Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Thursday, July 31, 2014

Kemana Haluan PAS Selepas Ini..?..


Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
MENJAWAB pertanyaan di atas, penyokong Pas akan terbelah tiga — ada yang mahu kekal dalam PR, ada yang mahu Pas menyertai BN, dan ada mahu Pas keluar dan berdiri dengan kekuatan sendiri.

Bagi yang menyokong untuk keluar, mereka menyatakan Pas yang banyak membantu PR untuk menang besar dalam pilihan raya. Pas yang banyak bertolak ansur dengan onar yang dibuat oleh PKR dan DAP. Pas yang mempunyai sokongan akar umbi yang kuat. Pas yang telah teruji banyak dalam politik tanah air.
Tidak cukup dengan itu, mereka menyatakan Pas adalah parti ideologi yang jelas dan tegas untuk menegakkan negara Islam. Oleh itu, perjuangan Pas tidak sama dengan perjuangan PKR dan DAP. Dan dengan alasan itu, mereka yakin sekiranya bertanding sendirian pun Pas tetap boleh memenangi kerusi yang banyak dalam pilihan raya.

Tepatkah alasan Pas tersebut?
Saya bersetuju parti Pas mempunyai sokongan bawahan yang kuat dan mempunyai pendirian politik tentang Islam yang tegas. Tetapi saya tidak bersetuju untuk menyatakan Pas sebagai parti yang kuat jika bertanding sendirian.

Sejarah pilihan raya telah menunjukkan jika Pas bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenanginya sikit sahaja. Adalah amat sukar untuk Pas menyaingi kekuatan Umno sebagai parti orang Melayu dan Islam. Pas hanya kuat pada tahun 1974 apabila menyertai BN, kuat pada tahun 1990 apabila bersama dalam pakatan APU, dan kuat pada tahun 1999 hingga 2014 apabila bergabung dengan parti lain dalam BA dulunya dan PR sekarang.

Saya cukup yakin sekiranya Pas bertanding sendirian, maka kerusi yang dimenangi oleh Pas adalah sedikit sahaja, malah belum tentu boleh membentuk kerajaan negeri di Kelantan. Jika meragui kenyataan saya ini, Pas boleh mencubanya dengan mengambil tindakan keluar dari PR. Kita tengok pencapaian Pas dalam pilihan raya yang akan datang.

Perlukah Pas menyertai BN?
Jika Pas sudah tidak boleh bekerjasama lagi dengan PR, maka baiklah Pas keluar dari PR. Selagi Pas dalam PR, maka akan selalu ada pandangan bahawa Pas adalah parti yang kuat dan boleh bertahan sendirian, sedangkan realitinya adalah sebaliknya. Jika Pas keluar dari PR, apakah Pas perlu menyertai BN? Saya fikir bagus untuk keluar dari PR dan menyertai BN. Ada tiga keperluan. Pertama, untuk mengukuhkan kedudukan politik orang Melayu dan Islam. Kedua, untuk membolehkan BN mendapat sokongan dua pertiga majoriti dan seterusnya meluluskan persempadan baru kawasan pilihan raya.

Ketiga, saya mahu tahu kekuatan Pas selepas meninggalkan PR. Apakah Pas akan kekal kuat? Apakah Pas kekal disokong oleh anak muda? Apakah Pas boleh kekal baik dalam BN? Apakah peristiwa Pas dipecat dari BN pada tahun 1978 tidak berulang lagi? Dan paling penting, saya mahu tahu apakah Pas ini parti yang boleh bertahan kerjasamanya dengan parti lain? Jika merujuk kepada sejarahnya, Pas gagal berrtahan dalam BN, gagal bertahan dalam APU, gagal bertahan dalam BA, dan sekarang saya mahu tengok pula bagaimana kesudahan kerjasamanya dalam PR?

Apa yang perlu Pas lakukan?
Pada saya, yang menghadapi krisis sekarang bukan PR. Yang menghadapi krisis ialah Pas. Bagi mengatasi kemelut ini, sudah sampai masanya pemimpin Pas memanggil perhimpunan agung tergempar. Biarkan pemimpin akar umbi mengundi membuat keputusan sama ada untuk keluar dari PR, menyertai BN atau keluar PR untuk berdiri dengan kekuatan sendiri. Keputusan majoriti itulah yang perlu diterima sebagai penentu hala tuju masa depan Pas.

Saya fikir sudah sampai masanya pemimpin Pas berfikir dan mengambil keputusan tegas tentang hal ini. Jika sekejap ada pemimpin kata tidak boleh sepakat dengan PR dan sekejap pula ada yang kata boleh sepakat, itu politik yang tidak ada jiwa, tidak ada semangat setia kawan, tidak menentu pendirian politiknya dan tidak ada hala tuju yang jelas. Yakinlah, jika Pas sudah membuat keputusan tegas, sekurang-kurangnya kemelut politik hari ini boleh reda seketika.-SH

PROFESOR MADYA DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF
31 Julai 2014

Warga Suriah Menyambut Aidil Fitri Dengan Berita Kematian Dari Penjara Regim Basyar...


Suasana Aidilfitri di Suriah kembali menjadi suram dengan kematian terbaru rakyat Suriah akibat disiksa dan dibunuh. Seramai 89 warga Suriah dilaporkan maut dipusat-pusat tahanan Regim Basyar Al Assad.

Laporan yang dikeluarkan oleh Lembaga Umum Revolusi Suriah menyatakan dua diantara tahanan yang dibunuh adalah Doktor, sepuluh merupakan kanak-kanak dibawah umur selebihnya warga Suriah yang mengalami penyiksaan berat di pusat tahanan.

