aceh, tiba di pelabuhan Lampulo Banda Aceh, Senin (8/4).
Presiden Myanmar, Thein Sein membantah tuduhan mengatakan minoriti Muslim Rohingya ditindas dan disiksa diwilayah barat Rakhine yang bergolak dan mengatakan kepada situs Voice of Amerika (VOA) bahawa laporan itu adalah direkayasa.

Menurut ‘Projek Arakan’,yang menggambarkan berlaku migrasi secara besar-besaran melintasi Teluk Bengal. Sekitar 100.000 warga Rohingya meninggalkan Wilayah Rakhine sejak 2012. Pemberontakan etnik Muslim Rohingya dengan penganut Buddha pada 2012 telah menewaskan ratusan orang dan 140 ribu lainnya kehilangan tempat tinggal. Sebahagian besarnya adalah warga Muslim Rohingya. Reuters melaporkan pada 2013, ada yang ditawan oleh geng penyeludup untuk mendapatkan tebusan dan ditahan di kamp-kamp dalam hutan di Thailand, sampai pihak keluarga terpaksa membayar wang tebusan untuk pembebasan mereka.

‘Keperihatinan antarabangsa dilebih-lebihkan’.. kata Thein Sein kepada VOA pada Kamis (20/11) di kediamannya di Nyapyitaw, ibunegara Myanmar. ‘Ini hanyalah cerita media bahawa manusia perahu lari menghindari penyiksaan’.. katanya.
Jelas Thein Sein lagi, ‘banyak orang yang ingin tinggal di Myanmar kerana masih banyak ruang kosong, banyak tempat untuk tinggal dan bekerja’.. ‘Banyak orang menuliskan hal-hal yang negatif dengan niat buruk’, katanya. ‘Organisasi-organisasi antarabangsa juga membantu mereka’.. (Thein Sein adalah jenderal yang meninggalkan tentera untuk memimpin pemerintahan reformis).
Situasi buruk Muslim Rohingya berkembang luas di Myanmar dan mengatakan bahawa mereka tidak memiliki hak kewarganegaraan meskipun sudah turun temurun tinggal di Wilayah Rakhine. Terakhir, berita mengatakan ribuan warga Muslim Rohingya yang sebahagian besarnya tidak memiliki kewarganegaraan berlayar keluar melintasi Teluk Bengal menuju pantai barat Thailand. Dari sana, mereka akan pergi ke negara-negara berdekatan seperti Malaysia.
Pemerintah Thailand menuding pemerintah Myanmar bertanggung jawab atas migrasi ini dan berpendapat bahawa tindakan Muslim Rohingya migrasi adalah untuk menghindari penyiksaan dan kekerasan pemerintah Myanmar.. ‘Masalahnya bermula di Myanmar. Penyebab mereka datang adalah kerana Myanmar tidak menginginkan mereka (Rohingya) dan mereka disiksa serta terpaksa lari kerana kekerasan yang terjadi di sana’.. kata Sanya Prakobphol, Ketua polis didaerah Kapoe,selatan Thailand kepada Reuters.
Jumaat lalu, Presiden AS Barack Obama dalam kunjungannya ke Myanmar menyerukan kepada pemerintah Myanmar untuk memberikan hak yang samarata untuk warga Rohingya.
Myanmar mula diterima oleh masyarakat Antarabangsa (Sebelumnya disisihkan) pada 2011 selepas pemimpin Tentera melancarkan Reformasi dan membentuk pemerintahan rakyat. Namun apa yang masih nyata, secara dasarnya, kekuasaan yang ada masih dipegang oleh Tentera..Siapa Jenderal Thein Sein..?
Dari pelbagai sumber, rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat..

Harga Minyak Naik,..Keluhan Rakyat ‘Silap Memilih Presiden’..?.

Harga BBM Naik, Pemilih Jokowi ''Wah, Saya Salah Pilih Presiden!''
Setelah rasmi menjawat jawatan Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi mengumumkan kenaikan harga minyak. 

