Kes Liwat II - Anwar Ibrahim

Mahkamah Rayuan berhenti bersidang selepas mendengar penggulungan dari pendakwaraya dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II. Pengerusi panel hakim, Datuk Balia Yusof Wahi mengucapkan terima kasih kepada peguam dan pendakwaraya sebelum meninggalkan mahkamah untuk membuat rumusan mengenai kes itu.

Demo menuntut kenaikan harga getah

Beliau menyeru kerajaan peka terhadap permasalahan yang dialami pekebun kecil dan mengambil tindakan segera bagi membantu meningkatkan pendapatan mereka

Jalinan kerjasama Negeri Selangor dan Kelantan membangunkan negeri

MoU ditandatangani Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan disaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Kelantan dan Selangor

Ulama Syiah digesa hentikan amalan nikah mut'ah

Dr Hussein Abdullah al-Jabiry, Ketua Institute Penangan Penyakit Menular di kota Najaf, utara Baghdad, menegaskan bahwa rata-rata penderita penyakit AIDS di kota Najaf terdiri dari pemeluk syiah

Menjejaki kehidupan suku Kajang di Kepulauan Sulawesi

Diluar keyakinan adat yang hingga saat ini masih terus dipelihara, suku Kajang pun memiliki peradaban kuno yang mengagumkan. Adalah makam dengan nisan batu berukuran besar merupakan bukti kuno peninggalan sejarah yang kuat

Sponsor

Friday, February 26, 2016

Mukhriz - "Gerombolan Pemimpin Kaki Ampu Inilah Sebenarnya Merupakan Pengemudi Yang Sedang Membawa Haluan Umno Tersasar Dari Perjuangan Asal Dalam Membela Dan Mempertahankan Kepentingan Rakyat”..

Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, sekiranya benar Tan Sri Muhyiddin Yassin akan digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Presiden Umno, ia bakal menjadi paku terakhir buat keranda parti Melayu berkenaan.
Katanya, langkah itu juga akan menguburkan nilai dan prinsip yang "menjadi tunggak kekuatan Umno selama ini".
Jelas ADUN Ayer Hitam itu lagi sekiranya Muhyiddin disingkirkan ia akan menghampakan rakyat Johor kerana beliau dilihat berpotensi untuk dinaikkan pangkat sebagai perdana menteri.
“Semua itu hilang apabila Datuk Seri Najib Razak mengambil tindakan tersebut,” kesalnya.
Kata Mukhriz, ada kemungkinan juga desas-desus penyingkiran Muhyiddin daripada jawatan Umno disebarkan jentera propaganda Presiden Umno untuk melihat reaksi ahli parti itu dan rakyat.
Mesyuarat Tertinggi (MT) Umno akan bermesyuarat petang ini dan difahamkan salah satu agendanya ialah membincangkan kedudukan Muhyiddin.
Tak dapat diterima
Bekas Menteri Besar Johor itu digugurkan daripada jawatan timbalan perdana menteri pada Julai tahun lalu selepas beberapa kali membuat teguran kepada pemimpin atasan berhubung cara kerajaan mengendalikan isu 1MDB. Turut digugurkan bersama Muhyiddin adalah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang ketika itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
Ketika isu itu masih panas, Mukhriz dilihat berpihak kepada Muhyiddin dan Mohd Shafie. Selain itu bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menjadi antara pengkritik Najib paling lantang. Mukhriz berkata, apa jua alasan yang diberikan oleh MT Umno untuk menyingkirkan Muhyiddin, ia tidak boleh diterima memandangkan Ketua Bahagian Umno Pagoh itu dipilih dalam pemilihan parti. "Dakwaan bahawa timbalan presiden tidak membantu presiden, malah mengkritik presiden cukup untuk dijadikan alasan supaya diambil tindakan, tidak boleh diterima sama sekali.” katanya.
Malah Mukhriz mengegaskan perlembagaan Umno tidak menghalang ahli dan pemimpinnya mempersoalkan isu yang dibangkitkan rakyat. “Ia adalah tunjang kepada perkhidmatan kepada rakyat. Maka, tindakan mempersoalkan isu besar untuk diperhalusi secara bersama tidak boleh dianggap salah,” katanya.

