Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Saturday, April 25, 2015

Pakatan Rakyat Akan Berkubur Jika PRK Permatang Pauh Gagal Di Pertahankan..?

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memberi amaran bahawa Pakatan Rakyat akan terkubur sekiranya PKR kalah kerusi Parlimen Permatang Pauh pada hari mengundi 7 Mei nanti.Lim berkata Permatang Pauh adalah tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan kerjaya politiknya dan jika PKR kalah kerusi itu, "ia adalah permulaan kepada berakhirnya bukan sahaja PKR tetapi juga Pakatan Rakyat".
"Kita tidak boleh kalah di Permatang Pauh. Sama seperti BN. Mereka tidak boleh kalah atau mendapat majoriti lebih rendah di Rompin," kata ketua menteri Pulau Pinang berkata, ketika ditemui di Bukit Mertajam."Akan ada implikasi besar di peringkat nasional dan (kekalahan di Rompin) juga akan memberi implikasi ke atas Perdana Menteri Datuk Najib Abdul Razak," katanya.

Najib, yang juga presiden BN dan Umno, kini menghadapi krisis kepimpinan dalam Umno manakala partinya berdepan dengan dua pilihan raya kecil.Pemilih di Rompin akan mengundi pada 5 Mei manakala di Permatang Pauh pada 7 Mei.Kerusi Rompin kosong selepas ahli Parlimennya Tan Sri Jamaluddin Jarjis, yang juga orang kanan Najib, terkorban dalan nahas helikopter di Semenyih, Selangor.

Pengundian awal bagi kerusi Permatang Pauh adalah pada 3 Mei.

Lim ditemui di Institut Kemahiran Belia Negara, yang menjadi pusat penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, untuk memberi sokongan kepada calon PKR yang juga presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail."Sama ada kita suka atau tidak, sama ada kita bersedia untuk mengakuinya atau tidak, kita tidak boleh mengabaikan implikasi pilihan raya kecil ini," katanya.

Lim berkata Pakatan adalah lemah sekarang berbanding pada tahun 2013.
Lebih-lebih lagi selepas DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana memfailkan rang undang-undang persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hudud di Kelantan. Ini mendorong PAS Kawasan Permatang Pauh mengancam untuk memboikot, dengan menuntut Wan Azizah memohon maaf kerana tidak menyokong tindakan Hadi itu.
Dalam PRU13, Anwar masih bebas, dan berjaya memperolehi 52 peratus undi popular berbanding BN, dan mempunyai 85 ahli Parlimen di Parlimen.


"Sepanjang tempoh pilihan raya kecil ini, kita mahu melihat sama ada kita boleh memulihkan dan mengembalikan semangat Pakatan sebelum ini di Permatang Pauh dan Pulau Pinang," katanya. -MK/25 April 2015

Friday, April 24, 2015

Wakakaka..!.. Marah Apa Sampai Tunjuk Buah Dada Ni..?

Kuala Lumpur :

Akibat tidak puas hati dengan tindakan seorang peniaga makanan di Petaling Street yang menuduhnya tidak membayar wang makanan, seorang wanita warga asing bertindak nekad dengan membuka pakaiannya, termasuk coli hingga separuh bogel sebelum mengajak peniaga itu bertumbuk.
Kejadian itu dirakam oleh orang ramai sebelum disebarkan di media sosial dan menjadi ‘viral’ hari ini.
Dalam video yang berdurasi 1.53 minit itu, wanita warga asing berjaket putih pada mulanya mendakwa sudah meletakkan wang di atas meja tetapi dinafikan peniaga berkenaan.
Peniaga itu kemudiannya memegang pergelangan tangan wanita itu yang menyebabkan dia menjerit sambil meronta-ronta supaya dia dilepaskan.

Sebaik berjaya melepaskan tangannya daripada cengkaman peniaga berkenaan, wanita warga asing itu menanggalkan pakaian yang menutupi bahagian atas badannya satu persatu hingga separuh bogel.

Selepas itu, dia mengajak peniaga yang berbadan gempal dan berseluar merah itu bertumbuk dengannya.-Metro

Hadiah ‘Istimewa’ Dari Isteri Untuk Suami..?

Beluran:

Seorang wanita sanggup menjadikan sepupunya yang berusia 31 tahun sebagai hadiah perpisahan untuk suaminya dengan alasan lelaki itu ke Semenanjung untuk bekerja serta mendakwa sudah lama mengidam tubuh sepupunya itu.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari di perkampungan air di pekan Beluran, di sini, Isnin lalu, wanita berusia 46 tahun itu dikatakan memanggil mangsa yang kebetulan melintasi rumahnya untuk ke kedai berhampiran.
Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa, bertemu wanita itu dan dia dipelawa masuk serta dibawa ke dalam bilik bertemu suaminya.
“Ketika berada dalam bilik, lelaki berusia 36 tahun itu memeluk mangsa sebelum mengheretnya ke katil.“Mangsa meronta untuk melepaskan diri namun gagal sebelum suspek menanggalkan pakaian wanita berkenaan dan merogolnya,” katanya.