Laporan turut disahkan oleh Jaringan Suriah untuk Hak Asasi Manusia. Jaringan Suriah juga melaporkan tidak kurang dari 2378 warga Suriah telah meninggal dunia sepanjang bulan Ramadhan yang lalu.

Konflik di Suriah termasuk dalam krisis kemanusiaan terbesar yang pernah dialami oleh umat Islam mutaakhir ini. Sudah lebih dari tiga tahun Warga Suriah berjuang untuk mendapatkan kebebasan dari cengkaman kekuasaan Basyar Al Assad dan sekutunya.-Islamemo/Gema Islam/30 Jul 2014

Wednesday, July 30, 2014

Kontroversi Serbuk Kari Dan Patung Dewi....

Kira-kira 150 orang berhimpun di Dataran Brickfields pada jam 1 petang hari ini bagi mendesak supaya tindakan diambil terhadap seorang pendakwah bebas dikenali sebagai Shahul Hamid.
Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan yang hadir pada protes itu menuntut PAS menjelaskan sama ada Shahul adalah seorang anggota parti itu selepas beliau didakwa menghina agama Hindu dalam satu ceramahnya di Shah Alam, Februari lalu. "Jika ia benar, PAS mesti mengambil tindakan terhadapnya," kata Saravanan (kiriyang mendakwa "diberitahu" akan perkara itu.
Satu klip video ceramah Shahul Hamid memaparkan beliau menyeru umat Islam agar tidak membeli serbuk kari daripada pembekal "Hindu" seperti syarikat Alagappas dan Baba's tersebar secara meluas baru-baru ini.

"Jika anda pergi ke kilang Alagappas terdekat Permatang Pauh, akan ada patung (dewi) di pintu masuk dan lidah keluar."Mengapa lidah keluar? Kerana dewi mesti rasa semua serbuk kari sebelum mereka menjualnya," Shahul berkata demikian dalam video tersebut.


Shahul kemudian memuat naik satu rakaman video permohonan maafnya di Facebook dan menjelaskan bahawa kenyataan itu dibuatnya pada satu majlis tertutup.Beliau juga tidak menyangka videonya itu akan disebar meluas dan menimbulkan kontroversi.-MK/30 Jul 2014

Bila Lemah Meruntun, Bila Rasa Kuat, Jalannya Pun Mulalah Mendongak..!.

Dari Facebook Mohammad Sanusi Md Noor..

Saya tak berhasrat membuka pekung atau mengungkit. Tapi bila Saifudin dan Rafizi mula mengungkitkan stand mulia PKR di Kedah tentang kerusi MB, saya terpanggil untuk menyatakan bahawa perbandingan situasi Selangor- Kedah itu tidak wajar. PKR tidak berada dalam kondisi yang wajar untuk berbicara siapa patut jadi MB pada masa itu atas banyak faktor, bukan kerana mereka gentleman, mulia atau baik hati.

Hari-hari dalam tahun 2008-2010 di Kedah selepas PRU-12 dulu adalah hari membilang kerusi. MB akan bertanya hampir setiap hari dan dia turut mengepak jari jemarinya satu persatu... Berapa lagilah kerusi DUN yang PR ada?

Di mana Rafizi, Saifuddin dan tokoh-tokoh besar PKR yang minta PAS contohi sikap PKR di Kedah dalam isu MB Selangor sekarang, pada masa kerusi kena dibilang setiap hari pada masa itu itu? 

Tempoh itu adalah waktu-waktu getir PAS Kedah menghadapi karenah PKR, menjaga maruah PKR, maruah PR dan maruah kerajaan supaya jangan tumbang di tengah jalan. Adun-adun PKR Kedah melompat, merancang melompat, menjual diri dan kerusi, memakan cengkeram untuk menyeberang. 

Kerusi DUN PKR asalnya 5 tinggal 3, itupun setelah berjaya melepasi cabaran PRK Bukit Selambau. Kerusi Parlimen hilang dua, Padang Serai dan Kulim. Masa itu Rafizi dan Saifuddin ada di mana?

Sorang Adun yang kuat menahan diri daripada memakan umpan supaya melompat, menghadapi kes kahwin kali kedua tidak register pulak...lalu jadi senjata musuh untuk mengugutnya supaya menukar kem. Akhirnya DSAI arahkan dia meletak semua jawatan, walaupun Ustaz Azizan berpendapat cukuplah kalau lepaskan jawatan exco sahaja.

DSAI tetap mahukan dia letak semua jawatan, hilangkan diri seketika, menyebabkan PR terpaksa hadapi PRK Bukit Selambau. Daripada hari pertama melarikan dia daripada satu komplot BN yang bersiap membawanya ke Putrajaya, hinggalah dia pulang dari India, saya terpaksa menguruskan segala-galanya - memujuknya, menguruskan proses penyediaan dokumen sumpah, surat perletakan jawatan, menenangkan anak isterinya, hotel persembunyiannya, makan minum dalam persembunyian, membayar ganti rugi kerosakan rumah sewanya, menguruskan makan pakai dan tempat tinggal, sekolah dan keselamatan anak isterinya. Berpuluh ribu belanja untuk itu, semuanya PAS tanggung! 

PAS Kedah berhabis beratus ribu pula untuk PRK Bukit Selambau atas kehendak PKR. Habis berpuluh ribu lagi nak jaga baki Adun PKR yang belum melompat... 

PAS Kedah terpaksa membayar hutang lama seorang Adun PKR yang telah keluar iklan insolvensi (kebankrapan) di akhbar hampir seratus ribu. MB terpaksa diam saja bila dapat tahu dia telah arahkan GLC beri kebenaran kepada sebuah syarikat pengusaha kuari pasir yang kebetulan melalui tanah milik agensi itu- untuk menampung perbelanjaannya. Ada PKR peduli kesukaran Adun-adunnya ?

