Kes Liwat II - Anwar Ibrahim
Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.
Demo menuntut kenaikan harga getah
Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka
Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri
MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor
Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah
Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah
Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi
Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat
Sponsor
Wednesday, April 30, 2014
‘Cinta Tidak Berbalas’,… Seorang Janda Anak Satu Maut Di Tikam…..
[gambar] Kesan Taufan ‘Tornado’ Yang Membadai Wilayah Selatan Amerika Syarikat…
Isu Militan - Seorang Anggota SAMM Turut Di Tahan, SAMM Desak Perbicaraan Segera…
Ketua penyelarasnya Badrul Hisham Shaharin dalam satu kenyataan berkata, Saiden Muslimin Ismail, 24, telah ditahan di bawah Seksyen 4(1), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012) atau Sosma.
Menurut seorang aktivis SAMM Muar, penahanan Saiden hanya dimaklumkan kepada isterinya selepas 48 jam.
Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sepuluh individu ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman. Penahanan itu termasuk seorang wanita, tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor. Difahamkan, Saiden Muslimin Ismail ditahan dengan pertuduhan disyaki sebagai pengganas yang ingin menjalankan misi jihad di beberapa negara yang sedang bergolak.
"SAMM akan terus memerhati dari dekat akan perjalanan kes ini dan mengambil tanggungjawab penuh dalam usaha membebaskan aktivis kami daripada pertuduhan ini serta kebajikan isteri dan waris beliau," kata Badrul.
Bagaimana ‘Orientalis Barat’ Memanipulasi Ayat Qur’an Bagi Mengelirukan Umat Islam…
Namun para Orientalis barat dan timur serta musuh musuh islam amat tidak menyenangi perkara ini, sehingga mereka mencari helah serta tipudaya untuk meng‘hancur’kan keyakinan umat islam terhadap Islam. Mereka tanpa segan silu untuk berdalil dengan ayat-ayat Al-Quran dengan mengambil sebagian ayat dan menyembunyikan sebahagian yang lainnya.
DR. Ahmad Zain An Najah – ‘Syiah Itu Di Masa Kecilnya menjadi Kawan, Bila Besarnya Menjadi Lawan…
…. ‘Kami Tak Buat Apa Pun’,.. Kami Hanya Beromen-Romen Saja’….
Tuesday, April 29, 2014
Muhammad Badi - Hukuman Mati Keatas Ku, Adalah ‘Paku Terakhir Keranda Kematian Pemerintah Kudeta’….
Hudud – UMNO Sokong Hudud, MCA Mula Gelabah…?..
Juruterbang Dakwa Temui Pesawat MH 370 Yang Terhempas...
Di Syaki Ada Hubungkait Dengan Al Qaeda, Hasil Siasatan Perlu Di Dedahkan…
UMNO Positif Terima Hudud, MCA Keluar BN…?..
"Kalau MCA tidak bersetuju dengan Umno, mungkin MCA bertindak keluar daripada BN. "Sekarang ini kita tengok macam mana respons dia," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut hari ini.
Terdahulu beliau turut menghadiri pertemuan dengan wakil Kerajaan Kelantan bersama PKR dan DAP berhubung isu itu. "Hasil perbincangan hari ini kita membuat kesimpulan bahawa perlu banyakkan penjelasan berkenaan hudud ini. "Buat masa ini untuk menerima atau tidak terpulang kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, bagi kita pada waktu ini adalah memberi penjelasan sebaik mungkin," katanya.
Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan pusat sedia membantu Kelantan dalam usaha melaksanakan undang-undang Islam itu. Terbaru semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencadangkan satu jawatankuasa teknikal hudud peringkat kebangsaan dibentuk sebelum PAS membentang usul pelaksanaan hukum hudud di Perlimen nanti. Muhyiddin berkata ini penting bagi membolehkan isu berkenaan dibincang terlebih dahulu dengan membabitkan banyak pihak yang pakar mengenainya.
Bagaimanapun hari ini, MCA yang juga sekutu Umno melalui sayap pemudanya mengugut akan membina benteng manusia di bangunan parlimen bagi menghalang ahli parlimen PAS masuk membentangkan rang undang-undang (RUU) persendirian (private bill) berkaitan undang-undang jenayah syariah.
Ketua Pemuda MCA, Senator Chong Sin Woon berkata, parti itu akan mencuba sedaya mungkin untuk menghalang PAS daripada membentangkan RUU itu atas dasar "untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan". Chong mendakwa, rang undang-undang itu perlu dihalang sebelum terlambat kerana ia kononnya memberi kesan yang amat besar kepada rakyat bukan Islam di negara ini.