Menurutnya, isteri suspek yang turut berada dalam bilik, hanya memerhatikan perbuatan keji suaminya terhadap sepupunya.“Selepas selesai, isteri suspek menemui wanita itu dan berkata ‘Kasi (bagi) rasalah abangmu, nanti kempunan dia mau (mahu) ke Semenanjung.’
“Mangsa dibawa ke tandas untuk membersihkan diri sebelum diarah pulang,” katanya.
Sumber berkata, mangsa menceritakan kejadian itu kepada kakaknya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.
Ketua Polis Daerah Beluran Superintendan V Sivanathan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan itu dan pasangan suami isteri terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
“Siasatan juga mendapati hanya mangsa dan pasangan suami isteri itu berada di rumah kerana anak mereka bersekolah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sivanathan berkata, mangsa masih bujang dan mendakwa tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum ini.

“Susulan maklumat diterima, polis melancarkan gerakan memburu kedua-dua suspek dan mereka ditahan jam 12.20 tengah hari semalam manakala mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent, untuk pemeriksaan,” katanya.-Metro/24 April 2015

Thursday, April 23, 2015

Duta Besar Malaysia Tidak Setuju Dengan Laporan Majalah TEMPO Berkaitan Kehidupan Mewah Najib-Rosmah..?

Majalah berpengaruh Indonesia Tempo mempertahankan laporannya berhubung dakwaan gaya hidup mewah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor. Pengarang kanannya Purwanto Setiadi memberitahu Malaysiakini mereka percaya pada sumber pemberitaan itu yang telah dipilih secara cermat.“Seperti sebelumnya, kami akan memilih sumber (berita) dengan secermat mungkin.“Sehingga kini kami percaya dengan sumber-sumber yang kami gunakan,” katanya ketika menjawab soalan Malaysiakini

Purwanto diminta mengulas laporan bahawa Duta Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (atasyang akan bertemu secepat mungkin dengan dengan Tempo susulan laporan itu.
Zahrain berkata fakta dalam artikel yang dikeluarkan itu tidak benar.

Ada versi PMO
Purwanto, pengarang laporan antarabangsa Tempojuga berkata pihaknya juga memasukkan versi Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung perkara itu. “Meski demikian, jika Pak Duta Besar punya versi lain, dengan terbuka kami akan terima,” katanya.

Sebelum ini, Tempo melaporkan mengenai dakwaan kehidupan mewah Najib dan Rosmah dalam laporan khas sempena ulang tahun ke-60 Persidangan Asia Afrika yang akan dihadiri Najib, hari ini. Tempo antara lain memetik The New York Times, yang menyebut mengenai minat Rosmah pada beg tangan mewah dan barang kemas.
Dalam laporan semuka penuh itu, majalah itu turut mendedahkan kegemaran Najib dan Rosmah pada jam tangan mewah, seperti dakwaan dibuat NGO pemantau jenayah Malaysia, MyWatch.Turut dibangkitkan berkaitan dakwaan harga dandanan rambut untuk perkhidmatan rumah ke rumah ditawarkan pada Rosmah serta dakwaan pembelian pangsapuri mewah di Amerika Syarikat oleh anak tiri Najib.-Malaysiakini/23 April 2015

Wednesday, April 22, 2015

Gambar - Pemandangan Luar Biasa Mekah Dan Madinah Dari Ruang Angkasa Sungguh Menakjubkan..?

664xauto-kosmonot-rusia-takjub-saat-potret-mekah-dari-luar-angkasa-150414q
Seorang angkasawan, Anton Shkaplerov menyiarkan gambar dua Kota Suci umat Islam dunia, Mekah dan Madinah. Gambar yang dirakamkan pada malam hari dari ruang angkasa International (ISS) itu amat menakjubkan. Kota suci Mekah dan Madinah dilihat terang benderang. Cahaya yang berkilau bak hamparan emas. Sementara pada salah satu titik ditengahnya terlihat cahaya putih dengan pandangan yang jelas.
Anton Shkaplerov memasukkan gambar-gambar itu ke Twitter dan Instagram. Dia mengaku sangat kagum dengan pemandangan (Mekah dan Madinah) yang diambilnya melalui kamera itu.
“Amazing night view of #Mecca and #Medina from the #ISS,” seperti yang ditulis Anton Shkaplerov dalam akaun Twitter @AntonAstrey . Sejak disiarkan pada 26 Januari 2015 hinga 14 April, gambar itu telah di-retweet seramai 7.200 pengguna Twitter.
Pelbagai sumber/Em

Penjara 20 Tahun Dan Pengawasan Ketat Terhadap Presiden Pilihan Rakyat Mesir, Dr Mohd Mursi..

