Sponsor

Monday, December 30, 2013

Dasar baru China memberi kelonggaran untuk pasangan memiliki dua anak..

  • Badan Perundangan Tertinggi Cina pada sabtu 28 Disember telah memutuskan untuk membenarkan pasangan suami isteri yang tidak mempunyai saudara kandong untuk mempunyai dua kanak-kanak, ini merupakan satu perubahan besar terhadap Dasar Perancangan Keluarga di China yang melalui dasar penetapan satu anak terhadap pasangan suami isteri. 
Dwibulanan sessi jawatankuasa tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) telah meluluskan Resolusi mengenai perancangan keluarga, menurut dokumen itu, "mereka harus meminda peraturan perancangan keluarga tempatan atau menerbitkan akta khas berdasarkan penilaian keadaan demografi tempatan dan selaras dengan undang2 mengenai penduduk dan perancangan keluarga serta resolusi ini. 
Dalam perbahasan dasar baru itu, ahli Parlimen menekankan pentingnya perancangan keluarga yang berterusan, "walaupun ia adalah hak untuk menyesuaikan dasar dengan keadaan baru, ia adalah sama penting untuk memastikan pertumbuhan penduduk lestari....

sumber xinhua

0 comments:

Post a Comment

http://penburukonline.blogspot.my/