Pengumuman itu menimbulkan rasa kecewa rakyat yang memilih Jokowi-JK pada kempen pemilihan Presiden yang baru berlalu. Dalam tempoh yang belum sampai seratus hari menjawat jawatan Presiden, jokowi sudah mula mendapat kritikan dari penyokong nya sendiri.
‘Wah, saya salah pilih (presiden) ini. Dibohongi seperti anak kecil’,..ucap pengantre di SPBU Jejeran Bantul pada Isnin, seperti yang disiarkan JOGJAPOS.com.

Seorang warga Indonesia yang mengaku sebagai mantan ketua relawan Jokowi, Jafar (50 tahun) mengaku kecewa dengan keputusan Presiden Indonesia itu. Menurutnya, ‘keputusan ini sangat melukai hati rakyat’… ‘Saya sangat kecewa. Padahal, pada kempen yang lalu, kami mendukungnya bermati-matian’.. katanya pada Isnin malam, seperti yang disiarkan portal tempo.co.

Menurutnya, 'keputusan Jokowi menaikkan harga Minyak sangat berbeda dengan komitmennya sebelum ini ketika kempen pemilihan Presiden lalu. Jokowi ketika itu berjanji akan berpihak kepada rakyat'.



Sejajar dengan keputusan itu, Jokowi malah mendapat kecaman hebat dari warga di Media Sosial serta twitter yang berkait rapat keputusan menaikkan harga minyak dalam tempoh tidak sampai seratus hari memegang tampok kekuasaan.

Ditulis semula dari pelbagai sumber.

Friday, November 21, 2014

Jokowi ‘Tunjuk Taring’ Arah Tenggelamkan Kapal Nelayan Asing..?.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman berkata beliau tidak percaya Presiden Indonesia, Joko Widodo sanggup mengarahkan pasukan keselamatannya mengaramkan kapal nelayan asing yang memasuki perairan republik itu.

Katanya, beliau akan menyiasat dakwaan yang dilaporkan agensi berita antarabangsa, dan disiarkan akhbar tempatan hari ini. "Saya tidak percaya bahawa ini adalah suatu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh seorang presiden dan (Malaysia) akan menyiasat dakwaan ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Anifah lagi, perjanjian ditandatangani Malaysia dan Indonesia pada 2012 menyatakan persefahaman bahawa penguatkuasa negara masing-masing hanya akan mengusir nelayan yang menceroboh perairan jirannya. Tegasnya, ia disahkan dalam “MOU Berhubung Garis Panduan Am Mengenai Layanan Ke Atas Nelayan Oleh Agensi Penguatkuasaaan Malaysia dan Republik Indonesia”.

Menteri itu juga berkata, Malaysia masih belum menerima sebarang makluman rasmi dari pihak konsular Indonesia tentang laporan mengenai penahanan 200 nelayan Malaysia pada hari Rabu lalu. "Sehingga kini, Kementerian Luar Negeri melalui perwakilan Malaysia di Indonesia masih belum menerima sebarang notis konsular secara rasmi dari pihak Indonesia berhubung penangkapan tersebut.

"Kedutaan besar Malaysia telah menghubungi Kementerian Luar Negeri Indonesia untuk mendapatkan pengesahan terutamanya mengenai maklumat pengenalan diri dan lokasi penahanan nelayan Malaysia tersebut," katanya lagi. Menurutnya, pihak Wisma Putra akan terus memantau perkembangan semasa berkenaan berita itu.

Tiada Lagi Subsidi Petrol RON 95 Dan Diesel Untuk Rakyat..?

Putrajaya henti subsidi RON95, diesel bermula 1 Disember
Semua subsidi untuk RON95 dan diesel akan dihentikan mulai 1 Disember kerana harga pasaran lebih rendah berbanding harga di pam, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek.
Ketika mengumumkannya pada sidang media hari ini, Hasan berkata harga jualan petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal.
Katanya, penetapan harga RON95 dan diesel pada 1 Disember bergantung pada harga pasaran minyak dunia sepanjang November. "Ini bermakna, jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan meningkat. Begitu juga sebaliknya," katanya dalam sidang media hari ini.
Harga runcit petrol RON95 kini ialah RM2.30 seliter dan diesel RM2.20 seliter. 
TMI/21 November, 2014.

Thursday, November 20, 2014

Polis Siasat Cebisan Al Qur'an Ditemui Terbakar Berhampiran Pasar Besar Alor Setar..