mursi
Mesir, dibawah telunjuk Barat pimpinan Abdul fatah As Sisi telah menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap Presiden pilihan rakyat Mesir yang sah, Dr Mohd Morsi serta 12 lagi pemimpin Ikhwan Muslimin lainnya.
Keputusan yang di bacakan oleh Majlis Kehakiman Mesir pada 21 April 2015 menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun terhadap Mohd Morsi serta beberapa pemimpin Ikhwan Muslimin lainnya termasuk Mohamed Beltagy, Essam el-Erian, Wajdi Ghoneim, Asad Muhammad Sheik, Ahmad Abdul Atti serta enam lainnya.
Hukuman itu disertakan pengawasan ketat selama lima tahun sepanjang proses hukuman berjalan. Ini adalah hukuman pertama yang dijatuhkan mahkamah kudeta terhadap Presiden Mohd Mursi semenjak tragedi rampasan kuasa oleh Tentera Mesir pada 3 julai 2013 lalu. Terdapat 5 dakwaan lainnya sedang menanti untuk dibicarakan.
Perlu diingatkan bahawa seluruh pendukung Ikhwan Muslimin yang tewas dalam demontrasi menentang Kudeta hingga kini belum mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak pemerintah sementara yang membunuh pendemontrasi juga masih bebas…

Pelbagai sumber..

Monday, April 20, 2015

Muktamar PAS-Jawatan Presiden Jadi Tumpuan, Kerusi Penyandang Bakal Melayang..?

Berbaki kira-kira 40 peratus atau 75 daripada 191 kawasan PAS yang belum bermesyuarat, kumpulan proulama terus menguasai pencalonan tiga jawatan tertinggi parti itu setakat semalam. Penyandang jawatan presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus jauh meninggalkan pencabarnya, Naib Presiden Datuk Husam Musa dan bekas anggota Majlis Syura Ulama, Ahmad Awang sejak mesyuarat kawasan bermula bulan lalu. Setakat ini Abdul Hadi mendapat 80 pencalonan daripada PAS kawasan, Husam memperoleh lapan pencalonan manakala Ahmad - yang dianggap pencabar terdekat Hadi - hanya meraih empat pencalonan.Sementara itu Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mendapat satu pencalonan jawatan presiden dari Kota Bharu tetapi beliau menolak untuk mencabar Hadi, sebalikya menawarkan diri bagi jawatan Timbalan Presiden.
Abdul Hadi yang dinobatkan sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia memang mendapat pencalonan tinggi namun ia bukan jaminan beliau akan mendapat kemenangan mudah kerana kebiasaannya, penyandang mendapat sokongan lebih banyak berbanding pencabar.


(Ustaz Ahmad Awang - yang dianggap pencabar terdekat Hadi - hanya meraih empat pencalonan sahaja setakat ini)

Bukan gambaran sebenar
Tambahan pula jumlah pencalonan tidak menggambarkan jaminan sokongan lebih 1,000 perwakilan yang bakal mengundi dalam muktamar di Kuala Selangor Jun ini.

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Presiden, pola pencalonan akar umbi di peringkat kawasan jelas memilih Tuan Ibrahim untuk berganding dengan Abdul Hadi.
Tuan Ibrahim kini mendapat 78 pencalonan berbanding Mohamad Sabu sembilan pencalonan. Kecenderungan itu membayangkan Mohamad - yang lebih mesra dipanggil Abang Mat - berdepan kesukaran mempertahankan jawatannya. 

Bagi jawatan naib presiden pula, setakat ini lima daripada sembilan pemimpin menguasai senarai untuk merebut tiga tempat bagi jawatan itu. Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad mendahului dengan 64 pencalonan, diikuti penyandang Salahudin Ayub (40) dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik (36).Selain itu Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar memperolehi 34 pecalonan, bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan (33),Exco Selangor Datuk Iskandar Samad (20), Husam dan Tuan Ibrahim yang juga penyandang masing-masing mendapat 10 dan enam.Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa memperoleh tiga pencalonan.
Semua kertas pencalonan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 30 April depan jam 11.59 malam.-MK/20 April 2015

Saturday, April 18, 2015

Tun Mahathir Yakin Umno Tidak Akan Selamat Jika Najib Tidak Di Singkirkan..?

