Sponsor

Monday, March 24, 2014

'Jika Datuk Seri Anwar Yang Bertanding, Tentu Keputusan Nya Lebih Dari Itu'....Tapi Sayang....!!..

Biasalah, Selesai saja Pilihanraya samaada pilihanraya itu kecil atau besar, pastinya akan muncul saja pengulas tak kira dimana berada. Dari setinggi-tinggi tempat hingga keperingkat bawah sekali pun. Waima di warung kopi pun, tetap akan ada pengulasnya. Cuma caranya agak berbeza, kerana yang kalah akan mempertahan kekalahannya dan yang menang akan berhujah kerana kemenangan nya.
PRK Kajang pun tiada yang berbeza. Walaupun ketika ini, Negara dikejutkan dengan Tragedi kehilangan MH370 yang belum ada tanda-tanda positif untuk ditemui serta berita tragis lain yang mengundang kematian di Festival Asia, semua nya ini lenyap seketika bagi memberi laluan kepada proses Pilihanraya kecil DUN Kajang.
Selepas keputusan PRK diumumkan, ramai juga yang berkata.. “jika Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bertanding, kemungkinan keputusannya lebih dari itu, berlipat kali ganda”..Tapi sayang seribu kali sayang..!..Untung nasib tidak berpihak kepada Datuk Seri Anwar. Mahkamah rayuan terlebih dahulu menghukum Datuk Seri Anwar. ‘Penjara lima tahun’, habuan yang diterima Anwar terus melenyapkan impian nya. Maka agenda ‘Langkah Kajang’ yang sebelum ini menjadi pertaruhan dan landasan ke PutraJaya menjadi sedikit malap.
Namun bagi PKR dan Pakatan Rakyat, ‘Seni nya tetap ada walaupun Sendi nya dipatahkan’. Wan Azizah dipilih menjadi pengganti. Kehebatan Wan Azizah begitu menonjol dengan baik sekali. Walaupun sebelum ini Wan Azizah hanya dikategorikan sebagai ‘Suri Rumah’ sepenuh masa, tapi kemunculan nya sebagai Calon PKR di DUN Kajang mengejutkan ramai pihak termasuk politik lawan nya. Sifat nya yang sabar, tenang dan senang didekati seolah-olah menggamit pengundi untuk mengenali Beliau dengan lebih dekat.
Wan Azizah dan PKR memulakan kempen dengan bijak. Kehilangan tunggak utama ‘Langkah Kajang’ perlu diambil kira. Rakyat tentu akan bertanya.. ‘kemampuan dari sudut mana untuk Wan Azizah bercakap soal ‘Langkah Kajang’ sedangkan perancangnya sudah tiada’ ?..tentu persoalan ini sukar untuk dijawab. Bukan bermakna ‘Langkah Kajang’ itu hendak dilupakan, tapi calon yang ditonjolkan untuk menerajui kempen ‘Langkah Kajang’ itu..!..ini persoalan nya...
Namun semua itu tidak mematikan langkah. Isu Nasional mengambil tempat. Kerana ‘arkitek kempen’ itu tahu bahawa apa keperluan pengundi yang banyak diwakili anak muda sekarang. Isu Nasional yang banyak bermain di Media Sosial dan sumber dari Internet sabanhari menguasai minda anak muda. Disinilah mereka bermula. ‘Tidak perlu menyatakan simpati kepada Datuk seri Anwar melalui ceramah umum dan terbuka, cukuplah sekadar ‘upload’ saja berita mengenai Anwar di Media Sosial, anda sudah tahu apa kesannya’...
‘PAKATAN RAKYAT MEMANG BIJAK’...
TIANG SERI – Ini hanya pandangan admin. Admin tidak mengajak semua orang untuk memahami apa Admin tulis mengenai situasi sebenar yang berlaku. Admin Cuma mengambi sebahagian dari rentetan kemenangan PR di DUN Kajang. Lain-lain pandangan, itu terpulanglah kepada pembacanya. Admin Cuma menulis apa yang admin rasa...Terima Kasih...

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/