Sponsor

Wednesday, May 4, 2016

Kajian - Tanah Milik Orang Melayu Hanya Berbaki 20.41 Peratus Di Pulau Pinang ?

Pengarah Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata berikutan pembangunan pesat yang berlaku di Pulau Pinang, tanah milik orang Melayu di negeri itu semakin berkurangan dari tahun ke tahun.
Beliau berkata menerusi kajian yang dijalankan oleh USM pada 2008 mendapati keseluruhan tanah milik orang Melayu di Pulau Pinang hanya tinggal 20.41 peratus dan peratusan itu dipercayai semakin mengecil apabila orang Melayu sendiri menjualnya kepada bangsa lain."Ini merupakan manifestasi hasil daripada paradigma yang digunakan oleh negara sejak tahun 1957 iaitu untuk menjadi negara pembangunan. Ini disebabkan proses penjajahan yang lama yang telah berlaku."Dalam usaha itu, kita terlupa untuk mencari keseimbangan dan itulah yang berlaku sekarang iaitu pembangunan yang tidak seimbang yang akhirnya merugikan masyarakat sendiri," katanya kepada pemberita sempena forum 'Traditional Kampungs in Penang: The Need For Mindset and Policy Shift' di USM, hari ini.

Sementara itu ahli akademik Prof Emeritus Datuk Hood Salleh berkata pembangunan dan pemodenan tidak perlu dilaksanakan dengan terburu-buru sehingga melenyapkan kewujudan perkampungan Melayu.Beliau berkata kesederhanaan dan keseimbangan dalam pembangunan perlu diberi penekanan supaya tidak ada golongan yang menerima kesan buruk daripada pembangunan selepas tanah mereka dijual dan dibangunkan pemaju.
Katanya, pihak bertanggungjawab seharusnya membuat lebih banyak rujukan dan bertanya kepada rakyat terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu pembangunan bagi memastikan ia lebih bersifat perikemanusiaan.
"Modenisasi atau membangunkan sesuatu penempatan mesti boleh perlahan sedikit, tak perlu terburu-buru buat bangunan besar-besar oleh kerana kita ada duit.
"Saya fikir rakyat ada hak untuk bertanya kenapa terburu-buru nak buat bangunan yang tinggi dan besar," katanya.
Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) Tan Sri Mohd Yussof Latiff pula berkata pihaknya sedang merangka satu memorandum bagi menubuhkan tabung tanah menerusi qariah masjid untuk diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata sebahagian wang kutipan zakat yang berlebihan juga boleh digunakan untuk membeli tanah khusus untuk orang Melayu.
Terdahulu semasa berucap, beliau berkata sembilan sebab mengapa orang Melayu menjual tanah mereka ialah disebabkan desakan hidup, gaya hidup, mudah ditipu, kurang kesedaran sejarah dan warisan, orang Melayu sendiri menjadi broker tanah, dasar pembangunan, tiada perancangan jangka panjang, agensi kerajaan yang gagal dan tidak ramai pemimpin Melayu yang benar-benar jujur.
Beliau berkata kajian mendapati kebanyakan orang Melayu telah kehilangan tempat tinggal kerana rumah mereka dibina di atas tanah milik orang bukan Melayu seperti di Kampung Jalan Pokok Asam, Kampung Binjai, Teluk Kumbar dan Bayan Lepas.
"Walau apa pun status tanah itu, sama ada tanah persendirian atau tidak, kampung-kampung di tanah ini akan hilang ditelan arus pembangunan jika kita leka dan tidak berbuat sesuatu untuk menyelamatkannya," kata Mohd Yussof.

-Bernama / Sumber MK 4 Mei 2016

1 comments:

  1. Ada 7 tahun saya jadi tki di singapura akhirnya impian saya tercapai untuk pulang ke indonesia,terima kasih MBAH SERO atas bantuannya,saya bisa berkumpul kembali dengan keluarga di kampung,karna melalui jalan togel sekarang saya bisa sukses,ini semua berkat bantuan MBAH SERO yang memberikan angka 4d bocoran singapura,alhamdulillah dapat 250 juta,saya sangat bersyukur kebun orang tua yang dulunya di gadai buat biaya saya untuk berangkat kesingapura,kini sudah saya tebus kembali,tanpa bantuan beliau mungkin belum bisa saya pulang kampung,terima kasih banyak MBAH SERO jasa-jasamu tidak akan saya lupakan,bagi saudarah2 di indonesia maupun di luar negeri butuh bantuan,apalagi yang terlilit hutang silahkan tlpn atau sms di nomor 082 370 357 999 atas nama MBAH SERO,beliau seorang paranormal yang bisa di percaya,karna sudah memberkan hasil,ingat kesempatan tidak akan datang untuk kedua kali,jadi giliran anda untuk membuktikannya,inilah kisah nyata dari saya ibu irma tki singapura..

    ReplyDelete

http://penburukonline.blogspot.my/