Bakal jadi pendakwa
Mengulas lanjut, Mukhriz berkata tanpa melihat diri sendiri, sebilangan pemimpin tertinggi Umno tanpa segan silu memperlekehkan teguran akar umbi sebaliknya ia dilihat sebagai cubaan memecahbelahkan kekuatan parti.“Hakikatnya, gerombolan pemimpin kaki ampu inilah sebenarnya merupakan pengemudi yang sedang membawa haluan Umno tersasar dari perjuangan asal dalam membela dan mempertahankan kepentingan Rakyat,” katanya.
Walaupun berharap MT Umno tidak mengambil tindakan terhadap Muhyiddin, Mukhriz berkata beliau "tidak menaruh harapan tinggi" kepada mereka kerana menganggapnya sebagai "kaki ampu" atas alasan kononnya melakukan demi kebaikan Umno.“Ini kerana kenyataan-kenyataan dikeluarkan beberapa ahli MT kebelakangan ini yang lebih bersifat mengampu presiden dan menghalalkan kebatilan.“Saya percaya sebilangan mereka bakal menjadi 'pendakwa-pendakwa' yang juga ingin membuktikan jasa dan peranan dalam mempertahankan presiden,” katanya.MK/26 Feb 2016

Gambar Pesawat TUDM CN 235 Terhempas Berhampiran Kuala Selangor..

Kuala Lumpur: Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) CN235 yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang mendarat cemas berhampiran pantai Kuala Selangor, pada 8.50 pagi ini.
Jurucakap Kementerian Pertahanan (MINDEF) berkata, semua lapan anak kapal yang berada dalam pesawat berkenaan selamat."Mereka dibantu nelayan tempatan yang berada di lokasi kejadian. TUDM akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenalpasti punca kejadian."Tindakan susulan untuk membaikpulih pesawat juga akan dilakukan TUDM," katanya.
Pesawat CN235 adalah pesawat pengangkut yang boleh memuatkan maksimum 35 penumpang, mempunyai dua kipas dan lebih kecil berbanding C130. Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan 8.40 pagi.
Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba Kuala Selangor, Bestari Jaya, Tanjong Karang dan Sekinchan dikejarkan ke lokasi kejadian."Anggota bomba kini sedang menuju ke lokasi kejadian dengan menaiki bot," katanya.

Difahamkan, antara penumpang terbabit adalah seorang anggota berpangkat Kapten, Mejar (3), Leftenan (1), Pegawai Waran (1) dan Sarjan (2).myMetro



Wednesday, February 24, 2016

Adun PKR Kebun Bunga Jawab Tuduhan Ketua Menteri Isu Pemecatan..?