Sepanjang waktu-waktu getir, setelah mendapat maklumat tawaran lumayan semakin meningkat untuk mereka melompat menumbangkan kerajaan, saya kerahkan anggota unit keselamatan PAS bertugas 24 jam mengiring dan memantau pergerakan semua ADUN PR Kedah secara senyap dan terbuka. Tugasan ini tidak perlu dilakukan pun jika Adun-Adun PKR tidak membuat honar dan bertemu berunding dengan broker di Kelab Cinta Sayang! Sebulan lebih mereka ke hulu ke hilir meninggalkan keluarga dan kerja, PKR di mana? 

PAS terpaksa merangkak untuk mencari dana beratus ribu lagi untuk menjaga bekas Adun yang Anwar arahkan meletak jawatan selepas dia balik dari persembunyian di India, atas janji mereka kepada pengorbanannya. 

Uruskan belanja dan keperluan bulanannya sehingga habis penggal, termasuk penyediaan tempat tinggal (rumah) dan hutang piutangnya! Bukan sedikit, beratus ribu! PKR di mana masa itu? Bukanlah dia orang PKR?

Saya tidak bermaksud mengecilkan pengorbanannya, saya salute kesanggupannya, tapi sayang! PKR di semua peringkat telah mengabaikan nasibnya yang telah berkorban untuk partinya. Ada sesiapa dari PKR yang pernah bertanya khabar anak isterinya?

Selama dua bulan lebih dia dalam pelarian atas kehendak PKR di India, anak isterinya tinggal di mana? Kamilah yang menguruskannya! 

Pernahkan Rafizi atau Saifuddin atau Anwar ambil sekeluarga India yang anak-anaknya sedang membesar, bapanya hilang entah ke mana, keselamatan tidak terjamin, budaya dan agama jauh berbeza, tinggal serumah, sedapur, sebilik mandi dengan mereka? 

Pernahkan penganut hindu yang taat, berada dalam tekanan, dalam serba kepayahan, menempatkan 'tokong' dan bersembahyang di ruang tamu rumah Rafizi di depan anak dan isterinya? Saifuddin pernah basuh tilam dan lantai bekas kencing budak kaum India di rumahnya? Peduli pun tidak, apalagi bertanya!

Apa lagi PKR buat untuk Kedah?

Sepanjang sejarah PR jadi kerajaan di Kedah, ada kes tuntutan perjalanan bulanan sorang sorang Exco dari PKR jauh melebihi gaji dan elaunnya... Pegawai-pegawai kerajaan pun terkejut dan mengadu. Elaunnya sekitar RM17 ribu, tuntutan perjalanannya pernah mencecah RM23 ribu! Siapakah yang menutupi keaiban besar ini? 

Lima Adun PKR yang asal dan seorang yg menang PRK Bukit Selambau, enam semuanya pernah menjadi Exco Kerajaan Negeri! Tidakkah ini pelik! Topidak bertolak ansurkah PAS dengan PKR dalam hal sebesar ini? Siapakah yang mengizin/mengarahkan tolak ansur ini kalau bukan Presiden PAS, tempat tumpah kesetiaan dan kepatuhan MB Kedah masa itu.

Mungkin tak cukup kerusi Exco, berebut pulak hendakkan senator sampai seorang Ketua Cabang keluar parti sewaktu PRK Bkt Selambau. Mereka menuntut macam-macam keistimewaan untuk diri dan kaumnya yang belum dapat dipenuhi, MP Padang Serai keluar parti. MP yang jarang pedulikan kawasan, tidak pernah turut serta dalam program peringkat kawasan dan negeri, tapi meminta peruntukan itu dan ini, akhirnya melompat jugak...

Adakah Rafizi atau Saifuddin datang bertanya khabar tentang karenah orang-orangnya? Adakah Saifuddin atau Rafizi tampil meminta maaf di atas karenah yang dibuat oleh Adun-adun PKR yang PAS terpaksa tanggung di Kedah? Tak pernah walaupun sekali...!

Belanja program parti PKR pun minta daripada PAS, termasuk belanja kotinjen PKR Kedah ke PRN Sarawak. MB terpaksa secara diam-diam meluluskan kawasan balak kepada PKR melalui satu permohonan sebuah syarikat yang mewakilinya, atas alasan PKR tiada belanja nak uruskan parti. Bila lulus dengan harga yang sama dengan pihak lain (RM16 ribu sehektar), diulang lagi memohon pengurangan harga pula. PAS Kedah tidak pernah mengambil kesempatan jenis ini! PKR tidak malupun untuk mengulang meminta.

Ahli2 Majlis PBT PKR hampir sama ramai dengan PAS walaupun kerusi mereka hanya lima berbanding PAS 16, MKK pun begitu juga... Belum saya ceritakan gelagat ahli majlis PKR yang berniaga dan melindungi perniagaan atas kapasiti mereka di PBT.

Ustaz Azizan terpaksa menebal muka mempertahankan pencalonan Darjah Kebesaran (Dato') untuk orang-orang besar PKR di hadapan Tuanku Sultan memandangkan belum ada jasa untuk disenaraikan. Hanya ada jawatan dalam parti yang jarang diambil kira oleh pihak istana. Saya boleh senaraikan penerimanya kalau mahu, termasuk yang bercakap pandai itu. Mereka meminta secara direct dan indirect... 

