Sponsor

Tuesday, March 18, 2014

Seorang Ibu Melahirkan Bayi Perempuan Berkepala Dua Di Utara India...

Seorang Wanita di India telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan dua kepala di Utara India, kira-kira 60km dari New Delhi pada hari Rabu. Dr Ashish Sehgal dari Cygnus JK Hospital Hindu di Sonipat, Haryana telah mengesahkan kepada satu laman Web, bahawa laporan itu betul-betul benar bahawa seorang Wanita telah melahirkan bayi perempuan yang mempunyai dua kepala pada 12 Mac 2014 melalui pembedahan Caesarean.

Dr Sehgal juga menjelaskan keadaan Ibu yang melahirkan berada dalam keadaan sihat. Dia melahirkannya sekitar jam 11 pagi IST dan berat bayi mencapai 3.4 kg. Bagaimanapun rawatan selanjutnya terhadap bayi itu diteruskan bagi menilai peluangnya untuk terus hidup.
Beliau juga menyatakan bahawa ini adalah kes yang pertama yang berlaku diseluruh Wilayah Utara India. Bagaimana pun, sepatutnya kes seperti ini boleh dikesan dari peringkat awal melalui ultrasound namun disebabkan kemiskinan ibubapanya menyebabkan sukar untuk berbuat demikian.

“ Ibubapa agak miskin dan sedaya upaya untuk menerima keadaan yang sukar ini dan mereka juga terlalu bimbang mengenai masa depan kanak-kanak tersebut ”...ujar Dr Ashish Sehgal....


Sumber / http://www.emirates247.com/

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/