GEORGETOWN - Setelah mendiamkan diri sejak sidang Dun November lalu, Adun Kebun Bunga dari PKR, Cheah Kah Peng akhirnya menjawab isu pemecatannya sebagai pengarah Perbadanan Bukit Bendera. Menurutnya, tindakan kerajaan negeri memecatnya dan rakan iaitu Adun Bukit Tengah, Ong Chin Wen itu tidak akan berhasil jika bertujuan menutup mulut mereka dari terus mempertahankan suara rakyat. Ini kerana beliau dan empat rakannya selain Adun Tanjung Bungah dari DAP, Teh Yee Cheu hanya bertindak atas kepentingan awam ketika menyuarakan pendapat mereka mengenai cadangan projek penambakan laut di negeri ini. 
"Fitnah dan serangan peribadi terhadap saya tidak akan menghalang saya dari terus bertanya soalan dan mempertahankan hak rakyat. Keputusan kepentingan awam tidak akan membawa kepada perkara negatif sebaliknya amat diperlukan dalam isu penambakan laut.  "Sebagai pemimpin, kita tidak boleh membelakangkan suara rakyat. Mengapa kami sebagai Adun yang dipilih rakyat, dikecam dan diserang dengan pelbagai tohmahan selepas menyuarakan hak rakyat," katanya pada sidang media di sini petang hari ini.
Sebagai wakil rakyat di kawasan Kebun Bunga, beliau berkata, Bukit Bendera adalah sebahagian dari kawasannya."Tindakan ini saya sifatkan sebagai salah kerana memecat wakil yang dipilih rakyat. Ia seolah-olah menidakkan hak pengundi saya yang mahu wakil mereka berada dalam perbadanan itu bagi menyuarakan pandangan," katanya.
Bagaimanapun, beliau enggan menandatangani surat pemecatannya kerana berpendapat tindakan itu menyalahi undang-undang."Ia satu kesilapan besar dan kemungkinan menyalahi undang-undang. Saya tidak akan menandatangani surat pemecatan itu. "Tambahan pula, saya tidak diberitahu terlebih dahulu bahawa sudah dipecat sehingga diberitahu ketika mahu menghadiri mesyuarat sebelum Tahun Baru Cina."Saya mahu bertanya beberapa soalan, adakah salah jika saya menyuarakan pendapat rakyat? Adakah salah jika saya minta untuk mengadakan sesi taklimat awam berhubung isu penambakan laut," katanya.
Kah Peng juga hairan kerana meminta kerajaan negeri dan pemaju untuk memberi penjelasan lebih lanjut berhubung projek penambakan laut , ia dianggap satu kesalahan besar."Adakah perlu beberapa ahli politik bertindak begitu dramatik apabila kami sebagai Adun pilihan rakyat bertanya soalan berhubung pajakan tanah dalam sidang Dun? Bukankah sidang Dun satu platform untuk wakil rakyat mengetengahkan soalan rakyat terhadap kerajaan negeri,"  katanya.
Menjawab soalan berhubung dakwaan kononnya Chin Wen dan empat Adun PKR menyasarkan jawatan Timbalan Ketua Menteri I yang kini dipegang Mohd Rashid Hasnon, Kah Peng berkata, ia satu penipuan dan tidak masuk akal."Ia tidak benar sama sekali. Bagaimana dakwaan ini boleh dibuat sedangkan kami hanya menyuarakan pendapat berhubung kepentingan awam? Saya menafikan dakwaan itu kerana ia tidak masuk akal sama sekali."Kami tidak pernah mempunyai niat itu, apa yang kami pentingkan adalah hak rakyat dalam penambakan laut," katanya.
Menurutnya, tanah di negeri ini adalah hak rakyat dan kerajaan negeri hanya sebagai pemegang amanah.Untuk itu, jika kerajaan negeri mahu menggunakan tanah awam, maka rakyat perlu diberitahu."Ingin saya tegaskan bahawa  tiada siapa pun yang boleh mengawal saya untuk melakukan perkara yang betul malah tiada siapa boleh mengarahkan saya melakukan perkara yang menyalahi undang-undang," katanya.
Ditanya mengapa tidak berjumpa dengan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk menerangkan perkara sebenar, Kah Peng berkata, tidak pernah diberi peluang untuk berbuat demikian."Saya dan rakan-rakan lain hanya menjalankan tugas berdasarkan amalan kerajaan negeri iaitu cekap, akauntabiliti dan telus (CAT), namun kami dihentam teruk. Saya tidak faham mengapa kami difitnah dan dikecam dengan begitu teruk."Bagaimana saya nak jumpa dengan orang yang kecam saya dengan begitu teruk? Bagaimana saya mahu bersemuka dengan individu yang menggelar saya dengan bermacam-macam perkataan tidak elok," katanya.
Tambahan pula, beliau tidak pernah dijemput oleh mana-mana pihak dari kerajaan negeri untuk berbincang perkara itu sebaliknya hanya mengetahui melalui media.Terdahulu, Kah Peng dan Chin Wen dari PKR Pulau Pinang yang tidak mengundi usul berkaitan penambakan tanah yang dibentangkan Adun BN November lalu ditamatkan khidmat dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
Chin Wen dipecat dari jawatan pengarah di Penang Invest and Island Golf Properties Bhd, anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) manakala Kah Peng sebagai pengarah Perbadanan Bukit Bendera.Mereka adalah antara lima pemimpin PKR yang tidak mengundi terhadap usul untuk diadakan pendengaran awam bagi penambakan tanah dan penangguhan semua pelan penambakan sehingga kajian impak laut, alam sekitar dan sosial dilaksanakan.Tiga lagi Adun PKR ialah Dr Norlela Ariffin (Penanti), Dr T Jayabalan (Batu Uban) dan Lee Khai Loon (Machang Bubuk).SH/24 Februari 2016

Saturday, February 6, 2016

Pilihanraya Sarawak – DAP Berputih Mata ! PKR Tegaskan 49 Kerusi Miliknya ‘Tidak Terbuka Untuk Dipertandingkan’..?