Bintang-bintang dan pingat yang lebih kecil tak perlulah di sebutkan. Berebut-rebut dan merajuk kalau tak dapat, marah kalau orangnya tak lekat, mahunya pada pingat dan kebesaran bagai semut menghurung gula! 

PKR seperti orang lumpuh daripada leher sampai ke kaki dengan semua karenah ini. Semuanya PAS yang kena jaga, kena bela, kena suap, terpaksa tanggung, terpaksa telan! Tetapi lagak pemimpinnya seperti raja. PAS buat macam-macam untuk menjaga maruah PKR, menjaga maruah kerajaan PR dalam keadaan mereka melompat dan menuntut segala macam... 

Dengan karenah yang berbagai-bagai itu, patut saja mereka tidak ikut campur dalam krisis yang dicetuskan oleh seorang Adun PAS dan sekelompok pengikutnya tentang kedudukan MB! 

Kalaulah PKR menyamakan situasi di Selangor sekarang sama seperti Kedah, cuba bilang kerusi PAS Selangor hari ini dan kira juga kerusi PKR di Kedah masa itu. Jangan lupa masukkan sekali yang melompat dan membuat onar!

Mengucap permohonan maaf dan terima kasih pun mereka tak mampu, masih ada hati mahu mengungkit mereka tidak campur tangan dalam isu siapa patut jadi MB Kedah masa tu? 

Sebenarnya bukan mereka tak mahu ikut campur, tapi mereka lumpuh segala anggota dari banyak sudut untuk bercakap tentang kelayakan! Perlukah saya ceritakan semuanya?

Kekalahan PR Kedah - walaupun ada faktor lain- turut disumbangkan oleh faktor karenah Adun dan MP PKR yang melompat. Ia membangkitkan kebencian dan meluat. 

Walaupun menang di kerusi mereka apabila mengemukakan semua muka baru, bekas-bekas Adun yang tidak dicalonkan melepaskan semua jawatan dalam parti. Pengundi melayu yang menyimpan geram dan meluat dengan gelagat PKR menghukum calon-calon PR di kawasan-kawasan melayu, PAS lah yang menanggung akibatnya! Ada hati nak mengungkit? Tak malu?

Hari ini tokoh yang mengarahkan PAS Kedah terus bersabar, mengarahkan MB Kedah terus bertolak ansur untuk memelihara kukuh Pakatan Rakyat di Kedah pada waktu lalu sedang diberi kata dua, di suruh menjawab itu dan ini hanya kerana dia menyatakan keputusan partinya. Saya menanggung perit yang tersimpan selama ini hanya kerana susuk ini yang mengarahkan MB meraikan saja kelemahan, menutup kekurangan dan menampung apa yang kurang pada mereka. Itulah dakwah politik kita masa itu. Itulah toleransi Presiden PAS yang dipatuhi oleh Almarhum Ustaz Azizan.

Tak ada sedikit rasa malukah dengan kebaikannya selama ini mengarahkan segala kelemahan dan kekurangan malah kesialan kamu diraikan saja malah ditutup? Bila lemah meruntun bila rasa kuat mula jalannya pun mulalah mendongak!

Monday, July 28, 2014

[Bergambar] – Demo Dan Simpati Untuk Gaza Dari Warga United Kingdom, Britain..

Ternyata Zionis Yahudi memang biadap. Sampai bila pun mereka tidak akan senang melihat Umat islam Bebas. Mereka sudah tidak memperdulikan kutukan Dunia antarabangsa.
Dikota London/Sabtu 26 Julai 2014. Sumber mengatakan paling tidaknya 10,000 penunjuk perasaan membanjiri jalanraya bagi menyatakan Protes terhadap Yahudi Zionis atas tindakan agresif mereka diwilayah Gaza.
Bermula dari pintu luar kedutaan Besar Israel di kensinston, penunjuk perasaan mula berarak melewati Downing Street sehingga ke bagunan Parlimen di Westminster sambil memegang sepanduk bertuliskan .. “Hentikan Israel Negara Terror”, “Kemerdekaan untuk Palestin” dan “Gaza – Akhiri Pengepungan”.









Sunday, July 27, 2014

PBB Di Perlecehkan Daulah Islam (ISIS).. ‘Daish Akan Menang Dan Emirnya Lebih Penting dari Ban Ki-Moon’...


Nasser : PBB Akan Berakhir & Akan Digantikan dengan Daulah Islam
Nasser Al-Leham, Editor in Cheif pusat Berita Palestin Ma’an dan juga pakar dalam urusan Israel, mengatakan bahawa Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) akan berakhir dan akan diganti oleh Daulah Islam (ISIS).

Komentar Nasser tersebut bagi mengkritik sikap PBB terhadap tindakan agresif brutal zionis Israel terhadap penduduk Gaza.

Nasser berkata dalam  program hariannya yang berjudul “Al-Jaulah fi Ash-Shafah Al-‘Ibariyah” di channel Ma’an pada hari Kamis (24/07/14), “Saya memprediksikan bahawa PBB akan runtuh, dan saya tidak kecewa jika ia mesti berakhir. Dan akan diganti oleh sistem baru” tutur jurnalis kelahiran 20 April 1966 itu.

“Jadi PBB akan mengalami demikian dan Daish (Daulah Islam Irak dan Syam/ISIS/IS.red) akan menang. Dengar baik-baik, Daish akan menang dan para amirnya lebih penting dari Ban Ki-Moon. Daish akan menginjak mereka dengan sepatunya” tambah Nasser seraya menjelaskan bahawa Daulah Islam menguasai wilayah tiga kali ganda dari Portugal, Israel dan Palestin.-Voa islam

Serang MB, S/Usaha Akhbar MB Sindir Latheefa Sebagai 'Lawyer Datang Bulan'...