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menggesa Umno menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengulangi niatnya untuk menyelamatkan Umno daripada kalah pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Ia merupakan 2 daripada "pilihan" yang diberikan bekas perdana menteri itu kepada Umno, susulan kritikan beliau kepada Najib selama ini.
"Kita berdepan dengan pilihan-pilihan ini. "Sama ada kamu singkirkan perdana menteri yang gagal dan akan memimpin Umno untuk tewas dalam PRU akan datang. "Atau kamu ambil peluang yang jika beliau disingkirkan, kita mungkin mampu selamatkan Umno," katanya pada sidang media selepas forum jenayah perang di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian sewaktu ditanya sama ada perselisihan faham di antara beliau dan Najib yang menjadi tumpuan ramai mutakhir ini akan memecah belahkan Umno.
Kenyataan terbaru Dr Mahathir ini menandakan bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu tidak lagi berlapik dalam menghamburkan asakan demi asakan kepada Najib.
Pada sidang media sama, Dr Mahathir turut menyifatkan Najib tidak layak menjadi perdana menteri kerana gagal menjelaskan lokasi dana kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kenyataan itu dilontar Dr Mahathir di sebalik ungkapan sinisnya yang beliau bersimpati dengan Najib berhubung isu jambatan bengkok menghubungkan Johor Baru dan Singapura yang tidak diteruskan."Saya tak akan sarankan penyingkiran seorang perdana menteri semata-mata kerana beliau takutkan Singapura untuk membina jambatan.
"Saya simpati dengannya kerana beliau sangat lemah, jadi beliau tidak boleh bina jambatan.. "Kerana itu, saya maafkan dia. Tetapi apabila kamu menghilangkan wang dan tidak boleh jelaskan ke mana perginya wang itu, saya rasa kamu tidak layak jadi perdana menteri," kata Dr Mahathir.
Kenyataan terkini Dr Mahathir ini juga menandakan perseteruan di antara beliau dan Najib memasuki fasa baru apabila gesaan agar Umno menjatuhkan Najib dibuatnya secara terbuka. Sebelum ini, kritikan Dr Mahathir ditumpukan kepada prestasi Najib - yang antara lain menurutnya terbukti gagal sewaktu mengetuai Barisan Nasional (BN) Selangor pada PRU lalu.
Dr Mahathir berkata, Najib kerap kali tidak menjawab soalan berkenaan pengurusan wang negara yang diajukannya. Tekanan ke atas Najib juga turut meningkat apabila Dr Mahathir mula campur tangan dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuyaa Shaariibuu yang dilakukan dua bekas polis yang pernah bertugas mengiringi Najib.
Dr Mahathir bertemu dengan ibu salah seorang polis tersebut, Sirul Azhar Umar, yang dihukum gantung tetapi kini berada di Australia untuk berlindung daripada hukuman itu. Beliau dilaporkan akan ke Australia untuk bertemu Sirul selepas ini dan mendapat maklumat tambahan berkenaan pembunuhan yang didakwa bekas anggota Unit Tindakan Khas itu, dilakukan "menurut arahan".
Sementara itu, mengulas perkara berbeza, Dr Mahathir sekadar menjawab "tidak tahu" apabila ditanya wartawan tentang cadangan agar beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tengku Razaleigh Hamzah membentuk pasukan memimpin Malaysia dan menyingkirkan Najib daripada terus menjadi perdana menteri.

Cadangan itu diajukan bekas menteri yang bertanggungjawab hal ehwal undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim dalam blognya. – TMI/18 April, 2015

Friday, April 17, 2015

Bergambar – Serangan Regim Zionis terhadap Rakyat Palestin Pada Himpunan Memperingati ‘Hari Tahanan Palestin’ Di Tepi Barat 16 April.


hari tahanan Palestina - 2

Belasan warga Palestin dilaporkan cedera setelah tentera Regim Zionis bertindak keras terhadap himpunan memperingati Hari Tahanan Palestin di Wilayah Tepi Barat pada Khamis/16 April 2015.
Menurut saksi, Tentera Regim Zionis telah melepaskan Gas pemedih mata kearah Warga Palestin yang berkumpul menyebabkan Warga Palestin mengambil tindakbalas dengan melontarkan batu kearah Regim Israel.
Berikut beberapa gambar yang sempat dirakamkan dalam kejadian tersebut:-
hari tahanan Palestina - 7
hari tahanan Palestina - 3
hari tahanan Palestina - 5
PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT-CLASHES
PALESTINIAN-ISRAEL-CONFLICT-CLASHES
hari tahanan Palestina - 10hari tahanan Palestina - 8hari tahanan Palestina - 9hari tahanan Palestina - 4
Info:
Hari Tahanan Palestin atau dikenali di Barat sebagai Palestine Prisoner Day adalah hari peringatan lahirnya kesepakatan pertukaran tahanan Palestin dengan Rezim Zionis Israel yang berlaku pada tahun 1974. Dalam kesepakatan [ ketika itu ] sekitar lima ribu lebih rakyat Palestin yang berada di dalam penjara-penjara Zionis Israel dibebaskan sebagai satu bentuk kesepakatan kedua negara yang diawasi secara langsung oleh Dunia Antarabangsa..
Menurut Lembaga Tahanan Palestin sedikitnya 800 ribu warga Palestin berada di dalam penjara dan pusat tahanan Zionis Israel sejak tahun 1967. 

Thursday, April 16, 2015

Tun Mahathir Tidak Keseorangan Lagi,..!.. Ibrahim Ali Muncul Sebagai Pembela..?