PKR Sarawak enggan terlibat dalam peperangan mulut dengan rakannya dalam pakatan pembangkang, DAP, selepas serangan terbaru terhadap pendirian tegas diambil parti itu dalam pertelingkahan mengenai pengagihan kerusi menjelang pilihan raya negeri (PRN).
Abdul Aziz Isa, pembantu khas kepada pengerusi DAP Chong Chieng Jen, semalam menyelar PKR, mengatakan parti itu "sangat mementingkan diri sendiri dan hanya memenuhi kehendak sendiri" apabila ia menegaskan kerusi yang diperuntukkan kepadanya pada pilihan raya 2011 tidak boleh dirunding.
DAP merancang supaya Aziz bertanding di kerusi Tupong di Kuching, sebuah kerusi majoriti Melayu, tetapi PKR menamakan ahli exco Wanita mereka Nurhanim Hanna Mokhsen untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
Aziz kemudiannya menyifatkan PKR sebagai "tanpa kepala, tanpa arah dan keliru dengan konsep”, serta "sentiasa sukar untuk didekati".
Dia kemudiannya menarik balik kenyataan itu tanpa memberi sebarang sebab.
Sebelum kenyataan Aziz itu, Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian memberitahu The Malaysian Insider, parti itu enggan bertindak balas kepada hujah Chong 2 minggu lalu mengenai mengapa PKR perlu membenarkan DAP bertanding di kerusi yang diperuntukkan kepada PKR dalam pilihan raya lepas.
Katanya, beliau ada menyebut kepada Chong pada mesyuarat mengenai perkongsian kerusi itu minggu lepas, mengatakan sesuatu yang subjektif untuk berhujah calon parti mana yang mempunyai peluang lebih baik untuk menang dalam pilihan raya akan datang. "Kita tidak perlu tonjolkan perkara macam ini. Bagi mereka, kami berdiam, tetapi sebenarnya tidak.
"Jika saya membuat kenyataan, kami akan terus bergaduh. Ini tidak betul," kata ahli Dewan Undangan Negeri Ba Kelalan itu, sambil menambah PKR "tidak mempunyai masalah dengan DAP atau mana-mana parti pembangkang lain".Bagaimanapun, serangan terhadap PKR berterusan.
Satu senarai, dilaporkan bocor dan disebarkan di Kuching, menunjukkan DAP berhasrat bertanding di 21 kerusi Dayak di luar bandar.Tetapi, PKR sudah menamakan calon pilihan mereka untuk 11 daripada 21 kerusi DUN itu.Terdapat juga tuntutan bertindih untuk kerusi pengundi campuran seperti Batu Kitang di Kuching dan Senadin di Miri.
Pada Mac tahun lepas, PKR meluluskan resolusi mengatakan 49 kerusi yang diperuntukkan kepada mereka pada PRN lepas "tidak terbuka untuk dipertandingkan" dan parti itu akan bertanding di 49 kerusi yang sama pada PRN akan datang.
Ia menyatakan hanya 11 kerusi baru yang dirancang diwujudkan Suruhanjaya Pilihan Raya, terbuka untuk rundingan.  TMI/6 Februari, 2016.

Penaja Pasukan Helang Merah Undur Diri Selepas Mukhriz Bukan Lagi Presiden KFA ?


Mungkinkah bola sepak Kedah menjadi 'korban' pertama kesan pertukaran jawatan menteri besar negeri itu?
Mungkin, sebab ketika ini syarikat pengeluar barangan kosmetik D'Herbs Holding Sdn Bhd dikatakan sudah hilang minat untuk menaja pasukan Helang Merah ekoran penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menurut sumber, selepas perbincangan D'Herbs dengan Mukhriz sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sebelum ini mereka membuat keputusan untuk menarik diri."Keputusan menarik diri daripada menaja pasukan Kedah dibuat selepas Mukhriz bukan lagi presiden KFA. Jadi mereka mungkin hilang keyakinan untuk teruskan penajaan itu," katanya kepada Malaysiakini, hari ini.
Januari lalu, Pengarah Urusan D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman mengadakan pertemuan dengan Mukhriz bagi membincangkan mengenai penajaan skuad Helang Merah.Namun, perbincangan lanjut gagal berlangsung apabila Mukhriz terbabit dalam krisis kepimpinan negeri sehingga mengambil keputusan meletak jawatan menteri besar dan jawatan lain termasuk presiden KFA.
Menteri besar baru Kedah ialah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Tambah sumber tersebut, selain D'Herbs satu lagi syarikat yang ingin menaja bas rasmi pasukan turut dikatakan menarik diri daripada hasrat mereka."Lepas satu, satu penaja yang menarik balik hasrat mereka. Tak tahulah apa pula selepas ini," katanya yang juga penyokong tegar pasukan Kedah.Sementara itu, Aliff Syukri ketika dihubungi kini berada di luar negara dan masih sibuk untuk mengulas lanjut berhubung perkara itu.MK/6 Februari 2016