Mesir Semakin Tegang, Keputusan Terbaru Mesir Menghukum Mati 683 Anggota Ikhwan Muslimin…
Hukuman yang dijatuhkan kepada Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie akan menyemarakkan kemarahan ahli kumpulan yang telah menjadi sasaran serbuan, tangkapan dan sekatan sejak tentera menggulingkan Presiden Mohamed Mursi dari kuasa pada Julai tahun lalu.
Keputusan itu dibuat pada satu sesi mahkamah yang hanya mengambil masa kurang daripada tempoh lima minit. Semalam, hakim Sayedd Yousef juga mengesahkan hukuman itu dijatuhkan kepada kira-kira 40 defendan dalam perbicaraan beramai-ramai, manakala defendan lain dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.
Difahamkan, hukuman penjara seumur hidup di Mesir bermakna 25 tahun.
Badie merupakan antara 77 daripada 683 defendan yang berada di kandang mahkamah, manakala tertuduh selebihnya dibicarakan tanpa kehadiran mereka dan mempunyai hak automatik untuk dibicarakan semula. Undang-undang Mesir mengkehendaki hukuman mati disahkan oleh hakim yang mengadili sesuatu kes selepas mendapat nasihat daripada Mufti Besar Al-Azhar, pegawai terkemuka agama di Mesir dengan nasihat mufti kepada hakim adalah rahsia.
Bagaimanapun, keputusan dan hukuman mati itu masih tertakluk kepada rayuan di Mahkamah Rayuan. Sebelum ini, hakim yang sama, Sayedd Yousef enggan mendengar sebarang hujah daripada pasukan pembelaan dalam satu sesi perbicaraan berlangsung selama empat jam. Sayedd mula mendapat perhatian dan kritikan antarabangsa termasuk bantahan kumpulan hak asasi manusia selepas beliau menjatuhkan hukuman mati ke atas 528 defendan pada 24 Mac lalu ekoran satu perbicaraan ringkas yang disifatkan tidak mengikut peraturan.
Bersekongkol Dengan Amerika, Presiden Korea Selatan Di Sinis ‘Ibarat Pelacur’….
Otoritas Korea Utara menyebut Geun-hye sebagai "pelacur" dan Obama sebagai "sang mucikari".
"Perilaku Park Geun-hye terhadap Obama, sama seperti seorang gadis cilik yang meminta seorang gangster memukuli seseorang yang tidak dia sukai. Pelacur licik ini, mencoba menjebak seseorang dengan memberikan tubuhnya kepada seorang mucikari yang sangat berkuasa," demikian pernyataan Komite Reunifikasi Damai Korea (CPRK).
Tak hanya itu, Korea Utara juga menyebut Obama sebagai ‘Tuan’ dan Presiden Park sebagai ‘boneka’ dan mengatakan bahwa Park akan membayar sangat mahal. Pernyataan itu, dikeluarkan bertepatan saat kunjungan kerja dua hari Presiden Obama di Korea Selatan. Dalam kunjungan itu, kedua pemimpin mendesak Korea Utara agar tidak melanjutkan program nuklirnya.
Namun, CPRK menganggap seruan Presiden Obama dan rekannya, Presiden Park, adalah sebuah penghinaan yang tak bisa diterima terhadap pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un. Lebih jauh CPRK menyatakan, Obama seharusnya menunda atau membatalkan kunjungannya ke Korea Selatan menyusul karamnya kapal feri Sewol yang membawa ratusan pelajar.
CPRK menganggap kunjungan Obama itu mengabaikan kesedihan Korea Selatan pasca-insiden yang merenggut ratusan nyawa pelajar itu. Korea Utara dikenal kerap mengkritik dan mengecam para pemimpin Korea Selatan termasuk pendahulu Park Geun-hye, Lee Myung-bak.
Monday, April 28, 2014
Hudud – Kedudukan PAS Bersama Pakatan Rakyat Akan Di Putuskan Oleh Majlis Syura Ulama…
Pensyarah di Jabatan Sains Politik, Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata ini kerana penyertaan Pas dalam pakatan pembangkang mempunyai enam syarat termasuk tiada halangan daripada mana-mana pihak untuk Pas meneruskan agenda menjadikan Malaysia sebuah negara Islam.
