Sponsor

Thursday, May 5, 2016

DUN Batu Kitang – PKR Dakwa Calonnya Lebih Popular Dari Calon Dap, Satu Undi Untuk DAP Adalah Undi Sia-Sia..?


PKR menyanggah dakwaan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen bahawa calon PKR bagi kerusi Batu Kitang, Voon Shiak Ni tertinggal di belakang dalam pengundian rambang dan patut menarik diri sebagai calon.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil hari nii memetik tinjauan yang dijalankan antara 27 April hingga 1 Mei oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) menunjukkan Voon lebih popular berbanding calon DAP bagi kerusi yang sama, Abdul Aziz Isa.
Fahmi berkata, Voon lebih popular dengan mendapat 33 peratus undian oleh responden dalam tinjauan itu, lebih dari Abdul Aziz yang hanya menjana 31 peratus undian oleh responden.Tinjauan tersebut, bagaimanapun, menunjukkan calon Barisan Nasional, Lo Khere Chang mengalahkan kedua-duanya dengan 35 peratus undian.
Seorang lagi calon bebas mendapat satu peratus undian rambang itu.
"Tinjauan UUM itu dijalankan secara bebas dan tanpa pengetahuan kami. Keputusan tinjauan itu diserahkan kepada kami oleh individu yang tidak mahu dikenali,” katanya memetik laporan The Malay Mail Online, hari ini.
“Satu undi untuk Abdul Aziz adalah undi sia-sia. Sokongan untuk beliau patut dialih ke calon kami,” tambahnya.
Ujar Fahmi, tinjauan yang dirujuk oleh Chong yang menyatakan Abdul Aziz menjana sokongan adalah tinjauan yang dijalankan oleh Merdeka Center pada bulan Januari.
“Tinjauan Merdeka Center telah 'basi' kerana dibuat pada bulan Januari tahun ini. Lagipun, itu adalah tanggapan Chong sendiri, bukan Abdul Aziz, yang menjadi calon."
Pengurus kempen Voon, Simon Siah berkata, calon PKR itu telah berkhidmat di Batu Kitang menerusi projek kemasyarakatannya selama lebih 10 tahun dan mengkritik DAP kerana cuba memperlekehkan peluangnya dengan memecah undi pembangkang,” demikian menurut laporanThe Malay Mail Online.MK/5 Mei 2016

1 comments:

  1. Ada 7 tahun saya jadi tki di singapura akhirnya impian saya tercapai untuk pulang ke indonesia,terima kasih MBAH SERO atas bantuannya,saya bisa berkumpul kembali dengan keluarga di kampung,karna melalui jalan togel sekarang saya bisa sukses,ini semua berkat bantuan MBAH SERO yang memberikan angka 4d bocoran singapura,alhamdulillah dapat 250 juta,saya sangat bersyukur kebun orang tua yang dulunya di gadai buat biaya saya untuk berangkat kesingapura,kini sudah saya tebus kembali,tanpa bantuan beliau mungkin belum bisa saya pulang kampung,terima kasih banyak MBAH SERO jasa-jasamu tidak akan saya lupakan,bagi saudarah2 di indonesia maupun di luar negeri butuh bantuan,apalagi yang terlilit hutang silahkan tlpn atau sms di nomor 082 370 357 999 atas nama MBAH SERO,beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah memberkan hasil,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktikannya,inilah kisah nyata dari saya ibu irma tki singapura..

    ReplyDelete

http://penburukonline.blogspot.my/