Sponsor

Friday, March 7, 2014

Pemimpin Pas Turut Merasa Dukacita Terhadap Keputusan Mahkamah Rayuan..

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS
“HUKUMAN TERHADAP DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM : SATU LAGI EPISOD HITAM DALAM NEGARA KITA”

Parti Islam SeMalaysia (PAS) sungguh terkejut dan ingin merakamkan kekesalan yang tidak terhingga terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam proses penghakiman yang begitu tergesa-gesa menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam rayuan pendakwa terhadap Kes Sodomi II pada hari ini.
PAS dan kalangan rakyat awam sudah tentu bertegas bahawa prinsip keadilan mestilah bukan sahaja ditegakkan dengan penuh telus dan bermaruah, tetapi ianya mestilah dapat dilihat ditegakkan dengan prosesnya yang begitu teliti, cermat dan berlaku adil mengikut prinsip undang-undang yang bebas. Apatah lagi sekiranya kita merujuk kepada sistem keadilan perundangan Islam yang menekankan bahawa sedikit sahaja keraguan dalam proses perbicaraan itu sudah cukup untuk membebaskan seseorang yang didakwa. Prinsip keadilan sebegini tidak dapat dilihat dalam kes yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Ini dengan sendirinya akan berterusan menghakis keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dalam negara kita ini.
PAS berkongsi kekecewaan ini dengan anggota keluarga Dato’ Seri Anwar Ibrahim, terutamanya isteri beliau Datin Seri Dr Wan Azizah yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menghadapi ujian yang sangat berat ini. PAS akan terus memberikan segala bentuk sokongan kepada beliau dan ahli-ahli PKR, serta seluruh penyokong Pakatan Rakyat dalam meneruskan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan sehingga keadilan dapat ditegakkan dan kezaliman dapat diruntuhkan.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS


HANYA YANG 'BEJAT' SAJA MERAIKAN KEBEJATAN INI
Payah sungguh nak tuduh Anwar Ibrahim jahat;
Hanya liwat saja yang mudah lekat;
Kerana ia tak perlu dokumen dan surat-menyurat;
Hanya perlu pelakon yang ada sedikit bakat.

Payah sungguh nak aibkan Anwar Ibrahim empunya diri;
Kerana tuduhan yang direka tiada akal waras yang mengerti;
Jenayah qazaf ditertawa si pencacai dengan iringan hamun dan maki;
Rakyat marhein tolak budaya politik fitnah yang keji.

Payah sungguh nak buat rakyat percaya Anwar Ibrahim bersalah;
Walaupun dijatuhi hukuman oleh kuasa mahkamah;
Walaupun diupah blogger pencacai yang tidak ada maruah;
Rakyat marhein tahu siapa sebenarnya yang hidup dikelilingi rasuah

Terima Kasih ...
Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
5 Jamadil Awal 1435 H bersamaan 7 Mac 2014

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/