Pihak polis akan menyiasat laporan berhubung beberapa cebisan helaian Al-Quran dipercayai dibakar di dalam tong di sebuah medan selera berhampiran Pasar Besar di Alor Setar.
Pemangku Ketua Polis Kedah, Datuk Zakaria Yusof berkata pihaknya menerima aduan mengenai perkara itu pada pukul 10 pagi tadi sebelum menghantar anggota ke tempat kejadian yang terletak berhampiran sebuah tokong dan menemui beberapa cebisan kertas yang dipercayai al-Quran yang  dibakar.
"Kita syaki kemungkinan orang yang melakukan perkara ini mengalami masalah mental tetapi siasatan masih dijalankan. Diharapkan pihak di luar sana tidak membesar-besarkan isu ini kerana bimbang akan berlaku perselisihan faham antara kaum.
"Sekiranya ia dilakukan atas niat khianat, kita akan ambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati dan prejudis berdasarkan agama yang boleh disabitkan dengan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun," katanya kepada pemberita.
Beliau berharap agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar tampil memberi keterangan. Pada mulanya seorang peniaga mendapat tahu mengenai perkara itu setelah dimaklumkan seorang individu lain sebelum beliau membuat laporan polis.

Bernama, 20 November 2014.
Tempat dimana cebisan Al Quran ditemui terbakar

Tuesday, November 18, 2014

Daftar Pengganas Yang Di Keluarkan Kerajaan UAE Ternyata Berat Sebelah...?


KESATUAN Ulama Sedunia dengan ketuanya seorang ulama Mesir yang berpusat di Qatar, Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi, semalam menyatakan rasa terkejut kerana pertubuhan yang dipimpinnya itu dimasukkan dalam senarai pengganas oleh Emeriah Arab Bersatu (UAE), lapor Islampos.

Sabtu lalu, kerajaan UAE secara rasmi mengeluarkan lebih daripada 82 organisasi termasuk Ikhwan Muslimin Mesir dan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS) sebagai kumpulan pengganas, selaras dengan undang-undang persekutuan tentang pembanterasan terorisme. Dan Kesatuan Ulama Sedunia juga termasuk dalam senarai pengganas versi UAE itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Kesatuan Ulama Sedunia mendesak UAE untuk menggugurkan mereka dari senarai pengganas dengan berkata kesimpulan UAE tidak didasarkan pada analisis atau penyiasatan sama ada legal, logik atau rasional. "Kami mendedahkan kehairanan atas keputusan UAE yang memasukkan kami dalam senarai kumpulan pengganas dan kami menolak penjelasan ini sepenuhnya," kata kenyataan Kesatuan Ulama Sedunia yang ditandatangani oleh Qaradhawi.

Kumpulan-kumpulan lain yang dimasukkan dalam senarai pengganas termasuk Jabhah Nusra, ISIS, gerakan Houthi di Yaman dan Ikhwanul Muslimin Mesir. Senarai ini juga merangkumi pelbagai agensi kemanusiaan, bantuan dan persatuan komuniti Muslim yang ada di dunia Arab dan Barat. [Fq/islampos/reuters]/HD-18 Nov 2014

Komen...
Begitu pelik dan aneh sekali tentang senarai yang dikeluarkan kerajaan UAE terhadap pertubuhan Islam seperti Ikhwan Muslimin bersama beberapa pertubuhan Islam lain dalam daftar pengganas. Lebih pelik lagi bila senarai ‘pengganas’ ini hanya melibatkan pertubuhan Islam sedangkan ‘Keganasan’ yang dlakukan ‘Bukan Islam’ terhadap orang-orang Islam tidak pula didaftarkan sebagai pengganas. Lihat saja apa yang telah dilakukan oleh kelompok bukan Islam terhadap Muslim Rohingya di Myanmar. Begitu juga dengan pembantaian terhadap Muslim Uighur di China.
Jadi apa motifnya UAE berbuat demikian.?. Mengapa UAE tunduk dengan kehendak barat yang mahukan Islam menjadi lemah..?. Apakah UAE sudah lupa terhadap kezaliman Basyar Assad yang membunuh ratusan ribu nyawa rakyat Syria sehingga menyebabkan bangkitnya kelompok Jabhah Nusra bagi menentang kezaliman Basyar Assad..?. Apakah UAE lupa dengan ‘rampasan Kuasa tentera’ terhadap pemimpin Ikhwan Muslimin seperti Presiden Morsi yang mendapat kuasa yang sah atas sokongan rakyat..?..Begitu juga kebangkitan kelompok ISIS bagi menghalang penghinaan dan keganasan Syiah terhadap golongan Sunni di Timur Tengah..?..