Friday, February 5, 2016

Kes Pelajar Sekolah Dibuli, Enam Remaja Lelaki Didakwa Di Mahkamah...

PETALING JAYA: Enam remaja lelaki, termasuk empat bawah umur didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini berhubung kes buli dua pelajar sekolah yang bersujud sambil menjilat jalan raya di sekitar Sea Park, di sini yang menjadi viral di laman sosial, bulan lalu. Tiga remaja bawah umur berusia 17 tahun mengaku bersalah manakala seorang lagi remaja bawah umur berusia 17 tahun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu. Dua lagi remaja, Tan Sze Keong, 18, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Lim Khoo Boo Kean, 19, pelajar kolej juga mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan di hadapan Majistret Fadzlin Suraya Datuk Mohd Suah. Mahkamah bagaimanapun belum menjatuhi hukuman ke atas tiga pesalah muda yang mengaku bersalah itu kerana menunggu laporan akhlak mereka dan menetapkan 10 Mac untuk sebutan semula kes. 
Mengikut pertuduhan, Tan dan Lim bersama-sama empat lagi remaja bawah umur didakwa menyuruh dua pelajar lelaki berusia 15 tahun bersujud sambil menjilat jalan raya dengan tujuan untuk mengaibkan kehormatan di kawasan belakang sebuah sekolah menengah di Sea Park, Kelana Jaya, di sini jam 1 tengah hari, 29 Januari lalu. 
Mereka didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat menawarkan wang jaminan RM1,000 bagi empat remaja bawah umur namun tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap Tan dan Lim. Bagaimanapun, peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili Tan dan Lim memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan kedua-dua tertuduh masih tinggal bersama keluarga dan ibu bapa mereka bersedia memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah untuk prosiding seterusnya. Majistret Fadzlin Suraya membenarkan empat pesalah bawah umur masing-masing diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin manakala Tan dan Lim dibenarkan diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin. Minggu lalu, rakaman perbuatan buli melibatkan dua mangsa lelaki berusia 15 tahun menjadi viral di laman sosial. Video berdurasi 34 saat yang dimuat naik di laman Facebook Sabtu lalu itu memaparkan mangsa lengkap berpakaian sekolah menjilat jalan raya. - BERNAMA

Thursday, February 4, 2016

Gambar Wanita 'Melekat' Pada Badan Lelaki Yang Mati Ketika Melakukan Hubungan Seks..?

London: Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dipercayai pelacur yang melekat pada tubuh seorang lelaki berumur yang dikatakan mati ketika mereka melakukan hubungan seks, mula beredar di Internet.
Rakaman itu menunjukkan anggota paramedik menolak pengusung membawa mayat lelaki berkenaan keluar dari sebuah bangunan manakala wanita berkenaan masih berada di atas tubuhnya di bawah selimut.

Rakaman berkenaan pada mulanya disiarkan laman web berkongsi video China, Miaopai, sebelum dikongsi pengguna melalui LiveLeak.Kejadian itu dipercayai berlaku di China tetapi tidak dapat dipastikan lokasi sebenar serta tarikh kejadian.Melalui video itu, wanita berkenaan kelihatan bergerak-gerak di bawah selimut sambil mereka diperhatikan orang ramai.Pasangan itu dipercayai dibawa ke hospital untuk memisahkan mereka dan kematian ketika hubungan seks boleh berlaku kerana pelbagai sebab, termasuk terlalu aktif atau serangan jantung.