Pemimpin lantang PKR Latheefa Koya dikesan melancarkan serangan keras terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang mahu ditukar parti itu dengan presidennya Datuk Seri Wan Azizah Ismail.

Bagaimanapun, serangannya itu hanya disindir mudah oleh setiausaha akhbar kepada menteri besar Arfa'eza Abdul Aziz sebagai “lawyer datang bulan”.

“Cuba tanya lawyer (peguam) datang bulan itu berapa Selangor contribute (sumbang) kepada NGO dia?” tulis Arfa'eza (kiridi Facebool seperti dilampir dalam gambar print screen yang sempat dirakam Latheefa.

Arfa'eza dipercayai merujuk kepada kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) yang Latheefa antara pengasas bersamanya.


Latheefa sebelum itu antaranya menyelar pihak “sosialis” yang didakwanya menyokong “kapitalis macam MB”.“MB ini tak pernah ada agenda untuk rakyat miskin - tau - masalah rumah peneroka dan tanah orang miskin tak selesai-selesai tapi hangpa (kamu) semua masih sokong.Claim to be BERSIH supporters konon, tetapi MB tak pernah bantu BERSIH. Setakat bayar untuk duit jamin ada kot, lepas itu minta balik duit lepas kes,” tulisnya di Facebook.-MK/27 Jul 2014

Sumber gambar dari FB

[Gambar] - Solidariti Untuk Gaza Dari Seluruh Dunia....


Solidarity With Gaza 4


Solidarity With Gaza in New York 1


Solidarity With Gaza in New York


Solidarity With Gaza 8


Solidarity With Gaza 7


Solidarity With Gaza 6


Solidarity With Gaza 5

Solidarity With Gaza 3


Solidarity With Gaza 1

TGNA - Keruh Di Hulu Selesaikan Di Hulu, Jangan Biar Ia Berhilir, Jangan Keruh Di Hulu Diheret Panjang...

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau menyokong kenyataan Presiden PAS bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor. Beliau juga sependapat dengan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa Abdul Khalid telah melaksanakan tugasnya dengan cemerlang sepanjang sepenggal menerajui pentadbiran negeri itu. "Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan," soalnya dalam satu kenyataan sambil mahu persoalan itu dijawab terlebih dahulu.

Beliau dalam pada itu mahu seluruh ahli PAS meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. "PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. "Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," kata beliau.

Berikut kenyataan penuh Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
PAS : Bahtera Yang Ada Nakhodanya
Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk mengulas isu Menteri Besar Selangor memandangkan kita sekarang sedang berada di 10 akhir Ramadhan yang entah sempat atau tidak kita bersua dengan Ramadhan di tahun hadapan. Sewajarnya tempoh terbaik di bulan yang terbaik ini digunakan dengan sepenuh tumpuan untuk kita menggandakan amal ibadat agar dikurniakan ganjaran yang terbaik oleh Allah SWT.

Bagaimanapun, saya ditanya bertubi-tubi terutama oleh pihak media sejak dua hari lepas khususnya apabila keluar kenyataan Datuk Seri Tuan Guru Presiden PAS yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor. Ramadhan yang sepatutnya digunakan untuk masing-masing menumpukan perhatian kepada ibadah menjadi masa untuk kita berpolemik. Seolah-olah kenyataan Tuan Guru Presiden itu tidak memadai, maka saya terus diasak untuk mengeluarkan pula kenyataan.

Saya membaca kenyaaan Tuan Guru Presiden dan sepenuhnya saya menyokong kenyataan beliau. Saya sebagaimana banyak pihak di negara ini turut tertanya-tanya, atas silap dan salah manakah Tan Sri Khalid ingin digugurkan dari jawatan Menteri Besar? Setelah satu penggal beliau memimpin dengan cemerlang sehingga di dalam pilihanraya umum yang lepas, prestasi Pakatan Rakyat di Selangor semakin meningkat dan beliau dikekalkan di atas kerusi Menteri Besar, tiba-tiba hari ini beliau ingin digugurkan. Sudah tentu persoalan yang berlegar ialah, adakah tiba-tiba beliau menjadi mundur dalam prestasi gerak kerjanya?

Barangkali beliau ada salah dan silap tidak dapat dinafikan, namun adakah ia sehingga menyebabkan beliau wajar digugurkan? Saya kira persoalan ini perlu diselesaikan terlebih dahulu di meja rundingan Pakatan Rakyat, barulah kita bercakap soal pengganti. Jika tangga pertama pun masih belum dipijak, janganlah pula tergesa-gesa melangkah ke tangga kedua, bimbang nanti kepala tersadung lantai.

PAS ini ada nakhodanya iaitu Tuan Guru Presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu untuk saya jelaskan di sini. Cukuplah untuk saya menyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan oleh Tuan Guru Presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik.

Pesan saya, selesaikan polemik ini dengan baik. Keruh di hulu selesaikan di hulu, jangan biar ia berhilir. Jangan keruh di hulu diheret panjang. Utamakan perbincangan sesama kita agar rakyat tidak bosan mendengar hiruk pikuk pertengkaran suami isteri. Pada saya, ini hanyalah satu kemelut kecil sahaja bahkan proses ini mematangkan hubungan kita di dalam Pakatan Rakyat.

Wajib diingat, Pakatan Rakyat perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara. Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama.
Salam Ramadhan. Teruskan saki baki Ramadhan dengan amal kebajikan.

Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Saturday, July 26, 2014

[Gambar] – Bangkai Pesawat Air Algerie Ditemui Berselerakan...