Katanya, syarat-syarat itu termaktub dalam Kertas Kerja Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Nik Muhammad Zawawi Salleh, dan diterima pakai oleh Majlis Syura Ulama Pas pada 10 Okt 2010. "Antara syarat lain ialah memastikan kedudukan orang Islam tidak tergugat dan Pas boleh terus melaksanakan syariat Islam. "Selain itu, Majlis Syura Ulama mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siyasi berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah (kepentingan dan keburukan politik) dari semasa ke semasa untuk mengkaji semula dan seterusnya menarik balik penyertaan Pas dalam pakatan pembangkang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Kamarul berkata berdasarkan kepada sejarah, Pas pernah keluar daripada pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA) pada tahun 2001 dan adalah tidak mustahil jika ia berulang jika DAP terus menentang pelaksanaan undang-undang Islam. Katanya semasa pimpinan Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor sebagai presiden, parti, Pas telah menyatakan persetujuannya bahawa Pas tetap mengekalkan dasar perjuangan bagi menegakkan negara Islam dan prinsip itu akan dipertahankan walaupun terpaksa kehilangan DAP dalam pakatan BA. "Akibat ketegasan Pas mempertahankan prinsipnya pada waktu itu, maka Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP pun memutuskan penarikan diri DAP daripada BA mulai 22 Sept 2001," katanya.
Beliau berkata Pas perlu mengikuti ketetapan Majlis Syura Ulama yang mengenakan syarat penyertaan parti itu dalam pakatan pembangkang.
Isu pelaksanaan hukum Hudud di Kelantan kembali hangat menjadi perbincangan umum akhir-akhir ini apabila kerajaan negeri Kelantan, melalui anggota Parlimen parti itu, bercadang membawa usul rang undang-undang persendirian untuk melaksanakan Hudud, di Dewan Rakyat Jun ini.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dipetik sebagai berkata pembentangan rang undang-undang Hudud itu, bagi mendapatkan kebenaran Parlimen, melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993. Namun, hasrat Pas untuk mengemukakan rang undang-undang persendirian itu ditentang oleh sekutunya, DAP, yang menegaskan bahawa pelaksanaan hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pakatan Pas-DAP-PKR. - Bernama
Disyaki Merancang Keganasan, 9 Individu Di Tahan Terkait Kegiatan Militan…
Khalid berkata kesemua yang ditahan dalam operasi serentak di beberapa lokasi di dua negeri berkenaan berumur antara 22 dan 55 tahun.
"Kesemua individu terbabit disyaki terlibat dalam kumpulan militan yang bertanggungjawab merancang perbuatan ganas di dalam dan luar negara. "Mereka juga disyaki mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas yang beroperasi di luar negara," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata sebahagian daripada individu yang ditangkap itu telah menjalani perjumpaan sulit bagi memantapkan ideologi militan. Khalid berkata selain memantapkan ideologi militan, individu tersebut juga didapati mengumpul dana dan menjalani latihan ala ketenteraan sebagai persiapan untuk melakukan keganasan.
Beliau berkata mereka itu ditahan mengikut BAB VI A - Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan (Akta 574). "Mereka akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747)," katanya. – Bernama
http://penburukonline.blogspot.my/
-
-
-
-
-
-
-
PMX TIDAK KUCUP JUMLOHH ?2 weeks ago
-
-
-
-
Itachi Wallpaper HD 4K For Android2 months ago
-
Cara Kenal Pasti Emas samada Tulen atau Tiruan2 months ago
-
PAS bersekongkol?7 months ago
-
-
SUKA MUHONG8 months ago
-
-
ATOK OH ATOK..10 months ago
-
-
-
UMNO TAK BERHATI PERUT1 year ago
-
Waktu Hilangnya Islam - Ustaz Wadi Annuar2 years ago
-
-
Azure DevOps2 years ago
-
-
-
-
-
I am back3 years ago
-
MN sokong Muhyideen Yasin4 years ago
-
TERKINI! U.S LANCAR PERANG KEATAS CHINA???4 years ago
-
-
-
Princess Lucia Chapter 38 (End)5 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN5 years ago
-
Datin gets jail, but what about Suyanti?5 years ago
-
-
-
-
-
-
Al Qur’an Untuk Anak Autis7 years ago
-
-
-
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota7 years ago
-
Qiamullail Amalan Utama Ramadhan7 years ago
-
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 years ago
-
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan8 years ago
-
Mahathir Buat Kejutan Lagi..9 years ago
-
-
-
-
-
TAHANAN POLITIK DI MESIR MEMANG DIDERA!10 years ago
-
-
-
-
-
-