Daily Mail melaporkan, pakar perubatan di London, Dr John Dean, dalam temuramah dengan BBC sebelum ini, menyatakan kejadian zakar terlekat dalam kemaluan wanita boleh berlaku, terutama ketika wanita mengalami orgasm. - Daily Mail

Gangguan Seksual Terhadap Adik Perempuan, Pekerja Asing DiTendang Papagomo

Penulis blog, Papagomo sekali lagi mencuri tumpuan apabila video yang memaparkan dirinya menyepak terajang seorang pekerja asing dikongsi secara meluas di media sosial.Dalam video kira-kira empat minit yang tidak pasti lokasi kejadian itu, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohd Azri Wan Deris dilihat menampar, menumbuk dan menendang seorang pekerja Pakistan.
Setakat ini, video berkenaan telah mendapat lebih 1.3 juta tontonan.
Papagomo juga memuat naik video berkenaan di laman Facebook Sir Azri bagi mewajarkan tindakannya itu.Beliau mendakwa bahawa pekerja tersebut membuat gangguan seksual ke atas dua adik perempuannya dan dua rakan mereka.“Sweet sweet atau main mata tu biasa pada aku sebab tu lumrah kegatalan orang lelaki.“Tapi kalau dah buat aksi melampau dengan kelakuan tak senonoh maka itu sudah melampau dan seharusnya diberikan pengajaran,” tulisnya di Facebook.
Menurutnya, beliau tidak membuat aduan polis kerana ia memakan masa yang lama dan sukar untuk mengheret pekerja warga asing ke muka pengadilan.“Jadi aku selaku abang membuat tindakan sendiri yang pada aku pengajaran perlu diberikan kepada pelaku yang membuat gangguan seksual.“Jadi pada 29 Januari aku pergi jumpa dengan semua pekerja warganegara asing yang mana dua orang adik perempuan aku dan dua orang lagi kawan adik perempuan aku membuat aduan tentang gangguan seksual yang mereka alami,” katanya sambil secara panjang lebar menceritakan kejadian itu.
Menurutnya setelah pengecaman dibuat, beliau memberi beberapa das penampar, penumpuk dan terajang kepada pekerja itu serta memintanya tidak kembali.
Papagomo juga mengakui tindakannya itu adalah salah kerana tidak mengikut saluran undang undang tetapi beliau melaksanakan tanggungjawapnya sebagai seorang abang dan juga lelaki. “Aku pun lelaki, pernah mengurat perempuan, kenyit mata, sweet sweet, ejas sikit sikit tetapi tidaklah sampai keterlauan seluk tangan dalam seluar,” katanya.“Aku bukan samseng tapi aku lelaki yang merupakan seorang abang kepada adik-adik Aku.“Dah tu takkan aku nak biar benda tak elok berlaku kepada adik aku lepas tu baru aku nak menangis macam pondan?” soalnya bagi mewajarkan tindakannya menerajang pekerja itu sehingga kelihatan dalam amat kesakitan dalam video itu.
Papagomo pada 2014, didapati bersalah selepas Mahkamah Tinggi berpuas hati bahawa Wan Azri adalah blogger Papagomo yang telah memfitnah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Hakim memerintahkannya membayar Anwar RM850,000.MK/4 Feb 2016

Wednesday, February 3, 2016

'Kalau Sudi', Amanah Sedia Buka Pintu Perbincangan Dengan Mukhriz..?


Mukhriz Tun Mahathir
Parti Amanah Negara (Amanah) yang mempunyai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Kedah bersedia "membuka pintu perbincangan" kepada bekas menteri besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.
Salahuddin berkata, pada masa ini, parti itu akan sentiasa mengikuti perkembangan semasa politik Kedah yang menyaksikan Mukhriz diganti Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai menteri besar baharu selepas pergelutan selama 2 minggu.
"Kita akan lihat perkembangan dulu. Pintu perbincangan sentiasa terbuka kalau dia (Mukhriz) hendak jumpa," kata Salahuddin kepada pemberita selepas bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di bangunan Tabung Haji, hari ini.
Adun Pangkalan Kundur Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi ialah wakil rakyat tunggal Amanah di Kedah. Pada masa sama, Salahuddin menyifatkan pertukaran menteri besar di Kedah adalah salah satu cara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyampaikan isyarat yang beliau masih berpengaruh, kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahmad Bashah dijangka mengangkat sumpah sebagai menteri besar baharu Kedah esok. TMI/3 Februari, 2016.

Monday, February 1, 2016

Isu MB Kedah-Wakil Rakyat Pembangkang Dipanggil Mengadap Jemaah Diraja Kedah Di Wisma Darulaman Esok..