Datuk Ibrahim Ali hari ini menyelar sikap sesetengah pihak yang mengkritik Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mempersoalkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, mengatakan bekas perdana menteri itu merupakan anugerah diberikan Allah kepada Malaysia. Ibrahim berkata ini kerana walaupun sudah tua, Dr Mahathir tetap memberikan teguran kepada kerajaan walaupun tidak mempunyai apa-apa kepentingan. “Kalau ada orang kata Dr Mahathir ‘diam, kamu orang tua, masa kamu sudah tamat’, ini semua karut.
“Sebenarnya Tuhan beri anugerah pada Malaysia. Kalau dahulu Dr Wan Azizah kata Anwar anugerah Tuhan. Sebenarnya anugerah Allah kepada Malaysia ialah Dr Mahathir. Dia permata negara," katanya merujuk kepada kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail satu ketika dahulu terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Macam sekarang orang kata dia ada kepentingan. Dia ada kepentingan apa? Dia tak mahu jadi perdana menteri lagi,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur hari ini.
Bekas ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, teguran Dr Mahathir kepada kepimpinan Najib bukanlah mempunyai agenda tertentu tetapi ikhlas membetulkan perkara yang salah.
Katanya, golongan yang melemparkan kritikan kepada Dr Mahathir perlu mencerminkan diri mereka kerana bekas perdana menteri itu bertaraf pemimpin antarabangsa. “Kalau dia (Dr Mahathir) hendak jaga anak dia, dia tidak patut buat bising, dia patut sokong Najib. Kenapa dia buat bising?
“Ya, Dr Mahathir ada kelemahan, ada juga benda yang dia buat tidak berjaya seperti Perwaja, tetapi tidak sedikit kejayaan yang dia cipta. “Siapa terfikir boleh wujud Putrajaya ganti Kuala Lumpur? Siapa fikir Menara Berkembar Petronas? Siapa fikir Malaysia boleh ada industri automobil,” katanya.
Ibrahim berkata semakin teruk kritikan diberikan kepada Dr Mahathir maka ia akan menyebabkan kepimpinan Najib menjadi semakin lemah.
Katanya, Dr Mahathir mempunyai pengikut yang ramai dan serangan berterusan kepada bekas perdana menteri itu akan menjadi imej Najib bertambah buruk.“Bila orang ini bantai Dr Mahathir bukan-bukan, orang di luar sana memikirkan orang ini diupah. Maknanya tidak menguntungkan Najib.“Ingat Dr Mahathir tidak mempunyai ramai pengikut. Siapa mereka hendak kritik Dr Mahathir? Beliau termasuk dalam kategori pemimpin hebat dunia. Kita tidak boleh nafi,” katanya.
Mengulas mengenai kritikan negatif yang mendakwa serangan Dr Mahathir mempunyai ‘udang di sebalik batu’, Ibrahim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sedemikian. Katanya, Dr Mahathir juga tidak pernah meminta Perkasa untuk menyatakan sokongan dan ia menjadi kelaziman bekas perdana menteri itu ketika menerajui kerajaan. “Dr Mahathir bukan jenis orang yang macam itu. Saya menafi sekeras-kerasnya. Walaupun saya baik hubungan dengan Dr Mahathir, beliau tidak pernah kata ‘saya hendak Perkasa sokong saya, buat acara minta sokongan’.“Dr Mahathir ini sifatnya pemalu sebagai seorang pemimpin,” katanya yang mendedahkan Dr Mahathir tidak berkecil hati walaupun presiden Perkasa itu enggan memberikan sokongan ketika peristiwa Umno berpecah suatu ketika dahulu. – TMI/16 April, 2015.

Wednesday, April 15, 2015

Pengajaran Untuk Syiah Houthi.!. - Niat Jahat Abrahah Untuk Memusnahkan Kota Mekah Di ‘Pintas’ Sekawanan Burung [Ababil]..?

Sebuah broadcast beredar di sejumlah group WhatsApp bersama gambar mayat Abdul Karim al-Khiwani dan pesanan..
“Allahuakbar. Salah seorang pimpinan Syiah Houthi ini mengancam akan menyerang Ka’bah di musim haji tahun ini. Allah binasakan dia terlebih dahulu di hari pertama serangan Arab Saudi dan Koalisi,”..
Benarkah Abdul Karim al-Khiwani tewas di tangan tentara Arab Saudi ?
Abdul Karim al-Khiwani merupakan salah seorang tokoh Syiah Houthi yang juga berpejabat di Sana’a setelah kelompok milisi itu menguasai ibu kota Yaman. Al Khiwani memang telah mati. Namun kematiannya dicatatkan beberapa hari sebelum Arab Saudi melancarkan operasi untuk menghapuskan pemberontak Syiah Houthi.
Times of Oman dan AFP pada 18 Mac lalu melaporkan, Abdul Karim al-Khiwani mati ditembak oleh dua orang penunggang motor di ibukota Yaman. Serangan itu terjadi beberapa hari sebelum operasi “Storm of Resolve” dilancarkan Arab Saudi dan Koalisi Teluk.
Menurut Muslim World Journal, Abdul Karim al-Khiwani pernah mengancam akan menyerang Ka’bah. Katanya,..“Kami akan mengelilingi ka’bah pada musim haji mendatang sebagai para penakluk,”...Belum sempat melaksanakan rancangan jahatnya, maut terlebih dulu menjemputnya. Ia ingin menyerang ka’bah, tetapi tewas di tangan penunggang motor yang  bersenjata.
Disebalik cerita ini, terkenang sejarah ancaman Raja Abrahah, juga dari Yaman yang pernah mengancam untuk menyerang Ka’bah. Dalam peristiwa itu, Raja Abrahah membawa sejumlah angkatan perang besar bersama Gajah untuk menghancurkan Mekah serta Ka’bah. Tapi niat jahat Abrahah itu terlebih dahulu di‘pintas’ oleh sekumpulan burung [Ababil]. Dipertengahahn jalan, mereka dihancurkan dengan lontaran batu-batu panas. Maka hancurlah Abrahah serta tenteranya. Kerana peristiwa itu, tahun itu juga dikenali sebagai tahun Gajah dan lebih menarik lagi, tahun itu juga lahirnya Nabi junjungan Muhammad Rasulullah...