Wednesday, November 12, 2014

Dakwaan PAS Sesat,..Dewan Pemuda PAS Cabar Pemuda Umno Wilayah Masuk Gelanggang Debat..?..


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan secara terbuka menerima cabaran debat Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bagi menjawab tohmahan kepada PAS yang dituduh sesat.

Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin dalam sidang medianya hari ini berkata, pihaknya akan berdebat secara baik dan berhikmah seperti mana yang dianjurkan Islam.

Pihaknya juga telah menghantar surat jemputan rasmi berdebat ke Pejabat Perhubungan Umno Wiayah Persekutuan semalam, 11 November.

Di dalam surat tersebut Pemuda PAS Wilayah juga mencadangkan tarikh perdebatan itu pada 18 November bertempat di Kelab Sultan Sulaiman.Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia dicadangkan sebagai moderator debat tersebut.

Menurut Khairil pada 5 November,  Pemuda Umno Wilayah Persekutuan telah mencabar Pemuda PAS berdebat dan menuduhnya tidak layak berdebat dengan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. "Walhal yang mencabarnya adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah. Kami bersetuju  menjadi mediator kepada perdebatan antara Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah, Azhar Yahya dengan Adnan Mansor.

"Kami tidak bacul, kami tukar debat antara Dewan Pemuda Wilayah dengan Pemuda Umno Wilayah," katanya yang mengesahkan dia sendiri akan berdebat.

Tegasnya, format perdebatan itu seperti 'Debat Presiden' yang menjurus kepada soal kebenaran dan dihakimi oleh rakyat."Setiap orang kemukakan fakta, biar rakyat yang menilai siapa yang benar. Debat secara sihat sebagai cara untuk mendidik rakyat. Tidak ada siapa menang atau kalah," katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya pelawaan debat itu akan ditolak Pemuda Umno berdasarkan sejarah lepas dan bukan sesuatu yang mengejutkan.-HD/12 Nov 2014

Monday, November 10, 2014

Tinggalkan Tugas Demi Cinta, ‘Jumpa Gadis Pujaan Guna Heli’..

Pilot nyatakan cinta di kampus pakai heli, militer Irak ngamuk
Memang cinta itu tidak mengenal waktu. Dalam suasana yang sangat genting bagi tentera Iraq menghadapi ancaman perang dari Daulah Islam (ISIS), tetapi anggota tentera yang tidak disebutkan namanya ini sempat meninggalkan tugas wajib nya demi menunjukan kekaguman pada kekasihnya.
Stesyen TV Al Arabiya melaporkan melaporkan pada Ahad 9/11/2014, Juruterbang itu telah menerbangkan helikopter menuju Universiti Am-Mamoun di Ibu Kota Baghdad, Iraq, dimana tempat gadis pujaannya berada dan menunjukkan kekagumannya pada sang kekasih. 
Namun apa yang dilakukan juruterbang ini mengundang kemarahan pihak angkatan udara Iraq. Mereka mengatakan amat malu dengan kelakuan juruterbang ini. Menteri Pertahanan Iraq, Khaled al-Obeidi dalam kenyataannya meminta maaf pada segenap jajaran kampus termasuk tenaga pengajar dan profesor. Dia bahkan mengirimkan perwakilannya atas tindakan anggotanya yang tidak bertanggung jawab itu.


Khaled al-Obeidi mengatakan bakal menyiasat insiden tersebut dan akan menghukum sesiapa pun yang bertanggungjawab. Kejadian ini juga telah tersebar luas di Internet. Berbagai reaksi dilontarkan oleh pembaca. Kebanyakannya mengutuk kelemahan disiplin anggota tentera Iraq hingga salah seorang anggotanya ponteng dari tugas melawan ISIS demi menyatakan cinta pada kekasihnya....Edit semula dari sumber M.com

http://penburukonline.blogspot.my/