Askar Perancis semalam menemui salah satu dari dua kotak hitam pesawat Algerie Air yang terhempas di wilayah bergolak di utara Mali sekali gus meragut kesemua 116 penumpang dan anak kapalnya.Presiden Perancis, Francois Hollande berkata, kotak hitam itu ditemui di celah-celah bangkai pesawat di wilayah Gossi berhampiran sempadan Burkina Faso dan ia telah dibawa ke Goa, di mana pasukan penyiasat Perancis berpangkalan.

"Tiada penumpang yang terselamat. Saya berkongsi kesedihan semua keluarga yang melalui pengalaman pahit yang amat dahsyat ini," katanya. Hampir sebahagian daripada penumpang atas kapal terbang berkenaan adalah warga Perancis, dengan kebanyakan mereka dalam perjalanan ke Eropah selepas tiba di bandar Algeria dari Burkina Faso. - AP



Mangsa Rogol Di Gantung, Perogol Di Pukul Sampai Mati...

Nandakumar, India: Kejadian rogol yang berlaku untuk kesekian kalinya kelmarin bukan saja meragut nyawa mangsa, malah menyebabkan seorang suspek mati di tangan orang kampung. Dalam kejadian di negeri Bengal Barat itu, mangsa adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dan mayatnya ditemui tergantung di sebatang pokok di Nandakumar. Sejarah perselisihan faham yang panjang antara keluarga mangsa dan suspek dipercayai mendorong kejadian tidak berperikemanusiaan itu.
Sumber berkata, keluarga mangsa dan suspek bertelagah mengenai pemilikan tanah ladang berhampiran kampung mereka. Baru-baru ini bapa mangsa dan suspek bergaduh namun perkara itu tidak dinyatakan dalam laporan polis kelmarin. Tidak seperti beberapa kes rogol lalu, Nandakumar di Haldia itu bukanlah kawasan terpencil malah terletak hanya 90 kilometer dari Kolkata.
Kali terakhir mangsa dilihat adalah kira-kira jam 5 petang Rabu lalu ketika dia keluar membeli makanan selepas pulang dari sekolah. Apabila bapa mangsa mendapati kanak-kanak itu tidak pulang dia dan penduduk kampung mula menjalankan operasi mencari.
Mangsa disyaki lemas dalam kolam dan usaha mencari dibuat ke semua kawasan berhampiran sawah padi namun dia tidak dijumpai sehingga mereka menghentikan usaha itu kerana malam.
Kira-kira tengah malam, seorang pemuda keluar ke kawasan belukar untuk membuang air dan ternampak satu mayat tergantung pada pokok. Dia menjerit ketakutan dan lolongan itu didengari penduduk kampung yang kemudian keluar untuk mengetahui apa yang berlaku.
Selepas diteliti mereka mengenal pasti mayat tergantung itu ialah kanak-kanak yang mereka cuba kesan sebelumnya, Ketika ditemui kanak-kanak itu berada dalam keadaan hampir bogel dan cebisan pakaiannya ditemui bersepah di kawasan berhampiran sawah padi. Penduduk kampung mengesyaki kanak-kanak malang itu dirogol dan mencari seorang lelaki yang dikenali pernah melakukan serangan seksual ke atas kanak-kanak setempat.
Ketika orang kampung tiba, suspek didapati memakai gamcha (kain yang biasanya digunakan untuk mengesat peluh) dan dia bersama dua rakannya cuba melarikan diri. Penduduk kampung mengejar suspek dan membelasah mereka. Rumah suspek juga dibakar. Apabila polis tiba, suspek utama didapati sudah tidak bernyawa, manakala dua rakannya tidak sedarkan diri. – Agensi/Metro 26 Jul 2014

Fitnah Raja Muda Murtad,..Polis Jejak Individu Terlibat Untuk Bantu Siasatan,.. Patut ‘Siasat Juga Betul Ke Fitnah’..?..


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Amir Shah (kiri) berkenan hadir pada Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Pahlawan di Masjid Tengku Ampuan Jemaah.
KUALA LUMPUR - Polis sedang menjejak individu yang bertanggungjawab menimbulkan kucar-kacir dengan mendakwa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai murtad. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menjejak individu terbabit bagi membantu siasatan kerana dakwaan sedemikian boleh menggugat keamanan.

Menurutnya, ini merupakan perbuatan yang menjijikkan oleh seorang yang menggunakan media sosial. Pihak istana sudah pun memaklumkan kejadian berkenaan dan menafikan perkara tersebut. “Setakat hari ini (semalam), saya baru dimaklumkan terdapat satu laporan berkenaan kejadian terbabit. “Perkara ini bukan sahaja akan merunsingkan pihak istana, bahkan ia juga akan merunsingkan masyarakat yang tertanya-tanya sama ada ia benar atau tidak,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi menjejak pemilik akaun laman sosial berkenaan. Sebelum ini, PDRM sudah pun menguar-uarkan mengenai penyalahgunaan laman media sosial, tapi masih ada lagi individu yang degil. “Individu ini sengaja hendak menimbulkan suasana kacau-bilau,” katanya.

Memetik laporan sebuah portal, semalam laman web palsu World News Daily Report mencetuskan kegemparan di kalangan pengguna internet mendakwa Tengku Amir Shah menukar agama ke Kristian Katolik minggu lalu.-SH/26 Julai 2014

Isu MB Selangor - Pendirian Presiden PAS Seiring Ketetapan Dewan Ulama PAS Pusat..