Wallahuakam, Dari Pelbagai sumber..

Tuesday, April 14, 2015

Bergambar - Gadis Tak Berdosa Menjadi Mangsa Eksploitasi Perang Di Yaman..?

Sebuah gambar ‘mengerikan’ tersebar meluas di media maya dengan wajah seorang gadis yang tidak berdosa kelihatan seperti menjadi mangsa peperangan. Bagaimanapun, gambar ini dikesan palsu dimana menunjukkan seorang pakar hias Iran sedang melakukan lukisan diwajah gadis tersebut. 
Gambar ini diposisikan dalam keadaan berbaring ditanah dan dalam keadaan bersimbah darah seolah-olah gadis ini menjadi mangsa peperangan. Dipetik dari beberapa sumber, ternyata tujuan gambar ini disebar untuk melemahkan mentaliti tentera bersekutu yang diketuai Arab Saudi dalam Operasi ‘Badai Penghancur’ untuk menyerang militan Syiah Hutsi di Yaman.
Dipetik dari sumber 3alyoum.com, sebahagian nya berpendapat gambar tersebut bertujuan melahirkan rasa bersalah dikalangan tentera bersekutu dan dengan cara ini mengukuhkan lagi kedudukan Syiah Hutsi untuk kekal menguasai Yaman.   
Dari pelbagai sumber, rujuk lain2 sumber untuk ketepatan maklumat.

Monday, April 13, 2015

Pemimpin Hindu Cadang ‘Proses Pemandulan’ Bagi Menyekat Peningkatan Penganut Islam..?

INDIA-RELIGION-ISLAM-EID
Kadar pertambahan penduduk Muslim India dituding menjadi ancaman besar bagi kelangsungan masyarakat Hindu di India. Salah seorang pemimpin Hindu di India, Sadhi Deva Thakur mendesak Pemerintah India untuk melakukan pemandulan terhadap Muslim India termasuk juga penganut Kristian.
Dipetik dari akhbar ‘Times of India’ pada ahad 12 April 2015, Thakur berkata, “Populasi Muslim dan Kristian India berkembang dari hari ke hari”..Menurut wakil Presiden All India Hindu Mahasabha itu, dengan peningkatan jumlah minoriti agama akan menjadi ancaman bagi umat Hindu.
“Untuk mengatasinya, kerajaan pusat perlu melaksanakan langkah memaksa penganut Islam dan Kristian menjalani proses sterilisasi (pemandulan). Menurutnya, hal itu dilakukan agar jumlah penganut Muslim tidak semakin meningkat signifikan.
Sekaligus untuk memberi dominasi Hindu di India, Thakur juga menyerukan agar patung-patung sembahan Hindu untuk ditempatkan didalam Masjid dan gereja.
Di India, ada sekitar 180 juta orang Muslim dan merupakan sepertiga populasi Muslim terbesar di dunia setelah Indonesia dan Pakistan. Kempen anti-Islam di India memang tengah meningkat. Shiv Sena, salah seorang politikus sayap kanan India juga lantang menyerukan untuk tidak memberikan hak bersuara dan berpendapat bagi Muslim kepada pemerintah. Dalam kolum yang diterbitkan Saamna, seperti disiar NDTV pada Ahad /12 April 2015), hak-hak Muslim perlu dicabut.
Ditulis semula dari sumber/Era Muslim 13 April 2015..

Sunday, April 12, 2015

Mukhriz Di Asak ADUN Kedah Untuk Nyatakan Sokongan Terhadap PM Najib..?