Selepas menemui semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) petang ini, Jemaah Diraja Kedah kini memutuskan akan memanggil semua Adun pembangkang ke Wisma Darul Aman esok.
Terdahulu hari ini, timbul spekulasi meluas mengatakan Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan digantikan selepas hilang sokongan dan keyakinan pemimpin Umno bahagian.
Bagaimanapun, perjumpaan antara jemaah tersebut dengan Adun BN yang berlangsung lebih sejam itu tidak melahirkan sebarang keputusan yang dimaklumkan kepada media sebaik ia berakhir.
Adun Bakar Arang dari PKR, Simon Ooi Tze Min mengesahkan mereka sudah dipanggil untuk menghadap jemaah itu esok.

Katanya, 15 wakil rakyat pembangkang dari PAS dan gabungan parti dalam Pakatan Harapan – PKR, DAP dan Parti Amanah Negara – dimaklumkan terdahulu hari ini melalui panggilan telefon dan teks pesanan ringkas. -TMI/1 Februari, 2016.

Jemaah Pemangku Sultan Belum Buat Keputusan, Kedudukan Mukhriz Sebagai MB Masih Dianggap Selamat..?

Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengakui masih belum ada keputusan dibuat hasil perbincangan dengan Ahli-Ahli Jemaah Pemangku Sultan Kedah dalam satu pertemuan hari ini. Beliau yang juga Adun Bakar Bata memberitahu media, beliau hanya menjawab soalan yang ditanya oleh Jemaah dan tidak dimaklumkan apa-apa keputusan."Adalah dua, tiga soalan mereka tanya. Saya tak tau apa-apa keputusan," katanya yang enggan mengulas lanjut ketika keluar dari kawasan Wisma Darul Aman kira-kira 5.50 petang.
Sebelum ini, sebanyak 20 daripada 21 Adun BN hadir pada majlis mengadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, di sini hari ini. Majlis menghadap itu dipercayai diadakan berikutan krisis politik membabitkan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah. Petugas media tidak dibenarkan masuk ke Wisma Darul Aman dan hanya dibenarkan menunggu di luar pagar kompleks kerajaan negeri Kedah.
Difahamkan, pada awalnya majlis menghadap yang diadakan di Blok E bangunan itu hanya melibatkan 20 Adun tanpa kehadiran Mukhriz. Bagaimanapun difahamkan Mukhriz kemudiannya turut dipanggil ketiga-tiga anggota Jemaah selepas selesai pertemuan dengan 20 Adun berkenaan. Kenderaan yang membawa Mukhriz, yang juga Adun Ayer Hitam, dilihat menuju ke Blok E kira-kira 4.25 petang.
Sementara itu, Adun Guar Chempedak, Datuk Ku Abd Rahman Ku Ismail berkata, beliau tidak pasti sampai bila isu ini akan berlarutan dan enggan mengulas lanjut pertemuan itu. "Saya nak balik rehat, saya tak tahu sampai bila benda ini akan berlarutan. Tiada komen...saya tak boleh ulas, kita jumpa lain kali," katanya.   
Seorang lagi Adun, yang enggan namanya dinyatakan, berkata semua Adun dipanggil secara berseorangan bagi menyatakan pendirian mereka berhubung isu membabitkan Menteri Besar."Selepas menghadap seorang demi seorang, kami terus balik," katanya yang enggan mengulas lanjut.
Kenderaan rasmi yang membawa Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah,  Tan Sri Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah dilihat keluar dari Wisma Darul Aman pada 5.20 petang diikuti kenderaan rasmi Menteri Besar. Sebelum itu, kenderaan yang membawa anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Tan Sri Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tiba di Wisma Darul Aman pada 2.40 petang, diikuti seorang lagi anggota jemaah Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Almarhum Sultan Badlishah pada 2.55 petang. Tunku Sallehuddin tiba kira-kira 3 petang.

Krisis politik di Kedah tercetus berikutan Adun dan anggota Parlimen Umno Kedah, dan pimpinan kanan Umno Kedah, yang diketuai Ahmad Bashah menyuarakan secara terbuka mengenai hilang keyakinan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz sebagai Menteri Besar dan Pengerusi Umno Kedah. - Bernama

http://penburukonline.blogspot.my/