KOTA BHARU: Dewan Ulamak PAS menyokong pendirian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berhubung kemelut kedudukan Menteri Besar Selangor.
Yang berikut ialah kenyataan penuh Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Pemangku Ketua, Dewan Ulamak PAS Pusat:
Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh sikap dan pendirian Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan. Kenyataan Presiden itu adalah pendirian tegas berdasar keputusan yang telah dibuat oleh PAS berkait dengan PRK Kajang yang lalu iaitu:
1. Calon PRK Kajang diserahkan kepada PKR;
2. PAS membantu menurut keperluan; dan 
3. Isu Menteri Besar Selangor tidak berbangkit.

Oleh itu, pendirian Presiden tersebut adalah berasaskan keputusan yang telah disepakati bahawa tiada perubahan MB Selangor dan Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan tiada sebarang alasan Syarie yang kukuh dikemukakan sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Menteri Besar Selangor dan beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.

Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor sejak perlantikan beliau sebagai MB selepas PRU ke-13. Begitu juga, sejak beliau mula menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 sehingga berjaya kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk PR dalam PRU ke-13 lalu.

Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan bahawa maslahah mengekalkan jawatan beliau lebih kuat berbanding keperluan menukar MB baru. Sebarang usaha menukar MB Selangor tanpa persetujuan bersama tiga kompenan parti, PAS, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan dalam kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan.  

Pihak Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru semua ahli PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian Presiden dalam hal ini tambahan lagi Presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.-HD/26 Jul 2014

Friday, July 25, 2014

‘Pulang Hampa’ Selepas Menghadiri Jemputan Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan..

Johor Bahru: “Sejak dapat tahu dan sepanjang perjalanan, mereka sangat gembira dan beriya-iya mahu berbuka puasa dan tinggal di hotel. Apabila tiba di sini dan berasakan diperdaya, ada antara mereka menangis kerana kecewa.
“Saya tidak tahu apa salah anak yatim dan anak dari keluarga kurang berkemampuan hingga ada pihak tertentu sanggup menganiaya mereka Ramadan ini,” kata Amirah Ariffin, 47, semalam. Amirah antara lapan pengiring peserta rombongan yang menempuhi perjalanan sejauh 354 kilometer bagi menyertai majlis penyampaian sumbangan dan berbuka puasa di Hotel Berjaya Waterfront di Jalan Ibrahim Sultan, Stulang Laut di sini, kelmarin. Menurutnya, 75 peserta rombongan berusia lima hingga 18 tahun terdiri daripada anak yatim dan anak keluarga kurang berkemampuan dari Kampung Batu 11, Jalan Pahang Lama, Gombak di Selangor.
Katanya, rombongan diaturkan pengurusan Surau Silaturrahim di kampung itu selepas menerima jemputan lelaki mengaku urusetia majlis meraikan anak yatim dan kurang berkemampuan di hotel berkenaan.
“Lelaki bergelar Faiz menghubungi saya Isnin lalu (21 Julai) meminta kerjasama mengumpul 75 anak dari keluarga miskin dan anak yatim untuk dibawa ke Johor Bahru di mana majlis itu dikatakan bakal diadakan pada 23 Julai (kelmarin). “Saya dan sukarelawan surau bersyukur lelaki itu menyatakan niat murni pengurusan hotel menaja kemudahan pengangkutan, penginapan dan makanan,” katanya.

Amirah berkata, dia yakin terhadap lelaki itu kerana menyatakan pernah bertemu lima tahun lalu ketika dia bekerja di sekolah pondok di Gombak. “Saya juga tidak mencurigainya kerana memanggil saya menggunakan nama timangan iaitu Makmi.

“Kali terakhir kami menghubungi Faiz ketika dalam perjalanan iaitu jam 11 pagi kelmarin dan kami pelik kerana selepas dua jam, dia mematikan telefon. “Sebaik tiba di lobi hotel pada 2.30 petang, saya dimaklumkan tiada tempahan bilik hotel atau penganjuran majlis.

“Kami buntu kerana tidak memiliki sumber kewangan menguruskan penginapan dan makanan peserta hingga terpaksa memaklumkan kejadian kepada pihak hotel dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya yang bertolak pulang ke Gombak jam 12 tengah hari, semalam.
Sementara itu, seorang peserta rombongan, Muhammad Hishamuddin, 17, berkata, dia dan rakannya tidak menyangka diperdaya pihak tertentu. “Ini kali pertama saya menjejak kaki ke hotel. Saya berterima kasih kerana pengurusan hotel bersimpati dengan nasib kami dan menawarkan penginapan sehari, makanan serta kemudahan bas untuk pulang,” katanya.

Seorang lagi peserta rombongan, Anis Atika, 8, berkata, dia dan rakan memang berminat menyertai majlis berkenaan selepas menerima kebenaran ibu bapanya. “Malam tadi (kelmarin) saya dan rakan berbuka di hotel dan ia kali pertama kami mendapat peluang begini,” katanya.-Metro/25 Jul 2014

Presiden PAS... ‘Alasan Tukar MB Tak Kukuh’, Pertahan TSKI Kekal MB Hingga Tamat Penggal...