Ketika pemimpin Umno bersegera mempertahankan presiden mereka Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dikritik kerana tidak secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap perdana menteri. Seorang wakil rakyat Umno Kedah mahu Mukhriz meletak jawatan sebagai menteri besar jika beliau tidak secara terbuka menyatakan sokongannya terhadap Najib, kerana katanya, anak bekas perdana menteri itu terhutang budi kepada presiden Umno itu untuk jawatannya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin itu juga mengkritik Mukhriz kerana mengaitkan sokongannya terhadap Najib dengan penyiasatan terhadap syarikat  1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang. "Jawatan menteri besar itu dilantik perdana menteri dengan sokongan Adun Barisan Nasional. Kalau beliau tidak lagi menyokong perdana menteri, yang terbaik ialah beliau letak jawatan," kata Ahmad dipetik sebagai berkata kepada satu laporan di portal SuaraTV.
Ahmad diwawancara portal itu selepas satu mesyuarat luar biasa antara pemimpin Umno negeri, ahli Parlimen Umno dan Adun Umno yang dipanggil pegawai Mukhriz pagi ini. Ahmad mendakwa, mesyuarat itu sepatutnya diadakan bagi menyatakan sokongan mereka kepada perdana menteri dan presiden Umno.
Najib ketika ini dikrtik hebat pemimpin veteran Umno terutamanya bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin. Dr Mahathir, bekas presiden Umno dan juga bapa Mukhriz, menggesa Najib meletak jawatan, mengatakan Umno dan BN akan tewas dalam pilihan raya umum akan datang jika beliau tidak berbuat demikian.Ini mencetuskan satu arus sokongan terhadap Najib daripada pemimpin akar umbi Umno dan mereka yang berada dalam BN.
Bagaimanapun, Ahmad mendakwa, semasa mesyuarat itu, Mukhriz berkata beliau akan menunggu hasil siasatan audit ke atas 1MDB sebelum menyatakan sokongannya kepada Najib.
“Mukhriz berkata, dia hanya akan sokong Najib sekiranya siasatan mendapati tidak terdapat salah laku dalam 1MDB. Tetapi, sekiranya hasil siasatan mendapati sebaliknya, dia akan menyebelahi orang ramai," kata Ahmad kepada SuaraTV.
Ahmad mendakwa beberapa pemimpin Umno semasa mesyuarat itu tidak setuju dengan pendirian Mukhriz itu. "1MDB ialah isu pengurusan yang sedang disiasat Jabatan Audit. Ia tidak sepatutnya menjadi penanda aras kepimpinan Najib.
"Najib sendiri berjanji akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat bukti wujud salah laku," Ahmad dipetik berkata kepada SuaraTV.
"Saya diberitahu mesyuarat itu untuk menyatakan sokongan kepada perdana menteri, tetapi dalam mesyuarat, menteri besar kata beliau berada di pihak rakyat. “Saya pelik. Rakyat mana? Ramai juga rakyat yang menyokong Najib,” Ahmad memberitahu SuaraTV.
Ahmad berkata antara Adun yang menghadiri mesyuarat itu ialah Nor Saidi Nanyan (Kuah), Kama Noriah Ibrahim (Pedu), Datuk Abu Hasan Sarif (Kota Siputeh) dan Datuk Ahmad Zaini Japar (Bukit Kayu Hitam). Ahli exco negeri yang hadir termasuk Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (industri dan pelaburan), Aminuddin Omar (belia dan sukan) dan Datuk Badrol Hisham Hashim (perumahan dan kerajaan tempatan), kata Ahmad. Antara ketua bahagian yang hadir ialah Datuk Mohd Rozai Shafian (Pendang), Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (Baling), Datuk Johari Baharum (Kubang Pasu), Datuk Seri Mahdzir Khalid (Padang Terap) dan Abdullah Hasnan (Kuala Kedah). – TMI/12 April, 2015.

Saturday, April 11, 2015

Rakyat Patut Beri 'Isyarat' Tolak GST Dalam PRK Permatang Pauh Dan Rompin..?

Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung di Parlimen Permatang Pauh dan Rompin Mei ini, dilihat akan memberi ruang kepada rakyat memberi isyarat mereka kepada kerajaan khususnya dalam isu cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Ahli Parlimen Kapar, G Manivannan berkata, pertemuan antara PR dan BN akan memberi peluang kepada rakyat untuk membuat pilihan bijak dan menilai keberkesanan kepimpinan kedua gabungan tersebut.

“Dengan adanya isu-isu seperti GST dan 1MDB, ia secara tidak langsung dapat membuka mata dan membantu rakyat dalam menentukan pemimpin yang paling layak duduk di kerusi Permatang Pauh dan Rompin.

“Ini adalah ‘signal’ kepada kerajaan mengenai keberkesanan mereka dalam mengurus tadbir negara dan rakyat. Adakah mereka benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika ditemui pada Program Pelancaran Kempen #BantahGST dan pengagihan pelekat kereta, hari ini.

Bercakap mengenai cabaran di kedua PRK Parlimen tersebut beliau berkata, PKR sudah bersiap sedia mengatur jentera untuk menawan Permatang Pauh dan Rompin.“Kami tidak risau, kami yakin dengan kekuatan jentera yang ada, dan dengan strategi yang kukuh serta bantuan dari semua pihak, PR mampu menang dalam kedua PRK,” katanya.-SH/11 April 2015

Wednesday, April 8, 2015

PRK Permatang Pauh 7 Mei 2015,.. Umno/BN Sudah Pasang ‘Angan-Angan’ Rampas Kerusi Permatang Pauh..?

