Sponsor

Monday, May 2, 2016

Myanmar - Tidak Ada Rohingya Di Negeri Kami ?

‘Terbuang di negara sendiri’ ? inilah yang dialami oleh Muslim Rohingya sejak ratusan tahun dahulu. Meskipun Myanmar sudah berubah kepada sebuah negara baru yang dipimpin (oleh Liga Nasional untuk Demokrasi Aung San Suu Kyi) tetapi bukan jaminan yang muslim Rohingya bebas melakukan kerja-kerja seharian mereka. Setiap pergerakan mereka akan disekat, diancam dan tidak sama sekali dibenarkan bergaul dengan masyarakat Myanmar.

Apakah makna Demokrasi yang diperjuangkan Aung San Suu Kyi ? Beliau sendiri dilihat tidak berkeupayaan membela nasib Muslim Rohingya. Ini terbukti ketika pilihanraya lalu bagi membebaskan Myanmar dari cengkaman tentera, Masyarakat Muslim Rohingya langsung tidak diberikan peluang untuk memilih pemimpin. Ketika Suu Kyi dalam kempen-kempen nya tidak pula menyatakan secara jelas mengenai kedudukan Muslim Rohingya setelah identiti mereka tidak diiktiraf sebagai rakyat Myanmar ?

Sikap keras kepala ekstrimis Budha juga mengundang pelbagai masaalah kepada Muslim Rohingya. Terbaru, berhadapan dengan kedutaan Amerika Syarikat di Myanmar, sekumpulan pendemo yang terdiri dari Ekstrimis Budha dan Nasionalis Burma berkumpul sambil meluahkan kemarahan mereka hanya pada sebuah nama  ‘Rohingya’. Dengan belitan kain dikepala mereka tertulis ‘No Rohingya’ dan mereka memprotes penggunaan istilah Rohingya ? Kenapa ? Mungkin kerana istilah ‘Rohingya’ itulah menjadikan pemerintah Myanmar serta para ektrimis Budha merasa bimbang ianya akan mengundang ‘rasa simpati’ terhadap Muslim Rohingya yang memang sah ditindas di negara itu ?
Dipetik dari kata-kata seorang ektrimis Budha, Parmaukkha dari kelompok Ma Ba Tha berkata, “Kami ingin menyatakan kepada kedutaan Amerika Syarikat dan Duta Besarnya untuk Myanmar dan seluruh negara lain, bahawa tidak ada Rohingya di negeri kami”. “Jika Amerika Syarikat menerima istilah Rohingya, maka anda harus membawa mereka kembali ke negara kamu”. (Dipetik dari thediplomat.com)

Umum mengetahui, Istilah Rohingya memang popular dan sering digunakan oleh dunia luar termasuk Asia mahupun Eropah. Sebut sahaja ‘Rohingya’, maka apa yang tergambarkan oleh mereka adalah ‘penindasan’ serta ‘penghapusan etnik’ terhadap Muslim Rohingya oleh ekstrimis Budha mahupun pemerintahnya. Meskipun kini, data menunjukan populariti penduduk muslim Rohingya sudah melebihi satu juta dan catatan sejarah pendudukan mereka sudah bermula sejak ratusan tahun dahulu dan menjadi pribumi, tetapi bagi pemerintah Myanmar, Muslim Rohingya tetap pendatang dan tidak diakui kerakyatannya.

Wallahuaklam.

Ditulis dari pelbagai sumber. Rujuk lain-lain sumber untuk ketepatan maklumat.

1 comments:

  1. Setiap manusia mempunyai hak untuk memiliki dan memegang teguh keyakinannya. #PrayForRohingya

    ReplyDelete

http://penburukonline.blogspot.my/