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pertahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor. Gambar fail The Malaysian Insider.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai menteri besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.
"Insya-Allah itu sikap saya dan saya harap seluruh pimpinan PAS akan bersama dengan keputusan ini walaupun ada pandangan berbeza. "Saya sudah dengar semua hujah, kumpulkan sebelum akhirnya saya dapati majoriti kalangan akar umbi PAS bersetuju Khalid dikekalkan atas konsep amanah yang ditunaikannya," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas kuliah Jumaat di rumahnya di Rusila di Terengganu, hari ini.
Hadi berkata, hasil penelitian dan kaji selidik dilakukan beliau sendiri melalui beberapa pihak sama ada dalam PAS mahupun pihak luar, didapati majoriti Selangor masih bersetuju Khalid dikekalkan sebagai menteri besar, namun bergantung kepada perkenan Sultan Selangor.
Katanya, kecemerlangan perkhidmatan Khalid dalam menerajui Selangor hingga ke tahap yang lebih baik termasuk mempertahankan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak boleh dinafikan meskipun terdapat kecelaruan yang ditimbulkan dalam Pakatan Rakyat.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat Rabu lalu menerima cadangan PKR untuk menggantikan Khalid  dan mencalonkan presidennya Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengisi jawatan itu.
Hadi berkata, alasan pihak yang mahu menukar menteri besar Selangor tidak kukuh dan beliau secara peribadi tidak setuju kerana melihat Khalid tidak terlibat masalah besar. "Kalau beliau (Khalid) terlibat dengan skandal, pecah amanah, salah guna duit Selangor, itu ya (sememangnya) kita boleh tukar. Tapi kalau alasan lain, itu kita boleh urus tetapi bukan dengan cara tukar menteri besar dan biarlah dia habiskan tempoh penggal. "Isunya adalah tunaikan amanah pemimpin. Kita dapati Khalid tidak sampai kepada peringkat khianat terhadap amanah ini, adalah salah sekiranya kita turunkan beliau," katanya.
Ditanya sama ada keputusannya itu bakal melebarkan perpecahan dalam pakatan pembangkang, beliau berkata:"Itu perkara mendatang dan kita boleh berbincang dan berunding. PAS akan terus bersama Pakatan Rakyat dan pendapat berbeza itu sudah biasa sejak dulu lagi." Apabila diajukan soalan pendirian beliau itu dilihat seolah-olah PAS cuba menghalang apa yang didakwa sebagai jalan terakhir Anwar ke Putrajaya, Hadi menyangkalnya sambil berkata perjuangan pakatan pembangkang bukannya perjuangan peribadi tetapi untuk rakyat.
Berhubung adakah PAS berhasrat mengajak Khalid menyertai PAS, beliau berkata pihaknya tidak berhasrat berbuat sedemikian. "Itu bukan cara kita dan sejak awal lagi walaupun kita (PAS) punyai 15 kerusi DUN, yang lebih daripada PKR, kita (PAS) beri kepada PKR (kerusi MB di Selangor) kerana kita sudah ada Kelantan (diperintah oleh PAS),” katanya sambil menyatakan kesihatannya kini semakin baik dan tetap mengikuti perkembangan politik semasa.
Hadi sebelum ini menjalani pemeriksaan perubatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN) selepas tahap kesihatannya dilaporkan terjejas semasa menghadiri satu persidangan di Turki bulan lepas.
Ketika ini PAS mempunyai 15 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Selangor manakala PKR (14) dan DAP (15). – Bernama, 25 Julai, 2014/MI

Bangkai Pesawat Air Algerie AH 5017 Bersama 116 Penumpang Sudah Ditemui...Tragedi Ketiga Dalam Masa Seminggu..

BURKINA FASO. Pesawat Air Algerie yang hilang awal semalam dengan 116 orang di dalamnya ditemui terhempas di Mali, berhampiran sempadan Burkina Faso. Perkara itu dilaporkan penyelaras unit krisis di Ouagadougou. "Kami sudah menemui pesawat Algeria. Bangkainya sudah di kenal pasti lokasinya... 50 kilometer di utara sempadan Burkina Faso di Wilayah Gossi, Mali," kata Jeneral Gilbert Diendiere dari Tentera Burkina Faso, lapor AFP.
Semalam pesawat penumpang itu dilaporkan terputus hubungan dengan syarikat penerbangan 50 minit selepas ia berlepas. Seorang pegawai syarikat penerbangan itu berkata, separuh daripada jumlah penumpang merupakan warga Perancis.

Seorang wakil Air Algerie di Burkina Faso, Kara Terki pada sidang media berkata, kesemua penumpang yang menaiki pesawat itu dalam penerbangan transit sama ada ke Eropah, Timur Tengah atau Kanada. Beliau berkata, senarai penumpang termasuk 50 warga Perancis, Burkinabe (24), Lebanon (8), Algeria (4), Luxembourg (2), Belgium (1), Nigeria (1), Ukraine (1) dan Romania (1).-SH/25 Jul 2014
Komen TS...
Kecelakaan yang melibatkan pesawat komersial dalam masa seminggu.
Bermula dengan Pesawat milik MAS penerbangan MH17 terhempas disempadan Russia/Ukraine dipercayai ditembak jatuh. Tragedi yang berlaku pada 17 Julai 2014 telah mengorbankan 283 Penumpang dan 15 anak kapal (298 nyawa terlibat). 
Pada 23 Julai 2014, sekali lagi Dunia dikejutkan dengan terhempasnya pesawat ATR 72-500 milik TransAsia Airways. Pesawat Domestik ATR 72 berkapasiti 70 penumpang itu terhempas berhampiran landasan pulau Pescadores, wilayah Penghu, Taiwan. Tragedi ini dipercayai telah mengorbankan 51 penumpang. 

Pada 24 Julai 2014, Pesawat Air Algerie yang hilang awal semalam dengan 116 orang di dalamnya ditemui terhempas di Mali. Air Algerie dilaporkan terputus hubungan dari radar selepas 50 minit berlepas dari Burkina Faso.Tragedi menyebabkan semua penumpang termasuk anak kapal maut.
Tragedi melibatkan tiga Pesawat Kormersial ini mencatatkan 465 Kematian dalam masa seminggu. 

http://penburukonline.blogspot.my/