BN Pulau Pinang bersedia untuk membantu Umno merampas kembali kerusi Permatang Pauh daripada PKR pada pilihan raya kecil akan datang. Pengerusinya Teng Chang Yeow berkata, semua parti komponen BN telah bermesyuarat sejak akhir tahun lepas untuk membincangkan persiapan di peringkat bawahan bagi pilihan raya kecil itu."Daripada tanda-tanda yang saya terima, Umno akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil itu dan kami bersedia untuk membantu memenangi kerusi tersebut," kata beliau kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, pemimpin BN Pulau Pinang akan mengadakan mesyuarat tertutup minggu ini untuk membincangkan tentang strategi dan penyediaan kempen untuk pilihan raya kecil itu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam satu kenyataan hari ini berkata, SPR menetapkan 7 Mei sebagai hari mengundi sementara hari penamaan calon ialah pada 25 April dan pengundian awal pada 3 Mei.   

Chang Yeow yang juga pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata, semua anggota parti  komited untuk bekerjasama untuk memastikan kemenangan calon BN pada pilihan raya kecil itu.    

Beliau berkata, walaupun jentera pilihan raya BN belum dilancarkan, anggotanya di peringkat akar umbi telah mula menjalankan usaha sejak awal tahun ini. "Kerja-kerja di peringkat akar umbi telah bermula dengan pendaftaran pengundi dan kami akan menetapkan tarikh untuk melancarkan jentera pilihan raya kami selepas mesyuarat minggu ini," katanya.    

Beliau berkata, BN kini memberi tumpuan kepada kempen multimedia baharu untuk menawan hati majoriti pengundi muda.   
Kerusi Permatang Pauh diisytiharkan kosong selepas penyandangnya Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli parlimen selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen bagi pengampunan diraja yang dipohon oleh keluarga ketua pembangkang itu atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.    

Anwar sedang menjalani huikuman penjara lima tahun di Penjara Sungai Buloh. Pada pilihan raya umum 2013, Anwar mempertahankan kerusi Permatang Pauh dengan menewaskan calon BN Dr Mazlan Ismail dengan majoriti 11,721 undi. -  Bernama

Monday, April 6, 2015

[Bergambar] – Kenali Lima Pejuang Palestin Yang Dihukum Penjara Seumur Hidup Oleh Regim Zionis-Yahudi…

Buat pertama kalinya, sebuah organisasi untuk tahanan Palestin melancarkan kempennya memperkenalkan para tahanan kekal atau seumur hidup yang berada didalam penjara Israel. Ini adalah sebahagian dari kempen terhadap pelanggaran hak asasi Manusia oleh pemerintah Zionis terhadap rakyat Palestin.
Menurut organisasi Tahanan Palestin menyatakan selain ditahan atas dakwaan melanggar undang-undang, namun pemerintah Israel seringkali memenjarakan rakyat Palestin dengan status (tahanan tanpa proses pengadilan yang jelas) dan tahanan perang. Terdapat lebih dari 200 tahanan (tanpa Bicara) yang mendiami penjara-penjara Israel sehingga kini.
Berikut ada beberapa tahanan Palestin yang dipenjara seumur hidup oleh Regim Israel: 
tahanan abadi Israel - Abdul Muiz Ibrahim
Pejuang pertama adalah Abdul Muiz Ibrahim, lahir pada tahun 1962.Ditangkap sejak tahun 2005, Abdul Muiz Ibrahim dijatuhi hukuman penjara seumur hidup oleh Regim Israel atas dakwaan serangan berdarah yang menyebabkan beberapa warga Yahudi cedera di Kota Al Quds.
tahanan abadi Israel - Abdul Naseer Ata
Pejuang kedua yang dipenjara seumur hidup oleh Regim Israel bernama Abdul Naser Ata, lahir pada tahun 1968. Abdul Naser Ata didakwa melakukan aksi serangan berdarah di kota Tel Rabi’ dan Al Quds pada tahun 1995 yang menyebabkan kematian 12 orang Yahudi dalam 2 serangan yang berbeda.
tahanan abadi Israel - Ala Uddin
Pejuang ketiga adalah Alauddin Ghanim, lahir pada tahun 1982. Alauddin Ghanim juga dijatuhi hukuman penjara seumur hidup setelah berjaya menembak mati 2 orang tentera Israel dalam serangan bersenjata berhampiran Kota Nablus pada tahun 2007 lalu.
tahanan abadi Israel - Jamal Abdul Salam
Pejuang ke empat adalah Jamal Abdul Salam As’ad. Lahir pada tahun 1959. Beliau adalah seorang Komandan Brigade AL Qassam untuk wilayah Jenin. Jamal di hukum penjara seumumr hidup oleh Regim Israel atas dakwaan serangan berdarah terhadap tentera Zionis Israel.
tahanan abadi Israel - Ahmad adil
Pejuang kelima adalah Ahmad Adil Jabir Sa’adah. Lahir pada tahun 1982. Beliau juga seorang Pejuang Brigade Izzuddin Al Qassam dan dihukum penjara seumur hidup atas dakwaan serangannya ke kamp tentera Regim Israel di kota Al Quds pada Tahun 2003 lalu.
(sumber foto/Era Muslim/11 Mac 2015)

http://penburukonline.blogspot.my/